Terima kejutan nama tertera pada edisi terhad air tin peribadi Coca Cola.
Selama menulis blog belum pernah menerima kejutan sebegini besar. Mana tidaknya menerima 1 set edisi terhad pengumpul air tin Coca Cola dan 1 tin peribadi Coca Cola tertera nama.
Nama tertera pada air tin perbadi Coca Cola.
Biasanya nama artis popular tertera pada air tin dan kali ini tidak percaya nama blog tertera pada air tin Coca Cola. Terharu menerima pemberian seperti ini daripada Coca Cola Malaysia sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Kesudian Coca Coca berkongsi kegembiraan amat terasa sekali.
Anak-anak yang paling gembira melihat koleksi air tin peribadi dengan tertera beberapa perkataan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Asyik-asyik bertanya daripada mana dapat air tin Coca Cola yang banyak ini.
Antara perkataan yang menarik perhatian saya adalah ‘Syukuri Nikmat’ dan ‘Kekalkan Persaudaraan’ memandang senario negara sekarang ini adalah lebih baik kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi dan mengeratkan tali persaudaraan untuk bersatu menentang kebenciaan dengan perpecahaan.
Sentiasa bersyukur nikmat yang dipinjamkan.
Kadang-kadang kita tidak sedar menjadi orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan. Kita adalah insan yang beruntung berbanding insan yang kurang bernasib daripada kita.
Eratkan tali persaudaraan
Mengeratkan perhubungan persaudaraan yang dengan membuat kunjungan ke rumah saudara mara dan rakan taulan. Di musim perayaan adalah peluang untuk bertanya khabar dengan kunjungan kita. Begitu juga perhubungan kita sesama islam perlu dieratkan dan ketepikan konflik jika menjadikan tali persaudaraan menjadi lebih utuh.
Saya cukup gusar dengan apa yang berlaku sekarang terutama perkongsian di media sosial yang membenih sikap kebencian dan kecurigaan dikalangan rakyat Malaysia. Adakah kita berasa berpuas hati tanpa memikir kesan kesusulan tindakan kita. Berfikir panjang dahulu.
“Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya”
Kesempatan ini saya ingin merakam penghargaan terima kasih kepada Coca Cola Malaysia membuat kejutan dengan pemberian edisi terhad pengumpul. Sudah tentu ia akan diingati selamanya.
Coolnya! Kalau saya dapat ni, 7 hari 7 malam tido sambil senyum. Heeee..
Untung betul bro dapat tin coca cola dgn nama sendiri… bolehlah framekannya nanti… tentu jelousse mata yg melihatnya nanti. heee
Boleh simpan jadi kenangan tu. Smart! 😀
Akan simpan koleksi edisi khas ini buat kenang-kenangan.
bestnya.. dah boleh frame ni, letak dalam almari kaca.hehe
Belum ada rak perhiasan. Maklumlah ada anak kecil.
Fuiyooo.. seronoknya.. mau tau minum air dalam tuh nih. Memang kena simpan leklok nih.
Tentulah rasanya air Coke. Simpan edisi koleksi untuk kenang-kenangan.
wahhhh, femesnyer…tahniah sebab terpilih, tumpang happy kiter 🙂
Tidak disangka diberi kejutan untuk menerima Coke edisi koleksi ini.
bestnya…mesti masa dapat tu rasa terharu…huhu…
Sudah tentu rasa terharu menerima edisi koleksi dari Coca Cola. Perkongsian keceriaan Raya yang sungguh manis untuk tahun ini.
bestnya dapat gift macam ni kreatif, tali persaudaraan hari ini semakin renggang akibat kemodenan, kita perlu bijak dalam menangani kemodenan dalam kehdupan kita.
Ambil peluang sambutan hari raya untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan tradisi kunjung mengunjung.
ramai yang gembira sebab dapat air tin special ni.. hehehhe
Tentulah gembira dan dapat berkongsi keceriaan bersama Coca Cola.
memang terbaik kalau ada nama turut pada tin minuman..satu lagi cara penjenamaan blog
Pemberian tidak disangka-sangkakan. 🙂
Ni kena jadikan koleksi peribadi ni..Cantik coca-cola buat gift macam ni..
Sudah tentu akan disimpan buat kenang kenangan.
Semoga kita sentiasa menjadi org2 yg sentiasa bersyukur..
Xde gaduh2.. :D..
Moga-moga kita menjadi insan yang bersyukur.
ok sentap tak dapat
Jangan macam tuh ada peluang lagi.
haha masih sentap ni
okeh.
memang best la gak kalau ada satu tin macam ni satu kan..
Senyum sampai ke telinga dapat air tin edisi terhad.
kan? sapa la kita nak dapat macam tu
Bestnya kalau dapat hadiah macam ni…
Sudah tentu gembira terutama Hari Raya menjelang tidak lama lagi.