• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / ez Sh@re Wifi SD Card mudahkan proses pindah gambar kamera DSLR

ez Sh@re Wifi SD Card mudahkan proses pindah gambar kamera DSLR

19th September 2013 by akubiomed 60 Comments

Dengan ez Sh@re Wifi SD Card tidak perlu upgrade kamera DSLR untuk ada fungsi Wifi.

Info mengenai Wifi SD Card ini saya ketahui melalui pemilik blog theme Foto Besar. Pada masa itu menghadiri Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdb pada bulan Mei yang lalu. Semasa balik dari seminar saya, Azman Ishak, Azman Ismail dan Azwan Anwar singgah di kedai mamak untuk makan tengahari.

ez sh@re wifi sd card
ez sh@re wifi sd card mampu simpan data dan memindah gambar secara wireless.

Ketika itu saya lihat Azman Ishak memindahkan gambar-gambar didalam kamera DSLR secara wireless ke Tablet Samsung Galaxy Note beliau. Rupanya beliau mengunakan Wifi SD Card jenama  Toshiba Flash Air Class 6 yang mempunyai keupayaan sambungan Wifi dan membolehkan gambar-gambar yang diambil didalam seminar dapat dipindahkan ke Tablet. Proses edit dan perkongsian melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram menjadi lebih mudah dan cepat.

Tidak tercapai di akal kerana SD Card yang kita ketahui mempunyai fungsi menyimpan data dan sekarang ini berupaya menjadi Wifi untuk sambungan wireless diantara kamera dan gajet.

Saya memilih jenama ez Sh@re + Wifi 8Gb Class 10 yang dibeli secara online pada harga RM199. Sambungan untuk  ez Sh@re Wifi SD Card boleh dikatakan mudah tidaklah terlalu teknikal. Saya boleh mengunakan 2 opsyen samada akses gambar melalui browser atau mengunakan aplikasi untuk Androids yang juga mempunyai fungsi opsyen Auto Push. Gambar akan upload ke dalam Tablet secara automatik selepas mengambil gambar dengan mengunakan opsyen Auto Push.

Set Wifi ez Sh@re network
ez sh@re compatible dengan semua browser.

Bahagian yang saya suka Wifi SD Card ini mempunyai kemampuan memindahkan gambar format JPEG dan RAW. Cuma saya tidak pasti samada ada aplikasi untuk paparkan RAW dan edit di Androids.

Muat turun aplikasi ez Sh@re untuk Androids secara percuma
papar gambar guna aplikasi ez Sh@re untuk Androids

Kenapa mengunakan ez Sh@re Wifi sd card?

Saya merasa cara memindahkan gambar secara wireless dan serta merta kepada Smartphone atau Tablet. Ia memudahkan proses edit gambar dan kongsi di media sosial cepat dan sudah tentu hasil kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera DSLR tidak diragui.

Ada beberapa aplikasi memudahkan proses edit gambar dan tidak perlu pergantungan kepada laptop dan desktop untuk edit gambar. Walau bagaimana pun untuk proses edit yang komersial masih lagi memerlukan pengunaan aplikasi bagus dan dilakukan di desktop atau pun laptop.

Saya berpuas hati dengan fungsi ez Sh@re Wifi sd card dan memenuhi keperluan saya.

Info ez Sh@re: www.ezshare.com.cn

  • Mudah pindah gambar dengan Toshiba flashair w-02
  • Apa ada dalam beg anda?
  • Jom Outing 2 di Taman Tasik Perdana bersama Tarmizi Shukri

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. NotaKembara says

    24th September 2013 at 3:25 pm

    lepas baca artikel ni, terus godek kat ebay. Huhu!

    Kat Aussie boleh tahan murah. beli Eye Fi 8GB dalam 45AUD = 135 MYR

    Reply
  2. Juan says

    22nd September 2013 at 11:06 pm

    kalau macam ni kerja jadi mudah lah

    Reply
  3. AUC says

    22nd September 2013 at 9:46 am

    wah baru tau… makin mudah dgn teknologi terkini 🙂

    Reply
  4. reezluv says

    21st September 2013 at 5:41 pm

    hebat sekali..tapi aku lagi suka pakai sd card biasa je..ada 4 setakat ni ok le..bila tah nak tukar ke CF card..

