• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kongsi kegembiraan Raya dengan tin peribadi Coca Cola

Kongsi kegembiraan Raya dengan tin peribadi Coca Cola

11th July 2015 by akubiomed 30 Comments

Terima kejutan nama tertera pada edisi terhad air tin peribadi Coca Cola.

tin peribadi coca cola

Selama menulis blog belum pernah menerima kejutan sebegini besar. Mana tidaknya menerima 1 set edisi terhad pengumpul air tin Coca Cola dan 1 tin peribadi Coca Cola tertera nama.

Nama tertera pada air tin perbadi Coca Cola.

Biasanya nama artis popular tertera pada air tin dan kali ini tidak percaya nama blog tertera pada air tin Coca Cola. Terharu menerima pemberian seperti ini daripada Coca Cola Malaysia sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Kesudian Coca Coca berkongsi kegembiraan amat terasa sekali.

Anak-anak yang paling gembira melihat koleksi air tin peribadi dengan tertera beberapa perkataan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Asyik-asyik bertanya daripada mana dapat air tin Coca Cola yang banyak ini.

edisi terhad pengumpul air tin coca cola

Antara perkataan yang menarik perhatian saya adalah ‘Syukuri Nikmat’ dan ‘Kekalkan Persaudaraan’ memandang senario negara sekarang ini adalah lebih baik kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi dan mengeratkan tali persaudaraan untuk bersatu menentang kebenciaan dengan perpecahaan.

Sentiasa bersyukur nikmat yang dipinjamkan.

Kadang-kadang kita tidak sedar menjadi orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan. Kita adalah insan yang beruntung berbanding insan yang kurang bernasib daripada kita.

Eratkan tali persaudaraan

Mengeratkan perhubungan persaudaraan yang dengan membuat kunjungan ke rumah saudara mara dan rakan taulan. Di musim perayaan adalah peluang untuk bertanya khabar dengan kunjungan kita. Begitu juga perhubungan kita sesama islam perlu dieratkan dan ketepikan konflik jika menjadikan tali persaudaraan menjadi lebih utuh.

Saya cukup gusar dengan apa yang berlaku sekarang terutama perkongsian di media sosial yang membenih sikap kebencian dan kecurigaan dikalangan rakyat Malaysia. Adakah kita berasa berpuas hati tanpa memikir kesan kesusulan tindakan kita. Berfikir panjang dahulu.

“Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya”

Kesempatan ini saya ingin merakam penghargaan terima kasih kepada Coca Cola Malaysia membuat kejutan dengan pemberian edisi terhad pengumpul. Sudah tentu ia akan diingati selamanya.

https://www.youtube.com/watch?v=4QETFDVdxR4

Filed Under: blog Tagged With: air tin Coca Cola, air tin peribadi Coca Cola, coca cola malaysia, pengumpul tin coca cola, tin peribadi Coca Cola

Reader Interactions

Comments

  1. Sue says

    22nd July 2015 at 2:03 am

    Coolnya! Kalau saya dapat ni, 7 hari 7 malam tido sambil senyum. Heeee..

    Reply
  2. Hairul Hissam says

    21st July 2015 at 7:01 pm

    Untung betul bro dapat tin coca cola dgn nama sendiri… bolehlah framekannya nanti… tentu jelousse mata yg melihatnya nanti. heee

    Reply
  3. Ani Haryani says

    20th July 2015 at 11:03 am

    Boleh simpan jadi kenangan tu. Smart! 😀

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:04 am

      Akan simpan koleksi edisi khas ini buat kenang-kenangan.

      Reply
  4. musadun says

    18th July 2015 at 6:52 am

    bestnya.. dah boleh frame ni, letak dalam almari kaca.hehe

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:04 am

      Belum ada rak perhiasan. Maklumlah ada anak kecil.

      Reply
  5. SuperNifz says

    15th July 2015 at 4:18 pm

    Fuiyooo.. seronoknya.. mau tau minum air dalam tuh nih. Memang kena simpan leklok nih.

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:05 am

      Tentulah rasanya air Coke. Simpan edisi koleksi untuk kenang-kenangan.

      Reply
  6. myliferia says

    14th July 2015 at 3:20 pm

    wahhhh, femesnyer…tahniah sebab terpilih, tumpang happy kiter 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:05 am

      Tidak disangka diberi kejutan untuk menerima Coke edisi koleksi ini.

      Reply
  7. wahida says

    14th July 2015 at 2:56 pm

    bestnya…mesti masa dapat tu rasa terharu…huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:06 am

      Sudah tentu rasa terharu menerima edisi koleksi dari Coca Cola. Perkongsian keceriaan Raya yang sungguh manis untuk tahun ini.

      Reply
  8. permatamama says

    14th July 2015 at 2:42 pm

    bestnya dapat gift macam ni kreatif, tali persaudaraan hari ini semakin renggang akibat kemodenan, kita perlu bijak dalam menangani kemodenan dalam kehdupan kita.

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:07 am

      Ambil peluang sambutan hari raya untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan tradisi kunjung mengunjung.

      Reply
  9. KiD says

    13th July 2015 at 10:38 pm

    ramai yang gembira sebab dapat air tin special ni.. hehehhe

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:08 am

      Tentulah gembira dan dapat berkongsi keceriaan bersama Coca Cola.

      Reply
  10. mrhanafi says

    13th July 2015 at 5:49 pm

    memang terbaik kalau ada nama turut pada tin minuman..satu lagi cara penjenamaan blog

    Reply
    • akubiomed says

      13th July 2015 at 9:59 pm

      Pemberian tidak disangka-sangkakan. 🙂

      Reply
  11. emalin mohd says

    13th July 2015 at 1:46 pm

    Ni kena jadikan koleksi peribadi ni..Cantik coca-cola buat gift macam ni..

    Reply
    • akubiomed says

      13th July 2015 at 10:00 pm

      Sudah tentu akan disimpan buat kenang kenangan.

      Reply
  12. Ladybird says

    13th July 2015 at 12:49 am

    Semoga kita sentiasa menjadi org2 yg sentiasa bersyukur..
    Xde gaduh2.. :D..

    Reply
    • akubiomed says

      13th July 2015 at 10:01 pm

      Moga-moga kita menjadi insan yang bersyukur.

      Reply
  13. Uncle Zuan says

    12th July 2015 at 10:17 pm

    ok sentap tak dapat

    Reply
    • akubiomed says

      13th July 2015 at 10:03 pm

      Jangan macam tuh ada peluang lagi.

      Reply
      • Uncle Zuan says

        15th July 2015 at 5:40 am

        haha masih sentap ni

        Reply
  14. titan says

    12th July 2015 at 7:04 pm

    okeh.

    memang best la gak kalau ada satu tin macam ni satu kan..

    Reply
    • akubiomed says

      13th July 2015 at 10:02 pm

      Senyum sampai ke telinga dapat air tin edisi terhad.

      Reply
    • Uncle Zuan says

      15th July 2015 at 5:41 am

      kan? sapa la kita nak dapat macam tu

      Reply
  15. attiey says

    12th July 2015 at 1:03 am

    Bestnya kalau dapat hadiah macam ni…

    Reply
    • akubiomed says

      13th July 2015 at 10:04 pm

      Sudah tentu gembira terutama Hari Raya menjelang tidak lama lagi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL