Tukar mata ganjaran Astro Circle dengan bola World Cup edisi terhad

Dapat bola World Cup Brazil dari tukar mata ganjaran Astro Circle.

bola edisi terhad world cup brazil dari astro circle

Memandangkan mata ganjaran terkumpul Astro masih banyak lagi jadi tebus baki ganjaran di Astro Circle. Kali ini tebus ganjaran mata ganjaran dengan bola World Cup Brazil edisi terhad. Saya nak hadiahkan bola ini kepada Aslah yang suka main bola.

Sebelum ini saya tebus mata ganjaran Astro dengan alat kawalan jauh Astro yang original. Puas hati dapat alat kawalan jauh dekoder Astro yang ori. Paling penting tidak perlu beli hanya tebus mata dan dapat secara PERCUMA di Astro Circle.

Aslah suka main bola dan banyak bola telah dibeli telah rosak. Jadi kesian pula melihat Aslah main bola milik jiran. Alang-alang Astro Circle ada menawarkan bola untuk penebusan mata ganjaran. Laju-laju klik untuk tebus.

Hari ini bola World Cup edisi terhad telah sampai. Berseri-seri Aslah melihat bola baru ini dan bersemangat bermain bola bersama abang-abangnya.

Tak teringin hendak tukar barang di Astro Circle? Boleh rujuk: [+] Cara penebusan mata ganjaran di Astro Circle.

Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
Reviewed Item
Astro Circle
Author Rating
4

Published by

akubiomed

AkuBiomed mula menulis blog pada 2008. Berminat dengan SEO dan mengulas produk selain mempunyai minat didalam sukan pemotoran MotoGP. Cabang seni fotografi yang baru diceburi dan suka klik-klik dengan kamera DSLR. AkuLens adalah foto blog Ekspresi lensa.

29 thoughts on “Tukar mata ganjaran Astro Circle dengan bola World Cup edisi terhad”

  1. Menarik betul warna bola ni. Kalau dapat ni, sure anak-anak suka.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Warna bendera Brazil yang pernah menjadi tuan rumah World Cup.

    [Reply]

  2. Hijau kuning macam negeri kelahiran saya tu…
    Noriza Rahman recently posted…Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang PerjalananMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Warna hijau koning sempena warna bendera negara Brazil yang menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 2014.

    [Reply]

    Noriza Rahman
    Twitter:
    Reply:

    Aah..bangga sebab hijau kuning ni sama antara Kedah dan Brazil..hihi
    Noriza Rahman recently posted…Pengalaman Berpantang TANPA JamuMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge