Skodeng kapal selam di Pantai Klebang

Skodeng kapal selam di Pantai Klebang bersama abang Koning.

Kebetulan balik ke kampung, saya dan keluarga ambil peluang untuk skodeng kapal selang yang timbul di Pantai Klebang. Kapal Selam yang dikenali sebagai Kapal Selam Agosta 70 bakal dijadikan Muzium Kapal Selam pertama negara yang terletak di Dataran 1Malaysia.

Skodeng kapal selam di Pantai Klebang, Melaka.

Kami sekeluarga bergerak ke Dataran 1Malaysia yang terletak di Pantai Klebang pada jam 6:15petang. Ramai juga pengunjung yang hadir untuk melihat sendiri kapal selam buat julung kalinya. Jalan untuk ke tapak kapal salam ini agak mencabar boleh dikatakan ala-ala Adventure Camel Trophy maklumlah sudah beberapa hari hujan turun di Melaka dengan jalan-jalan yang berlopak dan berlumpur. Akhirnya kami sampai tetapi kawasan tapak kapa salam ini telah dipagar nasib baik adalah kamera DSLR mempunya lensa yang boleh zooming.

Fakta mengenai Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 :

  • seberat 1,300 tan.
  • berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar.
  • dibina pada 1979 oleh Perancis.
  • pernah digunakan oleh TLDM sebagai persediaan mengendali kapal selam Scorpene.
Skodeng kapal selam timbul di Pantai Klebang

Kawasan kapal selam Agosta 70 berpagar atas faktor keselamatan

Antara pengunjung ke tapak SMD Ouessant Agosta 70

Menjual ais krim di tapak kapal selam SMD Ouessant Agosta 70

Pengunjung Skodeng kapal selam di pantai klebang

Aksi pengunjung Skodeng kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 di pantai Klebang

3 Ninjas koning skodeng kapal selam di Pantai Klebang

Kapal Selam Agosta 70_2

Kapal Selam Agosta 70_3

Kapal Selam Agosta 70_4

Kapal Selam Agosta 70_1

Kapal Selam Agosta 70

p/s: Sesiapa yang mengunjung ke Melaka boleh Skodeng kapal selam di Pantai Klebang.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • PerenLee May 17, 2013 at 10:43 am

    tldm masih guna ke kapal selam ni?

  • PerenLee May 17, 2013 at 10:42 am

    kapal selam lama ni…40 tahun lepas punya teknologi.outdated dah…

  • Wak Gelas December 9, 2011 at 3:30 pm

    wak pon kepingin mahu nonton kapal selem laa… eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn……….

  • Khidhir December 2, 2011 at 1:03 am

    wahh.. xprnah tgk kapal selam dpan mata kat atas darat.. huhu
    Khidhir recently posted..Tingkatkan Keselamatan WordPressMy Profile

  • faizul December 1, 2011 at 6:59 am

    Menarik sungguh, sementara cuti sekolah ni boleh la saya dan famili singgah ke sana nanti. Cuma nak menghala ke Klebang ni tak tau sangat, biasanya saya ke Air Keroh dan Merlimau sahaja.

  • zik November 30, 2011 at 1:15 am

    minggu ni nak skodeng jugakla… alang2 balik dari kursus lari kejap ke melaka.. huhu…
    zik recently posted..Teknik belajar yang ringkas dan padatMy Profile

  • apaajanews November 30, 2011 at 1:06 am

    insyaalla teman juga akan kesana nanti…apabila proses baik pulih selesai…harap dapat masuk sekali kedalam…anyway…good job bro for this post
    apaajanews recently posted..MENGECILKAN SAIZ GAMBAR | RESIZE IMAGEMy Profile

  • Nadri November 29, 2011 at 9:34 pm

    Minggu lepas kawan singgah masuk bandar melaka, lua pulak nak skodeng kapal selam nie…tp tarikan terrbaru nie mmg terbaik..bila agaknya blh masuk dkt kapal selam nie bro?? Kesian asyik skodeng saja…

    • akubiomed November 29, 2011 at 11:32 pm

      Ada yang bagi tahu saya boleh melihat secara dekat cuma ketika saya sampai sudah melepasi waktu lawatan.

