Pencarian pereka global pertama sempena ulang tahun ke lima LEGO Friends.
Ini ada berita baik untuk anak-anak kerana LEGO dan Toys “R” Us berkerjasama pencarian pereka global pertama untuk set permainan LEGO Friends baharu. Ada tak diantara anak-anak sahabat blog AkuBiomed yang kreatif dan suka membina dengan permainan LEGO?
Anak-anak yang berumur diantara 6 hingga 12 tahun dijemput untuk menyertai peraduan Pecarian Pereka Global Pertama LEGO Friends sempena ulang tahun ke 5 LEGO Friends. Anak-anak hanya perlu ber-imagnasi dan menzahirkan idea kreatif dengan membina model konsep tempat bersosial baharu untuk 5 sahabat Friends di Heartlake City LEGO.
Ringkasan sejarah LEGO Friends
LEGO Friends diperkenalkan pada tahun 2012 adalah produk yang direka khusunya untuk kanak-kanak perempuan. Temanya berkisarkan kepada kehidupan seharian lima personaliti sahabat karib di sebuah bandar yang dinamakan Heartlake City. Lima sahabat karib ini bernama Olivia, Mia, Andrea, Stephanie dan Emma yang mempunyai personaliti berbeza setiap seorang seperti suka kepada haiwan, seni persembahan, ciptaan dan rekaan.
Pemenang terpilih akan diterbangkan ke ibu pejabat LEGO untuk sertai proses rekaan model akhir.
Hanya satu idea akan dipilih dan dijadikan model sebenar set mainan LEGO Friends. Jika idea model konsep tersebut terpilih ia akan dijadikan model sebenar untuk set mainan LEGO Friends baharu dan di semua gedung Toy “R” Us di seluruh dunia. Bukan setakat itu sahaja sebagai pemenang utama dan tunggal peraduan akan diterbangkan ke ibu pejabat LEGO di Billund, Denmark.
Pemenang berpeluang menjadi pereka yang untuk turut sama dalam proses peringkat akhir yang akan dijual diseluruh dunia. Selain itu pemenang dapat bersama salah satu anak patung kecil dalam model terakhir.
Sebagai ibu bapa hanya perlu memberikan galakkan dan inspirasi kepada anak-anak yang menyertai pertandingan ini dengan sentuhan unik kepada bandar ikon Heartlake City. Teruja nak galak anak sertai dengan mengikut tiga langkah mudah:-
+ Muat naik empat gambar rekaan model dari empat sudut yang berlainan.
+ Beri nama tajuk kreatif
+ Keterangan ringkas untuk menjelaskan inspirasi disebalik ciptaan.
Ibu bapa boleh membantu menghantar penyertaan anak-anak di LEGO Facebook sebelum tarikh tutup 28hb Februari 2017. [+]http://www.LEGO.build/FriendsDesigner.
pehh..
macam best aje nih.
hoho
Khas untuk anak perempuan jer. 🙂
Teringat zaman zaman main Lego dulu. Gigih kumpul. Menarik pertandingan ni. ^_^
LEGO membina kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi.
Anak saya main lego guna panduan. Panduan hilang, terus tak boleh main…
Tak apa galakkan membina blok LEGO tanpa manual. Mungkin boleh cipta yang baru.
menariknya pertandingan mcm ni..yg ada anak kecil boleh la turut serta..
Sangat bertuah apabila terpilih untuk siapkan proses akhir model konsep di HQ LEGO. Konsep model tersebut akan dihasilkan oleh LEGO dan dijual seluruh rangkaian Toy ‘R’ Us di serata dunia. Betuah badan.