• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / pelancongan / Umrah Ziarah pengalaman manis tak dapat dilupakan

Umrah Ziarah pengalaman manis tak dapat dilupakan

27th March 2017 by akubiomed 45 Comments

Pada 6 Mac 2017 yang lalu saya telah berangkat mengerjakan Umrah Ziarah selama 14 hari dengan 7 hari di Madinah dan baki 7 hari lagi di Mekah. Ia merupakan Umrah Ziarah pertama untuk saya dan sangat istimewa terpilih untuk menjadi tetamu Allah.

Umrah ziarah dengan menaiki kapal terbang Malindo Air bertolak dari KLIA. Kapal terbang Malindo Air berhenti mengisi minyak di Ahmedabad, India untuk mengisi minyak sebelum sambung perjalanan ke Jeddah dan mendarat di lapangan terbang antarabangsa Raja Abdul Aziz.

Pemandangan rabung dari udara

pemandangan bangunan dari udara

Masjid Nabawi dan kubah hijau tempat bersemayamnya jasad Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar

Salah satu pintu untuk memasuki Masjid Nabawi

Masjid Nabawi tidak pernah sunyi ada sahaja mengimarah masjid sepanjang masa

Laluan pejalan kaki didalam masjid Nabawi

Perkarangan di luar masjid Nabawi

Tak dapat nak bayangkan perasaan hari pertama setibanya di Madinah dapat bersolat Subuh di Masjid Nabawi.

Hadis nabi yang bermaksud:

“Solat di masjid aku adalah lebih baik daripada 1,000 solat di masjid lain kecuali Masjidilharam. Satu solat di Masjidilharam lebih afdhal daripada 100 ribu solat di masjid lain.”

Saya bersama adik lelaki ambil peluang ziarah makan Rasullullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Kemudiannya kami memasuki Raudhah yang terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah SAW juga dikenali taman Syurga tempat mustajab untuk bersolat dan berdoa.

Hadis nabi yang bermaksud:

“Kawasan di antara rumah ku dan mimbar ku adalah satu taman daripada taman-taman syurga.”

Hari kedua dibawa Ziarah Luar sekitar perkarangan masjid Nabawi salahsatu ke lokasi Sokaifat Bani Saedah yang mana tempat ini dijadikan tempat para sahabat bermesyuarat selepas kemangkatan nabi dan tempat perlantikan khalifah yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq.

Perkuburan Baqi’ di Madinah tidah mempunyai tanda nama hanya tanda batu dan dibuka selepas subuh hingga pukul 8 pagi dan selepas Asar hingga sebelum 30 minit Maghrib. Tanah perkuburan ini terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi menurut riwayat terdapat seramai 10,000 para sahabat baginda Rasulullah SAW  yang meninggal di Madinah telah dikuburkan di sini.

Masjid Quba

Masjid Quba

Masjid Quba adalah masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah SAW setiba baginda di Madinah setelah berhijrah dari Mekah. Berrsolat di masjid Quba mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa telah bersuci(mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.

[HR Ibn Majah]

Bergambar bersama jemaah Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd di perkarangan masjid Quba

Lokasi baru perkuburan semula pada syuhadah yang gugur semasa perang Uhud termasuk Saidina Hamzah RA bapa saudara Rasullulah SAW. Berlaku banjir di Madinah pada tahun 2013 menyebabkan jasad para syuhadah ini timbul jadi pihak Saudi telah menempatkan semula lokasi perkuburan baru.

Pemandangan Bukit Uhud

Puncak bukit dimana tentera memanah islah berkubu semasa perang Uhud.

Masjid Bir Ali tempat Miqat untuk niat Ihram

Pemandangan Kaabah dan Hijr Ismail

Kelebihan Kaabah dan Masjidil Haram

1.  Rahmat turun ke Kaabah 120 setiap hari
– 60 rahmat mengerjakan Tawaf
– 40 rahmat mengerjakan solat
– 20 rahmat orang yang memandang Kaabah.

