Day 2: belajar buat produk halal air Soya, Taufufa dan Tauhu keras

Belajar  membuat halal air Soya, Taufufa dan Tauhu keras.

Sambungan pembelajaran membuat produk halal yang saya hadiri pada hari pertama membuat Fish ball,Fish cake dan Nugget yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Selangor. Hari kedua  saya belajar membuat air soya, taufufa dan tauhu keras.

1. Proses membuat air Soya.

Proses membuat air Soya bermula dengan merendam kacang Soya antara 4-6 jam. Mesin memerah air soya tidak ada jadi kami mengunakan mesin pengisar dengan air yang telah disukat. Air soya yang dihasilkan akan dimasak dan sedia untuk dihidangkan dengan dicampur air gula mengikut citarasa.

Abang Sabri lelaki perkasa memerah kacang soya yang dikisar
Abang Sabri lelaki perkasa memerah kacang soya yang dikisar
Hampas kacang soya
Hampas kacang soya boleh dibuat kuih dan baja pokok
Memasak air soya
Memasak air soya

2. Proses membuat tauhu keras.

Proses membuat tauhu keras tidak banyak beza dengan membuat air soya. Tambahan proses adalah membancuh GDL/Saiko untuk mengeraskan air soya sebelum dihancurkan. Air soya yang sudah keras akan dihancurkan kemudian akan dimampatkan dan tus air didalam bekas tauhu keras.

melapik kain didalam bekas tauhu keras
melapik kain didalam bekas tauhu keras
Menuang air soya didalam bekas
Menuang air soya didalam bekas
Meletakkan pemberat untuk mampat dan tus air
Meletakkan pemberat untuk mampat dan tus air
Membuka lapik kain setelah tauhu keras membentuk
Membuka lapik kain setelah tauhu keras membentuk
Potong tauhu keras
Potong tauhu keras
Tauhu keras yang dipotong dimasuk didalam bekas air ais
Tauhu keras yang dipotong dimasuk didalam bekas air ais

Penyampaian sijil dan gambar beramai-ramai.

AkuBiomed menerima sijil penyertaan kursus
AkuBiomed menerima sijil penyertaan kursus
Bergambar beramai-ramai
Bergambar beramai-ramai

p/s: Terima kasih kepada sahabat blogger yang mengundi untuk saya. :-)

64 total views, 3 views today

118 thoughts on “Day 2: belajar buat produk halal air Soya, Taufufa dan Tauhu keras”

  1. assalamualaikum tuan…..
    nk belajar buat taufufa ,soya n tahu … bole sy dapat kan alamat dn no tel
    terima kasih

    [Reply]

    Muhammad asnawi bin yaacob Reply:

    Blh jgk. Sbb sy nk cb blnj buat

    [Reply]

    Muhammad asnawi bin yaacob Reply:

    Sblm tu nk tnye brpa kosnye.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya cadang rujuk ==> http://bit.ly/12pFt6D Selain belajar buat air soya boleh buat taufufa.

    [Reply]

  2. Pingback: 3 Blog Pilihan Ranking Alexa Cun!
  3. I would like to know more abt halal tau fu. may i known where to get
    Jakim halal tau fu?
    Thanks
    hp012 3131835 tel/fax 03 78049731

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    The best way contact Jakim to get them assist how to get Halal logo.

    [Reply]

  4. Pingback: Mr Bean sudah buka di Malaysia yang pertama
  5. nak tanye,dr bulan JUN hgga DISEMBER 2012, ade tak lagi kursus yg dianjurkan oleh badan2 kerajaan dan persatuan ibu tunggal hubungi saya melalui email..

