• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / gajet / Garment steamer Salav membuatkan menggosok baju tidak lagi membosankan

Garment steamer Salav membuatkan menggosok baju tidak lagi membosankan

1st August 2015 by akubiomed 43 Comments

Garmet steamer Salav cepatkan kerja mengosok baju.

Garment steamer Salav

Mengosok baju bukan aktiviti yang menyeronokkan. Betul tak? Guna garment steamer Salav mudah dan cepatkan kerja mengosok baju. Baca lagi nanti saya kongsikan kenapa?

Melonggok  baju untuk mengosok.

Cukup malas nak mengosok baju apabila baju-baju kerja yang menanti mengosok sudah menimbun. Kononnya nak tunggu banyak baju baru nak gosok. Biasanya hari Ahad adalah hari paling sibuk mengosok sebab esok harinya adalah hari bekerja.

Banyak tangan dan salah set suhu seterika tunggu untuk berlubang.

Kalau guna seterika pula nak tunggu suhu panas dan perlu set mod yang betul. Kalau tak pasal-pasal baju berbekas dengan tapak seterika terlalu panas dan paling mengerikan kalau berlubang. Mahu angin satu badan. Ini selalu berlaku apabila nak cepat atau banyak tangan guna seterika sebelum ini. Kesian yang baru nak berangan melaram baju ‘side tajam’, berlubang pula jadinya.

Mengosok kain kapas yang mencabar.

Bahagian paling benci mengosok adalah baju jenis kapas @ ‘cotton’.  Nak sediakan air dalam cawan untuk renjis pada kain supaya senang hendak mengosok. ‘Upgrade’ sikit ada beli botol spray untuk spray air pada kain.

Kontrak mengosok baju

Macam saya famili besar dan anak-anak  bersekolah sudah tentu banyak baju sekolah dan baju kerja. Sekurang-kurang 5 hari punya baju dan seluar perlu digosok.  Paling terganggu semasa mengosok apabila tapak seterika menjadi kesat dan hitam. Stim seterika tersumbat apabila seterika stim semakin berusia dan sepatutnya guna air RO tetapi guna air paip memang akan alami liang-liang stim seterika tersumbat apabila seterika sudah lama digunakan.

Saya memilih untuk memiliki garment steamer Salav untuk menyelesaikan masalah mengosok baju.

Ciri-ciri garment steamer Salav yang memikat:-

  1. Cepat mendapat stim wap didalam 45saat.
  2. Cepat kerja mengosok
  3. Tidak perlu set mod suhu.
  4. Menyah bau yang tidak menyenangkan
  5. Membunuh hama.
  6. Tidak perlu guna papan seterika
  7. Mudah untuk disimpan dan mempunyai roda.

Pemegang stim wap tidak panas dipegang

Penyangkut pemegang stim wap

Penyangkut baju boleh dilipat dan diubah mengikut saiz baju

teleskopik diperbuat daripada aluminum boleh dilaras ketinggian

Suis berlapik plastik meningkat tahap keselamatan

Bekas isi air 1.6L lut sinar. Senang nak memeriksa paras air

Palam salir untuk membuang baki air.

Sebelah kanan hasil mengosok mengunakan Salav

Video demo garment steamer Salav

  • DIY Rak tempat simpan penyangkut baju paip PVC
  • Jimat bil elektrik cara mudah my style
  • Part time menjahit baju sejak ada mesin jahit

Filed Under: gajet Tagged With: garment steamer, garment steamer salav, salav garment steamer, salav garment steamer black, salav garment steamer review, salav steamer, steamer salav

Reader Interactions

Comments

  1. Mazarina says

    22nd September 2015 at 11:47 am

    Dah lama teringin nak beli benda alah ni tapi trs down bila ada yang cakap guna benda ni lps gosok kena terus pakai, tak boleh buat stok seminggu sebab akan berkedut semula..betul ke? tolong explain untuk kukuhkan lagi alasan untuk membeli…hehehe

    Reply
    • Akubiomed says

      23rd September 2015 at 2:41 pm

      Guna dahulu baru tahu. ☺

      Reply
  2. Azeni Ahmad says

    22nd August 2015 at 9:15 am

    menarik.
    memudahkan urusan mak-mak nie..
    Betul tue siap ada air nak rengis2 lagi kan.

    Reply
    • Akubiomed says

      23rd September 2015 at 2:41 pm

      Isteri tersenyum lebar sebab cepat kerja mengosok.

      Reply
  3. raihanah says

    22nd August 2015 at 6:37 am

    nampak byk feedback baik guna iron ni beerbanding jenis iron lama, mungkin need to try

    Reply
    • Akubiomed says

      23rd September 2015 at 2:42 pm

      Yang penting cepat kerja mengosok dan menjimatkan penggunaan elektrik apabila kerja dibereskan.

      Reply
  4. puanbee says

    19th August 2015 at 12:03 am

    bab banyak tangan tu serius betul … baru je beli lapik mengosok tu ..dah berlubang .. lubang juga hati ku .. hehehe

    Reply
    • Akubiomed says

      23rd September 2015 at 2:43 pm

      Kalau rosak masing-masing tuduh menuduh. ☺

      Reply
  5. Ummi Hanie says

    18th August 2015 at 5:30 pm

    setuju sangat tu

    kerja2 menggosok baju suami dan anak2 yg ramai menjadi lebih mudah dan cepat

    Reply
    • Akubiomed says

      23rd September 2015 at 2:44 pm

      Ahli famili saya ramai sebab itu beli steam iron supaya kerja mengosok cepat secara langsung dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

      Reply
  6. Noriza Rahman says

    11th August 2015 at 10:33 am

    Kalau iron baju biasa pun boleh juga kan, lagi cepat dari guna iron yang biasa..

