Menikmati detik romantis di Pulau Bali.
Kalau diberi peluang untuk melancong ke luar negara saya akan memilih pulau Bali sebagai destinasi percutian bersama orang tersayang. Kenapa saya berkata demikian kerana pulau Bali sememangnya destinasi terkenal sebagai destinasi percutian romantis untuk destinasi berbulan madu dan upacara pasangan yang melangsungkan perkahwinan.
Memandangkan saya tidak ada pengalaman ke pulau Bali, jadi saya membuat sedikit kajian tempat-tempat menarik yang boleh di kunjungi di sana. Saya ingin melihat budaya serta kehidupan penduduk Bali yang unik dan tidak mungkin terdapat di negara sendiri.
Senarai destinasi pelancongan yang ingin dikunjungi untuk percutian impian di pulau Bali.
1. Melihat penanaman sawah padi bertingkat di Tegalalang.
Saya ingin menikmati suasana kehijauan penanaman padi bertingkat di lereng bukit pada ketinggian 600 meter dari paras laut. Sudah pasti ia pengalaman berharga. Perusahaan penanaman padi bertingkat ini adalah satu tarikan dengan mengunjungi kampung Tegalalang yang rata-rata penduduknya mengerjakan sawah salah satu sumber pendapatan utama.
2. Menghargai hasil kerja seni tangan penduduk Bali
Saya rasa tidak lengkap kalau sudah menjejaki di negara orang tanpa melihat hasil seni yang menjadi lambang kebudayaan sesebuah negara. Saya memilih untuk melawat kampung Celuk untuk melihat hasil seni pembuatan barangan kemas dari emas dan perak.
3. Mengunjungi kuil Batuan.
Penduduk Bali mengamalkan agama Hindu. Kunjungan kuil Batuan berpeluang untuk melihat seni bina kuil Batuan ini terutama seni bina pintu gerbang berunsurkan kebudayaan Hindu adalah sesuatu yang unik. Saya difahamkan upacara keagamaan besar berlangsung di kuil Batuan ini.
4. Melawat istana Purin Sari istana diraja Ubud.
Ketika di bangku sekolah dahulu saya ada belajar Sejarah mengenai kerajaan awal di nusantara. Ini adalah peluang untuk melihat sendiri peninggalan Sejarah kerajaan terawal Hindu yang bermula di tanah jawa. Peluang ini tidak akan terlepas untuk melihat peninggalan kerajaan Ubud yang masih dilihat oleh generasi sekarang. Melihat seni bina pintu gerbang pada istana ini yang mana ciri-ciri ini boleh dilihat pada pintu gerbang rumah penduduk di Bali.
5. Menikmati Nasi Padang yang asli.
Kalau sudah berjalan-jalan tentu perut akan berasa lapar. Teringin benar untuk menikmati Nasi Padang yang asli di pulau Bali. Saya tidak pasti Nasi Padang berasal dari sini tetapi merasakan ia sesuai dengan ruji makanan di Malaysia berasaskan beras. Tidak tertahan untuk menikmati tempe antara perusahaan besar di Indonesia tentu berbeza tempe yang dihasilkan disana.
6. Melihat matahari terbenam di pantai Kuta.
Apa bila penat berjalan-jalan berhajat pula untuk melihat matahari terbenam di pantai Kuta. Rasa sungguh romantis dapat bersama dengan orang tersayang menikmati detik-detik matahari terbenam sehinggalah hilang sepenuhnya. Oh tidak dapat bayangkan kedinginan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi.
7. Menonton tarian Kecak.
Satu lagi tarikan yang wajib ditontoni adalah persembahan tarian kecak yang dipersembahkan secara beramai-ramai oleh lelaki Bali salah satu ritual sembahyang Hindu di Bali. Tarian kecak atau Cak ini bermaksud Api dan sepanjang tarian akan disebut “Cak’…”Cak”..”Cak”. Kisah Ramayan dengan ada beberapa watak dewa Hindu seperti Rama menentang Rahwanan iaitu unsur kebaikkan menentang kejahatan.
8. Membeli belah cenderahati di Pasar Seni tradisional Ubud.
Sebelum pulang ke tanah air akan ada cenderahati ingin dibawa pulang. Apabila sudah mengunjungi pulau Bali sudah tentu ada cenderahati buat kenang-kenangan supaya dapat diabdikan dan dikenang. Sudah tentu banyak pilihan cenderahati yang boleh dibawa balik untuk diri sendiri dan kenalan dengan membeli belah di Pasar Seni tradisional Ubud.
AkuBiomed: Saya mengharap idaman ini menjadi kenyataan. Pengalaman berada di pulau Bali akan kekal didalam ingatan.
