Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?

Lisa Surihani gembira naik berat badan selepas berkahwin.

Lisa Surihani gembira berat badan naik

Kredit: MStar

MStar melaporkan Lisa Surihani gembira berat badan naik selepas berkahwin, isteri kepada Yusry Abdul Halim. Apa kes pula kisah berat badan AkuBiomed dan Broframestone?

Apa kes berat badan AkuBiomed dan Broframestone?

Hari ini tergerak untuk menimbang berat badan setelah terbaca artikel mengenai Lisa Surihani naik berat badan dan pada sama terbaca blogger jejaka tampan yang berada di Jakarta turut naik berat badan Broframestone. Apa kes pula semuanya kaitan berat badan?

AkuBiomed timbang berat badan

AkuBiomed timbang berat badan

********

Untuk mengetahui berat badan yang ideal boleh buat pengiraan Body Mass Index(BMI).

a. Kategori BMI
Berat badan kurang = <18.5
Berat Badan Unggul = 18.5–24.9
Berat Badan Berlebihan = 25–29.9
Obesiti =>30

b. Formula pengiraan BMI

BMI = Berat(kg) / [Tinggi(m) x Tinggi(m)]

Body Mass Index AkuBiomed(dengan ketinggian 1.75m dan 65kg)

BMI = 65 / (1.75 x 1.75)
21.2 (normal)

 *********

Selepas berkahwin berat badan saya selalu disekitar 60 – 65kg sahaja salah satu sebabnya badan saya mempunyai kadar metabolisma yang tinggi. Makanan yang saya makan cepat ditukar menjadi tenaga. Sekarang ini berat badan sudah naik 65kg yang mana ia adalah sesuatu mustahil satu ketika dahulu. Bulan Ramadhan semakin hampir agak sukar untuk saya kekal berat badang 65kg ini tentu akan susut apabila berpuasa nanti. :-)

Klik banner untuk dapatkan panduan kurang 5 kg dalam 5 minggu oleh Kevin Zahri.

Ebook Panduan kurang 5kg dalam 5 minggu oleh Kevin Zahri

Ebook Panduan kurang 5kg dalam 5 minggu oleh Kevin Zahri

Apa yang saya amalkan adalah bersarapan pagi setiap hari dengan Oat. Makan tengahari dengan jumlah yang kecil dan makan malam awal. Saya juga tidak elak dari makan bertambah kalau ada lauk sedap tetapi ia bukan selalulah. Mantan Perdana Mentri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah berkongsi amalan ‘Berhenti makan sebelum sedap’.

Akubiomed: pilih cara kehidupan yang sehat.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • hairulafiz November 23, 2012 at 4:11 pm

    okaylah BMI cantik

  • Hafizul October 28, 2012 at 6:21 pm

    hehe..tgok cerita nona hari ni memang lisa suriani dalam proses menurunkan berat badan..tapi tgok badan dia slim jer lagi…hehe

  • Kamal Mustafa June 1, 2012 at 11:07 am

    KM pun dalm proses menurunkan berat badab gak nie haa. Susah nak turun gak. Sikit-sikit ajo.
    Kamal Mustafa recently posted..Wordless Wednesday 45 – Sayur-Sayuran Cameron Highland.My Profile

  • Zida May 31, 2012 at 5:04 pm

    Untunglah metabolism tinggi, makan banyak mana pun badan tak gemuk, berat tak naik sangat, and in some case, berat boleh turun pulak tuu. Haishhh

  • tehr May 31, 2012 at 2:15 pm

    molek sangat tu, bro
    berhenti makan sebelum kenyang
    tehr recently posted..Paras Air Dan Suis AutomatikMy Profile

  • Mus May 31, 2012 at 2:34 am

    nak bertimbang kena guna 1 penimbang jer..
    Mus recently posted..Jom ‘Like’ Peserta Unduk Ngadau 2012 Pilihan AndaMy Profile

  • beckhr00y May 29, 2012 at 10:32 pm

    berat bdn aku mkin meningkat, susah nak jaga huh

    • akubiomed May 30, 2012 at 12:55 am

      Hati senang tak apa bro. :-)

    • Hafizul October 28, 2012 at 6:23 pm

      memang dh bro..kena betul2 jaga pemakanan dan kuat bersenam ler…

  • segalabenda May 29, 2012 at 10:31 pm

    dulu BMI aku pernah cecah 29.7..sikit lagi nak masuk obesiti..la ni dengan diet dan kesabaran, akhirnya dapat la dirutunkan sikit

    • akubiomed May 30, 2012 at 12:56 am

      Bulan Ramadhan semakin hampir ada peluang untuk menurunkan berat badan.

    • Hafizul October 28, 2012 at 6:29 pm

      hehe..kesabaran yang tinggi nih..hehe

  • sadiq May 29, 2012 at 9:12 pm

    perghh..susah betul nak maitain berat bdn dlm dunia skrg ni..

    • akubiomed May 30, 2012 at 1:12 am

      Antara sebab banyak tertubuh Fitness center dan Slimming center.

  • Hairul May 29, 2012 at 6:38 pm

    perghh.. 140kg.. lebih dua kali ganda dari berat badan saya.. saya suka tengok cara kevin zahri bercakap….

    • beckhr00y May 29, 2012 at 10:31 pm

      65 kg bro…

      • Hairul May 30, 2012 at 12:19 am

        semasa saya berenti kerja tahun 2010.. berat badan saya lebih kurang 56kg.. skrg rasanya lebih kurang je kot… :D

  • ahmadyani May 29, 2012 at 6:05 pm

    Berhenti makan sebelum kenyang adalah tip makan saranan Nabi SAW

  • Ummi Hanie May 29, 2012 at 4:55 pm

    ala sikit je tambahnye tu… xluak pun.. hehehe

    biasalah, hati gumbira ;)

    • akubiomed May 30, 2012 at 1:25 am

      Seberat 5kg beras sahaja pun. :-)

  • sha May 29, 2012 at 4:29 pm

    sha dah kira. BMI sha 20.69 . hiks….

  • chii May 29, 2012 at 3:45 pm

    err…wat masa ni..berat chii pun masih dlm tahap stabil..tp bila da start naik..kelam kabut gak :p

    • akubiomed May 30, 2012 at 1:27 am

      Wanita memang teliti bab-bab penampilan dan berat badan. :-)

  • pipoq May 29, 2012 at 3:25 pm

    sy pun bermetabolisme tinggi..makan kuat tapi lambat jugak nak naik berat..tapi kalo tak berapa nak aktif, naik jugak la sikit sikit tu..hehehe

  • Budak Lanun May 29, 2012 at 3:23 pm

    Assalam… hahahha… kesnya adalah siapa lagi banyak naik berat badan … huahuahua

  • izwanyusof May 29, 2012 at 2:32 pm

    tak gemuk pun lisa. owh,kena konsisten nak amalkan gaya pemakanan macam tu. banyak lagi nak jaga. kurangkan makan pedas,berminyak.. tapi tu yang sedap..
    izwanyusof recently posted..Kenali Fasa Hidup Pelajar First Year Hingga Final Year Di KampusMy Profile

  • eiela May 29, 2012 at 12:09 pm

    susah jugak nak kawal berat, nak naikkan susah, nak turun, senang sgt. rutin pun dah bertukar dah sekarang.
    eiela recently posted..BismillahirrahmanirrahimMy Profile

  • adamfaiz May 29, 2012 at 11:52 am

    Berat badan AF maintain di tahap 61-65 kg.. time lunch, boleh tahan gak balun
    adamfaiz recently posted..Apa Ada Dengan Nestle 100 Tahun Disisimu?My Profile

    • suri May 29, 2012 at 1:34 pm

      balun smapi lembam ker bro

  • daddydee May 29, 2012 at 11:33 am

    Berat badan aku sudah susah mau dikawal.. Maklumlah dah kawen.. Hehehe

  • Mus May 29, 2012 at 11:30 am

    saya sudah masuk obes tahap 1.. huhu..
    Mus recently posted..Gambar Selepas Sawah Padi Dituai Di Kota BeludMy Profile