    Reply
  5. Izzuddin Fauzi says

    21st September 2013 at 4:49 pm

    Terbaik la…. Nak dapat kat mana ye. Nak juga beli satu tapi dimuatkan dalam kamera digital biasa. Kemudahan bila dalam event dan mudah nak buat kemaskini semasa 🙂

    Reply
  6. wazy says

    21st September 2013 at 4:08 pm

    bagus juga ni,nanti boleh usha ..mana tahu berkenan di hati angkat satu untuk kegunaan sendiri

    Reply
  7. Hafizul says

    21st September 2013 at 11:23 am

    First time baru tahu kad memeory ada wireles..haha..terbaik la..ada duit lebih kena cari satu kad ni..

    Reply
  8. Ismail N says

    20th September 2013 at 12:43 am

    Mmg best ehhh.. cuma la ni kawe maleh betul nak angkut DSLR yg gedabak tu. Nak cari camera comel satu wehhh.

    Reply
  9. Sop says

    19th September 2013 at 11:49 pm

    pernah tanya juga kat kedai sebelum ini semasa bertanya tentang WU-1a 🙂
    kat kedai xda peranti tu dan dicadangkan wireless SD kad tersebut
    harga WU-1a lebih kurang sama.. bila nak gi angkat 1… hehehe

    Reply
  10. encikarman says

    19th September 2013 at 6:11 pm

    baik2 nih.. memudahkan keje, jimat masa bleh usha-usha aweks.

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:11 pm

      Betul mudah. 🙂

      Reply
  11. hazman aka species1980 says

    19th September 2013 at 5:07 pm

    Cool…. memang sesuai kalau ada job live update nie…..

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:12 pm

      Boleh terus kongsi di Facebook dan Instagram dengan cepat.

      Reply
  12. blogger lelaki says

    19th September 2013 at 4:38 pm

    teknologi baru ni..baru gua tau bro

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:13 pm

      Melalui seorang sahabat juga tahu mengenai Wifi SD Card ini.

      Reply
  13. Ummi Hanie says

    19th September 2013 at 4:27 pm

    wah mudahnya memindahkan gambar begitu… first time tahu ni 😉

    mcm kenal jer fridge magnet tu.. hihi

    Reply
  14. ema says

    19th September 2013 at 4:15 pm

    nak kena cari juga satu ni..

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:14 pm

      Banyak jenama Transcend, Toshiba, Eye Fi dan ez Sh@re boleh dipilih.

      Reply
  15. suri says

    19th September 2013 at 2:52 pm

    jika minat ia bukan satu masalah untuk memilikinya

    Reply
  16. Bahrain says

    19th September 2013 at 2:01 pm

    wau! terbaik!. satu pekara yang menyenangkan si tak payah la pasni keuarkan Sd card pastu masukkan ke laptop lg..

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:14 pm

      Betul, memudahkan kerja memindahkan gambar.

      Reply
  17. Hairul Azni says

    19th September 2013 at 1:21 pm

    Bagus ni..lepas ni takde alasan la banyak gambar yang disnap tu dok terperap kat dalam kamera je..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:15 pm

      Sudah menjadi kebiasaan saya selepas snap gambar akan terus pindahkan ke laptop.

      Reply
  18. papa mifz says

    19th September 2013 at 1:11 pm

    macam menarik jer benda alah tuh…

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:16 pm

      Benda alah itu Wifi SD card. 🙂

      Reply
  19. daddydee says

    19th September 2013 at 12:19 pm

    Wah bagus la menda ni….nanti boleh cari…

    Reply
  20. Nine says

    19th September 2013 at 12:02 pm

    fuh terbaik la, takyah guna card reader dah pasnih, saya duk update insta guna dslr gak, jrg guna phone or tab, rasa pic tak puas.

    Reply
    • Nine says

      19th September 2013 at 1:07 pm

      maksud saya camera phone or tab jrg guna.

      Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:17 pm

      Bergantung jenis model Smartphone dan Tablet yang digunakan. Contohnya Nokia Lumia 925 menghasilkan gambar yang cantik setanding kualiti kamera DSLR.

      Reply
  21. Fyzal says

    19th September 2013 at 12:01 pm

    Macam macam teknologi ada sekarang. Memudahcarakan kerja-kerja kita.

    Reply
  22. Norasikin says

    19th September 2013 at 11:43 am

    Baru tahu ada gajet seperti ini.

    Reply
  23. mummydearie says

    19th September 2013 at 11:36 am

    Canggihnya teknologi sekarang ni. Rasa mcm jauh sungguh ketinggalan.

