Kanser payudara diantara kanser pembunuh utama wanita di Malaysia.
Pengesanan kanser payudara diperingkat awal dengan mamogram dapat mengelakkan kanser ini dari menular. Melalui Program Subsidi Mamogram untuk membuat pengesanan awal kanser payu dara disasarkan untuk wanita berumur 35 hingga 70 tahun.
Mungkin wanita diluar sana mungkin tidak sedar atau ketahui adanya Program Subsidi Mamogram yang diberikan oleh kerajaan untuk membuat ujian awal kanser payudara dan meningkatkan kesedaran wanita mengenai kesihatan payudara. Bantuan subsidi ini boleh di pohon melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN) untuk menjalani pemeriksaan mamogram di pusaat-pusat mamogram swassta yang berdaftar dengan LPPKN.
“pada tahun 2003, seramai 3,738 wanita telah dilaporkan menghidap kanser payudara. Adalah dianggarkan 1 daripada 19 wanita mempunyai risiko untuk menghidapi kanser payudara. Penyakit ini paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 40 – 59 tahun” – Daftar Kanser Kebangsaan
Syarat-Syarat permohonan Program Subsidi Mamogram:-
- Wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap berumur diantara 40-70 tahun layak untuk memohon.
- Berpendapatan isi rumah RM 5,000.00 dan ke bawah, kos ujian mamogram adalah percuma. Saringan mamogram akan dibiayai sepenuhnya oleh LPPKN.
- Bagi isi rumah yang berpendapatan RM 5,001.00 dan ke atas, perlu membayar sebahagian daripada caj yang dikenakan dan subsidi sebanyak RM 50.00 diberikan bagi setiap ujian yang dijalankan.
- Bagi wanita berumur 35 hingga 39 tahun mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payu dara sebelum berumur 40 juga layak memohon dengan rujukan doktor.
LPPKN telah menyediakan perkhidmatan e-mamogram untuk memudahkan wanita membuat permohonan subsidi secara diatas talian –> Permohonan Program Subsidi Mamogram.
“Ramai kaum wanita didapati tidak memanfaatkan kemudahan percuma dan kupon RM50 yang diberikan oleh kerajaan bagi membolehkan mereka melakukan pemeriksaan mamogram dalam mengesan kanser payudara” – Petikan Utusan bertarikh 28hb April 2014
Wanita yang tidak mempunyai simptom dan tanda pada payudara digalakkan untuk menjalani ujian mmogram melalui Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. –> Senarai Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN
Biasanya pengesanan kanser payu dara sudah mencapai tahap akhir antara puncanya kegagalan membuat pemeriksaan awal kanser payu dara. Jadi manfaatlah subsidi yang diberikan.
Akubiomed: Sebagai tanda kasih sayang kongsi artikel seramai mungkin untuk wanita diluar sana dengan membantu memberikan kesedaran pengesanan awal kanser payu dara dikalangan wanita melalui Program Subsidi Mamogram.
kena berani utk gi checkup. cuma kalau below 40 tahun tak digalakkan utk buat mammogram. elok cek secara berkala sendiri. tapi kalau ada simptom jangan tunggu terus jumpa doc
Mencegar lebih baik daripada mengubati. Kalau dah terkena kanser, lagi pening kepala. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit sebegini.
Tunggu 40 baru dapat buat, masalahnya ramai dah orang muda sekarang sebelum 40 dah macam2 penyakit..
Kalau company tempat saya bekerja, untuk pegawai kelas atasan, umur 35 dapat benefit untuk buat mamogram dan whole medical checkup..
lelaki pun kena check ..sebab lelaki tak terkecuali kena ..hmm..risau jugak
persentage lelaki sangat rendah sebenanrya
Dugaan yang paling digeruni ni..terima kasih bro kongsikan..
bagus sangat buat pemeriksaan untuk kesan awal, banyak kes dah agak terlewat. initiatif ni memang terbaiklah.