    • suri May 29, 2012 at 1:34 pm

      sy nak diet dr tak bagi..dr kata mkn cam biasa adui…

  • hazman aka species1980 May 29, 2012 at 11:29 am

    Dah lama tak buat aktiviti keluarkan peluh jantan untuk senaman…. hari2x keje dok kat dalam aircond je… huhuhu

  • akhiyy May 29, 2012 at 11:17 am

    sekarang dalam proses diet..huhu..

  • Denaihati May 29, 2012 at 11:02 am

    nak naikan berat senang, nak turunkan memang payah.
    Denaihati recently posted..Promosi Web Hosting Denaihati Network – ServerfreakMy Profile

  • Zarul Umbrella May 29, 2012 at 10:37 am

    kerja sebagai kakitangan kabin di MAS memaksa saya supaya menjaga berat badan ideal..berat saya sekarang antara 71-72kg dan BM! saya 24..berat maksima saya adalah 75kg

  • Izzuddin Fauzi May 29, 2012 at 8:19 am

    Hahaha/// X kesah pasal berat :)

    • suri May 29, 2012 at 1:35 pm

      ak mkn apa.? tk makn nasi ker heeeeelom kwin mmg tak kisah dh kwin sllu gak kena ambik kisah lebih2 lagi girl pas hamil wawa….

  • kulanz May 29, 2012 at 12:34 am

    Sejak pindah tempat kerja baru aku semakin kurang berat badan, mungkin sebab dah banyak aktiviti aku boleh buat sekarang ni.. kalau dulu 76kg sekarang tinggal 72 kg… tapi dengan ketinggian 1.80m, BMI 22.2 kira okeylah kan..
    bro, berat lisa surihani berapa kg naik? hehehe

    • akubiomed May 29, 2012 at 12:35 am

      Berat Lisa sudah naik 5kg selepas berkahwin. :-)

      • kulanz May 29, 2012 at 11:06 am

        5kg dah banyak naik tu..

        • suri May 29, 2012 at 1:35 pm

          hamil barnagkali..hati senag heee

  • cik tom May 29, 2012 at 12:22 am

    rsnye ms nak dekat khwn aritu tgk berat badan lisa dah naik esp gmbr pre wedding diorg..hee

    • akubiomed May 29, 2012 at 12:35 am

      Yang hairannya mak Lisa tidak pula naik berat badan tetapi maintain. :-)

      • suri May 29, 2012 at 1:38 pm

        asal nak risau bini ulang nghee… layanan dri yusri dn kluga baik2 mungkin tu cara dia berhati gmbra ;)

  • MrShokri May 29, 2012 at 12:14 am

    berat badan biar stabil,baru nak buat kerja apa2 pun tak mudah letih..

    • akubiomed May 29, 2012 at 12:36 am

      Badan ringan tentu senang hendak bergerak dan tidak cepat penat.

  • Shasha Catering May 29, 2012 at 12:11 am

    Oiit! Kalau tambah berat badan tu jangan banyak2 tau. Harap Lisa surihani bertambah sihat. Begitu jugak dengan bro akubiomed ;)
    Shasha Catering recently posted..Sup Labu Kuning "Spicy" Untuk Menghalang KanserMy Profile

  • padin May 28, 2012 at 11:20 pm

    wah jealous pulak aku 65kg je? sejak bekerja aku dah melepasi 70kg dan susah betul nak turun lagi, adehhh…

    • akubiomed May 28, 2012 at 11:51 pm

      Bro Padin orang yang bersukan boleh turun berat badan.

      • cik tom May 29, 2012 at 12:21 am

        kl krg bersukan alamatnya naik badan la padin..hehe ;p

        • akubiomed May 29, 2012 at 12:38 am

          Kalau berhenti bersenam ada potensi naik berat badan.

