• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Air terjun Serendah mandi manda paling syiok

Air terjun Serendah mandi manda paling syiok

23rd April 2013 by akubiomed 77 Comments

Perlu minta kebenaran Kak Long Serendah untuk bermandi manda di Air Terjun Serendah.

Sebenar tiada perancangan untuk bermandi manda di air terjun pada hujung minggu lepas. Ada tempat menarik di Selangor. Isteri tersayang ntah macam mana boleh ajak mandi air terjun Serendah atas jemputan kak Jie (Kak Long Serendah) ketika mengambil tiket dari beliau di Serendah hujung minggu tempoh hari. Lagi pun tiada aktiviti khusus pada minggu lepas.

air terjun serendah

Jalan bertar sehingga ke tempat mandi manda Air terjun Serendah.

papan tanda air terjun serendah

Air terjun Serendah ini terletak dikawasan perkampungan orang Asli didaerah Hulu Selangor. Bagi pengunjung boleh bawa kereta sehingga ke tempat bermandi manda kerana tempat letak kereta yang luas serta jalan bertar. Dari segi kemudahan lengkap dengan tapak untuk membina khemah, bilik air untuk mandi dan persalinan.

Ada pengawal mengawasi pengunjung tidak mandi terlalu dekat dengan air terjun.

 

Persekitaran mandi manda Air terjun Serendah ini bersih dan boleh dikatakan selamat untuk anak-anak kecil bermandi manda kerana air yang mengalir pun tenang. Pengawal juga ada untuk mengawasi supaya pengunjung tidak sesuka hati membuat pembakaran yang tidak dibenarkan dan mandi dikawasan air terjun yang dipasang tali pelampung untuk keselamatan pengunjung.

Seronok melihat anak bandar gayat mandi di air terjun.

Maklumlah adik-beradik Koning ini tinggal dikawasan perumahan memang jarang sekali di bawa bermandi manda di air sungai, air terjun dan di pantai. Memang pernah bawa mereka bermandi manda di Teluk Kemang, Port Dickson dan Kalumpang sebelum ini. Terbaru pernah ke Sungai Chiling tetapi tidak bermandi manda pun.

bersarapan sebelum mandi

roti sandwish dan sausage antara yang dibawa untuk mengalas perut
abang long berendam

 

Adik beradik koning main air

Abang long menyerang abang Ngah main serang air
Lari…kena serang air

baby aslah main air
aksi separuh bogel abang koning dengan baby aslah
aksi kiyomi oleh adik beradik koning sebelum balik

Air terjun Serendah ini sesuai untuk anak-anak bermandi manda kerana dari segi keselamatan mandi di sini lebih terjamin. Kalau tidak percaya bolehlah lawat blog sahabat blogger yang telah pun bermandi manda di sini seperti Azman Ishak, Puan Bee dan untk mendapat peta lokasi dari blog Kak Jie.

 Mengunjungi Telaga Tujuh Serendah.

Semasa balik dari bermandi manda sempat singgah mengujungi Telaga Tujuh yang terletak dengan berdekatan. Sempat jugalah membidik disana.

papan tanda telaga tujuh serendah
Tunggul kayu hanyut mencacatkan pemandang telaga tujuh serendah
salah satu telaga

Nak cari hotel murah? Saya syorkan tempah dengan Agoda[dot]com. Banyak pilihan hotel, murah dan boleh dipercayai.

Filed Under: percutian Tagged With: air terjun di selangor, air terjun paling best di selangor, air terjun selangor, tempat berkelah di selangor, tempat mandi air terjun di selangor, tempat mandi di selangor, tempat mandi manda, tempat mandi mandi di selangor, tempat perkelahan menarik di selangor

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    20th June 2013 at 9:17 am

    Mandi sejuk-sejuk otak mudha jadi cerdas

    Reply
  2. suri says

    20th June 2013 at 9:09 am

    bilalah agaknya kami nk rasai detik sebegini lagi

    Reply
  3. ProfHariz says

    6th June 2013 at 12:27 am

    Saya suka tengok gambar bro. Kacak-kacak !

