• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Pencarian pereka global pertama set permainan LEGO Friends baharu

Pencarian pereka global pertama set permainan LEGO Friends baharu

7th January 2017 by akubiomed 8 Comments

Pencarian pereka global pertama sempena ulang tahun ke lima LEGO Friends.

Ini ada berita baik untuk anak-anak kerana LEGO dan Toys “R” Us berkerjasama pencarian pereka global pertama untuk set permainan LEGO Friends baharu. Ada tak diantara anak-anak sahabat blog AkuBiomed yang kreatif dan suka membina dengan permainan LEGO?

Anak-anak yang berumur diantara 6 hingga 12 tahun dijemput untuk menyertai peraduan Pecarian Pereka Global Pertama LEGO Friends sempena ulang tahun ke 5 LEGO Friends. Anak-anak hanya perlu ber-imagnasi dan menzahirkan idea kreatif  dengan membina model konsep tempat bersosial baharu untuk 5 sahabat Friends di Heartlake City LEGO.

Ringkasan sejarah LEGO Friends

LEGO Friends diperkenalkan pada tahun 2012 adalah produk yang direka khusunya untuk kanak-kanak perempuan. Temanya berkisarkan kepada kehidupan seharian lima personaliti sahabat karib di sebuah bandar yang dinamakan Heartlake City. Lima sahabat karib ini bernama Olivia, Mia, Andrea, Stephanie dan Emma yang mempunyai personaliti berbeza setiap seorang seperti suka kepada haiwan, seni persembahan, ciptaan dan rekaan.

Pemenang terpilih akan diterbangkan ke ibu pejabat LEGO untuk sertai proses rekaan model akhir.

Hanya satu idea akan dipilih dan dijadikan model sebenar set mainan LEGO Friends. Jika idea model konsep tersebut terpilih ia akan dijadikan model sebenar untuk set mainan LEGO Friends baharu dan di semua gedung Toy “R” Us di seluruh dunia. Bukan setakat itu sahaja sebagai pemenang utama dan tunggal peraduan akan diterbangkan ke ibu pejabat LEGO di Billund, Denmark.

Pemenang berpeluang menjadi pereka yang untuk turut sama dalam proses peringkat akhir yang akan dijual diseluruh dunia. Selain itu pemenang dapat bersama salah satu anak patung kecil dalam model terakhir.

Sebagai ibu bapa hanya perlu memberikan galakkan dan inspirasi kepada anak-anak yang menyertai pertandingan ini dengan sentuhan unik kepada bandar ikon Heartlake City. Teruja nak galak anak sertai dengan mengikut tiga langkah mudah:-

+ Muat naik empat gambar rekaan model dari empat sudut yang berlainan.

+ Beri nama tajuk kreatif

+ Keterangan ringkas untuk menjelaskan inspirasi disebalik ciptaan.

Ibu bapa boleh membantu menghantar penyertaan anak-anak di LEGO Facebook sebelum tarikh tutup 28hb Februari 2017. [+]http://www.LEGO.build/FriendsDesigner.

 

Sila tekan butang kongsi:

  • Bapa dan anak kusyuk bina LEGO CITY ADVENTURES
  • Jom beramai-ramai ke LEGO CITY ADVENTURES di Queensbay Mall Penang
  • Jadi Ninja Warrior selepas berlatih di LEGO Ninjago Battle Dojo.

Filed Under: advertorial Tagged With: lego friend sets, lego friends builder, lego friends lego sets, lego friends toys

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    14th January 2017 at 3:51 am

    pehh..

    macam best aje nih.

    hoho

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2017 at 12:49 am

      Khas untuk anak perempuan jer. 🙂

      Reply
  2. Siti Nurhayati Dollah says

    8th January 2017 at 3:23 pm

    Teringat zaman zaman main Lego dulu. Gigih kumpul. Menarik pertandingan ni. ^_^

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2017 at 11:54 pm

      LEGO membina kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi.

      Reply
  3. Norasikin says

    8th January 2017 at 12:32 pm

    Anak saya main lego guna panduan. Panduan hilang, terus tak boleh main…

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2017 at 11:56 pm

      Tak apa galakkan membina blok LEGO tanpa manual. Mungkin boleh cipta yang baru.

      Reply
  4. cik tom says

    8th January 2017 at 12:36 am

    menariknya pertandingan mcm ni..yg ada anak kecil boleh la turut serta..

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2017 at 12:52 am

      Sangat bertuah apabila terpilih untuk siapkan proses akhir model konsep di HQ LEGO. Konsep model tersebut akan dihasilkan oleh LEGO dan dijual seluruh rangkaian Toy ‘R’ Us di serata dunia. Betuah badan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in