• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Live streaming Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6

Live streaming Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6

2nd March 2015 by akubiomed 39 Comments

Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6 serba baharu dan tercanggih

Pagi tadi saya dan rakan blogger telah menghadiri pelancaran pengenalan Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6. Samsung Malaysia telah menjemput media dan blogger untuk menghadiri majlis tertutup Samsung GALAXY Unpacked 2015 Live Streaming Party untuk menonton litas langsung dari Barcelona, Sepanyol jam 1.30pagi waktu Malaysia.

Melvin Aeria emcee Samsung GALAXY Unpacked 2015 Live Streaming Party

Luke Au, the Head of Product Marketing of Samsung Malaysia’s Mobile

Samsung Electronics telah memperkenalkan 2 model Samsung GALAXY yang baharu. Samsung GALAXY S6 edge mempunyai ciri skrin melengkung di sisi dan GALAXY S6 dengan teknologi telefon pintar yang terkini yang mengambil kira maklum balas pengguna menjadikan Samsung GALAXY baharu ini lebih mesra pengguna dan serba canggih.

JK Shin, President & CEO Samsung Electronic memperkenal Samsung GALAXY S6 edge and GALAXY S6

Samsung GALAXY S6 edge dengan reka bentuk skrin melengkung disisi. Mengunakan skrin Corning Gorilla Glass 4.

Samsung GALAXY S6 edge didalam genggaman tangan. Pengalaman pertama kali pegang GALAXY S6 edge yang mempunyai reka bentuk dan kontur yang seksi. Sisi melengkung bukan sahaja memberi kesan estetik ia juga berfungsi. Selesa GALAXY S6 edge ini apabila berada didalam genggaman dengan kemasan berkilat yang premium.

Emas putih juga ambil peluang untuk merasai pengalaman GALAXY S6 edge.

Samsung GALAXY S6

Ringkasan spesifikasi Samsung GALAXY S6 edge and GALAXY S6

  • SkrinCorning Gorilla Glass 4
  • Imej Vivid dengan lensa F1.9 untuk mengambil gambar didalam cahaya rendah
  • Akses kamera mode 0.7 saat
  • Kamera resolusi tinggi 5MP hadapan dan belakang 16MP
  • Mengecas tanpa wayar dan caj sepantas 1.5 kali lebih laju GALAXY S5. 10 minit caj boleh bertahan untuk 4 jam.
  • Mengunakan 14nm FINFET mobile processor 64bit
  • LPDDR4 memory sistem
  • Skrin Quad HD Super AMOLED
  • Samsung Pay. Kemudahan transaksi pembelian diatas talian

GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge dipasarkan secara global pada 10 April 2015(Malaysia pertengahan bulan April) hadir storan 32/64/128GB. Pilihan warna White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum, Blue Topaz(GALAXY S6) dan Green Emerald(GALAXY S6 edge)

 Samsung GALAXY S6 keynote

https://www.youtube.com/watch?v=9_m-U-WXIHA

Sila tekan butang kongsi:

  • 7 ciri cool pada GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge kesukaan saya
  • Gajet Samsung Gear VR Innovator edition sudah dilancarkan di Malaysia
  • Samsung Galaxy Tab S2 baharu teman yang luar biasa

Filed Under: advertorial Tagged With: galaxy s6, galaxy s6 edge, samsung galaxy s6 edge

Reader Interactions

Comments

  1. johnweak says

    17th March 2015 at 2:40 pm

    s6 edge ni boleh tahan nampak elegan.. mcm note edge.. sy rasa camera s6 ni mesti lg gempak.. suka la org suka selfie.. sbb camera fon yg dh ada skrg pon mcm dah terbaik utk selfie.. mcm2 brand ada iklan pasal camera skrg..

    Reply
  2. sell fish says

    16th March 2015 at 6:35 pm

    power doh kalau baca review pasal camera s6 ni.. mmg trcabar ah manufacture lain pasni.. skrg smua smartfone pon blumba buat camera power.. lagi la zmn selfie skrg ni.. smua pikir psl camera dulu.. mcm x sabar je nk tgk mcm mana peginya camera s6 ngan s6 edge neh..

    Reply
    • lesliemui says

      18th March 2015 at 12:56 pm

      saya dah baca review s6 dan s6 edge kat forum dan blog
      camera depan tu 5megapixel dan lagi ade fungsi real time HDR
      saya ingat s6 tu memang lebih baik daripada s5 lagi nipis dan nampak lebih sleek

      Reply
  3. Adam says

    10th March 2015 at 8:37 am

    Macam ipong aje. Keh keh. Samsung dah mula cari jalan nak jual produk sebab banyak jenama lain boleh jual lagi murah, fungsi pun hebat.

    Reply
  4. Ummi Hanie says

    8th March 2015 at 5:07 pm

    bertuahlah dapat merasa pegang dan test handphone baru yang canggih

    Reply
  5. siti hazreen says

    5th March 2015 at 10:07 pm

    haishhh, mampu tengok je…duit dah kering huhu

    Reply
  6. nikkhazami says

    5th March 2015 at 6:36 pm

    Cantik juga yg edge tu. Tapi s6 nampak sama je dengan model sebelum ni.

