• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / 1001 idea menulis untuk mereka yang buntu

1001 idea menulis untuk mereka yang buntu

22nd August 2014 by akubiomed 25 Comments

Langkah pertama penting kesinambungan idea menulis

idea menulis
gambar hiasan

Rasanya ramai yang ingin menjadi blogger dengan menulis blog. Pada masa yang sama tidak ramai yang mampu bertahan menulis blog untuk jangka masa panjang.

Ada sesetengah puas buka tutup blog dan akhirnya beralih ke Facebook atau browse melencong ke tempat lain kerana kebuntuan idea menulis blog. Nak mula bina satu baris perkataan pun payah.

Kita bukan macam blogger Fatin Liyana

kredit fatin liyana

Tidak semua kita ini bertuah menjadi blogger yang berpengaruh seperti blogger Fatin Liyana. Walaupun jarang menulis blog tetapi disebabkan kecomelan beliau mampu mendapat trafik beribu setiap jam. Kenapa beliau menjadi begitu berpengaruh? Sebab beliau ada X Factor yang kita ini tidak ada. Jadi jangan salahkan diri sendiri kerana kita bukan merak kayangan tapi gagak di rimba. Menangis air mata darah sekali pun belum tentu orang akan baca blog kita.

Buang sifat negatif yang mengagal kita menulis bak air mengalir

Halangan kita menulis blog adalah diri kita sendiri. Kita selalu berperang diri sendiri dengan berfikiran negatif. Ada sahaja halangan untuk menulis antaranya:-

  • Aku menulis ini syok sendiri?
  • Ada ker orang nak baca?
  • Aku ini bahasa pun tunggang-langgang
  • Asal tulis daripada blog bersawang
  • Aku menulis kerana terpaksa untuk trafik

Sifat-sifat diatas boleh mengagalkan kita untuk memulakan menulis blog.  Sebabnya kita yan meletakkan diri kita sebegitu hingga hilang keyakinan dan kemudian menjadi lesu. Secara automatik otak kita membeku tidak dapat mengeluarkan idea untuk menulis.

Apa sahaja yang boleh dijadikan bahan untuk menulis didalam blog. Walaupun cerita tersebut adalah simple dan sudah diketahui tetapi disebabkan penyampaian dan olahan yang luhur menjadikan ia menarik untuk baca. Cubalah berfikiran positif untuk menjadikan penceritaan kita menarik dan jujur untuk dibaca.  Sudah tentu pernahkan membaca post yang santai tetapi kita rasa seronok dibaca.

Saya percaya siapa yang baca ayat yang saya tulis ini tentu suka akan kucing. Kenapa orang tidak jemu baca mengenai kucing sebab telatah kucing yang dikongsikan didalam post berjaya menjentik emosi kita turut membayangkan gerak geri lincah kucing tersebut. Kalau tidak percaya boleh baca post kak Jie mengenai Kucing Kujie Kaki Kudung.

kredit kak jie

Sudah panjang bebelan saya ini. Nampak tak cahaya hujung terowong? Harapan saya sedikit perkongsian tidak seberapa ini memberi semangat dan berfikiran positif. Adalah menjadi harapan saya selepas membaca post ini akan terhasil post diblog sendiri.

>> Klik laju-laju banner dibawah untuk bukan jalan menulis<<

  • Blogger yang dikagumi dari kacamata akubiomed
  • Ada apa pada blogging
  • Pendapatan blog pertama selepas 4 tahun

Filed Under: blog Tagged With: buat duit affiliate

Reader Interactions

Comments

  1. Cik Puan Ida says

    28th August 2015 at 1:51 am

    Betul sangat untuk halangan menulis di blog tu
    detiksihat

    Reply
  2. Aishah Ahmad says

    22nd September 2014 at 5:02 pm

    Biasanya AA dh siap2 tulis tajuk utk sebulan.tp selalunya fail ikut jadual sbb kekangan waktu.huhu

    Reply
  3. Arman says

    31st August 2014 at 10:37 pm

    Inilah masalah kebanyakkan blogger termasuk aku sendiri..bila baca blog org lain. Macam mudah sahaja mereka dapat idea untuk menulis. Kadang2 apa yg di kongsikan simple dan dah kita tahu. Tapi masih juga seronok membaca..

