Speedlight untuk kamera DSLR Canon

Speedlight untuk kamera DSLR Canon sudah dimiliki.

Akhirnya saat yang ditunggu sudah tiba dengan kehadiran Speedlight melengkapkan aksesori kamera DSLR Canon saya. Kalau sebelum ini saya telah membeli lensa All-in-One Zoom jenama Tamron. Jadi saya tidak perlu bimbang untuk bertukar lensa selalu.

Speedlight Yongnuo

Speedlight Yongnuo

Saya sangat kecewa dengan pengunaan flash bina dalam kerana tidak cukup kuat untuk mengambil gambat indoor.  Hajat untuk memiliki Speedlight ini sudah lama dan boleh dikatakan kerap juga buat kajian dengan mencari info ulasan mengenai Speedlight di pasaran. Hendak beli Speedlight Canon yang memang sudah secocok dengan kamera DSLR Canon malangnya harga saya tidak mampu milik.

Secara jujur saya masih mentah untuk memilih Speedlight yang sesuai untuk kamera DSLR Canon ini terutama dengan bajet yang kecil lebih menyukar pemilihan Speedligt. Masalahnya nafsu besar tetapi bajet yang diperuntukkan untuk membeli Speeglight pula ciput.


yongnuo speedlite yn560 box
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o
yongnuo speedlite yn56o

Setelah berbulan-bulan mencari Speedlight yang sesuai untuk dipasangkan dengan kamera DSLR Canon dan ditambah kekecewaan hasil bidikan gambar indoor. Akhirnya Yongnuo speedlight model YN560 telah dipasangkan dengan kamera DSLR Canon ini jadilah perkahwinan campur antara Jepun dan China. Saya harap ada chemistry antara Yongnuo dan Canon. :-)

Ini adalah hasil bidikan gambar yang uji dengan mengunakan Speedlight Yongnuo.

Baby Aslah

Baby Aslah

Abang Koning

Abang Koning

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • lepakk.com September 3, 2012 at 2:22 pm

    Macam laman web catalog

  • Norasikin June 14, 2012 at 1:46 pm

    Kalau saya dah ada dslr pun dah cukup dah tu. Pada saya dah abis cantik dah

    • akubiomed June 14, 2012 at 11:24 pm

      Ada digital kamera kompak yang bagus dapat menghasilkan gambar dengan baik.

  • MEKAR June 13, 2012 at 11:15 am

    sya pun dah ada dslr. cuma tak tau nak tambah aksesori yg jenis mana sbb pengetahuan tak cukup lagi.
    MEKAR recently posted..Harum ManisMy Profile

  • Myra Jay June 12, 2012 at 7:35 pm

    Hubby pun baru beli speedlight untuk Nikon kami tp bawah sikit dari Akubiomed
    YN460-1st trial :)

  • izwanyusof June 9, 2012 at 5:27 pm

    ni harga tak sampai RM 300 kan? kalau YN 565 tu hampir sama rupa dengan Canon EX 565ii tak silap. 560 ada wireless ke?
    sangat berguna speedlight kalau takde lens yg F kecil. tapi utk keselamatan shoot indoor,inilah barangnya.

    • akubiomed June 9, 2012 at 8:38 pm

      Tidak perasan pula guna wireless tetapi buat slave tidak ada masalah.

  • Ladfe Amir June 9, 2012 at 4:36 pm

    mmg terfikir nak beli dlsr utk letak picture yang ditangkap sendiri di blog. jadi tak perlu lagi nak curi picture orang lain di google.

    • akubiomed June 9, 2012 at 8:46 pm

      Suatu hari nanti gajet impian bro akan menjadi kenyataan.

  • segalabenda June 8, 2012 at 10:28 pm

    aku pun bro dalam perancangan nak mendapatkan satu speedlight..dalam kepala ni planning nak cari jenis nissin..tapi tak tau la ok ketak..kene tanya pakar-pakar dulu

    • akubiomed June 9, 2012 at 12:43 am

      Nissin walaupun compatible harganya boleh tahan juga.

