• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Bina Jambatan mini dari kayu Pallet secara DIY

Bina Jambatan mini dari kayu Pallet secara DIY

19th January 2019 by akubiomed 11 Comments

jambatan mini dari kayu pallet

Menghasilkan Jambatan Mini dari kayu Pallet.

Didepan rumah saya ada longkang selebar 5 kaki. Jika sesiapa yang kaki pendek ada masalah nak melintas longkang dan rasa teragak-agak nak lompat. Silap lompat boleh jatuh terpesuk ke dalam longkang yang dalam itu.

Sebelum ini pun sudah menghasilkan jambatan mini dari kayu pallet tetapi disebabkan cuaca menyebabkan jambatan tersebut rapuh dan reput. Batang blok kayu yang digunakan reput tetapi papan pallet yang pasang pada dua blok kayu masih baik.

Bina semula jambatan mini mengunakan kayu Pallet.

Lama juga tidak mempunyai jambatan untuk melangkah longkang sehinggalah dapat kumpul papan kayu Pallet untuk kayu. Tiba-tiba terfikir jambatan mini secara DIY didepan rumah tidak ada terus dapat ide nak menghasilkan jambatan mini semula.

Kali ini mengunakan papan kayu Pallet baru cuma beli blok kayu yang yang lebih besar dan keras dengan harapan jambatan mini yang bakal dibina dapat bertahan lama.

Pembinaan jambatan mini ini tidak mengunakan paku tetapi mengunakan skru sepenuhnya. Akhirnya siap jambatan mini yang dibina dengan mengunakan kayu Pallet.

Cat jambatan mini dengan cat kayu.

Selepas seminggu cat jambatan mini dengan cat kayu bertujuan untuk kayu dapat tahan cuaca dan tidak reput dengan mudah seperti jambatan mini yang pernah dibina dahulu.

Pada mulanya ingat nak sapu jambatan mini mengunakan minyak motorsikal terpakai. Malangnya kedai motor berdekatan maklum minyak-minyak motorsikal terpakai telah masuk ke dalam tong drum untuk tujuan kitar semula.

Mahu tak mahu ke kedai Hardware berdekatan untuk mendapatkan cat kayu. Saya beli cat kayu jenama TOA pada harga RM24 untuk tin 1 Liter.

Cat jenama TOA kod cat RUST 9105

  • tahan UV dan cuaca
  • Anti kulat dan alga
  • Di formula Nano Technology

Bersiap nak mula cat jambatan mini dengan cat kayu

Mula proses first coating cat kayu

Hasil first coating cat kayu. Cat meresap didalam kayu akan dibalas beberapa coating

jambatan mini dari kayu pallet

Hasil terakhir selepas sapuan beberapa coating

Video menghasilkan jambatan mini.

  • Projek DIY hasil bekas bawang bertingkat dari kayu Pallet
  • Projek hujung minggu DIY meja kayu pallet
  • Taman Persahabatan China Malaysia di Putrajaya

Filed Under: blog, diy Tagged With: jambatan, jambatan kayu, jambatan mini

Reader Interactions

Comments

  1. ciktom says

    30th July 2020 at 9:28 am

    cantiknya jambatan mini..baru nak tanya kolor cat tu nampak cun..sebab biasa kayu pallet asal kolor cerah kan…boleh suggest kat padin utk cat rak kat rumah kolor ni..

    Reply
  2. Zurainny Ismail says

    14th June 2020 at 3:22 pm

    Kagum dgn kerajinan bro akubiomed yg rajin bertukang & bercucuk-tanam.

    Reply
    • akubiomed says

      14th June 2020 at 11:07 pm

      Cuba divert rutin kepada kepada new adventure. Lagi pun bila buat perkara luar dari rutin adalah tonik yang mendamaikan.

      Reply
  3. Ani Haryani says

    13th February 2019 at 2:59 pm

    cantiknya, beri manfaat pada yang lain

    Reply
    • akubiomed says

      13th February 2019 at 9:51 pm

      Bina jambatan mini untuk kegunaan keluarga. Sebelum ini menumpang jambatan yang dibina oleh orang lain.

      Reply
  4. Norasikin Basri says

    11th February 2019 at 11:53 am

    Gembira rasanya bila apa yang kita buat akan menyenangkan dan menggembirakan orang lain

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2019 at 9:57 pm

      Ada jambatan sendiri tidak perlu guna jambatan orang lain.

      Reply
  5. aRzMoHa says

    22nd January 2019 at 11:39 am

    menarik dan cantik. Biar pun simple ja. tapi kuat tak?

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2019 at 11:41 am

      Kali ini guna blok kayu tebal. Sudah uji kukuh.

      Reply
  6. ajumohit says

    20th January 2019 at 4:42 pm

    untung orang kreatif dan rajin ni, semua benda diy sendiri, yang paling happy mestilah orang rumahnya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      21st January 2019 at 12:00 am

      Boleh belajar pelan-pelan sebab banyak kongsi di Online melalui YouTube ditunjukkan satu-persatu.

      Kalau suka pasang-pasang perabot Ikea tentu boleh bertukang. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in