Mi Band 2 adalah Fitness Tracker mampu milik.
Siapa pernah dengar gajet Fitness Tracker? Salah satunya adalah Mi Band 2. Sekarang ini ada bermacam-macam gajet berteknologi dicipta untuk membantu kita didalam kehidupan seharian.
Apa kegunaan Fitness Tracker ini bagi yang pertama kali dengar?
Fitness Tracker ini adalah gajet yang dapat merekod aktviti seperti jumlah langkah, jumlah kalori, jumlah jarak dan yang lebih canggih ada GPS dan boleh bacaan nadi tetapi bergantung pada bajet yang berapa sanggup keluarkan nak macam-macam ada.
Apa yang best sangat dengan Mi Band 2 ini?
Ciri-ciri yang ada Mi Fitness Tracker ini menjadikan ia istimewa untuk dimilik;
+ Pedometer rekod jumlah langkah
+ Mengira jumlah jarak
+ Jumlah kalori
+ Masa dan tarikh
+ Penggera masa
+ Penggera apps
+ Bacaan Denyutan nadi Jantung
Antara kelebihan Mi Band 2 adalah paparan OLED atau nama penuh Organic Light Emitting Diode. Paparan OLED ini telah digunakan didalam paparan Smartphone dan TV. OLED ini mangandungi bahan organik dan bercahaya apabila elektrik dialirkan. Berbanding paparan LCD memerlukan cahaya LED background atau Cold Cathode Fluorescent (CCFL). Pengunaan OLED ini amat sesuai untuk Mi Fitness Tracker ini memandangkan pengunaan tenaga rendah. Bunyi teknikal tetapi dapat ilmu sesuatu kan.
Algorithm Pedometer Mi Fitness Tracker diperbaiki dan lebih baik Mi Band yang terdahulu.
Saya sudah pun memiliki Mi Band dan dapati Mi Band 2 ini lebih baik segi pengiraan Pedometer. Kalau model terdahulu Mi Band mudah sahaja bacaan langkah direkodkan. Asal goncang dapat bacaan tetapi penambahbaikan algorithm Mi Fitness Tracker, bacaan langkah lebih tepat kerana menapis bacaan pergerakkan yang tidak berkaitan.
Strap band Mi Band 2 boleh disesuaikan mengikut saiz lengan. Getah strap diperbuat daripada Hypoallergenic Silicone yang digunakan lebih lembut disentuh dan mesra kulit tidak menyebabkan alergik sesetengah orang yang kulit yang sensitif. Siapa yang tak suka warna hitam boleh tukar strap warna lain seperti oren, hijau dan biru.
Mi Band 2 mampu membaca denyutan nadi. Ini antara ciri yang tidak ada pada model Mi Band terdahulu. Memang seronok dapat bacaan nadi. Macam mana nak ambil bacaan denyutan nadi ini? Senang jer tekan butang Touch Capacitive sekadar sentuh lembut jer boleh pilih mode. Melalui butang ini boleh papar;
+ Masa
+ Jarak
+ Jumlah Jarak
+ Bacaan Denyutan Nadi
+ Jumlah voltan bateri
Ciri lain Mi Band 2 tidak ada masalah kalau setakat dibawa mandi dan kegunaan lasak kerana ia menepati IP67. Setakat habuk dan jatuh tergolek dog tak ada hal punya. Mana lah tahu situasi malang tidak berbau gajet ini terjatuh ke dalam lubang tandas atau longkang ia boleh bertahan selama 30 minit dengan kedalaman 1 meter. Okay dah tuh bukan kita nak dive pun. Mi Fitness Tracker boleh bertahan selama 20 hari untuk sekali caj.
Apabila dah pakai Mi Band 2 wajid perlu ada apps Mi Fit yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan iTunes. Apabila guna apps Mi Fit boleh Sync data dengan Mi Fitness Tracker melalui sambungan Bluetooth.
Fungsi apps Mi Fit;
+ rekod data Pedometer, denyutan nadi, corak kualiti tidur dalam trend harian, bulanan dan terkumpul.
+ set penggera waktu yang mana ia akan bergetar
+ set penggera untuk panggilan, mesej dan notifikasi apps
Penting sebelum memiliki Mi Band 2 untuk pastikan apps Mi Fit boleh digunakan;
+ Minimum untuk iOs 7 ke atas
+MIUI 6 ke atas
+ Androids OS 5.0 ke atas.
Klik disini nak mula pakai Mi Band 2
disebabkan entri ni rasa minat nak beli jam pintar ni.