    [Reply]

  6. Pingback: Wordless Wednesday - #Kerumun
  7. Kursus mcm ni banyak diadakan oleh pertubuhan dan badan kerajaan secara percuma tapi tak ramai yang tahu. Kena rajin2 pegi fama, mardi, jabatan pertanian dan lain-lain. Banyak persatuan juga beri kursus percuma mcm persatuan bekas askar, persatuan wanita, ibu tunggal. Kursus ini cuma disampai melalui mulut ke mulut sahaja. kalau diwar-warkan kursus percuma kat media, mesti tak cukup tangan

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    terima kasih kak nora.

    ambe pun tgh carik2 peluang utk hadir kursus camni..thanks kak nora

    [Reply]

  8. satu pengalaman dan ilmu yg baik..
    hurm..agak2nya ada x kursus utk buat tauhu jepun ya…sebab kalau tgk di pasaran skrg ni…boleh dikatakan semua dari syt cina..at least kalau ada perusahaan melayu , rasa selamat dan terjamin la sikit

    [Reply]

  9. Wah usaha yang baik.. Lepas ni boleh plan untuk buat perniagaan sendiri. Boleh tambah pendapatan keluarga.. Saya memang peminat air soya, lebih2 lagi yang homemade. :D

    [Reply]

  10. Air soya itu bagus mukin but pencernaan dan mengandung jat besi yang banyak sehingga badan kita tetap Fit dan semangat.ide bagus tuh gan makasih infonya

    [Reply]

  11. tengok tauhi ni teringat cerita Initial-D the Movie. maybe bro boleh buat macam tu, siap drift lagi hehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Alamak tidak menonton pula Initial D dan tidak tahu babak apa yang ada kaitan dengan tauhu. :-)
    akubiomed recently posted…My #toshibaultrabook Z830 lebih ringan daripada kotak peralatan AkuBiomedMy Profile

    [Reply]

    Ladfe Amir Reply:

    Initial-D ..dari rumah ke kedai di bawah bukit cuma kurang dari 4 minit.
    tip yg diberi..air dalam cawan di tempat bekas air jangan tumpah.

    [Reply]

    Hazmin Hamudin Reply:

    Dah siap masuk Initial D lagi ni. Hehe.. Kalau bro dapat hantar tauhu macam Initial D, memang gempak la. Boleh masuk drift sekali lepas tu.

    [Reply]

  12. Wahh…tauhu tu klau buat bakar pas tu makan ngan sotong liat tu…mak aihhh…peberet bro…:)
    yas recently posted…[Video] Lelaki Ditanam Hidup2 Oleh Tentera SyriaMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Hendak buah tauhu keras perlu dilakukan 3 peringkat. Pertama air soya, kemudian ditukar bentuk menjadi pepejal dan proses akhir memampat yang akan membentuk tauhu keras.
    akubiomed recently posted…Day 1: belajar buat produk halal Fish ball, Fish cake dan NuggetMy Profile

    [Reply]

  13. steady ler bro…lepas ni buka kedai ler…:) jual pasar malam pun laku tu…lumayan…:)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Rasanya saya lebih berminat jadi pembuat daripada membuat serta menjual sebab masa terhad.

    [Reply]

    suri Reply:

    bli seketul dua dah berapa hinggit hee klu bt sndri ada lebih blh jual secara kecil-kecilan

    [Reply]

  14. Mak aku pernah buat air soya ni untuk jualan
    Tapi tak pernah pulak aku belajar cara2 nak membuatnya
    Rugi betul la
    tehr recently posted…Juara Piala Eropah 1960 – 2008My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tidak susah buat air soya ini. Bahagian kritikal adalah peram biji kacang soya selama 4-6jam dan paras ais mesti sekali ganda paras kacang soya didalam bekas. Kalau air lebih pun tak apa.

    [Reply]

    suri Reply:

    sy pernah tgok kak bt soya naik lenguh tangan mengacau huhu..skrg dh stop jual sb jaga anak shaja..

    [Reply]

  15. Assalam..
    Teringin juga nak ikuti kursus macam ni. Tapi susah pulak dengan anak kecil..
    Boleh niaga la ni, dah terror buat…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Hendak kata pakar belum lagi tetapi selalu buat untuk menjadi mahir dan cekap membuatnya.

