Gabungan Hafizh Syahrin Moto2 dan Doktor

Hafizh Syahrin Motor2 akan bersaing di MotoGP musim 2014

Lagi anak muda dari Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang  semakin meningkat naik bakal bersaing di MotoGP untuk kelas Motor 2 yang bakal berlangsung di Litar Grand Prix, Qatar untuk musim pembukaan 2014.

Hafizh Syahrin Moto2

Kalau sebelum ini jejaka Banting, Zulfahmi Khairuddin pelumba Moto3 telah mengharumkan nama negara di perlumbaan MotoGP musim 2012. Kali ini Hafizh Syahrin yang buat pertama kali membuat penampilan pertama dengan tiket Wild Card di pusingan MotoGP di Sepang pada tahun 2012.

Albert Floriach ‘Doktor’ dan Hafizh Syahrin gadingan mantap

Bagi musim MotoGP 2014, Hafizh Syahrin akan digandingkan dengan Albert Floriach ‘Doktor’ jurutera yang berpengalaman selama 16 tahun didalam dunia sukan pemotoran. Beliau telah diberi kepercayaan untuk melakukan penyelarasan terbaik bagi jentera Honda 600cc yang bakal ditunggangi oleh Hafizh Syahrin. Floriach telah bersama dengan tim Petronas Raceline Malaysia sejak 3 tahun lalu.

Sebagai rakyat Malaysia kita mengkagumi anak muda berkarisma seperti Hafizh Syahrin Moto2 yang buat pertama kali akan berlumba di MotoGP dengan tim Kalex Honda. Diharapkan gabungan Hafizh Syahrin dengn Floarich ‘Doktor’ bakal menghasilkan keputusan yang mengembirakan kita semua.

sumber: Utusan Malaysia yang diolah semula.

22 thoughts on “Gabungan Hafizh Syahrin Moto2 dan Doktor”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge