Samsung Galaxy Tab S2 teman memudahkan urusan seharian.
Baru-baru ini Samsung Malaysia telah memberikan Samsung Galaxy Tab S2 kepada saya untuk direviu dan gunakan selama 4 minggu. Ia adalah tempoh yang lama untuk mengenal keupayaan Samsung Galaxy Tab S2 baharu ini.
Kalau sebelum ini saya sudah pun memiliki Samsung P6800 Galaxy Tab 7.7 keluaran tahun 2011. Suka untuk saya membuat perbandingan diantara kedua-duanya dan bagi saya sudah lama dengan Samsung P6800 Galaxy Tab 7.7. Salah satu sebab saya minat dengan Samsung P6800 Galaxy Tab 7.7 adalah skrin Super AMOLED.
Berikut adalah perbandingan dari segi fizikal diantara Samsung P6800 Galaxy Tab 7.7 dan Samsung Galaxy Tab S2.
-
Skrin Super AMOLED yang superb
Sebelah kiri saya adalah Samsung Galaxy Tab S2 skrin bersaiz 8″ dan Samsung P6800 Galaxy Tab 7.7 pula skrin bersaiz 7″. Samsung Galaxy Tab S2 didatangkan dengan 2 saiz iaitu 8″ dan 9.7″. Skrin Super AMOLED pada Samsung Galaxy Tab S2 superb lebih terang dan tajam. Tidak perlu dipersoalkan lagi.
Saya agak terkejut walaupun set pada separuh kecerahan masih lagi terang berbanding Galaxy Tab milik saya. Mod untuk Reading Mode sesuai untuk mengurangkan silau dan mata letih semasa membaca ebook dengan mengurangkan kecerahan cahaya skrin ketika mengunaka mod ini.
2. Ringan
Samsung Galaxy Tab S2 lebih ringan kerana beratnya hanya 272 g (LTE). Kelebihannya tidak lenguh kalau guna Samsung Galaxy Tab S2 untuk jangka masa panjang ketika bermain game, membaca danmenonton video di tab. Jadi tidak masalah memegang tab ini dengan sebelah tangan pun boleh.
3. Nipis
Ketebalan Samsung Galaxy Tab S2 ini adalah 5.6mm. Pada mula pegang agak bimbang bengkok tetapi jangka meleset sebab kerangkanya diperbuat daripada keluli yang berkualiti. Saya tidak dapat bayangkan berapa nipisnya bateri Li-Ion 4000 mAh.
4. Mudah disimpan
Memandangkan Samsung Galaxy Tab S2 ini saya bawa ke tempat kerja. Mudah untuk disimpan didalam beg pinggang kalau wanita pula boleh simpan didalam beg tangan. Ia hampir tidak terasa berat.
5. Pengesahan biometrik
Ciri keselamatan untuk akses Samsung Galaxy Tab S2 ditambah dengan fungsi pengesahan biometrik. Jadi tidak semudah untuk akses kalau tidak ada id pengesahan cap jari yang tersimpan didalam tablet ini.
6. Virtual shot
Mod kamera virtual shot ini ada pada Galaxy S6 Edge dan Galaxy S6 juga ada pada Samsung Galaxy Tab S2. Kamera mempunyai mod fungsi virtual shot boleh merakam dan melihat gambar keliling 360 darjah. Bagi saya sangat berguna sebagai contoh untuk wanita melihat kesesuaian tudung yang dipakai. Virtual shot ini juga boleh diambil ketika berselfie.
7. Melambai untuk berselfie.
Saya rasa ini fungsi paling best bagi mereka yang suka berselfie. Selalunya akan terganggu hendak berselfie dan pada sama perlu sentuh skrin akan menyebabkan gambar yang diambil bergoyang. Selfie menjadi lebih mudah dengan Samsung Galaxy Tab S2 ini kerana perlu lambai tangan dan ada timer sebelum gambar diambil. Tidak ada lagi gambar selfie kabur dan bergegar.
Tablet Galaxy Tab S2 ini bukan sekadar untuk hiburan semata-mata dan melayari media sosial. Saya telah mengunakan Samsung Galaxy Tab S2 untuk membantu saya didalam menyelesaikan tugasan di tempat kerja.
-
Skrin pembesar.
Kalau sebelum ini saya memerlukan alat pembesar elektronik untuk membesar supaya nampak nombor komponen elektronik. Kamera belakang 8 Megapiksel pada Samsung Galaxy Tab S2 ini ternyata tidak mengecewakan kerana kualti gambar yang jelas dan tajam. Apabila diperbesarkan tidak pecah dan menampakkan nombor komponen elektronik yang ingin dibaca. Bukan setakat itu sahaja sebab aperture kamera belakang adalah F1.9 boleh mengambil gambar ketika cahaya kurang.
2. Kebolehan guna 2 aplikasi serentak dan pindah gambar.
Fungsi split screen antara saya paling suka sebab mudah untuk membuka 2 aplikasi serentak. Nak pindah gambar ke mesej pun mudah dengan perlu heret gambar tersebut ke dalam mesej. Kadang-kadang saya perlu rujuk dan salin tetapi dengan fungsi split screen ini memudahkan kerja-kerja tersebut.
