• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Famili outing merasai aiskrim pasu pantai Klebang Melaka

Famili outing merasai aiskrim pasu pantai Klebang Melaka

22nd February 2015 by akubiomed 63 Comments

Outing bersama keluarga dengan aiskrim pasu pantai Klebang Melaka.

aiskrim pasu pantai klebang

Rasanya ramai rakan-rakan diluar sana sudah pernah merasai aiskrim pasu ini. Saya dan famili Koning baru dapat peluang untuk merasai aiskrim pasu di pantai Klebang Melaka.

Cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina untuk balik ke kampung. Memang sudah lama mengidam akan aiskrim pasu setelah melihat perkongsian rakan-rakan di media sosial masing-masing. Tertanya-tanya nikmat merasai aiskrim pasu ini.

Kalau sebelum ini Original Coconut Shake Klebang memang sudah cukup terkenal sebagai tarikan pantai Klebang. Aiskrim pasu pula meletop menjadikan pantai Klebang disebut-sebut lagi di media sosial.

Untuk pengetahuan 2 percubaan untuk merasai aiskrim pasu ini di pantai Klebang tetapi terlalu sesak dengan pengunjung. Dahulu tidak sesak seperti sekarang ini. Banyak perubahan kawasan sekitar yang telah dinaik taraf. Bukanlah port kegemaran saya dan famili akan memilih pantai Puteri tidak sesak seperti pantai Klebang ini. Lagi pun pantai Puteri lebih redup dengan pokok-pokok yang meredupkan kawasan sekitar.

AkuBiomed: Apakah aktiviti rakan-rakan? Boleh kongsi diruang komen. Dapatkan: >>Deal hotel terbaik<<

Peta Lokasi Pantai Klebang


Filed Under: percutian Tagged With: ais krim, ais krim pasu, aiskrim pasu bunga, aiskrim pasu melaka, tempat menarik di melaka, tempat menarik melaka

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    28th February 2015 at 7:20 pm

    alahai comelnye aiskrim pasu.
    betul2 mcm pokok pasu bunga

    Reply
  2. Mek ila Jual Vitamin says

    28th February 2015 at 5:13 am

    Belum sempat lagi merasa aiskrim pasu ni macam mana tapi dah dapat bayangkan bila mendengar cerita dan gambaran daripada kawan-kawan. Selain pasu, ada jug ayang buat aiskrim dalam lesung batu. Memang kreatif dan nampak menarik dengan hiasannya.

    Reply
  3. nadri mohd says

    28th February 2015 at 1:07 am

    Masa pergi pantai klebang bulan 12 tahun e lepas aiskrim pasu masih blm wujud lagi..layan coconut shake & keropok lekor saja..

    Reply
    • akubiomed says

      28th February 2015 at 11:35 am

      Original Coconut Shake Klebang memang sedap. Beratur orang membeli.

      Reply
  4. hasrul hassan says

    27th February 2015 at 6:05 pm

    Belum pernah rasa. Masa gi terengganu baru2 ni ada nampak kedai yang jual. Itupun anak saya yang perasan. Tak terbeli sebb masa tu lebih syok layan Meggie Ketam .. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th February 2015 at 11:36 am

      Sahaja nak rasa-rasa aiskrim pasu ini sebab ia unik.

      Reply
  5. TehR says

    27th February 2015 at 5:54 pm

    aiskrim pasu belum pernah rasa
    tapi beberapa hari lepas sempat cuba aiskrim kelapa
    😀

    Reply
    • akubiomed says

      28th February 2015 at 11:36 am

      Aiskrim kelapa! kena cari nih. 🙂

      Reply
  6. blogger lelaki says

    26th February 2015 at 9:10 pm

    baru tahu bro dah tukar theme baru…gua belum sempat lagi nak merasa aiskrim pasu

    Reply
    • akubiomed says

      28th February 2015 at 11:36 am

      Pakai theme default WP sahaja. 🙂

      Reply
  7. islam di dadaku says

    26th February 2015 at 1:02 am

    cuti hari imlek tinggal di rumah je tido dan update blog tak kemana-mana

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:26 am

      Cuti yang panjang tidak ke mana-mana?

      Reply
  8. Amir says

    26th February 2015 at 12:52 am

    kreatif betul diorang ni buat duit..sebijik macam tanaman dalam pasu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:27 am

      Mula-mula tertanya juga bahan apa yang digunakan sebagai media tanah. Rupanya serbuk biskut Orio. 🙂

      Reply
  9. Syahril Hafiz says

    25th February 2015 at 8:41 pm

    Inovatif seni kulinari sekarang ni. Lepas ais krim pasu try ais tempayan pulak..perghh lagi nikmat sebab besar..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:27 am

      Ais tempayan!! Dekat mana ada jual?

      Reply
  10. Norasikin says

    25th February 2015 at 5:04 pm

    Macam menarik je. Ada keunikkan tersendiri. Pandai diaorg mencuri perhatian

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:28 am

      Kreatif dan menarik. 🙂

      Reply
  11. Helmi Aliarit says

    25th February 2015 at 4:35 pm

    Kalau rasa dia lain dari yang ada di pasaran saya lebih teruja, jika tak saya akan singgah di pasaraya dan makan di rumah sahaja. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:28 am

      Isi didalam pasu bergantung kepada bahan yang digunakan. Kalau pandai adun tentu rasanya unik.

      Reply
  12. JMR says

    25th February 2015 at 9:01 am

    tak terbuka lagi hati nak mencari aiskrim pasu ni hehe/..rasa dia lain ke sama je mcm aiskrim biasa kt bekas biasa tu? hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:29 am

      Ada bermacam rasa dan tekstur.