    [Reply]

    suri Reply:

    agaknya skrg ini ada buka tawaran lagi tak? saya rasa macam nak joint heeee

    [Reply]

  16. elok benar belajar kemahiran seperti ini..

    sekurang2nya utk pengetahuan, selebihnya utk langkah kontingensy.. heheheh

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Yuran pembelajaran pun rendah sekitar RM20 untuk 2 hari dan 6 produk.

    [Reply]

    suri Reply:

    bagus murah dan kita tak rugi..asal kt ipoh tka bt lagu ni huhuhu..

    [Reply]

  17. tahniah bro dapat sijil.. lepast nie boleh jadi tauke hasilan soya… margin keuntungan air soya memang tinggi…. :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Memang sudah buat congakan kasar untung besar jual air soya ini.

    [Reply]

    suri Reply:

    pasti untung lebih ni belum cuba belum tahukan

    [Reply]

  18. wah begitu bijak memilih kursus….kalau bukak company saya nak jadi partner boleh…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya sebenarnya sudah pun menjadi usahawan. Sebelum ini saya pernah mengusahakan cendawan tiram dengan beberapa rakan kongsi.

    [Reply]

    Hazmin Hamudin Reply:

    Wah… Dalam diam rupanya pernah bisnes cendawan tiram bro ni. Memang hebat la. Macam mana dengan bisnes cendawan tu?

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sempat ke musim ke 2 selepas itu tidak dapat diteruskan kerana kadar sewa premis naik dan tidak boleh tampung dengan keuntungan.
    akubiomed recently posted…Menguja deria anda dengan LG Cinema 3D Smart TVMy Profile

    [Reply]

  19. bestnya bro… cemana bro dpt join kursus mcm nie? teringin jugak nak belajar buat produk2 mcm tu, at least utk kegunaan sendiri

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bro boleh layar ke laman Kolej Komuniti yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Macam saya mengambil kursus jangka pendek daripada Kolej Komuniti berdekatan dengan tempat tinggal saya.

    [Reply]

  20. alahai best pulak tengok ni , area ampang ada tak program mcm ni ?

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Puan Bee boleh layar laman Kolej Komuniti cuba cari kolej yang berdekatan dengan tempat tinggal Puan Bee.

    [Reply]

    Hazmin Hamudin Reply:

    Wah… Akak pun nak jugak jual air soya dan tauhu ke?

    [Reply]

  21. tahniah bro xramai orang yg minat sertai kursus mcm ni, sangat bagus sebenarnya, juga boleh buat bisnis. apasal xramai lelaki.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Biasanya wanita lebih berminat menghadiri kursus seperti ini berbanding lelaki agaknya.

    [Reply]

  22. Hehehe… Bestnye… Dapat join aktiviti mcm nie seronok :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Golongan muda dan belia harus menimba ilmu keusahawanan diperingkat awal.

    [Reply]

  23. Bestnyerrr..
    Jeles tau..
    Seronok dapat belajar ilmu camni..
    Nanti buat entri khas cara2 hasilkan produk tuu..
    Boleh?

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Insyallah akan dikongsi. 2 hari lepas saya baru buat Nugget ikan untuk makan sendiri dan ibu saya.

    [Reply]

  24. Semoga akan lebih ramai orang Islam membuat dan menjual tauhu kat pasar di masa hadapan. Ini kalau beli semua bukan Islam yang buat.
    lunaticg recently posted…Blogtalk challenge: Malaysia coin cardMy Profile

    [Reply]

    Jebeng Otai™ Reply:

    yela..terjamin halalnya..lepas ni kalo nmpk bro biomed jual kompem beli berbanding yg bkn islam..

    [Reply]

    Hazmin Hamudin Reply:

    Mesti la kena support rakanblogger berniaga. Kalau bro biomed jual, kena try beli.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Memang tidak ramai orang islam yang membuat tauhu.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge