Skodeng kapal selam di Pantai Klebang bersama abang Koning.
Kebetulan balik ke kampung, saya dan keluarga ambil peluang untuk skodeng kapal selang yang timbul di Pantai Klebang. Kapal Selam yang dikenali sebagai Kapal Selam Agosta 70 bakal dijadikan Muzium Kapal Selam pertama negara yang terletak di Dataran 1Malaysia.
Skodeng kapal selam di Pantai Klebang, Melaka.
Kami sekeluarga bergerak ke Dataran 1Malaysia yang terletak di Pantai Klebang pada jam 6:15petang. Ramai juga pengunjung yang hadir untuk melihat sendiri kapal selam buat julung kalinya. Jalan untuk ke tapak kapal salam ini agak mencabar boleh dikatakan ala-ala Adventure Camel Trophy maklumlah sudah beberapa hari hujan turun di Melaka dengan jalan-jalan yang berlopak dan berlumpur. Akhirnya kami sampai tetapi kawasan tapak kapa salam ini telah dipagar nasib baik adalah kamera DSLR mempunya lensa yang boleh zooming.
Fakta mengenai Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 :
- seberat 1,300 tan.
- berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar.
- dibina pada 1979 oleh Perancis.
- pernah digunakan oleh TLDM sebagai persediaan mengendali kapal selam Scorpene.

p/s: Sesiapa yang mengunjung ke Melaka boleh Skodeng kapal selam di Pantai Klebang.
Skodeng kapal xpe.. jgn skodeng benda lain,, Huhu 😀
mesti kena guna pnye
takut tengok kapal selam ni
tldm masih guna ke kapal selam ni?
kapal selam lama ni…40 tahun lepas punya teknologi.outdated dah…
kalau perang confirm kalah. ahahha
wak pon kepingin mahu nonton kapal selem laa… eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn……….
jom wak kita p same same
wahh.. xprnah tgk kapal selam dpan mata kat atas darat.. huhu
Menarik sungguh, sementara cuti sekolah ni boleh la saya dan famili singgah ke sana nanti. Cuma nak menghala ke Klebang ni tak tau sangat, biasanya saya ke Air Keroh dan Merlimau sahaja.
guna GPS atau pon kompas rakyat. hehehe
minggu ni nak skodeng jugakla… alang2 balik dari kursus lari kejap ke melaka.. huhu…
insyaalla teman juga akan kesana nanti…apabila proses baik pulih selesai…harap dapat masuk sekali kedalam…anyway…good job bro for this post
Minggu lepas kawan singgah masuk bandar melaka, lua pulak nak skodeng kapal selam nie…tp tarikan terrbaru nie mmg terbaik..bila agaknya blh masuk dkt kapal selam nie bro?? Kesian asyik skodeng saja…
Ada yang bagi tahu saya boleh melihat secara dekat cuma ketika saya sampai sudah melepasi waktu lawatan.
Melaka bandar bersejarah… lepas ni keta kawe pun kasi lepak kat Muzium sana.. he he…
Tapi bagus dan beruntung budak tu semua dapat tgk kapal selam LIVE. Kawe yg dah dah magrib ni sampai skrg tak pernah dapat tgk lagi dgn mata sendiri. 😀
Ni jadi Isu hangat di Kampung aku…
Ramai yang disogokan dengan maklumat yang salah dan mengatakan yang ini adalah scorpane dan macam macam sumpah seranah telah dilontarkan…. 😀
Macam mana boleh tersilap info?
satu hari nak jejak kat sana juga la,mesti seronok mengintai kapal selam tu nanti
kalau baca pengalaman mereka yang pernah menjadi anak kapal tu lagi best….
Ps : aku lupa kat mana aku baca hari tu 😀
Teringin ini melihat didalam kapal selam apabila dibuka untuk kunjungan orang awam nanti.