2. 100 ribu ganjaran solat di Masjid Al-Haram.

3. Tiada waktu ditegah untuk mengerjakan solat sunat.

 

Tempat-tempat mustajab untuk berdoa di Kota Suci Mekah

+ Multazam merupakan bahagian dinding yang terletak antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah yang memiliki panjang sekitar 2 meter.

+ Hijir ismail sebuah tempat yang terletak di sebelah utara Kaabah. Dahulunya Hijir Ismail termasuk sebahagian dari Kaabah. Solat di Hijir Ismail sama solat di dalam Kaabah.

+ Belakang Maqam Ibrahim.  Biasanya setelah melaksanakan tawaf tujuh kali pusingan, para jemaah haji dan umrah akan melakukan solat sunat tawaf dan berdoa di belakang Maqam Ibrahim ini.

+ Bukit Safa dan Marwah. Berdoa di puncah kedua-dua bukit Safa dan Marwah.

Senibina bumbung di Bukit Marwah

Sebahagian lokasi Ziarah Luar ketika berada  di Mekah

Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa terpisah setelah keluar dari Syurga.

Bersama bonda tercinta di Jabal Rahmah

Masjid Hudaibiyah tinggal peninggalan kerana banyak struktur telah roboh. Kawasan ini terkenal dengan Perjanjian Hudaibiyah

Menara Zam Zam Tower boleh dilihat dari tempat hotel tempat kami menginap

Solat Jumaat di bangunan baru penambahan masjid Al Haram

Deretan kedai di Mekah

Jemaah bertali arus sampai di Mekah

Menunggu di balai berlepas untuk pulang ke Malaysia

Sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dalam jam 1.30pagi Ahad waktu Malaysia. Menunggu bagasi dipunggah.

Tiada gambar saya dengan Kaabah dan Masjid Nabawi diabadikan didalam posting ini dan biarlah gambar tersebut menjadi kenangan abadi saya seorang. Saranan saya pergilah ketika usia muda pada ketika kita mempunyai kesihatan dan kudrat yang baik. Banyak tenaga diperlukan semasa mengerjakan Umrah.

Saya doakan moga-moga sahabat yang baca cacatan Umrah Ziarah saya dimurahkan rezeki dan dijemput menjadi tetamu Allah. Insyallah Ameen.

Terima kasih kepada agensi pelancongan Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd menguruskan perjalanan Ziarah Umrah dengan baik sekali.

Sila tekan butang kongsi:

  • Masjid terapung Masjid Selat Melaka
  • Merakam keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
  • Trip ke Kuantan dan keenakkan Mustafa Cendol

Filed Under: pelancongan

Reader Interactions

Comments

  1. Azhani Azhar says

    1st September 2017 at 4:40 pm

    Alhamdulillah.. beruntung dpt dijemput mengerjakan umrah di sana.. besar pahala yang boleh direbit di sana..
    Dapat pula pergi dengan ahli keluarga..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2017 at 12:06 am

      Syukur alhamdulillah ada rezeki untuk ke tanah Suci Mekah.

      Reply
  2. Ira says

    4th June 2017 at 4:38 pm

    Alhamdulillah ..bersyukurlah telah sampai ke sana ..bkan semua org berpeluang menjadi tetamu Allah di sana .. tiap sesuatu pastinya ad kebaikan y Allah telah sediakan

    Reply
    • Ira says

      4th June 2017 at 4:55 pm

      Perkongsian y menarik

      Reply
  3. sabree hussin says

    29th May 2017 at 12:27 am

    Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air.

    Reply
  4. lokman says

    12th May 2017 at 4:47 pm

    alhamdulillah tuan berjaya ke umrah dgn balik selamat

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2017 at 8:59 pm

      Syukur alhamdulillah selamat pergi dan pulang. 🙂

      Reply
  5. Mohd Rasul says

    10th May 2017 at 10:28 pm

    wah best. aku ni taktau la bile ada rezeki nk kesana 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2017 at 9:00 pm

      Insyallah suatu akan tertunai hajat bawa orang tersayang mengerjakan Umrah. Bajet lebih kurang RM6k seorang.