    Reply
    • suri says

      20th June 2013 at 9:09 am

      selalu asah bakat membidik

      Reply
  4. Izwan says

    1st June 2013 at 10:13 am

    owh.. sini la tempat telaga tujuh tu..
    siap khemah segala..
    betul2 camping ni..

    Reply
  5. hafiz says

    28th May 2013 at 2:29 pm

    sesuai sangat musim panas2 ni bawak budak gi mandi..

    Reply
  6. ciksembang says

    16th May 2013 at 3:38 pm

    baby aslah dah besar..lamanya makcik tak tgk blog ayah aslah

    Reply
    • suri says

      20th June 2013 at 9:10 am

      lama menghilang mana pergi

      Reply
  7. Berita Semasa says

    15th May 2013 at 2:32 am

    Fuh..lama dah tak mandi air terjun nih..mcm syiok pulak!

    Reply
  8. Hafizul says

    6th May 2013 at 10:34 am

    Emm seronok nampaknya dapat main air yer..hehe..cantik…

    Reply
  9. PerenLee says

    2nd May 2013 at 10:11 pm

    bestnya beriadah dgn famili di sini..kalau masuk telaga tu agak2 ada creature macam filem The Descent tak??heheh

    Reply
  10. suri says

    29th April 2013 at 2:23 pm

    agaknya bagaimana terhasilnya telaga tujuh ini ya? buatan manusia ker sebelum ini?

    Reply
  11. Izzuddin Fauzi says

    26th April 2013 at 3:50 pm

    Ada masa nanti nak juga kesana… Tapi entah bila la,…

    Reply
  12. suri says

    26th April 2013 at 10:46 am

    4 bujang ank ab ni.. pinjam le yg kecik tu kejap 😉

    Reply
  13. yas says

    26th April 2013 at 10:20 am

    Menarik juga tempat ni….dua mgu lepas gi ke Templer Park….sedih tgk keadaan sana…best kat Ulu Yam jugak….

    Reply
  14. Ummi Hanie says

    26th April 2013 at 12:54 am

    sambil menyelam, minum air… => mandi dpt, tangkap gambar cantik pun dapat 😉

    Reply
    • suri says

      26th April 2013 at 10:47 am

      derai air yg main tu nampak cantik2

      Reply
  15. Ummi Hanie says

    26th April 2013 at 12:53 am

    seronoknya mandi manda…

    kegilaan anak2 saya juga ni 😉

    Reply
    • suri says

      29th April 2013 at 2:24 pm

      cuti sekolaha da lagi sis jangan susah hati boleh rangka jadual baik2 punya

      Reply
  16. ohcikgu says

    25th April 2013 at 11:22 pm

    lama tak pi mandi-manda ni..

    Reply
    • Ummi Hanie says

      26th April 2013 at 12:56 am

      kenapa tak boleh bukak blog ohcikgu ye? database error katenye

      Reply
    • suri says

      26th April 2013 at 10:57 am

      besok sabtu blh cuti …tu klu cikgu tak kena mngajar anak2 murid pi kelas tambahan

      Reply
    • suri says

      20th June 2013 at 9:11 am

      hujung minggu adalah waktu yang terbaik

      Reply
  17. akhil says

    25th April 2013 at 9:43 pm

    telaga 7? tu memang peninggalan sejarah ke apa?
    apapun dh lama xmndi air terjun hhuuhu.

    Reply
  18. papa mifz says

    25th April 2013 at 6:07 pm

    cantik2 gambar tuh semua…

    Reply
    • suri says

      20th June 2013 at 9:11 am

      pelbagai trick di gunakan sebab tu nampak cantik

      Reply
  19. Anarm says

    25th April 2013 at 1:52 pm

    Best pulak tengok gambar2 main air ni.. Anak2 je ke main air? Ayah dia tak main air sekali?

