Saingan sengit perlumbaan FIA Formula E ePrix di Putrajaya
Buat pertama kali Malaysia telah dipilih destinasi kunjungan kereta lumba yang dikuasakan oleh elektrik FIA Formula E pusingan ke 2. Putrajaya telah bertukar menjadi litar perlumbaan kereta lumba formula elektrik.
Semalam saya telah ke Presint 2 Putrajaya untuk menonton pelumbaan kereta formula elektrik. Cuaca cerah dan baik menyaksikan kehadiran pengunjung untuk menyaksikan FIA FORMULA_e Championship ePrix pusingan ke 2. Jalan raya di Presint telah bertukar menjadi litar perlumbaan. Perlumbaan bermula jam 2 petang dan berakhir jam 3 petang, berlangsung selama 1 jam. Pusingan ke 2 FIA FORMULA-e Putrajaya telah dimenangi oleh Sam Bird dari kumpulan Virgin Racing.
kereta elektrik Renault Comos
kereta elektrik Renaul Twizy
Director Car Rimac Concept One
tembok dan pagar sepanjang litar perlumbaan
Kereta kuasa elektrik BMW i8 Safety Car
BMW i3 Safety Car
Info mengenai Kejuaraan FIA Formula E
Perlumbaan mengunakan kereta lumba elektrik satu tempat dari satu pengeluar. The Spark-Renault SRT_01E adalah kereta lumba elekrik 5 kelajaun yang diluluskan oleh FIA. Mengunakan kuasa bateri memberikan kuasa 200kw keupayaan 200 kuasa kuda. Sementara casis dibina mengunakan fiber carbon dan aluminium yang ringan dan kukuh.
Tips elak ditipu oleh bengkel kereta
Disertai 10 pasukan dengan setiap pasukan mempunyai 2 pemandu.
- AMLIN AGURI
- ANDRETTI FORMULA E
- AUDI SPORT ABT
- CHINA RACING
- E.DAMS-RENAULT
- MAHINDRA RACING
- TRULLI
- VENTURI
- VIRGIN RACING
Jarno Trulli dan Nick Heidfeld bekas pelumba F1 telah menyertai FIA Formula E ini pemandu. Jarno Trulli memandu pasukan Trulli manakala Nick Heidfeld memandu untuk pasukan Venturi.
AkuBiomed; Terima kasih kepada Ai Media yang menganjur contest Instagram dan Perbadanan Putrajaya menaja tiket.
Fuhh, memang layan..teringat pula time bawa kereta formula 3 last time…memang layan gileerr…
Kalau ada sebuah boleh jalan jalan..memang best
O ingatkan formula 3 tadi..rupanya formula e
Bunyi bising tak?
ingat nakk pergi juga tempat ni…tetapi pada hari yang sama juga ada karnival upin dan ipin…anak saya excited nak pergi…
lawa gambar kereta2..mestii kamera mahal ni..first time tau ada F3 pakai letrik..jimat xyah pakai minyak..
memang minat nick heidfeld sejak zaman sekolah lagi, huhu…..xde rezeki nak pi tengok
boleh timbulkan minat remaja sekarang dari segi reka cipta dan minat pada sukan
Laaa ni kereta elektik rupanya. Patutlah tengok kat TV baru2 ni dia x berhenti isi minyak, tukar tayar. hehehe. Elektrik rupanya. Mujurlah masuk blog ni.
Wahhhh bestnya…nak tengok gak…haha
sangat bertuah bila dapat lihat formula E ni.. hari tu dapat tiket tapi terpaksa pass kat orang lain sebab ada hal waktu tu….
muja ada tgk tv psal kereta elektrik ni,, insya Allah akan berfaedah untuk alam semula jadi,,
Laju dia agak2 brapa boleh pegi?
Kuasa dihamburkan adalah 200kw atau bersamaan 200kuasa kuda.
padanlah ke putrajaya hari tu agak sesak dari biasa…
rupanya ada formula E…
Ada 2 event besar di Putrajaya. Iaitu Karnival Upin Ipin di PICC dan FIA Formula e di Presint 2.
dkna tengok dalam tv jer.. kalau Mikhail dah besar, memang pergi jugak kat sana..
suka tengok gambar-gambar tue. terbaik!!!
Mantap formula E ni..rugi tak dapat join hari tu.
Nak tengok juga tapi kena follow anak2 tengok upin ipin dulu. Bila nak p sana dah jem pula terus balik la..
satu pengalaman yang tak dapat di lupakan ya ak dan sekeluarga
ada lihat persiapan itu dekat sana tapi sayang masa ia sedang berlangsung kami tak dapat nak pergi. untung orang duduk sekitar kl dan dapat ke sana ya
fuhh..
best la dapat gi tengok kete formula nih..
untunglah bawa anak jalan sana sini ya
Best tu tgk live. Pasti seronok! 🙂
tak berkesempatan nak pergi, sebab tengok karnival upin dan ipin 🙂
Karnival Upin Ipin berlangsung 2 hari. FIA Formula E hanya berlangsung pada hari Sabtu sahaja.
owh inilah litar baru kat putrajaya.
Jalan raya disekitar Presint 2 telah diubah menjadi laluan perlumabaan.
Best dpat tengok secara LIVE. Buat masa sekarang lebih rela tengok dekat TV je. he..23x
Kalau ikutkan ada beberapa lagi pemandu F1 yang sertai Formula E. Begitu juga pelumba dari GP2 dan Formula Renault.
Buat masa sekarang, kebanyakan kereta menggunakan casing yang sama. Maybe lagi 2-3 tahun nnt, setiap pasukan boleh guna casing sendiri untuk perlumbaan.
ada gak tgk kat tv… gua langsung xsempat nk tgk… hehehehe
2 pelumba F1 yang kenal Jarno Trulli dan Nick Heidfeld menjadi pemandu F1 elektrik.
Xpe… Tak masuk exam pun
saya pergi semalam tapi tak masuk rugi betullah.
Ingat hari ini ada lagi.singgah tengok dah kosong.
wahhh memang terbaik angle shoot pic akubiomed…saya tak sempat nk ambil banyak gambar…kena layan adam excited nak tengok hahaha tahniah ya.
kereta elektrik pun dah boleh buat berlumba sekarang ni
memang bagus
wah syok tu boleh tengok bermacam-macam kereta prototype