      Reply
  6. wansyahida says

    27th April 2017 at 9:49 am

    Alhamdulillah Tahniah dimurahkan rezeki menunaikan umrah… Sangat mengimbau kenangan sewaktu saya ke sana. Pergi ngan mak ek? Mesti lagi bahagia perasaan pergi ngan mak.

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2017 at 9:22 pm

      Dah lama ibu ajak buat Umrah bersama. Syukur alhamdulillah dapat mengerjakan Umrah bersama ibu. 🙂

      Reply
  7. md daud yusri fie says

    24th April 2017 at 11:33 pm

    best tu azrin..syok plak aku tgk gambar2 tu..terbaiklah..pandai bercerita erkk.

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2017 at 9:27 pm

      Nak simpan buat kenangan. 🙂

      Reply
  8. titan says

    24th April 2017 at 8:35 pm

    soon.

    in-shaa Allah, akan sampai juga nanti.

    aminn.

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2017 at 9:29 pm

      Insyallah bro, saya doakan sampai hajat menunaikan Umrah. Ameen.

      Reply
  9. yanmie says

    23rd April 2017 at 3:25 pm

    Bestnyaa, tq share moment kat sana..insyaALLAH lepas ni kami pula, tunggu anak2 besar, encik suami tak mahu tinggalkan anak2. nak pergi 1 keluarga insyaALLAH semoga ALLAH berikan kesempatan, Aamiin.

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2017 at 9:34 pm

      Insyallah satu famili bawa pergi Umrah. Seronok dapat bawak semua ahli keluarga sekali. Ameen.

      Reply
  10. Luthfi says

    22nd April 2017 at 2:41 pm

    alhamdulillah syukur rezeki dapat pi sana. tak sampai lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2017 at 9:36 pm

      Insyallah bro pun boleh. Kumpul duit kos Umrah dari sekarang dengan kumpul RM200 sebulan dalam masa 2.5 tahun sudah boleh berangkat ke tanah suci.

      Reply
  11. Norasikin says

    18th April 2017 at 2:27 pm

    Dah banyak yang berubah. Tak de lagi menunggang unta fadang fasir. Cuma ada fokok kurma

    Reply
  12. imnajmi says

    14th April 2017 at 2:27 am

    Allah hai… rindunya nak pegi lagi… moga dimurahkan rezeki dapat pergi lagi nanti….

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2017 at 11:49 pm

      Insyallah ada rezeki pada masa akan datang boleh pergi mengerjakan Umrah. Ameen.

      Reply
  13. Hairul Hissam says

    12th April 2017 at 9:34 pm

    Tahniah bro kerana berjaya menjadi tetamu Allah..
    satu pengalaman yg cukup bertuah tu…

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2017 at 11:50 pm

      Syukur alhamdulillah. Terima kasih.

      Reply
  14. Hanafi Abdullah says

    9th April 2017 at 1:39 pm

    sangat nikmat dapat pergi umrah..
    mudah-mudahan Allah dapat melimpahkan rezeki duit dan kesihatan buat saya dan keluarga untuk pergi ke sana..
    apa-apa pun tahniah bro kerana berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Haram

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2017 at 12:03 pm

      Terima kasih. Syukur alhamdulillah dapat mengerjakan Umrah pada tahun ini.

      Reply
  15. Aziana says

    6th April 2017 at 4:52 pm

    alhamdulillah. moga ada rezeki untuk saya keluarga pula selepas ini.

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2017 at 10:30 pm

      Insyallah tertunai hajat puan menunaikan Umrah. Ameen.