    Reply
  20. fyna says

    25th April 2013 at 12:40 pm

    suka tengok gambar-gambar tue ^_^

    Reply
  21. Melastik Bintang says

    25th April 2013 at 10:35 am

    teknik ambil gambar mmg power bro.. cantik…. tang abg koning dan baby aslah separa bogel tu lagi cun..haha

    Reply
  22. hafiz says

    25th April 2013 at 12:04 am

    musim panas ni sesuai sangat gi piknik

    Reply
    • suri says

      29th April 2013 at 2:25 pm

      kalau berendam di air terjum saya suka. sejuk2 buat perot rasa cepat lapar

      Reply
  23. BeritaKaki says

    24th April 2013 at 8:56 pm

    sesekali berkelah bersama2 famili .. ada baiknya ..

    Reply
  24. azmanisma says

    24th April 2013 at 2:25 pm

    Memang best sesekali mandi manda,buat bbq boleh tak kat sana?

    Reply
  25. iOSGEAR says

    24th April 2013 at 12:56 pm

    Budak2 kalau bab main air ni memang nombor satu..pantang ajak je.. 🙂

    Reply
  26. ciklaili.com says

    24th April 2013 at 11:49 am

    suka tengok gambar tiga beradik tu.
    bila dah besar2 nanti mesti nampak lebih kurang sama je..

    Reply
  27. auc says

    24th April 2013 at 9:52 am

    kena pulak musim panas ni, pergghhhh

    Reply
    • suri says

      29th April 2013 at 2:26 pm

      sejuk bagai ais batu ..klu panas mahu jer cari minuman ber ais

      Reply
  28. daddydee says

    24th April 2013 at 12:56 am

    cantik gambar tu semua….suka tengok cara tuan praktikkan teknik fast and slow shutter speed.

    Reply
  29. Joe says

    24th April 2013 at 12:45 am

    Air dy dalam tak…?

    Reply
  30. TehR says

    24th April 2013 at 12:08 am

    sayang telaga tu tak terkawal
    pasti lebih cantik tanpa sampah

    Reply
  31. Denaihati says

    23rd April 2013 at 10:41 pm

    memang meriah anak bro main air. bapaknya tak main air sekali ke…heeee

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2013 at 11:09 pm

      Babahnya terlalu seksi didalam air. 🙂

      Reply
      • suri says

        29th April 2013 at 2:29 pm

        haa… biau betol ni,

        Reply
  32. MK Kimi says

    23rd April 2013 at 10:09 pm

    gmbr kat telaga tujuh tu sure cantik kalau takde kayu2 yg hanyut tu…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2013 at 11:10 pm

      Saya tidak bernasib baik untuk membidik di Telaga Tujuh Serendah tempoh hari.

      Reply
  33. hazman aka species1980 says

    23rd April 2013 at 5:11 pm

    Kalau musim cuaca panas….dapat mandi air terjun cenggini memang nikmat laaa

    Reply
  34. suri says

    23rd April 2013 at 3:40 pm

    sy rasa klu persekitaran ini d jaga betul2 mmg kwsan akn nmpk ctik..belum di cat lgi heee

    Reply
  35. Noridah says

    23rd April 2013 at 3:39 pm

    macam menarik je. kat air terjun tu memang dilarang mandi ke?

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2013 at 11:13 pm

      Boleh mandi tetapi tidak begitu hampir dengan tujahan air terjun tidak dibenarkan.

      Reply
  36. suri says

    23rd April 2013 at 3:06 pm

    salam..
    saya tgok abang koning seksi meksi lah hii

    Reply
  37. wahida says

    23rd April 2013 at 12:16 pm

    bestnya…lama kami tak mandi sungai…huhu…

    telaga tujuh tu kenapa mcm terabai?

    Reply
    • suri says

      23rd April 2013 at 3:07 pm

      setuju ckp admin, wahidah tak der ker org dtg utk memeliharanya..?

      Reply
  38. nafisa81 says

    23rd April 2013 at 11:22 am

    telaga tu nampak cam menyeramkan..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2013 at 11:15 pm

      Perasaan tersebut juga hadir.