  • Dulu Lain Sekarang Lain November 29, 2011 at 8:12 pm

    Melaka bandar bersejarah… lepas ni keta kawe pun kasi lepak kat Muzium sana.. he he…
    Tapi bagus dan beruntung budak tu semua dapat tgk kapal selam LIVE. Kawe yg dah dah magrib ni sampai skrg tak pernah dapat tgk lagi dgn mata sendiri. :D

  • dnoBiz November 29, 2011 at 7:01 pm

    Ni jadi Isu hangat di Kampung aku…
    Ramai yang disogokan dengan maklumat yang salah dan mengatakan yang ini adalah scorpane dan macam macam sumpah seranah telah dilontarkan…. :D
    dnoBiz recently posted..Sudah terhantuk baru terngadah – Penjenayah larikan anak ditinggal dalam keretaMy Profile

    • akubiomed November 29, 2011 at 8:10 pm

      Macam mana boleh tersilap info?

  • wazy November 29, 2011 at 5:47 pm

    satu hari nak jejak kat sana juga la,mesti seronok mengintai kapal selam tu nanti

  • yas November 29, 2011 at 11:24 am

    Insyaallah kalau ada rezeki aku dan kelaurga akan menjejak kaki juga disana nanti….
    yas recently posted..Festival Arirang – Korea UtaraMy Profile

  • Mus November 29, 2011 at 1:18 am

    mcm tak best plak… kena skodeng dulu kapal tu..
    Mus recently posted..Mereka Harapan Masa DepanMy Profile

  • Hazmin Hamudin November 28, 2011 at 9:59 pm

    best betul dapat tengok kapal selam depan2 mcm tu..memang smart la kapal selam tu kan..nanti pegi melaka nak usha gak kapal selam tu…

  • Mekar November 28, 2011 at 12:03 pm

    oh..tengok dari jauh jer ke? xleh pegi dekat ker? Tak tau la bila boleh sampai situ
    Mekar recently posted..Buruknya TabiatMu Itu Wahai WanitaMy Profile

  • Juan November 28, 2011 at 5:21 am

    saya benda benda mcm ni memang suka sangat, tapi kat sini xder kapal selam, bila ada masa nanti bolehlah ker sana

  • bardboo November 28, 2011 at 1:15 am

    ramai juga ye yang nak skodeng kapal selam tu..hehe

  • Norizwan November 27, 2011 at 11:49 pm

    tak pernah tengok live….besar n cantik btol la…untung r bro hehe…

  • shraqs November 27, 2011 at 10:55 pm

    Wah ada can nak pi SKODENG jugak. Awal bulan nie memamng nak ke Melaka pun…

  • blackrosehunter November 27, 2011 at 5:25 pm

    ni kapal selam yang nak dijadikan muzium tu kan?memang salah satu daya tarikan untuk pantai klebang ni..
    blackrosehunter recently posted..Malaysia vs Bahrain Kelayakan Olimpik 2012My Profile

    • akubiomed November 27, 2011 at 6:42 pm

      Boleh dikatakan dataran ini menerima tidak henti-henti dari pengunjung.

  • fatinmraz November 27, 2011 at 5:00 pm

    ic..patut tajuknya skodeng..
    heheee… agaknya pagar hoarding tu purposely mcm tu utk kasik org skodeng ek??
    lama dah x ke pantai klebang sejak2 ditambak ni.. x der view laut dah..huhuhu

    • akubiomed November 27, 2011 at 6:43 pm

      Mungkin dipasang pagar bagi tujuan keselamatan kerana kalau sudah ramai yang mendekati tentu dibimbangi keselamatan pengunjung.

  • ohcikgu November 27, 2011 at 4:04 pm

    ehhhh..ada orang jual aiskrimlahhh..
    ohcikgu recently posted..Video dan Lirik Lagu Cinta Muka Bulu (Parody Video)My Profile

    • akubiomed November 27, 2011 at 6:43 pm

      Boleh meraih rezeki dengan menjual ais krim kepada pengunjung.

