Raspberry Pi XBMC penyeri multimedia diruang tamu
Mungkin ada yang sudah pun mendengar Raspberry Pi dan mungkin tertanya-tanya apakah Raspberry Pi ini? Saya mengetahui mengenai komputer comel ini melalui kak Jie.
Raspberry Pi kesedapannya sesedap namanya.
Raspberry Pi ini sebesar saiz kad kredit ia sebenar adalah sebuah komputer yang boleh dikatakan gempak kerana ciri-ciri yang ada padanya kedengaran seperti cerita dongeng dan sukar hendak dipercayai dengan kemampuan adanya padanya.
- Prosesor ARM 700Mhz
- RAM 512MB
- GPU terbina dalam Broadcom VideoCore IV
- Audio output 3.5mm
- Video output HDMI
- 10/100 [Fast Ethernet]
- 2 USB Port 2.0
Kenapa saya tergila-gila adalah ciri diatas selain saya tidak perlu berbelanja besar kerana Raspberry Pi Model B ini boleh dibeli dibawah RM200. Ada 2 jenis model Raspberry Pi ini iaitu model A and B. Yang membezakan 2 model ini adalah Raspberry Pi model B mempunyai Ethernet port RJ45, 512MB RAM dan 2 USB port. Raspberry Pi ini mengunakan power adaptor micro USB 5V 1A jadi penggunaan tenaga adalah sangat rendah. Memadai dipasangkan keyboard dan mouse manakala untuk paparan saya boleh mengunakan TV LCD melalui penyambungan HDMI. Raspberry Pi ini mengunakan OS Raspbian dimana sistem operasi ini dihasilkan dari Debian sumber terbuka. Jangan bimbang kalau bunyinya terlalu teknikal kerana bagi yang mereka biasa dengan OS sumber terbuka bukan masalah besar. Fungsi sama seperti klon IBM dengan mengunakan aplikasi dari sumber terbuka.
Tahu tak ARM prosesor yang digunakan didalam Raspberry Pi adalah sama terdapat digajet seperti Smartphones dan Tablet.
Raspberry Pi XBMC @ X Box Media Center
XBMC adalah pusat multimedia sumber terbuka dimana boleh streaming video dan audio diatas talian. Menonton filem dengan resolusi 1080p dan ada sesetengah format audio didalam DTS. Kan saya sudah cakap memang gempak apabila sudah mula buka XBMC ini pada TV LCD lagi-lagi kalau berskrin besar. Untuk pengetahuan XBMC ini boleh dipasang pada Windows, Androids dan iOS. Selain membuka XBMC mengunakan RaspBMC boleh mengunakan OpenELEC @ Open Embedded Linux Entertainment Center ia lebih ringan untuk operasi XBMC. Bahan rujukan mengenai Raspberry Pi dan XBMC ini boleh dirujuk pada LowYat.net dan mengunakan cari Google. Ramai juga pengguna Raspberry Pi dari Malaysia berkongsi pengalaman dan tips di online.
Pautan rasmi Raspberry Pi
oooo itukaaa…
baru tau ni 🙂
Kalau dapat kat saya untuk review Raspberry Pi ni lagi power godek ni.. hehehe
Terbaik punya review. Memangg puas hati pengiklan di blog bro 🙂
Terima kasih atas perkongsian. Selalu dengar pasal XBMC ni tp tak pernah try lagi.
Bagus untuk penuhi aktiviti hujung minggu dengan “hacking” Raspberry Pi 🙂
menarik ni.. banyak manfaatnyaa.. mcm nak rembat je
ingatkan bekas tupperware tu si raspberry ni..haha
Mak oiii, komputer rupanya. Bunyinya tadi mcm makanan aje. 😀 Bagus gak kecil cam ni. Senang bawa jalan. Tapi kalau tengok gambo tu, kalau bawa ke sana ke mari, mahu bukak dan pasang kembali. Agak inconvenience jika dibandingkan dengan notebook. Then again, bagus juga kalau dapat di cuba. Thanks for sharing bro.
saya terasa nak beli la bro akubiomed. RM200? ermm sangat ok, tapi nak tanya, boleh pasang internet kan? dan browser apa yang dipakai, kalau saya beli untuk saya blogging dan youtube semata mata boleh ker?
Boleh kerana ia adalah sebuah komputer cuma membezakan adalah saiz.
Menarik tul.. Nak beli jugakla…try godek2
cari dan godeklah bila sudah dapat. best dapat duit hasil berblogging boleh beli gadget
Oh open source ya..
Satu aku nak tanya.. kat XBMC kena register dulu tak.. Interface dia buat aku serabut la.. aku penah godek sebelum ni
Saya tidak pernah buat pendaftaran terus guna.
App dia byk tak? OS ni sama mcm linux ke camne? Noob sket. Hehe
Tidaklah susah kerana semua rujukan booeh rujuk di Raspberry.org dan Google.
Masih blur lagi, apa sebenarnya rasberry pi ni…
mcm2 gajet skrg ni..
sy buta gajet sikit, tak berapa paham kadang2 tu dgn spesifikasi2 gajet2
pergghhhh! ini mmg mengujakan bro!
kecik tapi power gak tu…
Kecil-kecil cili padi. 🙂
Satu soalan? Boleh browsing tak?
Boleh. Raspberry Pi ini adalah sebuah pc
menarik
kotak dia ringkas jer
pakej skali dgn tapperwere ke bro? huhuh
Bekas termasuk sekali ketika beli Raspberry Pi dari penjual tempatan.
Nampaknya kalau dapat kat saya, saya akan jadikan jus atau kek je la benda tu
Memang naya jawabnya. 🙂
Harga pun murah..pernah jugak baca di blog Kak Jie sebelum ni..
menarik.. memang kena dapatkan 1 ni
Berbaloi untuk beli. Tidak susah hendak digunakan kerana sumber rujukan pun banyak.
nampaknya ab sudah ada gadget baharu.sukalah dia itu 🙂
Semakin lama bermain dengan Raspberry Pi ini semakin seronok.
siap simpan dalam bekas ingatkan buah-buahan rupanya bukanlah heee
Semakin teruja untuk mendapatkannya setelah baca entri bro ni
bukan saja kecil ngan comel…
murah pulak tu…
gajet terbaik untuk buat streaming video di TV
Senang hendak live streaming dan menonton video.
wah! memang teruja membaca entri ini. ada rezeki nanti nak dapatkan juga Raspberry Pi 🙂
Raspberry Pi ini dicipta untuk memberikan pendedahan programming diperingkat kanak-kanak di UK. Idea disebalik tercipta Raspberry Pi ini menyediakan hardware yang murah.