          • suri May 29, 2012 at 1:41 pm

            ha..jaga2 nnti naik mendadak payah gak tu heee

          • hafizmd May 30, 2012 at 12:05 pm

            Maknanya kena konsisten bersenam macam kita konsisten update blog yer bro? =)

  • bardboo May 28, 2012 at 11:19 pm

    semua dah bertambah ‘sihat’ ni..hehe..eh blog ni dah tak guna theme thesis ye?

    • akubiomed May 28, 2012 at 11:51 pm

      Sudah lama saya tidak mengunakan theme Thesis sejak tahun lepas lagi.

      • bardboo May 31, 2012 at 8:44 pm

        eh yeke? selama ni yang saya singgah sini, memang nampak blog ni guna thesis…tak macam yang sekarangni..eh ke mata saya ada masaah ni? huhu..
        bardboo recently posted..Tidurlah Anakku….My Profile

        • akubiomed May 31, 2012 at 9:28 pm

          Saya hanya guna Child Theme untuk untuk tukar theme.

  • Nur May 28, 2012 at 10:46 pm

    Bab nak berdiet yang saya paling lemah… hehe…
    Bagus jika kita rajin bersenam, badan pun sihat.

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:57 pm

      Isteri berjaya menurunkan berat badan dengan mengikut buku ebook kurang 5kg dalam 5minggu oleh Kevin Zahri. Beliau telah susut 8kg didalam masa 3 minggu.

      • Nur May 31, 2012 at 8:38 pm

        Biar benar.. Macam mana kaedahnya tu… ? Mesti kena rajin buat senaman kan? Kalau boleh kongsilah kisahnya sikit.. :) Teruja mendengarnya..

        • akubiomed May 31, 2012 at 8:57 pm

          Menurut isteri saya perlu patuhi diet tip yang diberikan oleh Kevin Zahrin dan pada masa sama beliau juga melakukan senaman.

          • Nur June 2, 2012 at 3:37 pm

            Terima kasih.. Tak rugi ye membeli ebook. Akan saya fikirkan nanti, terima kasih atas info yg diberi.

  • boni May 28, 2012 at 10:17 pm

    uiskh!! berat kita saling tak tumpah!!! maknanya saya ni kategori obesiti!!! pergh!! kena turunkan cepat2 ni

  • Jebeng Otai™ May 28, 2012 at 9:23 pm

    kalo leh maintain bmi mmg best la..nk bli seluar pon sng..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted..Realisasi Kenderaan ElektrikMy Profile

  • kimmie May 28, 2012 at 9:13 pm

    susah nak maintain berat badan ni…bagus la kalau boleh maintain kan

  • mrazydy May 28, 2012 at 9:04 pm

    bro selalu gi gym.. tu yang maintain tu.. cayala keep it up..
    mrazydy recently posted..10 Sifat Si Gadis Buat Lelaki Kacak MeluatMy Profile

  • gary May 28, 2012 at 5:23 pm

    berat badan aku 64kg je… huhu~…

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:39 pm

      Kurang sekilo menyamai berat badan saya. :-)

  • hafizmd May 28, 2012 at 4:57 pm

    Pasal BMI tu, pernah dgr ada yg cakap, macam mana kalau dia byk otot, pasti BMI akan lebih…betul tak? Jadi, ukuran BMI mungkin bukan ukuran sebenar tahap ‘keboroian’ kita. Ada betul tak pandangan camni? :D
    hafizmd recently posted..Utusan Maharaja RomMy Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:40 pm

      Tidak pastilah bro tetapi ada kayu pengukur untuk mengetahui berat badan yang ideal atau tidak.