Insyaallah kalau ada rezeki aku dan kelaurga akan menjejak kaki juga disana nanti….
mcm tak best plak… kena skodeng dulu kapal tu..
best betul dapat tengok kapal selam depan2 mcm tu..memang smart la kapal selam tu kan..nanti pegi melaka nak usha gak kapal selam tu…
oh..tengok dari jauh jer ke? xleh pegi dekat ker? Tak tau la bila boleh sampai situ
saya benda benda mcm ni memang suka sangat, tapi kat sini xder kapal selam, bila ada masa nanti bolehlah ker sana
ramai juga ye yang nak skodeng kapal selam tu..hehe
tak pernah tengok live….besar n cantik btol la…untung r bro hehe…
Wah ada can nak pi SKODENG jugak. Awal bulan nie memamng nak ke Melaka pun…
ni kapal selam yang nak dijadikan muzium tu kan?memang salah satu daya tarikan untuk pantai klebang ni..
Boleh dikatakan dataran ini menerima tidak henti-henti dari pengunjung.
ic..patut tajuknya skodeng..
heheee… agaknya pagar hoarding tu purposely mcm tu utk kasik org skodeng ek??
lama dah x ke pantai klebang sejak2 ditambak ni.. x der view laut dah..huhuhu
Mungkin dipasang pagar bagi tujuan keselamatan kerana kalau sudah ramai yang mendekati tentu dibimbangi keselamatan pengunjung.
ehhhh..ada orang jual aiskrimlahhh..
Boleh meraih rezeki dengan menjual ais krim kepada pengunjung.
salam..
ha ha..gitu gayanya ye..?
nak kena skodeng baru boleh
tengok..
agak-agak yang kita
punya ni tak pakai
nuclear kan..?
Terpaksa skodeng celah pagar. Kapal selam ini tidak mengunakan tenaga nuklear. Samada diesel.
nampak gaya lambat lagi nak dibuka untuk orang ramai ni
suka gambar tiga budak yang skodeng tu 🙂
kalau dapat masuk dalam kapal selam tu best gak ..
Buat masa ini belum lagi orang awam dibenarkan memasukinya kecuali Ketua Menteri dan Bomba dapat memasukinya ketika mula-mula sampai.
harap di buka untuk tatapan rakyat ..kalau buka sy sanggup kemelakan
hahahahah!
Wah ramai juga yg skodeng.. Hehe.. Besar betul kapal selam tu.
Melihat didalam suratkhabar nampak kecil tapi melihat dari dekat tidak sangka besar bagak.
Wow, aku takde kat kampung, kalau tak boleh aku singgah Klebang, tak jauh rumah aku ke Pantai Klebang.
Biasalah tuh bro. Kalau dekat tidak pergi 🙂
Bagus juga kalau dijadikan muzium boleh orang ramai masuk kedalam tengok2.
Untuk pengetahuan bro Benjy kapal selam ini tidak lagi digunakan oleh tentera Perancis dan telah digunakan semula oleh anak kapal TLDM sebagai latihan sebelum anak-anak kapal membiasakan diri sebelum mengunakan kapal selam Scorpene.
terbaik..!
Terima kasih. Kalau tidak ada pagar mahu melihat secara dekat lagi.
HEHE.. TAK DAPAT MASUK KENA SKODENG LE GAMAKNYA.. EH, KENAPA PLAK TUTUP? DATANG PUKUL BERAPA?
Tak tutup cuma sekeliling kapal selam Agosta 70 telah dipasang pagar.
BRO.. MEMANG IA DIPASANG PAGAR SEBELUM KAPAL SELAM TU ADA LAGI.. KAU PUNYA ENTRI NI MEMBUATKAN AKU PERGI TENGOK KAPAL SELAM TU SEKALI LAGI (NANTIKAN DI ENTRI AKU). AKU NAK PASTIKAN KAPAL SELAM ITU TIDAK DITUTUP. BUAT MASA INI MEMANG DIBUKA UNTUK TONTONAN ORANG RAMAI. DIBUKA DARI PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.
memang ade plan nak dijadikan pameran ke bro?
Yup…kapal selam latihan ni akan dijadikan pameran tuk org ramai…:)
cantik jugak kapal selamnya.