• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / 6 formula pantas menambah susu ibu tanpa bantuan suplemen

6 formula pantas menambah susu ibu tanpa bantuan suplemen

1st March 2014 by akubiomed 26 Comments

Banyakkan susu ibu tanpa suplemen seawal satu hari.

Mencari formula tambah susu badan tanpa bantuan suplemen?

Susu ibu adalah terbaik untuk kesihatan dan tumbesaran bayi.  Tidak semua ibu bernasib baik dapat menghasilkan susu ibu yang banyak walaupun keinginan untuk menyusukan bayi adalah tinggi. Susu makin berkurangan hari demi hari dan merasakan anak sentiasa lapar kerana tidak puas menerima susu.

susu ibu tanpa suplemen

Susu ibu mengandungi kolestrum menguatkan sistem imuniti bayi

Setiap pasangan yang baru berkahwin mengimpikan kehadiran cahaya mata yang akan memberi sinar kebahagian rumahtangga yang dibina. Selama 9 bulan si ibu mengandung dan susu ibu akan terhasil setelah bayi dilahirkan. Susu ibu merupakan makanan pertama yang diterima oleh bayi. Susu ibu adalah terbaik untuk bayi yang dilahirkan kerana ia mengandungi kolestrum di awal kelahiran yang membantu menguatkan sistem imuniti bayi. Jadi, bayi amat sukar mendapat penyakit.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – Surah Al Baqarah , ayat 223.

Susu badan menyusut seawal pantang

Mungkin ada ibu-ibu di luar sana mengalami kekurangan atau penyusutan susu badan seawal pantang sudah tentu berasa gusar dan susah hati memikirkan cara untuk meningkatkan susu badan. Saya percaya ada yang mengunakan cara tradisional dan makanan suplemen moden untuk menggalakkan penghasilan susu. Kerana sayangkan anak tidak kisah berhabis duit untuk memastikan bayi mendapat susu ibu secukupnya.

“1000oz susu dalam masa 30 hari tanpa bantuan suplemen”

6 formula berkesan mampu meningkatkan susu badan semakin banyak dan bayi pun kenyang

Puan Asiah Mahram telah mencipta 6 fomula pantas perbanyakkan susu badan tanpa bantuan suplemen ketika melahirkan anak ke 2 beliau. Ketika kelahiran anak pertama, beliau mampu menyusukan selama 8 bulan sahaja dan terpaksa mengalah memberikan susu formula. Walaupun beliau mempunyai keinginan tinggi untuk menyusu badan tetapi susu badan menyusut secara mendadak atas sebab hamil anak ke 2. Ibu kepada 2 puteri comel ini berjaya mencipta 6 formula pantas untuk meningkatkan susu ibu ini dengan terbukti beliau berjaya menyusukan anak ke 2 beliau secara intensif selama kini 1 tahun tanpa memberikan makanan pelengkap atau mengambil suplemen sebagai milk booster. Beliau merancang untuk memberi hanya susu ibu sahaja tanpa makanan pelengkap sehingga anaknya berusia 2 tahun. 6 formula pantas ini jelas terbukti berjaya apabila beliau berjaya mengumpul 1000oz susu badan dalam masa 30 hari bantuan suplemen. Beliau telah mengambil inisiatif untuk berkongsi 6 formula hebat ini kepada ibu-ibu di luar sana dengan menghasilkan buku berbentuk ebook “6 formula pantas susu ibu meriah tanpa suplemen”.

Didalam ebook “6 formula pantas susu ibu tanpa suplemen” dikongsikan. Berikut adalah ringkasan formula tambah susu ibu tanpa suplemen:-

  • 6 tips mengelakkan susu kering seawal pantang
  • 6 formula dari perkataan B.R.E.A.S.T
  • Amalan mengekalkan susu badan untuk ibu yang bekerja
  • Diet dan jadual pam susu yang betul

Boleh mendapat keputusan seawal satu hari jika mengikuti cadangan yang disyorkan.

Contoh kandungan ebook “6 formula pantas susu ibu tanpa suplemen“.

—————————————————————————

Dapatkan ebook ini sekarang. [+] Panduan banyak susu ibu tanpa suplemen

Nama penuh
E-mail address



Sila sahkan emel anda selepas melanggan.
100% Spam Free. We respect your privacy



  • Rahsia kumpul stok susu badan banyak sebelum mula bekerja
  • Mengimbau zaman kanak-kanak dengan susu F&N
  • Pengharaman botol susu bayi BPA

Filed Under: blog Tagged With: banyakkan susu, banyakkan susu ibu, cara agar air susu ibu banyak, cara banyakkan susu badan, cara banyakkan susu ibu, cara membanyakkan susu badan, cara tambah susu ibu, makanan bagi ibu menyusu, makanan banyakkan susu ibu, pemakanan ibu yang menyusukan bayi, penyusuan bayi, penyusuan ibu, petua banyakkan susu badan, petua banyakkan susu ibu, petua menambah susu ibu, petua untuk banyakkan susu ibu, susu ibu kurang, susu ibu tanpa suplemen, tambah susu ibu tanpa suplemen, tips agar air susu ibu banyak, tips banyakkan susu badan, tips banyakkan susu ibu

Reader Interactions

Comments

  1. Ami Mulyadi says

    26th January 2017 at 10:19 pm

    Air Susu Ibu makanan terbaik untuk bayi, juga untuk kesihatan si ibu juga. Saya setuju dengan artikel ini, walaupun ibu berkerja tetap bisa memberi ASI exclusive pada bayinya

    Reply
  2. AZENI AHMAD says

    13th January 2015 at 1:39 pm

    Alhamduillah hingga ke anak ke2 memang saya fully breastfeeding anak.
    Tak campur dengan formula milk.
    Bukan takat jimat duit tapi yang penting kesihatan badan.
    Sangat-sangat galakkan ibu menyusukan anak walaupun berkerjaya.

