Kemei 300 series Clipper mirip Wahl 300 series.
Tak selesa bila rambut panjang sampai masuk lubang telinga.
Rambut semakin panjang sejak Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung jangkitan COVID19. Saya mencari mesin gunting rambut elektrik untuk kegunaan sendiri. Susah juga nak dapatkan mesin gunting rambut secara online kerana ketiadaan stok.
Mesin gunting rambut Kemei 300 series Clipper ini pun saya dapatkan dari kedai online hampir sebulan untuk sampai dari negara China ke Malaysia. Walaupun begitu ia penantian yang berbaloi. Sekali pandang Kemei 300 series Clipper ini klon mirip Wahl 300 series Clipper buatan USA.
Kemei 300 series Clipper datang bersama kotak penyimpanan.
Kemei 300 series Clipper ini datang bersama kotak dan aksesori. Saya terkejut kerana ketika barang sampai tidak dibalut-balut bubble wrap. Bila buka plastik penghantaran dan dapati kotak Kemei 300 series Clipper tanpa apa-apa balutan.
Ini bermakna Kemei Official Store yang hantar Kemei 300 series Clipper sangat yakin selamat produknya berkualiti dan lasak untuk perjalanan dari negara China hingga ke Malaysia.
Kemei 300 series Clipper lever yang boleh dilaras
On/Off suis
mata pisau
mata pisau
Aksesori yang dibekalkan bersama Kemei 300 series Clipper.
penutup plastik pelindung mata pisau
Sikat
Gunting
kit penyelanggaraan
Aksesori Clipper guard
Berminat nak dapatkan Kemei 300 Series hair clipper Titanium Ceramic dari Kemei Official Store –
Video reviu Kemei 300 series Clipper.
Boleh dapatkan Kemei 300 series Clipper dengan klik butang dibawah.





Sejak harga hunting rambut kat kedai dah makin mahal baik lagi beli mesin potong rambut sendiri.
Kemahiran baru yang saya perolehi sepanjang PKP adalah kebolehan mengunting rambut. 🙂
mujur sebelum pkp dah potong rambut pendek,
ni dah hampir 3 bulan rambut dah macam sarang tebuan
Rambut sekejap sahaja panjang. 🙂
Sejak PKP bulan Mac lagi terasa macam nak beli sendiri je mesin potong rambut.
Tentu rambut panjang paras baru ala Anuar Zain. Kalau ada mesin potong rambut boleh sodok. 🙂
ape lagi bossku.. up video gunting rambut anak la.. hahaha.
Memang sudah plan. Tunggu masa yang sesuai. 🙂
biasa pakai yang murah sikit.. gm 6005. murah sikit, tapi kualiti ada kureng sikit lah..
Harap-harap dapat berangam merasa Wahl 300 series. 😆