Banyakkan susu ibu tanpa suplemen seawal satu hari.
Mencari formula tambah susu badan tanpa bantuan suplemen?
Susu ibu adalah terbaik untuk kesihatan dan tumbesaran bayi. Tidak semua ibu bernasib baik dapat menghasilkan susu ibu yang banyak walaupun keinginan untuk menyusukan bayi adalah tinggi. Susu makin berkurangan hari demi hari dan merasakan anak sentiasa lapar kerana tidak puas menerima susu.
Susu ibu mengandungi kolestrum menguatkan sistem imuniti bayi
Setiap pasangan yang baru berkahwin mengimpikan kehadiran cahaya mata yang akan memberi sinar kebahagian rumahtangga yang dibina. Selama 9 bulan si ibu mengandung dan susu ibu akan terhasil setelah bayi dilahirkan. Susu ibu merupakan makanan pertama yang diterima oleh bayi. Susu ibu adalah terbaik untuk bayi yang dilahirkan kerana ia mengandungi kolestrum di awal kelahiran yang membantu menguatkan sistem imuniti bayi. Jadi, bayi amat sukar mendapat penyakit.
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – Surah Al Baqarah , ayat 223.
Susu badan menyusut seawal pantang
Mungkin ada ibu-ibu di luar sana mengalami kekurangan atau penyusutan susu badan seawal pantang sudah tentu berasa gusar dan susah hati memikirkan cara untuk meningkatkan susu badan. Saya percaya ada yang mengunakan cara tradisional dan makanan suplemen moden untuk menggalakkan penghasilan susu. Kerana sayangkan anak tidak kisah berhabis duit untuk memastikan bayi mendapat susu ibu secukupnya.
“1000oz susu dalam masa 30 hari tanpa bantuan suplemen”
6 formula berkesan mampu meningkatkan susu badan semakin banyak dan bayi pun kenyang
Puan Asiah Mahram telah mencipta 6 fomula pantas perbanyakkan susu badan tanpa bantuan suplemen ketika melahirkan anak ke 2 beliau. Ketika kelahiran anak pertama, beliau mampu menyusukan selama 8 bulan sahaja dan terpaksa mengalah memberikan susu formula. Walaupun beliau mempunyai keinginan tinggi untuk menyusu badan tetapi susu badan menyusut secara mendadak atas sebab hamil anak ke 2. Ibu kepada 2 puteri comel ini berjaya mencipta 6 formula pantas untuk meningkatkan susu ibu ini dengan terbukti beliau berjaya menyusukan anak ke 2 beliau secara intensif selama kini 1 tahun tanpa memberikan makanan pelengkap atau mengambil suplemen sebagai milk booster. Beliau merancang untuk memberi hanya susu ibu sahaja tanpa makanan pelengkap sehingga anaknya berusia 2 tahun. 6 formula pantas ini jelas terbukti berjaya apabila beliau berjaya mengumpul 1000oz susu badan dalam masa 30 hari bantuan suplemen. Beliau telah mengambil inisiatif untuk berkongsi 6 formula hebat ini kepada ibu-ibu di luar sana dengan menghasilkan buku berbentuk ebook “6 formula pantas susu ibu meriah tanpa suplemen”.
Didalam ebook “6 formula pantas susu ibu tanpa suplemen” dikongsikan. Berikut adalah ringkasan formula tambah susu ibu tanpa suplemen:-
- 6 tips mengelakkan susu kering seawal pantang
- 6 formula dari perkataan B.R.E.A.S.T
- Amalan mengekalkan susu badan untuk ibu yang bekerja
- Diet dan jadual pam susu yang betul
Boleh mendapat keputusan seawal satu hari jika mengikuti cadangan yang disyorkan.
Contoh kandungan ebook “6 formula pantas susu ibu tanpa suplemen“.
—————————————————————————
Dapatkan ebook ini sekarang. [+] Panduan banyak susu ibu tanpa suplemen
Sila sahkan emel anda selepas melanggan.
100% Spam Free. We respect your privacy
Air Susu Ibu makanan terbaik untuk bayi, juga untuk kesihatan si ibu juga. Saya setuju dengan artikel ini, walaupun ibu berkerja tetap bisa memberi ASI exclusive pada bayinya
Alhamduillah hingga ke anak ke2 memang saya fully breastfeeding anak.
Tak campur dengan formula milk.
Bukan takat jimat duit tapi yang penting kesihatan badan.
Sangat-sangat galakkan ibu menyusukan anak walaupun berkerjaya.
tips yang sangat membantu saya
Terima kasih kerana post ini memberik manfaat. Itulah mesej yang ingin disampaikan.
Fantastik formula ni, ramai yg tercari2 fromula mcm ni, tips2 yg berguna dan tak membebankan
Kalau nak ambil suplemen pun boleh cuma perlu keluarkan modal. Terpulang membuat pilihan.
Alhamdulillah..anak saya dulu menyusu 100% susu badan..banyak kelebihannya..hehe
Anak-anak kawe dah besar ehhh.. Dah skul semuanya allahamdullilah.. Rasanya x tambah lagi kot. Kalau tertambah, maybe refer balik lah buku ni 😀
Ada rezeki mengandung nanti, boleh la menuntut ilmu dgn lebih mendalam.
ini sangat penting karena biasa ada ibu melahirkan bahkan tak punya susu sedikitpun
harus berterima kasih tak terhingga sekali pada penulis buku tersebut
Rindu nak susukan anak semula hiii
insyaAllah suri boleh dapatkan sorang atau beberapa org lagi.
usaha tangga kejayaan 🙂
satu perkara yang sangat bagus ni, bro
sesuai untuk semua
susu ibu susu terbaik!
wahhh ibu kite n makcik2 jenis kering susu tak tahu lah sye cmni nanti 🙁 smapaikn ank mak cik meninggal sbb kurang susu ibu . supplement mahal pn da cube.. keturunan mungkin.. mcm3 kne cube nnt huu
cik nad,
mak saya pun cuma susukan kami adik beradik dalam 1-2 bulan saja, then susu mcm kering.
tapi alhamdulillah saya dan kakak2 dpt susukan anak2 kami hampir full 2 tahun.
dun worry, cik nad sediakan mental cukup2, yakinkan susu tu ada utk baby. then boleh support dgn suplemen or anything else 😉
ps: sekadar p’kongsian pengalaman ibu beranak 6 😉
susu ibu yang byk manfaat dan zat 🙂
Moga dengan susu ibu, akan membentuk anak-anak yang sihat dan cergas.
alhamdulillah ,anak yang ketiga dapat minum susu ibu secara total….anak pertama dan kedua minum susu tepung .Banyak perbezaan dari segi IQ dan tingkah lakunya…..
susu ibu memang bestttt. hehe..
seeloknyer menyusukan bayi sehingga anak tu berumur 2 tahun
tidak dinafikan lagi susu ibu memang yang terbaik buat anak-anak…
Ada negara mendenda ibu yang tidak menyusukan anak mereka.
Bila susu ibu sudah boleh dibotolkan, maka tiada alasan lagi untuk tidak menyusukan anak.
Kalau boleh biarlah penyusuan tersebut natural tetapi bagi ibu yang berkerjaya tidak ada pilihan.