• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Melepasi fasa minggu pertama tahun 2016

Melepasi fasa minggu pertama tahun 2016

10th January 2016 by akubiomed 30 Comments

main skateboard

Pejam-pejam cilik sudah seminggu kita harungi fasa minggu pertama tahun 2016. Kepada ibubapa yang bersekolah sibuk menguruskan hari pertama persekolahan anak mereka.

Anak tahun 1 nangis

Bagi yang anak mula masuk tahun 1 mungkin ada yang bercuti panjang untuk memantau anak-anak sekali lagi menempuh fasa pertama selepas pra sekolah dengan skala yang lebih besar. Persekitaraan yang berbeza dan serba baharu. Ada yang bimbang anak tidak dapat menyesuaikan persekitaran baru bagi dan tidak hairan ada yang menangis sedu sedan untuk balik dan tidak mahu bersekolah. Seperti berjangkit pula apabila seorang menangis yang tidak kuat akan turut nangis.

Tahun 2016 ini saya tidak mengambil cuti panjang  selain sehari  kerana anak-anak lain sudah pun melangkah kelas dan ada pun yang kecil Aslah masih lagi pra sekolah untuk umur  6 tahun. Hari pertama sekolah tidak sesibuk tahun 2015 lebih kepada dengan menyelesaikan yuran sekolah anak-anak.

Melayan kerenah anak-anak bermain skateboard.

Atas permintaan anak-anak untuk bermain skateboard, saya dapatkan skateboard untuk anak-anak bermain. Sementara menunggu skateboard yang dipesan sempat menonton skateboard beginner di Youtube. Jadi ada masa terluang pada hari Jumaat petang, Sabtu dan Ahad membawa anak-anak dipandang bersimen untuk berlatih mengimbangi skateboard dan meluncur dengan skateboard.

Babahnya pun tumpang sekaki untuk merasai pengalaman pertama kali meluncur dengan skateboard. Sebelum ini ada pengalaman bermain roller blade tetapi tidaklah sampai membuat trick dan stunt sekadar untuk mengeluar peluh dengan bermain kawasan kosong tidak jauh dari rumah. Bermain skateboard dapat jugalah mengeluar peluh dan menjadikan badan terasa lebih segar.

Nasi lemak pembuka selera hari minggu.

Hari minggu kali ini kami sekeluarga tidak seperti biasa ke kedai mamak yang boleh dikatakan port bersarapan pagi. Hari minggu berpeluang dapat keluar bersama-sama untuk bersarapan secara beramai-ramai. Memang riuh maklum kami ini keluarga besar. Isteri tersayang pulang merancang untuk menyediakan Nasi Lemak untuk makan bersama-sama. Inilah peluang untuk berkumpul bersarapan pagi bersama anak-anak dirumah berbanding di kedai mamak.

Filed Under: famili Tagged With: penny board malaysia, skate board

Reader Interactions

Comments

  1. Fyda Noh says

    12th February 2016 at 9:31 am

    Awal2 tahun ni memang ramainya sibuk.. nasib anak belum sekolah & skrang tgh cuti berpantang. boleh goyang2 kaki..

    Reply
  2. Datin Tyka says

    4th February 2016 at 4:31 pm

    masyaAllah nasi lemak tu……. tergugatttt

    Reply
  3. aimannajmy says

    2nd February 2016 at 4:56 am

    Wah dah besar skit boleh main skateboard real punya.. mana tahu leh jadi Tony Hawk.. huhu training kat Shah Alam skatepark

    Reply
  4. Fatin says

    29th January 2016 at 8:28 pm

    Saya lagi best, ada 3 anak saudara masuk sekolah rendah tahun ni. Saya yang xde anak lagi pun terpakse sibuk tolong hantar anak-anak saudara ni pegi kelas karate do. Dengan kerja office lagi.. Memang rasa tahun 2016 ni tahun yang busy

    Reply
  5. Zurainny Ismail says

    29th January 2016 at 6:55 pm

    Hehehe…budak2 skrg dah x nangis lagi – kebal. Silap2 mak bapa dia yg nangis…. 😀

    Reply
  6. jambu batu says

    19th January 2016 at 3:50 pm

    agak sibuk juga pada minggu pertama 2016. hehehe..

    Reply
  7. Uncle Zuan says

    18th January 2016 at 11:02 pm

    hehe rindu pula zaman main skateboard.