    Reply
  4. Sha says

    29th August 2014 at 1:20 am

    Salam perkenalan abg biomed. Minta share entry, kesian tgk member2 sy yg lain sbb lama x update blog diorang.harap diorang smgt sikit

    Reply
  5. njiheam says

    28th August 2014 at 6:56 pm

    huhu.. nak cari idea tulis blog tu bg saya mudah tapi nak tulis buku n cari duit tu payah sikit. hidup kena rajin usaha.

    Reply
  6. azahairi says

    28th August 2014 at 2:20 am

    Idea kadang tak datang masa senang basa sibuk pilak dia datang tue yang dok peram sampai kadang2 lupa apa yang nak tulis .

    Reply
  7. wazy says

    27th August 2014 at 8:39 pm

    Idea tu kadang-kadang ia datang tanpa mengira tempat dan masa

    Reply
  8. Hairul Hissam says

    27th August 2014 at 3:06 pm

    saya seminggu sekali cari idea.. 😀

    Reply
  9. adele says

    26th August 2014 at 11:37 am

    macam saya, tak tahu apa punca blog ditinggalkan.haha. kekangan masa mungkin. tapi tetap sayaaang 🙂

    Reply
  10. hafiz says

    24th August 2014 at 4:40 pm

    Idea tu ada, cuma kadang2 nak terjemahkan tu yang tak berapa nak jadi tu..

    Reply
  11. Mohd Shubhi says

    23rd August 2014 at 7:03 pm

    Kadang-kadang memang buntu terus, blank tak tau nak tulis apa-apa..

    Reply
  12. ahmadyani says

    23rd August 2014 at 10:30 am

    Saya sependapat dengan Bro Titan….idea ada, kreativiti tinggi cumanya malas yang mendominasi.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2014 at 12:54 pm

      Beruntung dianugerah bakat dan ilham untuk menulis. Tidak semua dapat kebolehan tersebut.

      Reply
  13. Zuan says

    23rd August 2014 at 6:51 am

    den klu ada idea, bertubi-tubi masuk. tapi satu je prob, malas nak kembangkan idea tu dalam bentuk penulisan..haha

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2014 at 12:56 pm

      Saya ada masalah tersebut. Apa yang saya lakukan dengan letakkan keyword tersebut dan bina menjadi sebaris ayat kemudian menjadi perenggan dan seterus disusun atur.

      Reply
  14. galut says

    23rd August 2014 at 6:14 am

    Aku pandai copy paste jer belum pernah cuba menulis….

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2014 at 12:56 pm

      Copy paste adalah yang paling mudah. 🙂

      Reply
  15. mancai says

    23rd August 2014 at 4:39 am

    faktor persekitaran kekadang mempengaruhi ketidakupayaan menulis secara disiplin dalam blog sendiri…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2014 at 12:57 pm

      Salah faktor setelah menulis tidak mendapat apa-apa. Makin merundum semangat menulis.

      Reply
  16. sobrimansor says

    23rd August 2014 at 12:01 am

    Bukan takat menulis, nak tinggalkan komen pun kengkadang tak tau nak bagi komen apa kat blog. Hehehe. Tu nampak sangat kebebalannya. Hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2014 at 12:58 pm

      Nampak kesukaran tersebut. 🙂

      Reply
  17. titan says

    22nd August 2014 at 11:59 pm

    tu la.

    kekadang, gua bukan hilang idea.

    malas je lebih. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2014 at 1:10 pm

      Yo lah tuh. 🙂

      Reply
  18. Ilham Ishak says

    22nd August 2014 at 11:56 pm

    Blog aku masih kosong..xde mood lagi nak menulis

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2014 at 1:11 pm

      Yang pertama itu sukar tetapi pemangkin untuk post yang seterusnya

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in