  • Nur June 7, 2012 at 8:36 pm

    Sampai ni belum pandai guna.. Apatah lagi nak menambah aksesori.. :)

    • akubiomed June 8, 2012 at 12:23 am

      Lihat belajar dengan melihat setting auto dan kemudian cuba set secara manual. Agak satu kerugian mengunakan kamera DLSR pada auto mode.

  • Khidhir June 7, 2012 at 5:52 pm

    tunggu bajet nak beli
    Khidhir recently posted..Memperkemas Windows Context MenuMy Profile

    • akubiomed June 8, 2012 at 12:24 am

      Sekarang ini kamera DSLR entry level yang baru hebat-hebat spefikasinya. Tidak salah Canon telah mengeluar kamera DSLR jenis skrin sesentuh.

  • sha June 6, 2012 at 6:04 pm

    bestnya ada DSLR :)

    • akubiomed June 8, 2012 at 12:26 am

      Hasil gambar kamera DSLR ini macam pandangan mata manusia.

  • cik tom June 6, 2012 at 4:54 pm

    ciktom xde dslr..ada kamera hp je..sbb tue pic2 yg msk dlm blog xcun..huhu

    • akubiomed June 8, 2012 at 12:27 am

      Ada juga kamera digital kompak dan telefon bimbit mempunyai resolusi tinggi. Resolusi 5Megapiksel paling minimum.

  • Izzuddin Fauzi June 6, 2012 at 3:31 pm

    DSLR pun belum ada… Masih dalam Which list :)

  • Hairul June 5, 2012 at 10:47 pm

    mmg best kalo ada kamera dsl nie.. saya dari dulu sampai skrg guna kamera canon powershot A1000 buat video dan ambil gambar pakej saya.. tahan juga kamera nie..

    • akubiomed June 8, 2012 at 12:28 am

      Siapa kata kalau mengunakan kamera digital kompak tidak cantik. Ada teknik yang perlu dipraktikkan supaya gambar yang diambil menjadi cantik dan menarik.

  • akhiyy June 5, 2012 at 9:01 pm

    teringin nak ade tapi tak dpt2..huhu
    akhiyy recently posted..KerjaMy Profile

  • ilasaleh/baby/mama amana&arief June 5, 2012 at 6:43 pm

    teringin nak ada dslr sbb nak masuk contest..mm tapi mahallah..

    • akubiomed June 5, 2012 at 9:59 pm

      Badan kamera DSLR berharga RM1+++.

  • Kamal Mustafa June 5, 2012 at 3:24 pm

    Wah dah ada Speedlight, KM pun sedang mencari jugak nie. Sekarang masih lagi survey Lens yang under budget. KM tahu Bro Azrin guna DSLR yang sama dengan KM. RM240 untuk Speedlight tue kira bagus da. Berapa pulak harga All-in-One Zoom lens tue bro .
    Kamal Mustafa recently posted..Lelaki Menyamar Jadi Zombi Hampir Ditembak.My Profile

    • akubiomed June 5, 2012 at 9:00 pm

      Lensa Tamron saya beli pada harga RM7++.

  • hazman aka species1980 June 5, 2012 at 2:09 pm

    Lepas nie boleh la jadi OFFICIAL PHOTOGRAPHER si FATIN LIYANA la bro… yosh !!!!

    • akubiomed June 5, 2012 at 9:59 pm

      Kalau Fatin Liyana sudi panggil apa salahnya. :-)

  • Mus June 5, 2012 at 1:42 pm

    semoga terus maju dalam bidang yang diceburi..
    Mus recently posted..UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota KinabaluMy Profile

    • akubiomed June 5, 2012 at 10:00 pm

      Insyallah akan berusaha untuk menjadi lebih baik.