      Reply
  39. Kujie says

    23rd April 2013 at 11:09 am

    Wahhhh…tak cakap!
    Rumah kak jie sebelah sungai kg orang asli tu saja. Ikut jambatan depan pusat serenti tak sampai 3 minit dah jumpa rumah kak jie.

    Reply
    • suri says

      23rd April 2013 at 3:08 pm

      ha tu dia ! hee… dah kena betak asal tak singgh sana ahaks.. 😉 jwb bro ab jawb hiii

      Reply
  40. anif says

    23rd April 2013 at 11:03 am

    Tempatnya menarik & sesuai untuk seisi keluarga.

    Reply
  41. Bahrain says

    23rd April 2013 at 10:52 am

    wah!!..bestnya mandi sama keluarga..hehe..minggu lepas aku pun mandi air terjun jugak kat gunung ledang…

    Reply
    • suri says

      23rd April 2013 at 3:10 pm

      gudung ledang mmg terbaik tpi mesti mandi kt atas jgn mandi kt bawah sb aor kotor sgt huuu

      Reply
  42. hafizmd says

    23rd April 2013 at 10:05 am

    Cantek bidikan bro AB! Nampaknya, lokasi ni ambe kena masukkan jga dalam kalendar anak2 =)

    Telaga tujuh tu mesti ada kisah menarik. thanks bro berkongsi cerita

    Reply
  43. staibaqhang says

    23rd April 2013 at 9:47 am

    wah… seronoknya… anak2 aku tak boleh nak mandi air sungai atau kolam renang. Kulit ‘tawar’… kalau mandi mesti mengelupas habis kulit kaki ngan tangan.

    Reply
  44. sukma says

    23rd April 2013 at 9:23 am

    teruja…..dah lama tak mandi air terjun….cantik pemandangan di Serendah…tapi kawasan telaga 7 macam tak terjaga…

    Reply
    • Kujie says

      23rd April 2013 at 11:18 am

      fungsi telaga 7 utk mengelak banjir…kalau selepas hujan lebat memang akan nampak sampah seperti kayu, ranting yang dibawa dari tasik sebelumnya…

      Reply
      • suri says

        23rd April 2013 at 3:13 pm

        teringat pula kt langkawi rasanya ada telaga juga..

        Reply
  45. Amanina says

    23rd April 2013 at 7:48 am

    bestnyaaaa
    lama xmandi

    Reply
  46. Amirez says

    23rd April 2013 at 1:32 am

    seronok berkelah sambil mandi sungai. telaga tujuh tu pun menarik. macam mini niagara fall pulak. apa kisahnya tu bro?

    Reply
  47. hatiputera says

    23rd April 2013 at 12:59 am

    Memang syok mandi manda kat air terjun nie. Lebih-lebih lagi ada bawak DSLR…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2013 at 7:22 am

      Kalau ada ND filter lebih halus jaluran air terjun.

      Reply
  48. Ladfe Amir says

    23rd April 2013 at 12:54 am

    memang nampak menarik air terujun ni. saya sekeluarga pun sudah lama tak mandi air terjun

    Reply
    • suri says

      23rd April 2013 at 3:16 pm

      sya pantang ada cuti sy akan ajak dia sekli at list sebulan sekali hee..

      Reply
  49. Mus says

    23rd April 2013 at 12:24 am

    oh ya..
    telaga tujuh tu apa sebenar kisahnya bro?

    Reply
  50. Mus says

    23rd April 2013 at 12:22 am

    abang koning kena jaga badan tu tau.. 🙂
    memang menarik tempat tu bro..
    kalau saya berdekatan sana, pasti akan ke sana juga membawa anak-anak..
    dorang memang suka berkelah dan berkhemah..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2013 at 12:37 am

      Memang sesuai untuk bawa seisi keluarga bermandi manda di air terjun Serendah ini.

      Reply
  51. boni Ultra kacak says

    23rd April 2013 at 12:15 am

    kat serendah ada air terjun menarik rupanya ye

    Reply
    • akubiomed says

      23rd April 2013 at 12:36 am

      Apa lagi bawa gang penyamum inc mandi manda sekali. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in