• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / HONOR MagicBook 15 AMD

HONOR MagicBook 15 AMD

12th December 2022 by akubiomed 4 Comments

HONOR MagicBook 15 AMD tak panas dan lagging.

HONOR MagicBook 15 AMD

HONOR MagicBook 15 AMD laptop casing aluminium terasa kukuh dan premium.

Biasanya bila nak beli Laptop didalam kepala akan ada pemilihan processor akan terlintas didalam kepala samada nak pilih AMD atau Intel? Antara perkara diambil perhatian adalah haba yang dihasilkan oleh kedua-dua processor ini.

Dikatakan suhu haba yang dihasilkan oleh AMD lebih tinggi dari Intel dan manakala kelajuan processor pula dikatakan Intel lebih baik berbanding AMD. Faktor-faktor ini mempengaruhi pemilihan dan dan pembelian.

Sejujurnya saya tiada pengalaman mengunakan processor AMD sebelum ini dan HONOR Magicbook 15 AMD ini adalah laptop pertama saya dikuasakan oleh AMD selain laptop yang saya gunakan sebelum ini adalah mengunakan processor Intel.

Body besi Aluminium nampak binaan kukuh dan pengaliran haba yang baik

Sangkaan saya sebelum ini mengenai karakter negatif tentang processor AMD ternyata meleset sama sekali setelah memiliki dan mengunakan HONOR MagicBook 15 AMD. Laptop ini dihasilkan oleh HONOR bersaiz skrin 15″ dan dikuasakan processor AMD Ryzen™ 5 5500U, grafik AMD Radeon™ dan mempunyai 8GB RAM sudah mencukupi untuk saya.

Dikatakan processor AMD Ryzen™ 5 5500U setara dengan Intel Core i5-1135G7 tetapi dari segi perbandingan harga untuk laptop yang dikuasakan AMD dan Intel jauh berbeza antara faktor saya mengukur baju sendiri dengan memilih HONOR MagicBook 15 AMD kali ini.

HONOR MagicBook 15 AMD tak lagging.

Laptop tidak laging bila buka banyak skrin browser selain dibekalkan pre load Operating System Windows 11 Home yang boleh buat multi-tasking windows dengan buka beberapa aplikasi pada satu masa.

Garisan biru estatik yang menampakan HONOR menghasilkan produk premium berkualiti
Saiz keypad yang lebar
Butang dwi fungsi selain Power ON berfungsi sebagai Finger Print scanner
Pop Up dan hidden kamera
USB dan audio jack
Type C, HDMI dan USB
Cooling grill
kipas penyejuk

Rekaan pengurusan haba yang baik oleh Honor dengan rekaan Dual Thermal Pipes untuk pengurusan haba dan penyejukan yang cekap. Setakat saya guna tidaklah merasa haba melampau seperti laptop processor Intel lama saya yang boleh rasa haba di atas keyboard dan sisi laptop.

grafik disokong AMD RADEON
Honor Magic-link

Honor Magic-Link

Honor Magic-Link yang hadir bersama laptop ini boleh buat sambungan NFC dengan sentuhan untuk Smartphone Honor. Boleh mengawal Smartphone di laptop untuk pemindahan gambar, fail dan sebagainya. Nak buat panggilan pun boleh.

Power Adapter dan kabel type C

Power Adaptor 65W mengunakan kabel type C. Mengecas kapasiti bateri 65% dalam masa 1 jam. Kabel type C yang dibekalkan mempunyai dwi fungsi sebagai kabel caj dan data.

Spesifikasi HONOR MagicBook 15 AMD

  • Case Aluminium alloy.
  • Bukaan sekrin sehingga 150 darjah.
  • Saiz skrin 15.6″ IPS Anti-glare screen.
  • Eye Comfort Mode
    • Support (TÜV Rheinland Low Blue Light Certification)
    • Support (TÜV Rheinland Flicker Free Certification)
  • AMD Ryzen™ 5 5500U 6 cores.
  • Grafik AMD Radeon™.
  • Storan 256GB.
  • Memori 8GB.
  • Power Adaptor 65W.
  • Ketebalan 16.5mm.
  • Berat 1.54kg.

Yang disukai

  • Casing aluminum alloy binaan kukuh.
  • Butang power ON dwi fungsi mempunyai pengimbas jari.
  • Pop Kamera boleh sorok.
  • Wifi 6
  • Skrin Eye Comfort Low Blue Light
  • USB type C Power Adaptor
  • Nipis 16.5mm
  • Ringan 1.54kg

Kurang disukai

  • Tiada Ethernet RJ45
  • Port USB 2.0 x 1
  • Port USB 3.0 x 1

Nota: Kekurangan dengan ketiadaan Ethernet RJ45 dan port USB boleh ditambah dengan aksesori tambahan.

Sekarang ini Honor sudah mengeluarkan versi HONOR MagicBook 15 AMD Intel® Core™ i5-1135G7 generasi ke 11.

Berminat nak dapatkan HONOR MagicBook 15 AMD dari kedai rasmi Honor dibawah

Shopee
  • Ugreen 3.0 USB hub Gigabit Ethernet adapter
  • Acer Aspire P3 Ultrabook open box
  • Kesan selepas menghadiri Seminar Emas Sebagai Perlindungan Kekayaan Anda
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2022-12-12
Reviewed Item
HONOR MagicBook 15 AMD
Author Rating
5

Filed Under: blog, gajet, review Tagged With: HONOR MagicBook 15 AMD

Reader Interactions

Comments

  1. mrhanafi says

    30th April 2023 at 8:09 am

    saya tidak puas hati guna intel i7 ..swelain bateri cepat habis, ia sangat panas…adalah lebih baik guna laptop jenis yang lama

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2023 at 9:31 am

      Setakat ini saya tidak mengalami apa-apa masalah walaupun mengunakan processor dari AMD.

      Reply
  2. mrhanafi says

    24th December 2022 at 2:30 pm

    AMG macam best berbanding Intel…latop yang saya guna Intel i7 tetapi prestasi sama jer dengan i5

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2022 at 9:00 pm

      Processor spec tinggi tidak menjamin kelajuan sebab ada beberapa faktor lain perlu diambil kira seperti capacity RAM dan jenis hard disk yang digunakan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in