    Reply
    • suri says

      19th September 2013 at 3:00 pm

      bagi kita selalu begitu kalau bercinta tak pikir benda itu patut ada…

      Reply
  24. sukma says

    19th September 2013 at 11:00 am

    teknologi terkini melangkaui zaman……….nice info….

    Reply
  25. Hazmin Hamudin says

    19th September 2013 at 10:52 am

    Hebat dah teknologi sekarng ni. Terus pindah gambar pakai wifi je.

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:18 pm

      Saya percaya pada masa akan datang akan ada lebih mudah dan cepat.

      Reply
  26. eyriqazz says

    19th September 2013 at 10:52 am

    Fuhh, makin lama makin canggih kemajuan teknologi…

    Reply
  27. Lizz says

    19th September 2013 at 9:56 am

    teknologi sekarang ni makin canggih. sangat memudahkan kerja kita.

    Reply
  28. Mak lagenda says

    19th September 2013 at 9:51 am

    Wow..rupanya ada cara lain utk memindahkan gambar selain dr gunakan kabel dan memory card tu shj ya. Kena korek tabung NN la pasni utk beli wifi sd card plak!

    Btw, Thanks for the info.

    🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:18 pm

      Terima kasih Mak Lagenda. 🙂

      Reply
  29. Eazy Izzuddin says

    19th September 2013 at 9:22 am

    TQ bro …
    sekarang lebih mudah lah nak transfer and terus update ….

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:19 pm

      Betul, cepat, mudah dan pantas.

      Reply
  30. Kamal Mustafa says

    19th September 2013 at 8:32 am

    Memang tercari-cari funtion nie dalam DSLR, memudahkan perkongsian gambar, tq Bro Azrin untuk info ini.

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:19 pm

      Terima kasih, harap maklumat ini berguna.

      Reply
  31. Mus says

    19th September 2013 at 6:24 am

    Selain SD card, apa lagi storage yang ada bro? Memang sesuai utk yang kuat main Instagram

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:21 pm

      Hampir semua format JPEG, RAW, AVI, MP4, MOV dan sebagainya.

      Reply
  32. KiD says

    19th September 2013 at 6:22 am

    fuhhh…!!! mantap ni bro.. sesuai untuk semua jenis DSLR kan?? kalau tu harganya.. berbaloi laaa.. =)

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:21 pm

      Kalau hendak upgrade gajet kos. Ini satu cara solusinya.

      Reply
  33. sensasi2020 says

    19th September 2013 at 2:55 am

    Tak tahu pula SD card ada wifi, ini pertama kali dengar perkhabaran ini….ini jawapnya kerja kita akan menjadi lebih mudah, tapi mahal la…harganya, pasti berbaloi.

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 11:22 pm

      Wifi SD Card ini masih baru lagi. Bagi saya ia pelaburan berbaloi untuk ez Sh@re Wifi SD Card 8Gb. One time invesment.

      Reply
  34. Ladfe Amir says

    19th September 2013 at 1:15 am

    maknanya tak perlulah beli kamera mahal-mahal yang ada fungsi wifi mcm Olympus Pen P5 . memadai pakai wifi sd kad, dah boleh guna wifi

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 1:21 am

      Kalau hendak beli tiada halangan. Bagi yang ada digital kamera atau kamera DSLR boleh guna Wifi SD Card ini.

      Reply
  35. MrJocko says

    19th September 2013 at 1:13 am

    Aku nak cuba jugak la

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 1:22 am

      Boleh pasang Wifi SD card ini kepada digital kamera.

      Reply
  36. Izwan says

    19th September 2013 at 1:06 am

    ni la agaknya trick yg dibuat oleh Project 2Pi dari CST Production. live update masa cover event. edit guna iPad.

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 1:23 am

      Mudahkan kerja dan perkongsian serta merta.

      Reply
  37. anif says

    19th September 2013 at 12:57 am

    Bagus untuk kaki Instagram ni! 😀

    Reply
    • akubiomed says

      19th September 2013 at 1:24 am

      Saya sudah pos beberapa keping gambar di Instagram ternyata kualiti gambarnya sangat bagus.

      Reply
      • anif says

        19th September 2013 at 1:28 am

        Tentu bagus.. maklumlah sumbernya DSLR! 😀

        Reply
      • Kamal Mustafa says

        19th September 2013 at 10:34 am

        Sy pun br beli dengan harga RM165

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in