  • JAI June 5, 2012 at 9:19 am

    Fuhh..langkah menuju kearah Pro dah ni..hehe

  • daddydee June 4, 2012 at 10:37 pm

    Ramai orang kata YN560 ni ok.

    Aku pakai Nissin je. Tu pun sambar 2nd punya. Nak amik brand Canon mahal sangat.

    • akubiomed June 5, 2012 at 10:02 pm

      Saya sudah buat kajian di Google dengan membaca maklumbalas jenama Yongnuo ini mendapat maklum balas positif.

  • Zarul Umbrella June 4, 2012 at 8:52 pm

    saya jugak masih lagi tak mampu nak beli speedlight ni..budget tarak lagi

  • iza June 4, 2012 at 5:56 pm

    Assalam..
    Saya pun masih baru nak belajar.

  • eiela June 4, 2012 at 4:25 pm

    semakin banyak ilmu fotografi nih
    eiela recently posted..Tenang Dengan Doa Pelembut HatiMy Profile

  • onlajer June 4, 2012 at 4:19 pm

    wah kalau nak beli camera kena berguru dengan bro AB gayanya ni
    onlajer recently posted..Bab Menjadi Kotraktor HebatMy Profile

    • akubiomed June 5, 2012 at 10:04 pm

      Dengan ada ilmu yang sedikit akan dikongsikan bersama.

  • Denaihati June 4, 2012 at 4:08 pm

    tahniah, semakin mantaplah hasil photography bro lepas ni.

    • akubiomed June 5, 2012 at 10:08 pm

      Insyallah. Banyak lagi hendak dipelajari taknik pengunaan kamera DSLR ini.

  • Juan June 4, 2012 at 12:50 pm

    wah, sangat cantik

  • suri June 4, 2012 at 12:06 pm

    untuk nmpak ajah lagi klasik ke bro?

  • Ummi Hanie June 4, 2012 at 11:14 am

    oh apekah itu speedlight? almaklumlah sy ni buta gajet sikittt… tp pd firasat sy, untuk tambah lighting kot? ;)

    • akubiomed June 5, 2012 at 10:09 pm

      Betul. Flash built in agak terhad pengunaannya. Jadi Speedlight adalah aksesori tambahan.

  • adamfaiz June 4, 2012 at 9:22 am

    Semakin bertambah gadget, makin banyak ilmu fotografi.. pasni boleh wat bisnes.. :)
    adamfaiz recently posted..Percayalah..Aku Lelaki Kacak!!My Profile

    • akubiomed June 5, 2012 at 10:10 pm

      Ada perancangan tetapi kemahiran dan ilmu perlu di mantapkan terlebih dahulu.

  • chii June 4, 2012 at 12:31 am

    selepas ni..makin banyak gambar aksi yang akan dipertonton kan di sini..ehehe

  • faizfakhirin June 3, 2012 at 10:49 pm

    good tips..aku mmg buta terus bab kamera ni..hahaha
    faizfakhirin recently posted..#HandGun Evolusi Pembuatan HandGun Yang Awesome Bermula Tahun 1600. (25 Picture)My Profile

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:47 pm

      Saya masih lagi newbie dengan pengunaan kamera DSLR ini. Perlahan-lahan mengali ilmu.

  • spudin June 3, 2012 at 9:42 pm

    seriosly bro..saya tak ada ilmu tentang DSLR ..nak try beli tapi masih lagi tak berkesempatan ..huhuh

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:48 pm

      Saya membeli kamera DSLR sebab suka objek yang cantik. Hasil bidikan kamera DSLR akan saya dapa rakamkan moment tersebut.

  • luqman zakaria June 3, 2012 at 9:36 pm

    wah! perkongsian yang menarik..:) salam kenal :)

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:49 pm

      Terima kasih sudih singgah ke blog ini. Salam perkenalan daripada saya. :-)

  • Kak Long Mawar Merah June 3, 2012 at 4:29 pm

    kak Long pun beli sebiji speedlite, tapi masih kurang ilmu.