      • suri May 29, 2012 at 1:42 pm

        sy last mengukur d tesco hee..tapi cam tak percaya jer..lebih baik pi jumpa dr blh tahu berat badan kita d samping ada saranan pemakanan yg akan dr sarankan hee

  • titan May 28, 2012 at 4:16 pm

    akhirnya..berjaya turun ke bawah 65kg.. hoho..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 2My Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:40 pm

      Kenapa berat badan menyusut? Sebab diet makan Cendol. :-)

      • titan May 29, 2012 at 11:30 am

        kawal pemakanan..banyakkan buat senaman. dua benda ni aje aku tekankan. cendol tu dah jadi benda wajib maa..haha..aku gantikan cendol untuk teh tarik dan minuman gas..
        titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 3My Profile

  • Nurul May 28, 2012 at 3:56 pm

    Naik berat badan pun x per.. Sebab lisa lagi nampak comel.. ;)

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:41 pm

      Betul tuh Nurul. Kalau setakat 5kg umpama seguni beras sahaja dilambung-lambung oleh Yusry. :-)

  • puanbee May 28, 2012 at 3:05 pm

    seronoklah badan kurus , baju pun tahan lama .. syukur2 ..

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:41 pm

      Baju zaman koleh masih boleh pakai lagi cuma sedikit lusuh. :-)

  • Norizwan May 28, 2012 at 2:44 pm

    sudah tentu lepas kahwin jer berat badan naik…yer ler sayang bini…kang kena leter lak hahah….

    • hafizmd May 28, 2012 at 4:53 pm

      hehe…makan ada orang jaga…tidurpun lena…berat naiklah sikit =)
      hafizmd recently posted..Utusan Maharaja RomMy Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:42 pm

      Ye lah orang sayang bini katakan. :-)

  • baguznet May 28, 2012 at 2:10 pm

    He he heee… saya pun nak kena naikkan berat badan sket-sket ni sblm Ramadhan menyusul sebab menjadi kebiasaan berat badan aku menurun dalam bulan Ramadhan

    Rejab dah bermula, Sya’ban akan hadir, jom mulakan dengan puasa sunat ;)
    baguznet recently posted..Beware of Scammers Purportedly Offering a Takaful Product of MAA Takaful BerhadMy Profile

    • puanbee May 28, 2012 at 3:06 pm

      aku pulak puasa banyak2 , sebab nak kuruskan badan hukss

      • suri May 29, 2012 at 1:43 pm

        pakai PB blh saja mkn skit nnti perut dh mengah heee

        • puanbee May 29, 2012 at 2:57 pm

          sejak pakai PB memang kurang makan , tp byk minum air , cepat dahaga :)

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:43 pm

      Bulan Ramadhan tentu badan akan menyusut.

  • onlajer May 28, 2012 at 1:59 pm

    aku pulak kurang gumbira selepas berat badan menaik
    onlajer recently posted..Musholla Dan Bilik AirMy Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:43 pm

      Kalau sudah naik bukan senang hendak turun.

  • Dulu Lain Sekarang Lain May 28, 2012 at 12:48 pm

    Kalau sudah berumur mcm kawe ni adehhhh… bukan shj kena control makan, malah kena pilih makan yg sesuai gak. Makin meningkat umur, maka makin lemah sistem penghadaman. Lagipun exercise pon makin kurang, so hadirlah isu perut buncit :D
    Nak perut slim, banyak minum air suam dan kurang makan nasi dan daging.

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:44 pm

      Ye lah bro. Apa hendak buat sudah nasib badan. :-)

  • LadyBird May 28, 2012 at 12:44 pm

    ade tips x nak naikkan berat badan jugak?

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:47 pm

      Saya tidak mempunyai tip yang khusus. Pengambilan makana haruslah mengikut keperluan kalori yang diperlukan oleh badan.

  • sjiehan May 28, 2012 at 11:47 am

    yang ni kira ideal lagi la … hehehhe

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:47 pm

      Lega masih didalam kawasan berat yang ideal. :-)

  • nurmisnan May 28, 2012 at 11:39 am

    hohoho.. itu kalau berat 140kg confirm tak boleh naik
    roadbike..

    Minum air suam selepas makan dan mkn buah sblm mkn
    bagus utk diet dan pencernaan..

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:48 pm

      Amalan yang baik tetapi ramai yang makan buah selepas makan.

