• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Ais krim Malaysia vs Ais krim Koning

Ais krim Malaysia vs Ais krim Koning

26th February 2011 by akubiomed 69 Comments

Ais krim Koning boleh melawan ais krim Malaysia

Musim panas dan cuaca terik memang sedap kalau pekena ais krim Malaysia yang ada bermacam-macam perisa oren, milo, anggur, bandung, koning jagung dan Asam Boi antara yang popular.

Kalau mengimbau zaman sekolah rendah sekolah sesi pagi pada ketika balik sekolah tentu singgah kedai runcit ditepi sekolah untuk membeli aiskrim yang pada masa itu boleh dijual dengan harga 20sen.

Sambil berjalan melalui perumahan teres dengan menyedut aiskrim sambil bergurau senda dengan kawan sekelas. Aku suka aiskrim Malaysia yang berperisa Asam Boi kerana selepas menikmati aiskrim akan dapat biji Asam Boi.

Ais krim Malaysia vs Ais krim koning.JPG

 

Baru-baru ini saudara Anif ada menulis entri mengenai aiskrim yang boleh dikupas. Kebetulan pula ada penjual aiskrim Nestle yang bermotorsikal beroda tiga lalu didepan rumah aku. Aku pun tanpa berlengah lagi macam anak-anak kecil yang ingin membeli aiskrim. Mata aku terus tertumpu kepada aiskrim yang boleh dikupas.

Aiskrim kupas atau yang nama sebenarnya adalah Nestle MatKool SPLIT mempunyai perisa vanila manakala kulit diperbuat dari jeli yang boleh dikupas ada perisa anggur dan mangga dijual pada harga RM1.20. Aku suka strategi  pemasaran Nestle dengan mempelbagai rangkaian poduk MatKool dan uniknya MatKool SPLIT ini perlu dikupas kulitnya macam mengupas pisang koning untuk menikmati isinya dan manakala kulit yang diperbuat dari jeli boleh dimakan.

p/s: kesian kepada Abang Ngah tidak dapat menikmati aiskrim kerana belum sembuh lagi dari batuk.

  • Famili outing merasai aiskrim pasu pantai Klebang Melaka
  • Ais krim Magnum membangkitkan kasih sayang
  • Mengimbau zaman kanak-kanak dengan susu F&N

Filed Under: famili Tagged With: ais krim

Reader Interactions

Comments