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:49 pm

      Saya beli Speedlight untuk tujuan ambil gambar indoor.

      • Bobby Pian June 5, 2012 at 10:38 am

        outdoor pun boleh pakai speedlight bro, especially kalau zoom, kdg2 detail object agak kelam. so masa ni leh pakai speedlight. tp depend maximum jarak focal speedlite.. kalau x, jenuh bidik gambo bulan pakai speedlite.. heehehee sekadar berkongsi.. :)

  • auc dot com June 3, 2012 at 4:18 pm

    x berapa nak faham
    sbb x pakai DSLR ni hehehe

  • nizamghazi June 3, 2012 at 2:36 pm

    Saya belum betul2 gila DLSR
    Hope one day boleh jadi macam akubiomed.

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:50 pm

      Ha..haa..tidak perlu jadi saya. Jadi Nizamghazi sudahlah. :-)

  • nuriz June 3, 2012 at 2:27 pm

    tumpang melihat saja , tak miliki lagi camera tu hehe
    nuriz recently posted..Gambar Anak Nia RamadhaniMy Profile

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:51 pm

      Tak apa sekadar perkongsian. :-)

  • Razlan June 3, 2012 at 1:05 pm

    Dapat satu kamera dslr ne pon da ok bagi saya, gadjet akubiomed makin canggih sekarang nih
    Razlan recently posted..Biru Kelapa Contoh ResumeMy Profile

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:52 pm

      Tidaklah canggih mana. Saya mengambil masa yang lama sebelum memiliki kamera DSLR kalau hendak dibanding anak muda sekarang masih dipengajian sudah milik kamera DSLR. :-)

  • Man June 3, 2012 at 12:13 pm

    berapakah harganya.

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:53 pm

      Saya beli pada harga RM240 sahaja.

  • spudin June 3, 2012 at 11:02 am

    masih lagi belum kenal erti DSLR saya ni bang ..hahaha

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:54 pm

      Tak apa. Kalau ada minat nanti boleh cari info mengenai kamera DSLR ini. :-)

      • spudin June 4, 2012 at 1:23 am

        hehe..betul tuh ..memang ada minat tapi masih teragak-agak :D

  • Jebeng Otai™ June 3, 2012 at 10:08 am

    jika pandai guna kahwin jepun + china pon xper.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Rumah KontenaMy Profile

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:54 pm

      Harap pasangan ini serasi. Ha..haa….

  • ahmadyani June 3, 2012 at 9:53 am

    Miliki kamera kompak sahaja. Cukup untuk mengabdikan kenangan hidup. Tapi DSLR ada dalam perancangan untuk beli.

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:55 pm

      Kamera digital kompak kalau tahu setting mampu menghasilkan yang baik. Kebanyakkan kita suka guna mode automatik berbanding manual.

  • adele June 3, 2012 at 9:44 am

    owh..ini speedlight ke namanya? sy selalu tumpang org pny je..walaupun compaq camera, camera sy pun boleh tumpang sekaki..hahaha

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:56 pm

      Kalau sudah tidak ada. Kamera kompak pun jadilah. :-)

  • Amirez June 3, 2012 at 2:04 am

    terbaiklah..dah beli speedlight barulah terasa lengkap sikit nak shoot :)

    setakat ni saya pakai Nikon Di622 Mark II, puas hati juga
    Amirez recently posted..Main Air di Bukit Gambang Water ParkMy Profile

    • akubiomed June 3, 2012 at 12:27 pm

      Tidak mampu untuk beli yang original kerana harga.

  • kulanz June 3, 2012 at 1:29 am

    Aku tak beli lagi speedlite untuk canon ni.. original accessories dia memang mahal.. kalau beli speedlite macam ni pun bagus juga.. jenis universal jadi boleh guna kebanyakan model dslr

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:56 pm

      Biasalah apabila mengunakan compatible ada mode setting di kamera disable.

