• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Cara atasi masalah car jump starter malaysia

Cara atasi masalah car jump starter malaysia

28th September 2020 by akubiomed Leave a Comment

Cara selesaikan masalah Motorsikal SYM Sport Rider 125i semput.

SYM terkenal dengan menghasilkan Skuter.

Jenama SYM lebih terkenal dengan motorsikal Skuter dan telah mengeluarkan motorsikal Moped atau Kapcai diantaranya model SYM Bonus, SYM Sport Rider 125i dan SYM VF3i.

Saya telah membeli SYM Sport Rider 125i terpakai. Sepanjang menunggang motorsikal SYM Sport Rider 125i tiada masalah yang besar selain masa mula-mula ambil dari kedai baru perasan meter odometer tidak berfungsi.

Motorsikal SYM Sport Rider 125i ini mengunaka pancitan bahan api atau fuel injection menepati piawaian EURO3 bermaksud pelepasan karbon rendah yang mesra alam. Dari segi penunggangan motorsikal terasa selesa dengan penyetak hidraulik yang lembut dan tidak keras. Penyetak hidraulik ini boleh laras. Motorsikal SYM Sport Rider 125i ini tak laju tetapi rasa selesa dibawa.

Motor SYM Sport Rider 125i semput.

Kisah motor SYM Sport Rider 125 ini saya mula rasa semput selepas saya redah hujan lebat lepas balik dari kerja. Saya tak ambil perhatian sangat sehinggalah saya dalam perjalanan pergi kerja terasa pada kelajuan tinggi, motor tidak merasa keadaan seperti biasa dibawa. Motorsika rasa berat dan RPM rendah. Bila saya perlahan bawa motorsikal seperti dalam keadaan berhenti di lampu trafik atau mengambil selekoh. Motor akan rasa tersenguk-senguk.

Bila pulas minyak tidak terasa nak bergerak dan meter RPM turun naik. Enjin motorsikal akan mati dengan sendiri. Apa yang saya buat OFF suis motor dan hidupkan enjin motorsikal tetapi rasa semput tidak hilang. Semakin lama dibawa motorsikal ini semakin teruk semput atau rasa tersenguk-senguk. Kalau naik motorsikal mendaki bukit, lagilah terasa.

Mencari masalah mengatasi motorsikal SYM Sport Rider 125i semput dengan carian Google dan ruangan Forum.

Saya mula mencari maklumat jika masalah semput ini ada dikongsi dengan mengunakan carian Goolge dan ruangan Forum yang berkongsi hal mengenai motorsikal ini. Antara yang disebut adalah masalah sensor TPS antara punca masalah semput. Ada juga perkongsian di YouTube menyarankan agar Sensor TPS ini diservis dahulu. Saya buat servis TPS dengan menyembur produk Carburator Cleaner yang dibeli dari MrDIY. Usaha cuba servis tidak berkesan.

Tukar Sensor TPS.

Saya ambil keputusan tukar Sensor TPS. Melalui perkongsian penukaran Sensor TPS boleh menyelesaikan masalah semput ini. Sensor TPS motorsikal Honda RS150 boleh digunakan dan cumanya perlu buat modifikasi panjang wayar penyambung kepada sensor TPS SYM Sport Rider 125i. Kedudukan asal Sensor TPS SYM Sport Rider 125i adalah menegak dengan penyambung menghala ke bawah. Manakala Sensor TPS yang dipakai oleh Honda RS150 kedudukannya melintang. Lubang pemasangan semuanya sama.

Saya mengunakan Sensor TPS Skuter Honda PCX150 adalah sama untuk SYM Sport Rider 125i. Kedua-duanya mengunakan jenama buatan Keihin. Masalah juga tidak selesai selepas sudah tukar Sensor TPS.

Tukar Penapis Pam Minyak.

Usaha terakhir saya adalah menukar Penapis pam minyak @ Fuel pump filter. Cadangan penukaran ini Penapis ini juga saya perolehi dari carian Google dan Forum juga. Pelik juga penapis ini cepat kotor.

Penapis pam minyak motorsikal SYM Sport Rider 125i sama dengan SYM VF3i

Kejutan semasa dalam proses mengeluarkan Sensor Level Meter Minyak dan Pam Minyak.

Perkara yang tak disangka-sangka semasa dalam proses penukaran Penapis Pam Minyak. Penapis Pam Minyak kelihatan kotor dan Pelampung Level Meter Minyak terdapat kesan berlubang besar akibat kesan hakisan berpunca geseran diantara klip dan pelampung. Penapis Pam Minyak. Keladak dan serpihan pelampung disedut oleh Pam Minyak terperangkap di Penapis terlebih dahulu.

Sensor Level Meter Minyak

Pelampung sensor level meter minyak kesan terhakis

Penapis Pam Minyak motorsikal SYM Sport Rider 125i

Semasa mengeluarkan minyak untuk membersihkan tangki minyak. Saya terjumpa air bercampur minyak dalam tangki. Memandangkan air tidak tidak tumpat berbanding minyak. Air akan berada didasar tangki minyak dan dibawah lapisan minyak. Projek Sains zama sekolah pernah campur minyak dan air untuk melihat perbezaan ketumpatan. Rupanya punca air bercampur minyak menjadikan masalah SYM Sport Rider 125i ini semput. Bila tukar sensor TPS dan Penapis Pam Minyak sekali pun tak akan selesai masalah.

Rezeki saya punca air bercampur minyak masalah motorsikal semput. Kedudukan air dalam tangki betul-betul berada dibawah Pam Minyak. Bila Pam minyak sedut minyak dalam tanki akan sedut bersama air yang berada sekali dalam tanki. Kekurangan saya perasan tanki minyak ini tak penakung untuk buang air. Pam Minyak akan sedut minyak dalam tangki untuk pam minyak ke Pancitan Bahan Api @ Fuel Injection.

minyak bercampur minyak dalam tangki minyak motorsikal SYM Sport Rider 125i

Tergerak hati nak bersihkan tangki akhirnya terjumpa air bercampur minyak. Punca masalah saya mungkin berbeza dengan pemilik motorsikal SYM Sport Rider 125i yang lain tetapi rakan-rakan pemilik yang memiliki motorsikal ini boleh periksa bahagian tangki minyak dahulu dan melihat keadaan pelampung Sensor Level Meter minyak dan Penapis Pam minyak.

Sehingga hari saya masih tertanya-tanya dari mana datangnya air boleh bercampur minyak dalalm tangki. Cumanya saya beranggapan redah hujan lebat punca air hujan masuk ke dalam tangki minyak. Tonton video saya rakam semasa penukaran Penapis Pam Minyak untuk melihat terjumpanya air bercampur dalam tangki minyak.

Syukur Alhamdulillah motorsikal tidak semput lagi.

Video cara atasi masalah semput pada motorsikal SYM Sport Rider 125i.

Sila tekan butang kongsi:

  • Sesekali selanggara sendiri motorsikal Kriss 110 Modenas
  • Kawasaki MX World pertama di Malaysia
  • Tayar Pancit di Highway

Filed Under: blog, diy Tagged With: Fuel Filter SYM Sport Rider 125i, Motorsikal SYM SR 125i semput, Sensor TPS SYM Sport Rider 125i, Sport Rider 125i semput, SYM, SYM Sport Rider 125i, SYM Sport Rider 125i semput

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in