• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / MAHA 2016 catat sejarah terima 3.7 juta pengunjung

MAHA 2016 catat sejarah terima 3.7 juta pengunjung

18th December 2016 by akubiomed 29 Comments

maha 2016

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lepas. Boleh dikatakana ada sahaja perkongsian gambar-gambar dan pengalaman rakan blogger yang menghadiri di media sosial di Facebook dan Instagram.

Penganjuran MAHA 2016 dengan bertemakan ‘Our Future Our Food’ bermaksud ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’. MAHA kali ini memberi perhatian menarik minat jumlah penglibatan generasi muda terlibat didalam sektor pertanian bagi memastikan bekalan makanan terjamin selepas tahun 2050.

MAHA 2016 menjadi platform saluran untuk perdagangan, pelaburan, kerjasama dan pemindahan teknologi untuk mendapatkan banyak maklumat dan perkhidmatan baharu dalam sektor pertanian.

MAHA kali ini telah dibahagikan lima kluster yang berbeza iaitu;

  • AgroTourism
  • AgroIT
  • AgroTrade
  • AgroLife-style
  • AgroYouth

Pendekatan berbeza penganjuran MAHA 2016 telah menarik minat golongan belia jika sebelum ini MAHA dianggap acara untuk warga pertanian dan generasi tua. Pengenalan Agrotaiment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik menarik golongan muda untuk mengenali MAHA lebih dekat lagi.

MAHA 2016 telah menerima kehadiran pengunjung 3.7 juta merupakan rekod baru bagi penganjuran ekspo pertanian terbesar untuk tahun 2016. MAHA mengetengahkan ilmu industri pertanian untuk semua golongan umur dan lapisan masyarakat.

Pengunjung secara berkeluarga dapat mendekati kehidupan kampung melalui industri pertanian, hortikultur dan agropelancongan. Pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman melihat, menyentuh dan mengenali tumbuhan dan ternakan yang dapat dilihat di tapak pameran.

Penganjuran MAHA 2016 di tapak Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang ini dengan melepasi sasaran jualan RM380 juta.

Tanniah kepada penganjur  MAHA 2016 telah memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA.

Laman rasmi MAHA: http://maha.gov.my/

Page MAHA: https://www.facebook.com/maha.gov.my

Filed Under: advertorial Tagged With: MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS, MAHA 2016 Malaysia, MAHA expo 2016, MAHA MAEPS 2016, MAHA Serdang 2016, pameran MAHA 2016

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    8th January 2017 at 12:39 am

    dgrnya bakal buat lagi tahun 2017..maybe boleh pertimbang ke sana..

    Reply
    • akubiomed says

      8th January 2017 at 12:58 am

      MAHA merupakan acara tahunan. Tunggu kehadiran MAHA 2017. 🙂

      Reply
  2. nurul fatin adiana says

    4th January 2017 at 9:26 am

    sempat juga p maha tahun lepas…cuma tak sempat nak p bahagian ternakan…panas ceng ceng…ramailah manusia..hehhee

    Reply
    • akubiomed says

      7th January 2017 at 10:17 pm

      Setiap tahun penganjuran akan dapat sambutan luar jangkaan.

      Reply
  3. Rika Asn says

    3rd January 2017 at 11:04 pm

    Tahniah MAHA, moga usaha diteruskan.Duk jauh, tak dapat hadir, dengar berita je tentang MAHA ni.

    Reply
    • akubiomed says

      7th January 2017 at 10:18 pm

      Penganjuran tahun 2017 boleh kujungi MAHA.

      Reply
  4. Khairul Zamri says

    28th December 2016 at 10:53 pm

    Dah pergi penat berjalan panas-panas pastu beratur nak naik bas lagi

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2016 at 9:59 pm

      Kalau suka dengan Agro tidak kisah berkorban sekali sekala untuk ilmu.

      Reply
  5. Suria Amanda says

    28th December 2016 at 4:09 pm

    SA tak sempat nak pergi,.setiap kali ada MAHA memang x dapat nak pergi atas komitment kerja..Sabtu ahad plak sibuk dengan keluarga

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2016 at 10:00 pm

      Tak apa. Tahun 2017 ada lagi MAHA.

      Reply
  6. imnajmi says

    26th December 2016 at 11:41 am

    tak penah lagi sampai MAHA ni, teringin nak tengok live lembu gedabak depan mata hehe

    Reply
  7. bagiinfo says

    24th December 2016 at 2:31 pm

    iya, pada hari itu rame sangat….. mau parkir pun tak boleh. Tapi seru.
    pengen ketemu upin ipin hehehe

    Reply
  8. Sabree Hussin says

    23rd December 2016 at 8:23 am

    Promosi baik punya MAHA kali ni. AgroIT tu macam mana ek?

    Reply
  9. nikkhazami says

    21st December 2016 at 10:47 pm

    macam mana tak ramai.. bukan main lagi promosi tahun ni..

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2016 at 11:13 pm

      Pihak penganjur juga bijak merancang supaya MAHA dapat menarik pengunjung golongan muda.

      Reply
  10. cik tom says

    21st December 2016 at 6:30 pm

    tak berkesempatan nak ke MAHA 2016..tapi rasa malas jgk nak seksa bersesak tempat orang ramai ni..sbb penah ada experience pengsan..haha

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2016 at 11:15 pm

      Tak apa boleh pergi MAHA 2017 pula. 🙂

      Reply
  11. titan says

    21st December 2016 at 4:59 pm

    tak dapat pegi tahun nih.

    jauh sangat.

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2016 at 11:16 pm

      Terlepas si kecik nak jumpa Upin dan Ipin.

      Reply
  12. Ummi Hanie says

    21st December 2016 at 3:23 pm

    Sutra Aromaterapi (saya agent) juga buka booth di MAHA… sambutan memang best.

    ps: maaf tegur, perkataan “juta” tertinggal di tajuk

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2016 at 11:17 pm

      Oh ada buka booth di MAHA. Terima kasih teguran tersebut. Saya dah betulkan. 🙂

      Reply
  13. Bahrain says

    19th December 2016 at 11:20 pm

    Dah pergi hari tu memang ramai sangat orang sampai parking pun tak cukup.

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2016 at 11:19 pm

      Tiap-tiap tahun mendapat sambutan dari pengunjung baru yang lama dan baru.

      Reply
  14. wahida says

    19th December 2016 at 4:13 pm

    saya kalau ajak suami mesti dia malas nak pi, sebab tak nak bersesak katanya…huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2016 at 11:21 pm

      Terlepas hero-hero nak jumpan Upin dan Ipin. 🙂

      Reply
  15. suhaida suaid says

    19th December 2016 at 6:04 am

    Ramai blogger bercerita pasal MAHA>
    Kena terjah jugak nih tahun depan.

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2016 at 11:21 pm

      Tunggu kehadiran MAHA 2017.

      Reply
  16. Nurol Huda says

    18th December 2016 at 9:54 pm

    Tahniah penganjur MAHA 2016. Kehadiran pengunjung untuk hari minggu sahaja dah mencapai 560,000 orang. Jumlah keseluruhan 3.7 juta merupakan rekod terbaik.

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2016 at 11:22 pm

      Ya, tanniah buat penganjur berjaya golongan muda.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in