Adakalanya ramai yang tidak sedar sehinggalah terlewat. Maybe kita kena educate kan juga orang Malaysia untuk selalu buat pemeriksaan kesihatan plus ada kan fasiliti ini denga kos yang rendah (bagi golongan berpendapatan rendah) di Klinik 1Malaysia.
Pemeriksaaan awal penting. Ramai yang sambil lewa. Bila dah melarat baru mengelabah.
kami ada kawan yang mengidap penyakit bahaya ni
mujur beliau dapat kesan lebih awal
hampir semua wanita di luar sana risau
kalau dapat tahu awal2 senang.. untuk tindakan lanjut..
sebagai lelaki dan suami kena ambil tahu hal sebegini, amat penting
jom buat untuk selamatkan keadaan pada masa akan datang
Ya, semua orang perlu memainkan peranan, agar ia dapat dicegah pada peringkat awal. Mencegah lebih baik dari mengubati.
itu yang terbaik semoga dapat mengelakkannya
saya nak buat kalau boleh dalam masa terdekat ini huhu…
salah satu penyakit yang paling digeruni oleh kaum wanita.
bahaya kena cek awal -awal sis kak ipar saya ada kena benda ini uh…
cegah sebelom padah….
dgn awareness prog ni, hrp2 kaum hawa makin sedar psl free checking ni..utk masa dpn diorg gk kan..
benda free mcm ni pun kdg2 org bt tak tahu aje huhu
Ada peranan yang perlu kita mainkan untuk program Subsidi Mamogram ini dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasaran.
aduhai tak layak pula nak ambil subsidi…
pemeriksaan begini memang penting, inisiatif kerajaan untuk menggalakkan rakyat menggunakan peluang yg ada demi kesihatan mereka
Benda yang percuma, tapi selalu dilupakan dan ramai yang tak ambil kesah.
Sesuatu perlu dilakukan supaya ia dapat sampai kepada kumplan sasaran.
dia keluar dekat surat akhbar ke ab?
Info yang bagus bro..macam Titan cakap la..kena sebarkan pada gadis-gadis comel ni..
Ada peranan yang perlu dilakukan. Saya mengunakan blog sebagai medium menyampaikan mesej ini.
okeh. kena bagitau gadis-gadis comel nih..
Ya sudah semestinya pesanan masyarakat ini perlu disebarkan kepada kumpulan sasaran.
sekarang ni yang muda pun boleh kena. Yang pasti kita kena tahu bagaimana ianya terjadi dan tahu apa yang perlu kita lakukan.
#peringatan utk saya juga
Risiko tetap ada kerana gaya kehidupan dan sejarah dikalangan ahli keluarga atau saudara mara yang pernah mengidapi kanser payudara.
Halangan terbesar ialah rasa takut yang masih menebal di hati wanita. Takut kepada ‘pemeriksaan’ dan ada perasaan….’ kanser ini tidak akan terkena pada aku tapi orang lain!’
Salah satunya kebimbangan hasil pemeriksaan Mamogram bimbang ia adalah positif
oh baru perasan apa itu momogram, dengar dekat radio kurang jelas
free pun tak nak.. masih kurang kesedaran
Salah satu cara utama mencegah ialah menyusukan bayi anda..
Dah lama ni. Ada kawe tulis dulu kat blog. Memang perlu subsidi sebegini.
Bila bantuan subsidi ini mengalakkan kesedaran dikalangan wanita untuk membuat pemeriksaan Mamogram
Kena bgtau kakak ipar ni…sbb sorang drnya telah pergi akibat keganasan kanser payudara ni
Selepas pemeriksaan Mamogram bukan setakat itu sahaja. Jika disahkan ada tanda kanser payudara, pesakit akan dibantu untuk tindakan susulan.
bagus program kesedaran macam nih
Sudah lama program Subsidi Mamogram ini hasil pembentangan bajet 2007.