  • zulkbo November 27, 2011 at 3:59 pm

    salam..
    ha ha..gitu gayanya ye..?
    nak kena skodeng baru boleh
    tengok..

    agak-agak yang kita
    punya ni tak pakai
    nuclear kan..?
    zulkbo recently posted..Sempena Tahun Baru 1433 H : Orang Melayu Kenapa Nak Dengki Sesama Melayu?My Profile

    • akubiomed November 27, 2011 at 6:44 pm

      Terpaksa skodeng celah pagar. Kapal selam ini tidak mengunakan tenaga nuklear. Samada diesel.

  • tehr November 27, 2011 at 3:40 pm

    nampak gaya lambat lagi nak dibuka untuk orang ramai ni
    tehr recently posted..Soalan-Soalan KacakMy Profile

  • klcitizen November 27, 2011 at 2:52 pm

    suka gambar tiga budak yang skodeng tu :)

  • puanbee November 27, 2011 at 11:06 am

    kalau dapat masuk dalam kapal selam tu best gak ..

    • akubiomed November 27, 2011 at 11:51 am

      Buat masa ini belum lagi orang awam dibenarkan memasukinya kecuali Ketua Menteri dan Bomba dapat memasukinya ketika mula-mula sampai.

      • puanbee November 27, 2011 at 12:12 pm

        harap di buka untuk tatapan rakyat ..kalau buka sy sanggup kemelakan

  • puteri November 27, 2011 at 10:47 am

    hahahahah!

  • Nur November 27, 2011 at 8:41 am

    Wah ramai juga yg skodeng.. Hehe.. Besar betul kapal selam tu.

    • akubiomed November 27, 2011 at 11:52 am

      Melihat didalam suratkhabar nampak kecil tapi melihat dari dekat tidak sangka besar bagak.

  • amirulfaiz November 27, 2011 at 1:37 am

    Wow, aku takde kat kampung, kalau tak boleh aku singgah Klebang, tak jauh rumah aku ke Pantai Klebang.

    • akubiomed November 27, 2011 at 11:52 am

      Biasalah tuh bro. Kalau dekat tidak pergi :-)

  • b3njy November 27, 2011 at 1:30 am

    Bagus juga kalau dijadikan muzium boleh orang ramai masuk kedalam tengok2.
    b3njy recently posted..TERIMA KASIH TENTERA DARAT – GAGAH SETIAMy Profile

    • akubiomed November 27, 2011 at 11:55 am

      Untuk pengetahuan bro Benjy kapal selam ini tidak lagi digunakan oleh tentera Perancis dan telah digunakan semula oleh anak kapal TLDM sebagai latihan sebelum anak-anak kapal membiasakan diri sebelum mengunakan kapal selam Scorpene.

  • Farihan(Han) November 27, 2011 at 1:27 am

    terbaik..!

    • akubiomed November 27, 2011 at 11:56 am

      Terima kasih. Kalau tidak ada pagar mahu melihat secara dekat lagi.

  • FAIRUS November 27, 2011 at 12:31 am

    HEHE.. TAK DAPAT MASUK KENA SKODENG LE GAMAKNYA.. EH, KENAPA PLAK TUTUP? DATANG PUKUL BERAPA?

    • akubiomed November 27, 2011 at 11:57 am

      Tak tutup cuma sekeliling kapal selam Agosta 70 telah dipasang pagar.

      • FAIRUS November 27, 2011 at 8:43 pm

        BRO.. MEMANG IA DIPASANG PAGAR SEBELUM KAPAL SELAM TU ADA LAGI.. KAU PUNYA ENTRI NI MEMBUATKAN AKU PERGI TENGOK KAPAL SELAM TU SEKALI LAGI (NANTIKAN DI ENTRI AKU). AKU NAK PASTIKAN KAPAL SELAM ITU TIDAK DITUTUP. BUAT MASA INI MEMANG DIBUKA UNTUK TONTONAN ORANG RAMAI. DIBUKA DARI PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

        • Denaihati November 28, 2011 at 4:49 pm

          memang ade plan nak dijadikan pameran ke bro?

  • eiela November 26, 2011 at 11:36 pm

    cantik jugak kapal selamnya.

Trackbacks