Garmet steamer Salav cepatkan kerja mengosok baju.
Mengosok baju bukan aktiviti yang menyeronokkan. Betul tak? Guna garment steamer Salav mudah dan cepatkan kerja mengosok baju. Baca lagi nanti saya kongsikan kenapa?
Melonggok baju untuk mengosok.
Cukup malas nak mengosok baju apabila baju-baju kerja yang menanti mengosok sudah menimbun. Kononnya nak tunggu banyak baju baru nak gosok. Biasanya hari Ahad adalah hari paling sibuk mengosok sebab esok harinya adalah hari bekerja.
Banyak tangan dan salah set suhu seterika tunggu untuk berlubang.
Kalau guna seterika pula nak tunggu suhu panas dan perlu set mod yang betul. Kalau tak pasal-pasal baju berbekas dengan tapak seterika terlalu panas dan paling mengerikan kalau berlubang. Mahu angin satu badan. Ini selalu berlaku apabila nak cepat atau banyak tangan guna seterika sebelum ini. Kesian yang baru nak berangan melaram baju ‘side tajam’, berlubang pula jadinya.
Mengosok kain kapas yang mencabar.
Bahagian paling benci mengosok adalah baju jenis kapas @ ‘cotton’. Nak sediakan air dalam cawan untuk renjis pada kain supaya senang hendak mengosok. ‘Upgrade’ sikit ada beli botol spray untuk spray air pada kain.
Kontrak mengosok baju
Macam saya famili besar dan anak-anak bersekolah sudah tentu banyak baju sekolah dan baju kerja. Sekurang-kurang 5 hari punya baju dan seluar perlu digosok. Paling terganggu semasa mengosok apabila tapak seterika menjadi kesat dan hitam. Stim seterika tersumbat apabila seterika stim semakin berusia dan sepatutnya guna air RO tetapi guna air paip memang akan alami liang-liang stim seterika tersumbat apabila seterika sudah lama digunakan.
Saya memilih untuk memiliki garment steamer Salav untuk menyelesaikan masalah mengosok baju.
Ciri-ciri garment steamer Salav yang memikat:-
- Cepat mendapat stim wap didalam 45saat.
- Cepat kerja mengosok
- Tidak perlu set mod suhu.
- Menyah bau yang tidak menyenangkan
- Membunuh hama.
- Tidak perlu guna papan seterika
- Mudah untuk disimpan dan mempunyai roda.
Pemegang stim wap tidak panas dipegang
Penyangkut pemegang stim wap
Penyangkut baju boleh dilipat dan diubah mengikut saiz baju
teleskopik diperbuat daripada aluminum boleh dilaras ketinggian
Suis berlapik plastik meningkat tahap keselamatan
Bekas isi air 1.6L lut sinar. Senang nak memeriksa paras air
Palam salir untuk membuang baki air.
Sebelah kanan hasil mengosok mengunakan Salav
Dah lama teringin nak beli benda alah ni tapi trs down bila ada yang cakap guna benda ni lps gosok kena terus pakai, tak boleh buat stok seminggu sebab akan berkedut semula..betul ke? tolong explain untuk kukuhkan lagi alasan untuk membeli…hehehe
Guna dahulu baru tahu. ☺
menarik.
memudahkan urusan mak-mak nie..
Betul tue siap ada air nak rengis2 lagi kan.
Isteri tersenyum lebar sebab cepat kerja mengosok.
nampak byk feedback baik guna iron ni beerbanding jenis iron lama, mungkin need to try
Yang penting cepat kerja mengosok dan menjimatkan penggunaan elektrik apabila kerja dibereskan.
bab banyak tangan tu serius betul … baru je beli lapik mengosok tu ..dah berlubang .. lubang juga hati ku .. hehehe
Kalau rosak masing-masing tuduh menuduh. ☺
setuju sangat tu
kerja2 menggosok baju suami dan anak2 yg ramai menjadi lebih mudah dan cepat
Ahli famili saya ramai sebab itu beli steam iron supaya kerja mengosok cepat secara langsung dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
Kalau iron baju biasa pun boleh juga kan, lagi cepat dari guna iron yang biasa..
memang best guna ni. owh, boleh buatkan tajam sekali ya kat sisi seluar ngan kameja. ke aku punya kuno sangat. hahaha
Assalam
Alhamdulillah..ambe dah beli 1 khas utk kontrak2 menggosok kt rumah ni..skli gosok habis seminggu…hohi
Senang mengunakan Salav ini. 🙂
aku dari haritu nak beli menda alah mcm ni sebab iron kat umah tu dah berumur
Apa lg bro..kasi angkatlah 1…sng wooo
hehe tunggu masuk komisyen dulu
Harga mampu milik.:)
First time dengar Salav.
Saya guna philips steam generator iron sekarang ni.
Best jugak..
syok gak kalau ada sebijik ni..so far, baju aku n wife je kena gosok, tu pun jenuh gk nak menggosok haha
Boleh ringan beban isteri sebab proses mengosok lebih cepat.
memang mudah dan cepat bila ada penggosok ni..klu guna cara lama rasa malas je nak gosok baju.
Apabila baju dah banyak berlonggok menunggu untuk bergosok. Malas pun datanglah. 🙂
baru tahu benda ni untuk gosok baju. ingat ke untuk buang habuk kain pada baju. haha
Selain mengosok, Salav ini juga boleh membuang habuk dan membunuh hama.
Panas tu steam die…
macam best je kalau ada ni.. hmm
Ia lebih daripada itu. Mengosok dengan Salav boleh mengembirakan. 🙂
bini gua mesti suka barang ni. haha..
Beli Salav untuk isteri tentu akan sayang ketat-ketat. 🙂
Terbaik memang menjadi. Dekat rumah saya pun ada satu jugak.
Macam saya baju berlonggok untuk mengosok memang banyak. Kontrak mengosok pada hari Ahad. 🙂
Untuk baju seperti baju kurang dan pakaian wanita memang senang kalau ada benda ni..cuma yang di tak boleh buat tu bahagian nak kasi sight tajam macam mata pisau…:-)
Boleh nak buat side tajam dengan mudah mengunakan Salav. Tidak macam guna seterika ada lebih satu side tajam. 🙂
Betul tu..ade alat sekali yg salav bg…tajam sekata
macam best je kalau beli ini
Belikan untuk isteri akan sayang ketat-ketat. 🙂
Mmg mudah gosok dgn alat nie.. masa pun jimat…
Dulu nak beli mahal. Salav ini harga pun lebih kurang seterika yng ada stim. Apa lagi sambarlah. 🙂
memang lama dah berangan nak beli steamer ni. Memang memudahkan kerja mengosok baju.
Salav ini harganya tak mahal lagi pun boleh guna untuk jangka masa panjang.
Wahhhh, ini memang seronok ni!
Saya rasa kena beli satu jugak kalau memang tahan lama.
Alhamdulillah, thank sebab recommend.
Memang tengah survey benda ni.
Nice entry btw 🙂
Harap selepas ini tidak culas untuk mengosok baju lagi. 🙂