    Reply
  7. adarain says

    10th August 2015 at 3:09 pm

    memang best guna ni. owh, boleh buatkan tajam sekali ya kat sisi seluar ngan kameja. ke aku punya kuno sangat. hahaha

    Reply
  8. hafizmd says

    9th August 2015 at 5:01 pm

    Assalam
    Alhamdulillah..ambe dah beli 1 khas utk kontrak2 menggosok kt rumah ni..skli gosok habis seminggu…hohi

    Reply
    • akubiomed says

      9th August 2015 at 11:42 pm

      Senang mengunakan Salav ini. 🙂

      Reply
  9. Uncle Zuan says

    8th August 2015 at 9:04 pm

    aku dari haritu nak beli menda alah mcm ni sebab iron kat umah tu dah berumur

    Reply
    • hafizmd says

      9th August 2015 at 5:02 pm

      Apa lg bro..kasi angkatlah 1…sng wooo

      Reply
      • Uncle Zuan says

        9th August 2015 at 6:40 pm

        hehe tunggu masuk komisyen dulu

        Reply
        • akubiomed says

          9th August 2015 at 11:22 pm

          Harga mampu milik.:)

          Reply
  10. Sue says

    8th August 2015 at 7:08 pm

    First time dengar Salav.
    Saya guna philips steam generator iron sekarang ni.
    Best jugak..

    Reply
  11. JMR says

    4th August 2015 at 11:12 am

    syok gak kalau ada sebijik ni..so far, baju aku n wife je kena gosok, tu pun jenuh gk nak menggosok haha

    Reply
    • akubiomed says

      9th August 2015 at 11:42 pm

      Boleh ringan beban isteri sebab proses mengosok lebih cepat.

      Reply
  12. Daud Mohamad says

    4th August 2015 at 11:11 am

    memang mudah dan cepat bila ada penggosok ni..klu guna cara lama rasa malas je nak gosok baju.

    Reply
    • akubiomed says

      9th August 2015 at 11:43 pm

      Apabila baju dah banyak berlonggok menunggu untuk bergosok. Malas pun datanglah. 🙂

      Reply
  13. amir says

    3rd August 2015 at 9:10 pm

    baru tahu benda ni untuk gosok baju. ingat ke untuk buang habuk kain pada baju. haha

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2015 at 9:31 pm

      Selain mengosok, Salav ini juga boleh membuang habuk dan membunuh hama.

      Reply
      • hafizmd says

        9th August 2015 at 5:03 pm

        Panas tu steam die…

        Reply
  14. Raihanah Ahmad says

    3rd August 2015 at 4:42 pm

    macam best je kalau ada ni.. hmm

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2015 at 9:32 pm

      Ia lebih daripada itu. Mengosok dengan Salav boleh mengembirakan. 🙂

      Reply
  15. titan says

    3rd August 2015 at 2:04 pm

    bini gua mesti suka barang ni. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2015 at 9:32 pm

      Beli Salav untuk isteri tentu akan sayang ketat-ketat. 🙂

      Reply
  16. Khairul Zamri says

    3rd August 2015 at 12:51 pm

    Terbaik memang menjadi. Dekat rumah saya pun ada satu jugak.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2015 at 9:33 pm

      Macam saya baju berlonggok untuk mengosok memang banyak. Kontrak mengosok pada hari Ahad. 🙂

      Reply
  17. SaniYunus says

    3rd August 2015 at 8:36 am

    Untuk baju seperti baju kurang dan pakaian wanita memang senang kalau ada benda ni..cuma yang di tak boleh buat tu bahagian nak kasi sight tajam macam mata pisau…:-)

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2015 at 9:34 pm

      Boleh nak buat side tajam dengan mudah mengunakan Salav. Tidak macam guna seterika ada lebih satu side tajam. 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        9th August 2015 at 5:04 pm

        Betul tu..ade alat sekali yg salav bg…tajam sekata

        Reply
  18. zool says

    2nd August 2015 at 11:12 pm

    macam best je kalau beli ini

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2015 at 9:34 pm

      Belikan untuk isteri akan sayang ketat-ketat. 🙂

      Reply
  19. Hairul Hissam says

    2nd August 2015 at 10:23 pm

    Mmg mudah gosok dgn alat nie.. masa pun jimat…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd August 2015 at 11:04 pm

      Dulu nak beli mahal. Salav ini harga pun lebih kurang seterika yng ada stim. Apa lagi sambarlah. 🙂

      Reply
  20. Kimmie says

    2nd August 2015 at 1:25 pm

    memang lama dah berangan nak beli steamer ni. Memang memudahkan kerja mengosok baju.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd August 2015 at 11:05 pm

      Salav ini harganya tak mahal lagi pun boleh guna untuk jangka masa panjang.

      Reply
  21. Adzrif Sidek says

    1st August 2015 at 11:20 pm

    Wahhhh, ini memang seronok ni!

    Saya rasa kena beli satu jugak kalau memang tahan lama.
    Alhamdulillah, thank sebab recommend.
    Memang tengah survey benda ni.

    Nice entry btw 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd August 2015 at 11:05 pm

      Harap selepas ini tidak culas untuk mengosok baju lagi. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in