3. Aplikasi Microsoft Office
Aplikasi Microsoft office trial boleh digunakan untuk membuat kerja perkeranian seperti Word, Excel dan Power Point. Saya difahamkan ada aksesori tambahan iaitu Book Cover Keyboard adalah aksesori tambahan boleh dibeli secara berasingan. Ia mempunyai papan kekunci dan pad sentuh. Dah macam laptop apabila boleh menaip dokumen. Nak menulis blog pun mudah apabila guna Book Cover Keyboard.
Saya mengunakan Samsung Tablet S2 untuk urusan internet bangking untuk membayar bil utiliti, pemindahan dan sebagainya. Pergunaan laptop pun semakin kurang sebab tablet ini juga boleh menguruskan bila-bila masa dan dimana-mana diperlukan.
Hiburan untuk seisi keluarga.
Aplikasi Iflix untuk menonton video dan drama hanya dengan mengunakan tablet sahaja. Sambil-sambil bersandar diatas sofa diruan tamu boleh menonton filem kegemaran di Ifilix yang boleh dilanggan.
Dengar lagu percuma dengan Samsung Milk.
Ini memang saya tidak sangka ada aplikasi Samsung Milk boleh mendengar lagu secara percuma. Ada beberapa lagu popular tempatan boleh dimainkan dengan mengunakan aplikasi Milk dengan butang navigasi dail yang mudah untuk memilih lagu, play, pause dan stop lagu yang dimainkan.
Kekurangan pada tablet ini.
- Kamera hadapan 2.1 Megapiksel
- Tiada flash
Ringkasan spesifikasi
- Display
9.7” 2048×1536 (QXGA) sAMOLED
8.0” 2048×1536 (QXGA) sAMOLED
- AP
Exynos 5433 (1.9GHz Quad + 1.3GHz Quad)
-
Memory
3GB + 32/64GB
MicroSD up to 128GB -
Camera
8MP AF + 2.1MP FF
- Wireless
Connectivity
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac MIMO
(2.4GHz/5GHz)
Wi-Fi Direct, BT 4.1 BLE
- Dimension
WIRELESS ONLY
9.7” 169.0 x 237.3 x 5.6 mm
(389 g)
8.0” 134.8 x 198.6 x 5.6 mm
(265 g)
LTE-ENABLED
9.7” 169.0 x 237.3 x 5.6 mm
(392 g)
8.0” 134.8 x 198.6 x 5.6 mm
(272 g)
WIRELESS ONLY
9.7” 169.0 x 237.3 x 5.6 mm
(389 g)
8.0” 134.8 x 198.6 x 5.6 mm
(265 g)
LTE-ENABLED
9.7” 169.0 x 237.3 x 5.6 mm
(392 g)
8.0” 134.8 x 198.6 x 5.6 mm
(272 g)
- Battery9.7” 5,870mAh
8.0” 4,000mAh - OSAndroid Lollipop
- VideoRecording : QHD (2560 x 1440) @ 30fps
Playback : UHD (3840 x 2160) @ 30fps
Harga runcit
- Samsung Galaxy Tab S2 8″: RM1, 699
- Samsung Galaxy Tab S2 9.7″: RM1,999
Kesimpulan: dengan ciri-ciri yang ada pada Samsung Galaxy Tab S2 ini sesuai untuk dijadikan teman membantu melaksanakan tugasan harian pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Sukar untuk tinggalkan tablet ini kalau ke mana-mana.
Nanti rindulah padanya apabila tidak lama lagi tempoh percubaan ini berakhir.
Minta jasa baik rakan-rakan tolong LIKE reviu saya ini dn kongsi kepada yang lain-lain.
masih ada yang lama 7.0 itu baru ni hang angin sungguh hee..tpiu dah pi repair rasa lega,,sayang nak jual sebab hadiah cabutan bertuah makan malan opis suami kira-kira lima empat tahun yang lepas kalau tak silap…
boleh tahan jugak harganya ya
Menarik juga review Samsung Tab S2 ni. Mahu aje tukar Apple iPAd ni
Bestnya baca review ni, rasa macam nak memiliki tab ni. Fungsinya menarik dan harga pun berpatutan. Boleh dipertimbangkan ni.
Kalau nak semua didalam satu saya cadang tab ini.
Memang puas hati kalau ada satu…. Boleh tengoh flashcard 4D lepas ni…Anak-anak mesti suka.
harga dia lebih murah dari note 2 gua nih..lagi besaq plak skrin dia.
Skrin 8 inci sudah memadai. Ada microsoft office mudah hendak buat kerja.
rasa nak beli tab pula kalo main game mesti puas main.
Grafik memang terbaik dan prosesor Octa core. Puas hati main game. 🙂
seronok baca review ni jelas dan lengkap dgn gambar…cik tom jadi tertarik pulak banyak kelebihan Tab S2 yg boleh tutup 2 kekurangan yg ada..lagipun cik tom bukan jenis suka selfie..harga pun berpatutan…
Wajib cuba virtual shot sebab boleh ambil gambar pusingan 360 darjah.