Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6 serba baharu dan tercanggih
Pagi tadi saya dan rakan blogger telah menghadiri pelancaran pengenalan Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6. Samsung Malaysia telah menjemput media dan blogger untuk menghadiri majlis tertutup Samsung GALAXY Unpacked 2015 Live Streaming Party untuk menonton litas langsung dari Barcelona, Sepanyol jam 1.30pagi waktu Malaysia.
Melvin Aeria emcee Samsung GALAXY Unpacked 2015 Live Streaming Party
Luke Au, the Head of Product Marketing of Samsung Malaysia’s Mobile
Samsung Electronics telah memperkenalkan 2 model Samsung GALAXY yang baharu. Samsung GALAXY S6 edge mempunyai ciri skrin melengkung di sisi dan GALAXY S6 dengan teknologi telefon pintar yang terkini yang mengambil kira maklum balas pengguna menjadikan Samsung GALAXY baharu ini lebih mesra pengguna dan serba canggih.
JK Shin, President & CEO Samsung Electronic memperkenal Samsung GALAXY S6 edge and GALAXY S6
Samsung GALAXY S6 edge dengan reka bentuk skrin melengkung disisi. Mengunakan skrin Corning Gorilla Glass 4.
Samsung GALAXY S6 edge didalam genggaman tangan. Pengalaman pertama kali pegang GALAXY S6 edge yang mempunyai reka bentuk dan kontur yang seksi. Sisi melengkung bukan sahaja memberi kesan estetik ia juga berfungsi. Selesa GALAXY S6 edge ini apabila berada didalam genggaman dengan kemasan berkilat yang premium.
Emas putih juga ambil peluang untuk merasai pengalaman GALAXY S6 edge.
Samsung GALAXY S6
Ringkasan spesifikasi Samsung GALAXY S6 edge and GALAXY S6
- SkrinCorning Gorilla Glass 4
- Imej Vivid dengan lensa F1.9 untuk mengambil gambar didalam cahaya rendah
- Akses kamera mode 0.7 saat
- Kamera resolusi tinggi 5MP hadapan dan belakang 16MP
- Mengecas tanpa wayar dan caj sepantas 1.5 kali lebih laju GALAXY S5. 10 minit caj boleh bertahan untuk 4 jam.
- Mengunakan 14nm FINFET mobile processor 64bit
- LPDDR4 memory sistem
- Skrin Quad HD Super AMOLED
- Samsung Pay. Kemudahan transaksi pembelian diatas talian
GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge dipasarkan secara global pada 10 April 2015(Malaysia pertengahan bulan April) hadir storan 32/64/128GB. Pilihan warna White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum, Blue Topaz(GALAXY S6) dan Green Emerald(GALAXY S6 edge)
Samsung GALAXY S6 keynote
https://www.youtube.com/watch?v=9_m-U-WXIHA
s6 edge ni boleh tahan nampak elegan.. mcm note edge.. sy rasa camera s6 ni mesti lg gempak.. suka la org suka selfie.. sbb camera fon yg dh ada skrg pon mcm dah terbaik utk selfie.. mcm2 brand ada iklan pasal camera skrg..
power doh kalau baca review pasal camera s6 ni.. mmg trcabar ah manufacture lain pasni.. skrg smua smartfone pon blumba buat camera power.. lagi la zmn selfie skrg ni.. smua pikir psl camera dulu.. mcm x sabar je nk tgk mcm mana peginya camera s6 ngan s6 edge neh..
saya dah baca review s6 dan s6 edge kat forum dan blog
camera depan tu 5megapixel dan lagi ade fungsi real time HDR
saya ingat s6 tu memang lebih baik daripada s5 lagi nipis dan nampak lebih sleek
Macam ipong aje. Keh keh. Samsung dah mula cari jalan nak jual produk sebab banyak jenama lain boleh jual lagi murah, fungsi pun hebat.
bertuahlah dapat merasa pegang dan test handphone baru yang canggih
haishhh, mampu tengok je…duit dah kering huhu
Cantik juga yg edge tu. Tapi s6 nampak sama je dengan model sebelum ni.
sungguh meriah semasa pelancaran ini berjalan ya
Yang hadir teruja hendak tahu spesfikasi dan ciri-ciri GALAXY baharu.
Nampak menarik S6 ni. Tapi Note3 saya masih mantap lagi.. Storage pun besar masih banyak space.
Memang berbaloi produk Samsung ni.
So far tak de masalah pun dengan Touch Wiz macam yang selalu orang cakap.
Produk yang berkualiti tentulah berpuas hati mengunakannya.
Tak perasan la bahagian mana yg melengkung tu? kena tunggu 10/4 la baru dapat tengok sendiri
GALAXY Note edge juga mempunyai skrin melengkung. Sudah dipasarkan terlebih dahulu.
Perghh..!! Dah galaxy S6 dah rupanya…aku still guna S3.. belum mampu nak upgrade..guna selagi boleh guna..heheh
Wahhh.
Cepatnye teknologi Samsung nie tau.
Tak sempat nak catch up la.
Nak bersaing kan kena selalu kuar design baru.
Permintaan dan keperluan untuk pengguna mahukan yang laju dan tercanggih.
wahh untunglah..yang nampak syok tuh cas tanpa wayar …
Tak perlu risau nak gulung wayar lagi. 🙂
dah keluar galaxy s6 dah..cepat betul masa berlalu
GALAXY baharu ini tercanggih meninggalkan pesaing lain.
bukan mudah dapat undangan macam ni kalau tak pergi sungguh rugi.
Sangat bertuah menjadi orang yang pertama dapat melihat dan merasai pengalam GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge yang baharu.
apa perasaan ab bila dapat menyentuh samsung ini secara live?
Macam tidak percaya dengan teknologi yang terbina. Sangat hebat.
Uhh.. bestnya kalau dapat pergi. Untungnya jadi orang KL 😀
Ya, beruntung. 🙂
Dapat free satu ker bro? 😀
Dalam gambo tu seronok berposing jer dgn phone..
Kalau dapat GALAXY S6 edge atau GALAXY S6 ni, rasanya 2-3 hari juga duk perhati fungsi-fungsi terkini dalam hp tu.
Samsung sudah permudahkan untuk pengguna menyesuaikan GALAXY baharu setelah mendapat maklum balas pengguna semasa pembangunan GALAXY.
mmg cun dan elegant laa reka bentuknya.. teringin juga nak satu…
GALAXY S6 yang mempunyai skrin melengkung sangat cool.
saya pun masih kekal dengan note 2..hahaha…
tak mampuuuu…
Semua blogger dapat satu ke? Untungnya. 🙂
Saya sarankan tuan guna plugin ni http://www.24liveblog.com untuk live event.
Kami dapat cuba sebelum GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge ini mula berada dipasaran.
Terima kasih mencadangkan plugin 24liveblog.
di Indonesia di bandrol 10 juta atau 3ribu RM mahal sangat
fuhh..
gua pakai note 2 ajelah.
itu je yang mampu.
Tudia keluar lagi model baru samsung ni..Aduuh x sempat nk buruk phone ak dah nak kena tukar baru..hehe
April 10 baru keluar ya Akubiomed…:-) Peminat tegar Samsung dah tak sabar menunggu kehadiran S6 ni…
Malaysia lambat sedikit dalam pertengahan bulan April.