      Reply
  13. Lan Careno says

    25th February 2015 at 8:48 am

    x pernah try lg ais krim pasu… nnti klau jmpa mmg akn try…

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:29 am

      Kalau jumpa aiskrim pasu ini dimana-mana boleh cuba. 🙂

      Reply
  14. Noriza Rahman says

    25th February 2015 at 4:59 am

    Wah kat pantai klebang pun dah start jual aiskrim pasu?

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:29 am

      Saya pun baru tahu. 🙂

      Reply
  15. suri says

    24th February 2015 at 8:29 pm

    belum merasa lagi kalau buat sendiri dari rumah boleh kot..nak balik kampung jauh pula ahai..

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:30 am

      Boleh cuba buat sendiri kerana ia tidak susah untuk disediakan. 🙂

      Reply
  16. ruggedmom says

    24th February 2015 at 8:19 pm

    Tengah trending ais krim pasu sekarang ni.

    Aktiviti hari ni copy resipi cheesekut dari blog ni hahaa…cadangnya kejap lagi nak buat

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:30 am

      Ha..ha..selamat membuat biskut cheese.

      Reply
  17. mrhanafi says

    24th February 2015 at 5:49 pm

    pasu tu boleh makan sekali ke..?

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:34 am

      Pasu tidak boleh dimakan sebab diperbuat daripada plastik. 🙂

      Reply
  18. Siti says

    24th February 2015 at 3:45 pm

    Sedapnya makan aiskerim..
    Dah glamour eskrem pasu ni. Tapi belum jumpa lagi.. hua hua..

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:35 am

      Sedap bergantung kepada jenis ais krim yang disediakan.

      Reply
  19. Raihanah Ahmad says

    24th February 2015 at 2:29 pm

    macam2 cara untuk bisnes, sangat kreatif

    Reply
  20. hazman aka species1980 says

    24th February 2015 at 1:59 pm

    Sekarang nie masih releven lagi la nak layan menu bermusim macam aiskrim pasu ni…..

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:36 am

      Aiskrim pasu masih lagi hot. 🙂

      Reply
  21. AZENI AHMAD says

    24th February 2015 at 1:44 pm

    Menjadi bualan la aiskrim pasu.
    Sampai sekarang tak berjumpa lagi nie.
    Agak2 nak cari area Selangor kat mana?

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:36 am

      Dekat kawasan Selangor tak tahu dimana ada jual ais krim pasu ini.

      Reply
  22. Yana says

    24th February 2015 at 1:14 pm

    pergh!! panas2 ni nampak pulak gambar eskem ni mmg haru,…

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:37 am

      Memang sahaja letak gambar aiskrim ini. 🙂

      Reply
  23. Inspirasi Huda says

    24th February 2015 at 10:05 am

    Baru beberapa hari lepas terpandang foto aiskrim pasu yang dikongsikan kawan. Aiskrim pasu dah makin popular sekarang.

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:39 am

      Terkenalkan ais krim pasu ini.

      Reply
  24. mama maman aka yana says

    24th February 2015 at 9:58 am

    jalan2 ke JPO jew.. cuci mata.. cuci poket.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:40 am

      Banyak barang berjenama di JPOW ini. Kalau ada duit berkepuk sedap untuk membeli. 🙂

      Reply
  25. emalinmohd says

    24th February 2015 at 7:02 am

    Glamer sungguh aiskrim Pasu tu.

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:38 am

      Ramai yang sudah kongsi mengenai tarikan aiskrim pasu ini.

      Reply
  26. titan says

    24th February 2015 at 12:10 am

    peh..

    dah makang plak aiskrim pasu.

    gua gak hadap pedepop aje sekarang..

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2015 at 1:38 am

      Tak nak cuba ais krim rama-rama Mat Kool? 🙂

      Reply
  27. Mohd Zarin says

    23rd February 2015 at 11:20 pm

    Sedap tak aiskrim pasu tu? Macam next month nak gi serang Melaka ni….

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2015 at 11:53 pm

      Ada bermacam perasa dan gaya penyediaan. Tak dapat nak komen lebih lanjut sebab baru rasa dari satu kedai yang menjual ais krim pasu.

      Reply
  28. Sani Yunus says

    23rd February 2015 at 10:03 pm

    Nampaknyer kalau nak pergi kena cari minggu bekerja baru boleh relaks sikit tanpa sesak-sesak..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2015 at 11:54 pm

      Tak tahulah bila dapat pergi pada waktu hari bekerja.

      Reply
  29. zik says

    23rd February 2015 at 5:28 pm

    cuti balik kampung je… hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2015 at 11:54 pm

      Cuti panjang balik kampung lah paling seronok.

      Reply
  30. Mus says

    23rd February 2015 at 2:44 pm

    saya habiskan hujung minggu ni tadi bawa anak-anak jalan-jalan ke Kota Belud. Cari-cari sayur kampung.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2015 at 11:55 pm

      Sayur-sayur segar memang thorbaik.

      Reply
  31. Mak Jemah Jual Vitamin says

    23rd February 2015 at 2:11 pm

    kesian MJ tak pernah lagi merasai ais krim pasu ni. ada orang jual kat kampung tapi belum berkesempatan nak beli lagi..glamer betul ais krim pasu sekarang ni ye

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2015 at 11:55 pm

      Aiskrim pasu tengah meletup sekarang ini.

      Reply
  32. ikhwan says

    23rd February 2015 at 12:16 pm

    musim cuti, ramai orang bertandang ke pusat pusat peranginan.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2015 at 11:56 pm

      Cuti yang panjang, ramai mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan makan angin.

      Reply
  33. cikgu naman says

    23rd February 2015 at 12:56 am

    wah..

    kat klebang pun dah berjangkit ye aiskrim ni

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2015 at 11:57 pm

      Aiskrim pasu ada dimana-mana. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in