Entri telah terpilih untuk menang hadiah saguhati untuk Blog for Your Dream Getaway with Travelar Contest :
Fuhhhh terliur dengan Nasi padang tu.. Memang tak pernah sampai ke Bali tu ternyata memang destinasi bajet 🙂
saya pun belum pernah jejakkan kaki kat Bali lagi….teringin nak pergi sana satu hari nanti…:D
nak jugalah pergi kesana apabila berpeluang
Pernah ke Pulau Bali tahun 2005. Nasihat saya elakkan datang pada Hari Nyepi & musim tengkujuh! 😀
idam nak pi Pulau Bali untuk honeymoon. orang kata Bali memang cantik sesuai untuk honeymoon 😀
ada pasang impian nak kesana.
Bali memang penuh dengan misteri dan keagamaan .
Bercuti ke bali memang begitu indah kalau pergi honeymoon ..
kalau bro inginkan pakej perlancongan menarik termasuk bali,
boleh saja ke blog saya
Bali jadi tempat pelancongan idaman ramailah. semoga bro dipermudahkan kesana nanti.
moga impian terlaksana
amin
blom pernah gi indonesia
akhir tahun ni insyallah boleh gi kot 🙂
belum lepas lg ke sana…
wow gambar berapi tu nampak power tuh
teringin nak rasa nasi padang asli dan nasi ambang asli dari indonesia..
Bali antara tempat percutian dalam senarai simpanan saya juga…
Wah mahu liburan ke Bali! Harapnya tercapai impian dalam masa terdekat!
Cewek bali manis bangat. Jangan lupa jalan pulang ke Malaysia.
Bali ni kalau aku tengok dalam gambar, dia punya architecture kuil-kuil tu mengingatkan aku dengan komik Dragon Ball, time Pertandingan Kungfu Antarabangsa. Rasanya, Akira Toriyama dulu dapat ilham tu time bercuti kat Bali agaknya. Hehe
suka makan buah limau bali. hihi..
moga impian jadi kenyataan. amin..
nak ikot!! nak ikot!
(>.<)
Menarik. Nak2 yg pertukangan tu. Payah dah nak cari seni kayu asli camni dgn tukangnya sekali
terbaik bro!
selalu orang saya memang mahir dengan pelbagai bentuk ukiran
dekat sana ada jual juga eksport biskut dari kilang sini.. bali cashewnut… pemandangan juga cantik , kraftangan
menarik bro..best tak nasi padang tu..tak pernah rasa
tu yg menarik gak tuh….tgk gambar pun macam dah…fuh!
Biras saya baru pulang dari bali, katanya makanan Islam agak susah nak cari, cenderahati semuanya mesti ada unsur-unsur hindu… apa pun tempat-tempat untuk dilawati sangat menarik
dengar khabar barangan di Bali agak mahal..mereka berurusan menggunakan dollar Amerika Syarikat dalam urusan perniagaan..
Betul tu, dan lagi… ada banyak tempat keras. Banyak.. kita sebagai pelancong kena banyak hati-hati dan ingat tuhan kita.
wahh.. mau liburan ke Bali ya Bang? Bali memang top Bang buat liburan bareng keluarga.
kalau ke Bali bisa ketemu saya nih, Blogger Bali..hehehe
Bali sesuai utk bersantai ni..
Gud luck untuk contest nih bro AB.
Terima kasih, saya bergantung maklumat hasil carian. Harap betul maklumat disampaikan.
saya pun sekali jer pernah pergi, jakarta ngan medan pernah gak. ada juga upload pic fam kat insta saya. #throwback.
teringin gak tengok nasik padang tuuu….. yum2
Suka pergi tempat-tempat yang pemandangan cantik semula jadi. 😀 Dan yang paling ditunggu-tunggu di Bali mestilah nak membeli belah hehe.
Pemandangan semula jadi antara yang mengamit pelancong.
pergi membeli belah seronok juga ini 🙂
Perlu sediakan ongkosnya.
saya amat takut gambar atas tu heee silap tak bolehh tidur nanti
Nak buat macam mana memang ritual penduduk Bali.
ya pelbagai kaum bangsa agama budaya memang unik sungguh 🙂
teringin juga nak bercuti ke Bali suatu hari nanti…
Memang sesuai untuk berbulan madu sekali lagi.
wahh..ramainya nak gi bali sekarang eh..
tempahlah sekarang sebelum penuh
Ramai kerap bercerita melancong ke Bali. Harap dapat melancong ke sana.
sekarang pun harga ke bali sudah okay .. RM1000 dah boleh g sana
Y,tak kan rugi apabila bercuti ke pulau BALI.
Kalau ada peluang untuk melihat negara disebelah nusantara kerana sebelum sudah sampai negara di Eropah, Mediterranean dan Asia Barat.
ab banyak pengalaman merantau teman rasa sedikit cemburu. best pergi ke sana banyak pelajar dari kehidupan mereka