Hafizh Syahrin Motor2 akan bersaing di MotoGP musim 2014
Lagi anak muda dari Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang semakin meningkat naik bakal bersaing di MotoGP untuk kelas Motor 2 yang bakal berlangsung di Litar Grand Prix, Qatar untuk musim pembukaan 2014.
Kalau sebelum ini jejaka Banting, Zulfahmi Khairuddin pelumba Moto3 telah mengharumkan nama negara di perlumbaan MotoGP musim 2012. Kali ini Hafizh Syahrin yang buat pertama kali membuat penampilan pertama dengan tiket Wild Card di pusingan MotoGP di Sepang pada tahun 2012.
Albert Floriach ‘Doktor’ dan Hafizh Syahrin gadingan mantap
Bagi musim MotoGP 2014, Hafizh Syahrin akan digandingkan dengan Albert Floriach ‘Doktor’ jurutera yang berpengalaman selama 16 tahun didalam dunia sukan pemotoran. Beliau telah diberi kepercayaan untuk melakukan penyelarasan terbaik bagi jentera Honda 600cc yang bakal ditunggangi oleh Hafizh Syahrin. Floriach telah bersama dengan tim Petronas Raceline Malaysia sejak 3 tahun lalu.
Sebagai rakyat Malaysia kita mengkagumi anak muda berkarisma seperti Hafizh Syahrin Moto2 yang buat pertama kali akan berlumba di MotoGP dengan tim Kalex Honda. Diharapkan gabungan Hafizh Syahrin dengn Floarich ‘Doktor’ bakal menghasilkan keputusan yang mengembirakan kita semua.
sumber: Utusan Malaysia yang diolah semula.
majulah sukan permotoran utk negara. jarang negara asia tenggara hebat dlm sukan bermotor ni
kalau berjaya camni baguslah..yang geram kat kaki rempit
moga beliau lebih berjaya selepas ni untuk malaysia 🙂
Bangga anak melayu berjaya mencipta nama dalam moto gp
semakin ramai pelapis di kalangan anak muda..ptt nya mat2 rempit yg ada ..ambil iktibar…race kat trek yg dibenarkan…menang blh dpt duit..selain mengharumkan nama negara 🙂
nampaknya Malaysia mempunyai ramai penunggang motor yang berbakat…
tengok ramai kawan kawan dah pakai theme baru ni, ni yg rasa nak tukar nih
tukar jangan tak tukar semua ornag tengah gila menukar selagi ada masa free
fyna pun baru tukat theme baru. ok sikit. ^_^
maza rempit dengan Lagenda 110 aje di litar Sepang bersebelahan hafizh, boleh?
hehehe
terbaik semoga hafiz semakin sukses selepas ini
Gandingan hebat dan manatop, hope 4 wakil Malaysia hebat bersaing
yeah…selepas aksi meyakinkan menerusi wild card…akhirnya hafizh dah sampai ke tahap ni…terbaiklah!
Sudah tentu kita keputusan MotoGP yang mantap.
terbaik la hafizh.. teruskan kemajuan
Beliau antara pelumba muda dilihat mampu kompetetif
motosikal besar memeh tak tahu nak bawa. Kalau auto laju je teman ke aeon or md kat pekan tu hiii
Best dapat tunggang motor bekuasa besar.
apa bedsr bro ab tak ader makna cuma honda space je tu jenuh nak menolak huhu..
baru aje aku baca kat surat khabar pasal budak hafizh nih.
Nama beliau semakin dikenali.
elok di kenali sudah mudah-mudahan perkara yang baik jadikan contoh teladan pada anak-anak muda untuk melakar kejayaan.