    Reply
  8. cik tom says

    18th January 2016 at 6:11 pm

    teringat pulak kenangan masukd darjah 1..siap suh emak balik sebab seronok tengok ramai kawan2 baru.hehe

    Reply
  9. olaoli says

    16th January 2016 at 10:54 pm

    Ya minggu pertama ni paling sibuk..bila anak dah mula bersekolah darjah 1..kena tunggu kat sekolah pulak tu

    Reply
  10. Noriza Rahman says

    15th January 2016 at 12:01 pm

    Alhamdulillah MV pun dah berjaya hantar anak ke PASTI dengan berjasya, tiada tangisan pun malah dia bersemangat nak ke sekolah walaupun baru 5 tahun

    Reply
  11. raihanahahmad says

    14th January 2016 at 11:36 am

    semoga tahun baru ini lebih sukses tuan

    Reply
  12. mrhanafi says

    14th January 2016 at 3:08 am

    sekarang jarang dah anak yang baru masuk sekolah menangis kerana sudah terdedah dengan budaya sekolah di tv dan sebagainya

    Reply
  13. emalinmohd says

    13th January 2016 at 6:09 pm

    Minggu pertama persekolahan pun melihat aliran $$$ banyak keluar..huhu
    Memang kena menyimpan untuk persekolahan anak ni..

    Reply
    • Raihanah Ahmad says

      14th January 2016 at 11:38 am

      adoi memang betul statement ni, sbb sekolah ni banyak duit keluar. kena menabung semula nampak gayanya

      Reply
      • raihanahahmad says

        15th January 2016 at 9:48 am

        insyaAllah banyak duit keluar, banyak juga duit masuk

        Reply
  14. zik says

    12th January 2016 at 6:19 pm

    dulu masa kecik2 pun menangis… tak biasa katanya… lambat nak masuk tiun… seminggu lebih baru ok…

    Reply
  15. wahida says

    12th January 2016 at 5:12 pm

    amboiii sedapnya nasi lemak tu…ikan bilis tu nampak rangup sangat…

    Reply
  16. daddydee says

    12th January 2016 at 2:35 pm

    Anak saya yang sulung baru masuk tadika, memang sandiwara airmata lah.

    Reply
    • Raihanah Ahmad says

      15th January 2016 at 9:47 am

      itu dah semestinya, tapi sesetengah anak2 ambil masa cepat atau lambat untuk menyesuaikan diri

      Reply
  17. faris aiman says

    11th January 2016 at 6:57 pm

    Saya pun seronok tahun 2016 ni dapat jumpa kawan baru dan lain-lain….

    Reply
  18. Asep Nugraha says

    11th January 2016 at 2:12 pm

    wajar lah anak-anak baru saling kenal sama teman barunya. nanti juga akan terbiasa Entri Terbaru Bersiaplah, Zaman Sudah Berkembang Pesat! • Asnu.XYZ

    Reply
  19. Raihanah Ahmad says

    11th January 2016 at 2:02 pm

    kesian pun ada, tapi itulah kehidupan

    Reply
  20. ema says

    11th January 2016 at 1:10 pm

    kebanyakkan dah ramai yang tak menangis dah budak sekarang… malu dengan kawan-kawan agaknya.

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2016 at 12:28 am

      Kalau jumpa gang tak apa. Yang tak jumpa tuh mula nak nangis. 🙂

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        12th January 2016 at 3:39 pm

        anak saya darjah 1 nangis juga, betullah sebab belum ada geng

        Reply
  21. titan says

    11th January 2016 at 2:08 am

    minggu yang cukup sibuk dan penuh dengan tekanan.

    terpaksa banyak bersabar dan banyak minum air.

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2016 at 12:27 am

      Kesabaran yang tinggi diperlukan.

      Reply
  22. siti hazreen says

    11th January 2016 at 12:06 am

    usah kata budak tahun 1, budak tingkatan 1 pun ada yang menangis, tapi tak menangis secara terbuka lah, nangis kat asrama hehe

    Reply
    • Raihanah Ahmad says

      11th January 2016 at 2:02 pm

      form 1 kalau ke asrama memang sedih ooi

      Reply
    • akubiomed says

      12th January 2016 at 12:28 am

      Walaupun melangkah menegah tetap air mata ke tepi ke tengah. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in