  • Myra Jay May 28, 2012 at 11:38 am

    Nape pompuan lepas kawen mudah badan naik…? heheee oppspss ;)

    Ok nak tengok tips dari kevin lah ;)

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:49 pm

      Wanita mungkin senang naik berat badan sebab kalau gembira pun makan dan susah hati pun makan.

      • suri May 29, 2012 at 1:44 pm

        he tu salah satu..ada tu sb pengambilan ubt hamil, asid folik bagai tu deras laparnya hee..

        klu mgis tak mkn sush gak… d buatnya bby nak susu badan camner tu

  • Man May 28, 2012 at 11:24 am

    nak naik badan =.=”

  • cikgu naman May 28, 2012 at 11:23 am

    banyak kg jugak berat saya naik selepas kahwin..hehe

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:49 pm

      Faham-faham. Mana boleh elak nasi tambah kalau lauk sudah sedapkan bro? :-)

  • hafidz May 28, 2012 at 11:16 am

    heh, setakat ini berat badan aku maintain jer lepas kahwin huhu :P
    hafidz recently posted..Hafidz Life #2My Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:50 pm

      Okay cun, bro berjaya mengekalkan berat badan.

  • isza May 28, 2012 at 11:05 am

    Saya selalu cakap kat penimbang tu..
    JANGAN BERGERAK! :P

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:50 pm

      He..hee..tapi jarum meter penimbang tetap hendak bergerak.

  • azman May 28, 2012 at 10:57 am

    Saya bro tengok slim jer he3..perut pon tak nampak..

    • hafizmd May 28, 2012 at 4:55 pm

      Mesti ada tips yg bro AB belum dedahkan lagi ni…hehe
      hafizmd recently posted..5 Entri Pilihan Katakunci Lelaki KacakMy Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:51 pm

      Tidak ada rahsia kerana ketika kecil dahulu saya susah makan cuma sekarang ini bila sudah berkeluarga saya akan makan dengan kuantiti sedikit sahaja.

  • PCL May 28, 2012 at 10:44 am

    wuhu, merisaukanlah sejak kebelakangan nih…masalahnya perut nk ikut bro dan rakan seangkatan pjk ..hahaha.
    PCL recently posted..Terima kasih daun keladi.My Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:52 pm

      Bro kena buat seat up selalu gamaknya. :-)

  • yas May 28, 2012 at 10:43 am

    Aku makan banyak gak bro…tp tah laa…naik sikit jerr…hehehe
    yas recently posted..GAMBAR LELAKI DIREMPUH KERETA DIHIGHWAYMy Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:53 pm

      Apa bro tak dengar..naik sikit sahaja? :-)

  • zulkbo May 28, 2012 at 10:34 am

    salam..
    wanita berisi nampak
    lebih menarik dari yang
    tak de isi :)

    ..macam jerangkung
    hidup la pulak nanti kelihatan
    zulkbo recently posted..Video Dan Gambar Kemalangan Drag Race Himpunan Sejuta Belia 2012My Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:54 pm

      Wanita kalau kurus kering nanti masalah lain pula.

  • info tenaga May 28, 2012 at 10:08 am

    berat badan susah nak naik sebab selalu skip lunch. makin kurus dah. huhu

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:55 pm

      Tidak elok abaikan makan tidak berjadual. Perlu makan berjadual walaupun pada kuantiti sedikit.

  • madammondoq May 28, 2012 at 9:51 am

    i dah naik sekilo.. sekian… sob.. sob…
    madammondoq recently posted..Kids Photoshoot – Part 7 : Model Baru…My Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:55 pm

      Alah Madam Mondoq naik sekilo apa yang hendak risaukan. 1kg gula pasir sahaja. :-)

  • Amirez May 28, 2012 at 1:45 am

    BMI = 22.5 :)

    dari bujang sampai kawen alhamdulillah masih lagi maintain BMI. metabolisme saya pun tinggi. makan banyak pun alhamdulillah tak gemuk

  • sweetkurma May 28, 2012 at 1:42 am

    aduiiii akak ni naik tak turun turun huhu

    • akubiomed May 28, 2012 at 10:56 pm

      Err..macam mana hendak komen. :-)