Huh dah lama nak beli benda ni…
Boleh sambar sebab kualiti dan harga yang menarik. Ada jenama lain buatan China yang murah tetapi Xiaomi usah ragui kualitinya.
Adoi…masih berkira nak angkat lagi ni. haha
haritu sale RM 99 tak grab pun, konon nak tunggu Mi Store release
sekali kena harga mahal lagi daaa dari imported set tu.. 😀
Saya dah beli 4 Mi Band 2 termasuk untuk anak-anak sekali. 🙂
tampak keren gadget ini
apa data yang ditampilkan akurat?
Boleh dipercayai datanya kerana ada improvement algorithm dan filtering unwanted data.
Macam menarik sahaja…. Boleh cuba nie
Saya upgrade dari Mi Band versi lama kepada Mi Band 2 kerana lebih baik dan banyak ciri-ciri baru ditambah.
Bila baca review ni, rasa macam nak ambik satu la pulak!
Saya beli dan pakai jadi kongsi berdasarkan pengalaman bukan dari data atas kertas.
Wah Keren tu buat yang suka olahraga.. masih ada ga tu stocknya :):)
Ya mas, fitness tracker ini dapat membantu.
wah, bagus untuk memantau fitness badan…boleh angkat satu hehe
Bukan setakat pantau fitness kerana boleh pantau kualiti tidur.
Memang tengah plan nk beli Mi Band 2 jugak, ramai kawan-kawan review memang berbaloi beli ini
Mi Band 2 sudah ditambah berbanding model Mi Band. Harga yang ditawarkan masih murah dan tidak perlu was-was dengan kualiti kalau nak beli fitness tracker jenama cap ayam lain.
Sesuai untuk mereka yang aktif berjoggingg
Mi Band 2 ini mempunyai pelbagai data yang boleh diukur.
wah bestnye. teringin pula nak satu
Boleh monitor berapa kalori dengan aktiviti menguruskan anak seharian.
untuk yang jenis aktif dalam sukan dan bajet tidak seberapa, boleh pakai jam ni macam sy 🙂
Ya itu lebih baik tetapi kalau nak guna seharian pun boleh.
First time tengok, memang super duper cantik design mi band 2.. boleh grab satu nie
salam cik
Nampak lebih canggih dan kacak kalo kita guna Mi Band nie..:-)
Kaler hitam tu lawo
Gajet Fitness Tracker yang simple dan murah. Mampu milik semua. 🙂
smart pulak tengok mi band 2..nmpk kecik molek sesuai kat tangan cik tom..hihi..
Gajet yang simple. Nak lihat maklumat hanya mengunakan satu butang atau pusing tangan untuk tukar bacaan.
Bagus nih, sebelum ni guna phone semata. Berat jugak nak letak phone dalam poket masa jalan kaki kat track hihi
Boleh sync data melalui Bluetooth bila-bila masa. 🙂
menarik.. sesuai untuk yang memntingkan gaya hidup sihat dan rekaan yang sangat menarik..
Rekaan minimalist dan mudah dipakai. 🙂
wowo….bagus ni…
Salah satu kelebihan Mi Band 2 ini akan mengingatkan kita untuk berehat sebentar seperti rengangkan badan dan buat air kopi kalau terlalu duduk mengadap komputer.
Memang berguna ni untuk orang yang kerap berjalan kaki. Saya biasa nampak kakak saya pakai.. Bila ada gajet camni kita akan cenderung memilih untuk berjalan kaki sebab nak tengok berapa langkah 😀
Tidak semestinya berjalan kaki. Selagi kita melakukan aktiviti akan direkodkan. Boleh lihat jumlah kalori yang berjaya dibakar. 🙂
kecil comel je…tapi tu la aku ni jenis xpakai jam rasa xselesa pula bila nak bersukan pakai benda alah ni
Kalau boleh cari Pedometer sangkut dekat tali pinggang. 🙂
menarik boleh dapatkan nanti. part kira kalori lost tu memang fail kalau manually
Mi Band 2 akan kira tolong kirakan. ☺️
beli katne ni. kalau klik link tu pi mana ek? hahah malas nak klik
Saya memang perlukan gadget macam ni. Masalahnya tak muat nak pakai. Kalau saya kecik, mungkin saya tak rasa saya perlu benda ni.
Saiz strap boleh diubah mengikut keselesaan.
tak nampak gambar pulak..
Terima kasih beritahu. Saya sudah perbaiki. Ada teknikal error sikit. 🙂
Fuhh tapi gajet nih memang cantik..
sgt sesuai untuk sesiapa yang aktif sukan ni..
Sesuai untuk semua peringkat umur. Yang ingin kekal fit atau dalam proses menurunkan berat badan.