  • hatiputera June 3, 2012 at 12:40 am

    belum masanya aku memiliki DSLR ,,,faktor kos yang tinggi.

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:57 pm

      Kos satu faktor diambil kira dan salah satu sebab saya selalu membidik daripada disimpan. :-)

  • pipoq June 3, 2012 at 12:17 am

    belum dipersetujui oleh permaisuri untuk memiliki DSLR..belajar teori je la buat masa ni..

    • akubiomed June 3, 2012 at 11:58 pm

      Tak apa. Sama juga dengan menteri kewangan saya mula-mula tidak lulus bajet yang dicadangkan. :-)

  • azura June 3, 2012 at 12:00 am

    cantik bidikan

  • cikgu naman June 2, 2012 at 11:55 pm

    berapa RM ni bro?

    gambar tu direct flash ke?

    • akubiomed June 3, 2012 at 12:04 am

      2 gambar sekadar ujian dengan cara direct flash. Masih mentah pengunaan speedlight ini terutama manual mode.

      • cikgu naman June 3, 2012 at 12:14 am

        oh..cuba bounce ke atas untuk kesan lebih natural…saya pun try and error je

    • akubiomed June 3, 2012 at 12:05 am

      Saya beli pada harga RM240.

  • azman June 2, 2012 at 11:40 pm

    Mahal ker speed light canaon tu?

    • akubiomed June 3, 2012 at 12:06 am

      Kalau jenama Canon faham-fahamlah harganya. :-)

  • tehr June 2, 2012 at 11:24 pm

    Ada kahwin campur juga tu
    Hehe

    Aku belum dapat nak milik dslr ni lagi

    • akubiomed June 3, 2012 at 12:06 am

      Sekadar menyedapkan entri ini. :-)

  • boni June 2, 2012 at 10:47 pm

    errr.. speed light ni apa function dia bro??

  • mrazydy June 2, 2012 at 10:40 pm

    perrghh.. dah ade set dslr.. haha boleh bukak klass shooiting lepaih ni bro..
    mrazydy recently posted..Panduan dan Tips Terbaik Nak Beli Rumah (Part 1)My Profile

  • titan June 2, 2012 at 10:34 pm

    aku masih belum ada dslr. belum sampai tahap keperluan lagi..
    titan recently posted..HzTours dan Advertlets – Bayar atau tidak?My Profile

    • akubiomed June 2, 2012 at 10:58 pm

      Saya suka melihat objek cantik. Saya mengambil masa 12 tahun untuk memiliki kamera DSLR sendiri. :-)
      akubiomed recently posted..Cubaan Hack blog AkuBiomedMy Profile

    • suri June 4, 2012 at 12:07 pm

      byk wang mash berkira2 lagi huhu…

  • Mohd Ilham June 2, 2012 at 10:13 pm

    haha… flash baru…. nih mesti income blog masyuk nih…. muahahaha

  • nurmisnan June 2, 2012 at 10:03 pm

    Aku pun nak grab satu speedlight semasa ke Law Yat
    last mth tapi tak berkesempatan pula.. Lain yg dicari
    lain pula yg dibeli.. hik3
    nurmisnan recently posted..Kopi tenung siapa??My Profile

  • tarmizishukri June 2, 2012 at 9:45 pm

    wow, tahniah bro, dah ada flash.. sori tak reply email, sibuk dengan final projek. Pengalaman sy pakai flash untuk dapat hasil terbaik

    1. guna mode manual kat flash
    2. kena mahir dlm prinsip exposure (shutter, aperture, iso)
    3. eksperimen, kena cuba setting yang pelbagai, lama2 kita akan tau setting apa yg terbaik untuk situasi tertentu.
    4. guna diffuser atau bounce flash, yg tu pun kena rajin eksperimen :p

    insyaAllah cuti nanti sy akan buat tutorial mengenai flash :)

    • akubiomed June 2, 2012 at 11:01 pm

      Saya suka pengunaan diffuser menjadi gambar subjek lebih natural.