    Reply
  7. suri says

    4th March 2015 at 8:39 pm

    sungguh meriah semasa pelancaran ini berjalan ya

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 9:52 pm

      Yang hadir teruja hendak tahu spesfikasi dan ciri-ciri GALAXY baharu.

      Reply
  8. NFH says

    4th March 2015 at 6:59 pm

    Nampak menarik S6 ni. Tapi Note3 saya masih mantap lagi.. Storage pun besar masih banyak space.

    Memang berbaloi produk Samsung ni.

    So far tak de masalah pun dengan Touch Wiz macam yang selalu orang cakap.

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 9:52 pm

      Produk yang berkualiti tentulah berpuas hati mengunakannya.

      Reply
  9. Norasikin says

    4th March 2015 at 11:05 am

    Tak perasan la bahagian mana yg melengkung tu? kena tunggu 10/4 la baru dapat tengok sendiri

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 9:54 pm

      GALAXY Note edge juga mempunyai skrin melengkung. Sudah dipasarkan terlebih dahulu.

      Reply
  10. Sembang Sukan says

    4th March 2015 at 1:36 am

    Perghh..!! Dah galaxy S6 dah rupanya…aku still guna S3.. belum mampu nak upgrade..guna selagi boleh guna..heheh

    Reply
  11. Azeni Ahmad says

    4th March 2015 at 12:57 am

    Wahhh.
    Cepatnye teknologi Samsung nie tau.
    Tak sempat nak catch up la.
    Nak bersaing kan kena selalu kuar design baru.

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 9:55 pm

      Permintaan dan keperluan untuk pengguna mahukan yang laju dan tercanggih.

      Reply
  12. zik says

    3rd March 2015 at 11:08 pm

    wahh untunglah..yang nampak syok tuh cas tanpa wayar …

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 9:55 pm

      Tak perlu risau nak gulung wayar lagi. 🙂

      Reply
  13. blogger lelaki says

    3rd March 2015 at 9:54 pm

    dah keluar galaxy s6 dah..cepat betul masa berlalu

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 9:56 pm

      GALAXY baharu ini tercanggih meninggalkan pesaing lain.

      Reply
  14. suri says

    3rd March 2015 at 5:37 pm

    bukan mudah dapat undangan macam ni kalau tak pergi sungguh rugi.

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 9:56 pm

      Sangat bertuah menjadi orang yang pertama dapat melihat dan merasai pengalam GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge yang baharu.

      Reply
  15. suri says

    3rd March 2015 at 5:35 pm

    apa perasaan ab bila dapat menyentuh samsung ini secara live?

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 9:57 pm

      Macam tidak percaya dengan teknologi yang terbina. Sangat hebat.

      Reply
  16. Dulu Lain Sekarang Lain says

    3rd March 2015 at 4:00 pm

    Uhh.. bestnya kalau dapat pergi. Untungnya jadi orang KL 😀

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 9:57 pm

      Ya, beruntung. 🙂

      Reply
      • Dulu Lain Sekarang Lain says

        9th March 2015 at 11:06 am

        Dapat free satu ker bro? 😀
        Dalam gambo tu seronok berposing jer dgn phone..

        Reply
  17. Inspirasi Huda says

    3rd March 2015 at 3:21 pm

    Kalau dapat GALAXY S6 edge atau GALAXY S6 ni, rasanya 2-3 hari juga duk perhati fungsi-fungsi terkini dalam hp tu.

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 10:20 pm

      Samsung sudah permudahkan untuk pengguna menyesuaikan GALAXY baharu setelah mendapat maklum balas pengguna semasa pembangunan GALAXY.

      Reply
  18. Hairul Hissam says

    3rd March 2015 at 3:21 pm

    mmg cun dan elegant laa reka bentuknya.. teringin juga nak satu…

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 10:20 pm

      GALAXY S6 yang mempunyai skrin melengkung sangat cool.

      Reply
  19. wahida says

    3rd March 2015 at 3:12 pm

    saya pun masih kekal dengan note 2..hahaha…
    tak mampuuuu…

    Reply
  20. Helmi Aliarit says

    3rd March 2015 at 2:08 pm

    Semua blogger dapat satu ke? Untungnya. 🙂

    Saya sarankan tuan guna plugin ni http://www.24liveblog.com untuk live event.

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2015 at 10:23 pm

      Kami dapat cuba sebelum GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge ini mula berada dipasaran.

      Terima kasih mencadangkan plugin 24liveblog.

      Reply
  21. islam di dadaku says

    3rd March 2015 at 11:04 am

    di Indonesia di bandrol 10 juta atau 3ribu RM mahal sangat

    Reply
  22. titan says

    3rd March 2015 at 3:22 am

    fuhh..

    gua pakai note 2 ajelah.

    itu je yang mampu.

    Reply
  23. Azhar says

    3rd March 2015 at 12:43 am

    Tudia keluar lagi model baru samsung ni..Aduuh x sempat nk buruk phone ak dah nak kena tukar baru..hehe

    Reply
  24. Sani Yunus says

    3rd March 2015 at 12:38 am

    April 10 baru keluar ya Akubiomed…:-) Peminat tegar Samsung dah tak sabar menunggu kehadiran S6 ni…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2015 at 12:43 am

      Malaysia lambat sedikit dalam pertengahan bulan April.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in