• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Cordless Hair Clipper Kemei KM-706z Reviu

Cordless Hair Clipper Kemei KM-706z Reviu

3rd April 2022 by akubiomed Leave a Comment

Cordless Hair Clipper Kemei KM-706z tanpa wayar.

Hair clipper Kemei KM-706z adalah hair clipper nir wayar. Boleh digunakan tanpa rasa bimbang terhalang dengan wayar kerana hair clipper ini dikuasakan oleh bateri yang boleh dicaj semula.

Kemahiran baru potong rambut.

Kemahiran yang saya pelajari sepanjang wabak Covid-19 adalah kemahiran potong rambut. Bayangkan lah beberapa kali negara telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesannya banyak perniagaan ditutup termasuk kedai gunting rambut sepanjang tempoh PKP.

Rambut panjang sampai cucuk lubang telinga.

Pergerakan terhad sepanjang perlaksanaan PKP dan pada masa sama rambut sudah mula panjang sehingga cucuk lubang telinga. Rasa rimas rambut panjang dan rasa nak potong rambut tetapi kedai gunting rambut pula tutup.

Berajar asas potong di Youtube.

Ambil inisiatif belajar cara potong rambut dari Youtube. Ramai yang bermurah hati buat perkongsian ilmu asas potong rambut di saluran Youtube. Beranikan diri beli Hair Clipper murah dari MrDIY yang merupakan hot items ketika perlaksanaan PKP. Cepat sahaja laku keras sebab ramai yang cuba potong rambut sendiri diri rumah.

Potong rambut anak-anak dan rambut sendiri.

Beranikan diri mengunakan Hair Clipper murah yang dibeli dari MrDiy dan anak-anaklah jadi mangsa eksperimen potong rambut. Alhamdulillah tidak berlaku luar dijangkaan hasil potong sendiri rambut anak-anak. Sekurang-kurang tidak rimas mata memandang.

Potong rambut sendiri dengan melihat sendiri dicermin. Macam tidak percaya boleh potong rambut sendiri seorang diri dengan berjaya. Titik tolak tidak lagi ke kedai gunting rambut dan lebih suka potong rambut sendiri dengan mengikut selera sendiri.

Hair Clipper Kemei 300 series adalah hair clipper elektrik pertama.

Malangnya Hair Clipper yang dibeli dari kedai MrDiy bukanlah jenis heavy duty dan rosak selepas beberapa kali digunakan. Lalu saya membeli Hair Clipper elektrik jenama Kemei 300 Series secara online dan sepanjang penggunaan Hair Clipper jenama Kemei sangat berpuas hati kerana harganya murah.

Upgrade ke cordless Hair Clipper Kemei KM-706z.

Akhirnya saya berhajat untuk upgrade hair clipper berwayar ke hair clipper jenis nir wayar iaitu Kemei KM-706z. Bukanlah disebabkan kekurangan pada hair clipper Kemei 300 Series tetapi untuk memudahkan pergerakan ketika potong rambut tanpa dihalangan wayar. Kalau guna hair clipper nir wayar tidak perlu bergelut dan bersimpul dengan wayar ketika mengunakannya.

Reviu ringkas luaran hair clipper Kemei KM-706z.

Hair Clipper Kemei KM-706z
connector pengecas USB hair clipper
Suis on/off
Maklumat spesifikasi hair clipper Kemei KM-706z
Penutup mata pisau hair clipper
Mata pisua hair clipper Kemei KM-706z yang mempunyai ciri keselamatan
Power adapter hair clipper Kemei KM-706z
Kable pengecas hair Clipper Kemei KM-706z
Hair clipper Kemeri KM-706z dan aksesoris

Kesimpulan mengenai Hair Clipper Kemei KM-706z

Masa membeli Hair Clippr Kemei 300 Series sebab berasa skeptikal Cordless Hair Clipper kerana bimbang bateri cepa habis kita mengunakan potong rambut. Pengalaman guna Hair Trimmer hanya beberapa kali pengunaan dan pernah bateri habis pada hujung nak perkemas potongan rambut.

Saya merasakan Cordless Hair Clipper ini berat kerana ada bateri didalamnya. Rupanya sangkaan diatas meleset sama sekali. Cordless Hair Clipper Kemei KM-706z tidaklah seberat yang disangkakan dan lebih ringan dari Hair Clipper Kemei 300 series yang saya miliki.

Bunyi yang dihasilkan juga tidaklah kuat sangat dan tiada beza dengan Hair Clipper yang lain. Sangat berbaloi untuk dimiliki kerana harganya yang mampu milik.

Berminat nak dapatkan Hair Clipper Kemei KM-706z dengan klik butang pembelian dibawah.

Lazada
Shopee

  • Kemei 300 series Clipper mesin potong rambut elektrik
  • Gaya rambut dengan Elite On the Go Hair Wax serlahkan penampilan
  • DIY bakul simpan wayar extension soket
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2022-04-03
Reviewed Item
Cordless Hair Clipper Kemei KM-706z
Author Rating
5

Filed Under: blog, gajet, review Tagged With: electric hair clipper, hair clipper, Kemei hair clipper, km-706z

Reader Interactions

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in