Ugreen USB 3.0 USB hub with Gigabit adapter untuk laptop tiada Ethernet Port
Ugreen USB 3.0 hub with Gigabit Ethernet adapter untuk laptop tiada Ethernet Port.
Reviu kali ini mengenai Ugreen USB 3.0 hub with Gigabit Ethernet adapter mempunyai fungsi 2 dalam 1 yang boleh tambah USB port kepada 3 USB port tambahan dan mempunyai Ethernet port RJ45 bagi yang memiliki laptop tidak ada Ethernet Port untuk sambungan kabel network.
Walaupun zaman sekarang adalah biasa sambungan internet dengan Wifi tetapi ada sambungan melalui Ethernet port iaitu mengunakan kabel network dikatakan lebih stabil berbanding dengan sambungan Wifi.
Ethernet Adapter untuk laptop yang tidak dibekalkan Ethernet Port RJ45.
Kalau dahulu semua laptop mempunyai pilihan sambungan internet mengunakan Ethernet port RJ45 atau Wifi tetapi tidak semua laptop baru dibekalkan Ethernet port RJ45 selain sambungan Wifi tunggal. Jadi masa hendak buat pembelian laptop pastikan laptop korang hendak beli mempunyai Ethernet port. Kalau tiada sebagai alternatif boleh membeli akesori tambahan iaitu Ethernet Adapter.
Jangan terkejut kalau dahulu Laptop mempunya VGA port dan sekarang tidak lagi sebab digantikan dengan HDMI kerana lebih baik sebab mempunyai data video dan audio sekali. Begitu juga Ethernet port RJ45 tidak lagi dibekalkan pada sesetengah model laptop baharu. Ini akan menjadikan Laptop agak sedikit nipis bila ketiadaan Ethernet port RJ45 dan apabila dikurang perkakas hardware terutama untuk Laptop.
Bagi menyelesaikan ketiadaan Ethernet port RJ45 dengan membeli aksesori tambahan iaitu Ethernet Adapter seperti reviu didalam posting blog ini. Saya telah memilih jenama Ugreen dengan mendapatkan Ugreen USB 3.0 hub with Gigabit Ethernet adapter kerana laptop Honor MagicBook 14 AMD Ryzen™ 5 5500U milik saya malangnya tidak mempunyai Ethernet Port RJ45.
Memandangkan saya nak guna Laptop untuk kerja-kerja dipejabat walaupun dipejabat ada sambungan Wifi tetapi tidak kuat kerana Wifi Router berada ditingkat 2 dan manakala saya berada di ground floor yang mana capaian internet sangat lemah. Setiap meja ada port LAN yang mana boleh disambunng pada Ethernet Port RJ45 jika laptop mempunyai Ethernet Port.
Ugreen USB 3.0 hub with Gigabit Ethernet adapter mempunyai 2 fungsi didalam 1.
Saya memilih Ugreen USB 3.0 hub with Gigabit Ethernet adapter kerana mempunyai fungsi 2 dalam 1 sebab nak tambah USB port yang sedia ada pada laptop dibekalkan satu USB 3.0 dan satu USB 3.0 sahaja mana cukup serta tiada Ethernet Port untuk sambungan kabel LAN.
Ugreen mengeluarkan beberapa pilihan Ethernet Adapter yang boleh dipilih samada nak USB type C atau USB 2.0 atau USB 3.0. Saya memilih Ethernet Adapter USB 3.0 berbanding USB type C kerana tidak mahu menganggu port USB type C pada Honor MagicBook 14 AMD Ryzen™ 5 5500U digunakan sebagai input pengecas.
Perlu muat turun driver untuk memastikan Ugreen USB 3.0 hub with Gigabit Ethernet adapter ini dapat berfungsi. Boleh download driver dengan klik butang Driver dibawah.
Spefikasi Ugreen USB 3.0 hub with Gigabit Ethernet adapter
- USB port x 3
- Gigabit 10/100/1000Mbps Ethernet Network ×1
- Support the speed up to 5Gbps
Semoga penyelesaian ketiadaan Ethernet Port RJ45 pada laptop korang dapat selesai dengan mengunakan Ugreen USB 3.0 hub with Gigabit Ethernet adapter ini. Boleh dapat Ugreen Ethernet Adapter ini dari link dibawah.
Leave a Reply Cancel reply