    Reply
  3. Mama Alya says

    3rd January 2015 at 1:22 pm

    tips yang sangat membantu saya

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:27 am

      Terima kasih kerana post ini memberik manfaat. Itulah mesej yang ingin disampaikan.

      Reply
  4. suraya says

    25th November 2014 at 7:59 pm

    Fantastik formula ni, ramai yg tercari2 fromula mcm ni, tips2 yg berguna dan tak membebankan

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2014 at 12:23 am

      Kalau nak ambil suplemen pun boleh cuma perlu keluarkan modal. Terpulang membuat pilihan.

      Reply
  5. Hafizul says

    10th March 2014 at 11:38 pm

    Alhamdulillah..anak saya dulu menyusu 100% susu badan..banyak kelebihannya..hehe

    Reply
  6. Dulu Lain Sekarang Lain says

    7th March 2014 at 10:11 am

    Anak-anak kawe dah besar ehhh.. Dah skul semuanya allahamdullilah.. Rasanya x tambah lagi kot. Kalau tertambah, maybe refer balik lah buku ni 😀

    Reply
  7. Mekar says

    6th March 2014 at 3:59 pm

    Ada rezeki mengandung nanti, boleh la menuntut ilmu dgn lebih mendalam.

    Reply
  8. munirardi says

    5th March 2014 at 6:11 am

    ini sangat penting karena biasa ada ibu melahirkan bahkan tak punya susu sedikitpun

    Reply
  9. Ummi Hanie says

    4th March 2014 at 5:38 pm

    harus berterima kasih tak terhingga sekali pada penulis buku tersebut

    Reply
  10. suri says

    4th March 2014 at 11:50 am

    Rindu nak susukan anak semula hiii

    Reply
    • Ummi Hanie says

      4th March 2014 at 5:07 pm

      insyaAllah suri boleh dapatkan sorang atau beberapa org lagi.

      usaha tangga kejayaan 🙂

      Reply
  11. TehR says

    4th March 2014 at 12:19 am

    satu perkara yang sangat bagus ni, bro
    sesuai untuk semua

    Reply
  12. cik tom says

    3rd March 2014 at 10:45 pm

    susu ibu susu terbaik!

    Reply
  13. Cik Nad says

    2nd March 2014 at 12:00 pm

    wahhh ibu kite n makcik2 jenis kering susu tak tahu lah sye cmni nanti 🙁 smapaikn ank mak cik meninggal sbb kurang susu ibu . supplement mahal pn da cube.. keturunan mungkin.. mcm3 kne cube nnt huu

    Reply
    • Ummi Hanie says

      4th March 2014 at 5:28 pm

      cik nad,

      mak saya pun cuma susukan kami adik beradik dalam 1-2 bulan saja, then susu mcm kering.

      tapi alhamdulillah saya dan kakak2 dpt susukan anak2 kami hampir full 2 tahun.

      dun worry, cik nad sediakan mental cukup2, yakinkan susu tu ada utk baby. then boleh support dgn suplemen or anything else 😉

      ps: sekadar p’kongsian pengalaman ibu beranak 6 😉

      Reply
  14. Farid Laham says

    2nd March 2014 at 9:22 am

    susu ibu yang byk manfaat dan zat 🙂

    Reply
  15. amirulfaiz says

    2nd March 2014 at 8:31 am

    Moga dengan susu ibu, akan membentuk anak-anak yang sihat dan cergas.

    Reply
  16. Jamian Sarif says

    2nd March 2014 at 7:19 am

    alhamdulillah ,anak yang ketiga dapat minum susu ibu secara total….anak pertama dan kedua minum susu tepung .Banyak perbezaan dari segi IQ dan tingkah lakunya…..

    Reply
  17. titan says

    2nd March 2014 at 12:51 am

    susu ibu memang bestttt. hehe..

    Reply
  18. nadia johari says

    2nd March 2014 at 12:42 am

    seeloknyer menyusukan bayi sehingga anak tu berumur 2 tahun

    Reply
  19. papa mifz says

    1st March 2014 at 3:26 pm

    tidak dinafikan lagi susu ibu memang yang terbaik buat anak-anak…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2014 at 12:05 am

      Ada negara mendenda ibu yang tidak menyusukan anak mereka.

      Reply
  20. ahmadyani says

    1st March 2014 at 2:35 pm

    Bila susu ibu sudah boleh dibotolkan, maka tiada alasan lagi untuk tidak menyusukan anak.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2014 at 12:06 am

      Kalau boleh biarlah penyusuan tersebut natural tetapi bagi ibu yang berkerjaya tidak ada pilihan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Servis karburator mesin rumput sandang

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in