      Reply
  16. Khairul Zamri says

    1st April 2017 at 11:35 pm

    Alhamdulillah syukurlah tuan dah sampai ke Tanah Suci, insyaAllah lepas ini giliran saya pula.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2017 at 3:58 pm

      Insyallah, kumpul kos belanja Umrah. Asing RM200 setiap bulan dalam masa 36 bulan sudah boleh berangkat mengerjakan Umrah.

      Reply
  17. zikri husaini says

    1st April 2017 at 7:26 pm

    Alhamdulillah insan terpilih , terima kasih doakan rakan2 yang membaca entri ini agar kita jadi tetamu Allah …amin

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2017 at 4:00 pm

      Ambil kesempatan pada usia dan ketika dikurniakan kesihatan tubuh badan. Kumpul RM200 setiap bulan dalam masa 36 bulan sudah boleh tampung kos mengerjakan Umrah.

      Reply
  18. Aswad Razi says

    31st March 2017 at 12:33 pm

    Tahniah tuan sbb dah sampai sana.. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ni dapatla saya kesana pula..

    amin…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2017 at 4:02 pm

      Syukur alhamdulillah dapat mengerjakan Umrah baru-baru ini. Berusaha dari sekarang kumpul kos mengerjakan Umrah dengan mengasingkan RM200 setiap bulan dan konsisten kumpul selama 36 bulan sudah cukup untuk tampung kos mengerjakan Umrah.

      Reply
      • Aswad Razi says

        3rd April 2017 at 2:05 pm

        Boleh juga saya cuba cara tuan untuk himpun duit kesana.. kalau nak harapkan dapat duit seketul terus mmg susah.. biar sedikit takpe yang penting consistent..

        Reply
  19. Syahril Hafiz says

    30th March 2017 at 11:28 pm

    Alhamdulillah bro dah selamat pergi dan sampai umrah ziarah..Agak total sekarang nk.pergi dgn agensi berapa ye.

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2017 at 11:40 pm

      Syukur Alhamdulillah mendapat mengerjakan Umrah pada kesihatan yang baik. Kos belanja Umrah didalam 6k++ atau paling senang kira 10 Dinar emas.

      Agensi banyak tetapi perlu cari agensi ada reputasi dan boleh dipercayai. Macam saya pergi dengan Gemilang Tours Sdn Bhd.

      Reply
  20. Suriya Majid says

    30th March 2017 at 6:00 pm

    Ya Allah, seronoknya sudah sampai ke sana. Masih lagi belum jadi realiti buat saya dan suami. Kena kuatkan keazaman & usaha sungguh-sungguh.

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2017 at 11:44 pm

      Insyallah ada rezeki dan dijemput untuk mengerjakan Umrah. Saranan saya pergilah pada usia muda sementara ada kudrat. Kos belanja Umrah RM6k++ seorang.

      Kalau betul-betul dapat kumpul RM200 setiap bulan dalam masa 36 bulan dah ada RM7,200 lebih dari cukup dengan duit poket sekali.

      Reply
  21. Ami Mulyadi says

    28th March 2017 at 10:48 pm

    Tempat yang sangat dirindu untuk dikunjungi, doakan kami bisa kat situ juga….

    Reply
  22. raihanah ahmad says

    28th March 2017 at 5:17 pm

    oo patyutla lama tak posting, gi umrah rupanya. bestnya

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2017 at 5:28 pm

      Sukar nak tolak apabila setelah mendapat peluang menjadi tetamu Allah.

      Semuanya berlaku dengan pantas dan masih lagi tak percaya sudah pun kembali di tanah air setelah ke tanah suci Mekah dan ke Madinah.

      Reply
      • raihanah ahmad says

        29th March 2017 at 8:48 am

        wah ye ke. mestilah offer camni mesti tak tolak punya.

        Reply
  23. Ema says

    28th March 2017 at 5:16 pm

    Keinginan semua orang utk menjalani ibadah umrah.. doakan untuk kami sekeluarga dapat menjejaki kaki di sana juga.

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2017 at 5:26 pm

      Insyallah dikurniakan rezeki dan dijemput menjadi tetamu Allah. Ameen

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in