• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Day 2: belajar buat produk halal air Soya, Taufufa dan Tauhu keras

Day 2: belajar buat produk halal air Soya, Taufufa dan Tauhu keras

26th April 2012 by akubiomed 121 Comments

Belajar  membuat halal air Soya, Taufufa dan Tauhu keras.

Sambungan pembelajaran membuat produk halal yang saya hadiri pada hari pertama membuat Fish ball,Fish cake dan Nugget yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Selangor. Hari kedua  saya belajar membuat air soya, taufufa dan tauhu keras.

1. Proses membuat air Soya.

Proses membuat air Soya bermula dengan merendam kacang Soya antara 4-6 jam. Mesin memerah air soya tidak ada jadi kami mengunakan mesin pengisar dengan air yang telah disukat. Air soya yang dihasilkan akan dimasak dan sedia untuk dihidangkan dengan dicampur air gula mengikut citarasa.

Abang Sabri lelaki perkasa memerah kacang soya yang dikisar
Hampas kacang soya boleh dibuat kuih dan baja pokok
Memasak air soya

2. Proses membuat tauhu keras.

Proses membuat tauhu keras tidak banyak beza dengan membuat air soya. Tambahan proses adalah membancuh GDL/Saiko untuk mengeraskan air soya sebelum dihancurkan. Air soya yang sudah keras akan dihancurkan kemudian akan dimampatkan dan tus air didalam bekas tauhu keras.

melapik kain didalam bekas tauhu keras
Menuang air soya didalam bekas
Meletakkan pemberat untuk mampat dan tus air
Membuka lapik kain setelah tauhu keras membentuk
Potong tauhu keras
Tauhu keras yang dipotong dimasuk didalam bekas air ais

Penyampaian sijil dan gambar beramai-ramai.

AkuBiomed menerima sijil penyertaan kursus
Bergambar beramai-ramai

—————————————————————-

Senarai resepi makanan untuk berniaga:-

  1. Rahsia Putu Bambu & Piring. Bonus PERCUMA Putu Mayam
  2. Rahsia Bun. Bonus PERCUMA Pizza
  3. Rahsia Taufufa. Bonus PERCUMA Coconut Shake
  4. Bisnes Cakoi dan Donut. Bonus PERCUMA Puff Pastary & Karipap pusing
  5. Bisnes Roti Canai. Bonus PERCUMA Mee Goreng, Potongan buah style hotel & kek Batik Special

Tinggalkan email anda dan saya akan berkongsi resepi senarai diatas.

Nama Penuh
E-mail address



100% Spam Free. We respect your privacy

Sila tekan butang kongsi:

  • Home made air soya segar
  • Resepi Taufufah untuk juadah berbuka puasa
  • Mudahnya membuat Taufufah dari rumah

Filed Under: blog Tagged With: kursus membuat air soya, proses membuat air soya

Reader Interactions

Comments

  1. Siti Rohani Shafei says

    13th May 2014 at 12:11 am

    Salam..sy dah jd pmbekal tauhu slama setahun..alhamdulillah mmg mnguntungkan..dgn modal 2500 saja…utk beli mesin,periuk,dan lain2.jd mcm sahabt2 yg kat sini tah tau cara bt tu try la jual…zaman skrg mmg org cari produk yg org islam buat..

    Reply
    • nadia says

      5th August 2014 at 10:53 pm

      Slm nk tye kt mane nk dptkn acuan tauhu tu ye?sy duduk area kajang,dekat ngn kolej komuniti hulu langat tu..

      Reply
      • akubiomed says

        5th August 2014 at 11:47 pm

        Acuan tersebut di tempah khas. Maaf saya tidak pasti dimana tenaga pengajar tempat acuan tersebut.

        Reply
  2. Muhammad asnawi bin yaacob says

    8th January 2014 at 7:40 pm

    Slm nk tny ada xkurus nk buat air soya… sy ingin nk blnj nk buat..

    Reply
  3. zulkefli bin samsudin says

    29th July 2013 at 1:16 pm

    assalamualaikum tuan…..
    nk belajar buat taufufa ,soya n tahu … bole sy dapat kan alamat dn no tel
    terima kasih

    Reply
    • Muhammad asnawi bin yaacob says

      8th January 2014 at 7:41 pm

      Blh jgk. Sbb sy nk cb blnj buat

      Reply
    • Muhammad asnawi bin yaacob says

      8th January 2014 at 7:43 pm

      Sblm tu nk tnye brpa kosnye.

      Reply
      • akubiomed says

        8th January 2014 at 9:09 pm

        Saya cadang rujuk ==> http://bit.ly/12pFt6D Selain belajar buat air soya boleh buat taufufa.

        Reply
  4. Aya says

    26th July 2013 at 12:16 am

    oo..macam tu ke diorang buat.. interesting.. 🙂

    Reply
  5. Mrs Kamilah says

    22nd July 2013 at 12:47 pm

    Bestnya boleh belajar macam ni. Teringin jugak nak buat produk home made ni.

    Reply
  6. hafizmd says

    14th May 2013 at 5:21 pm

    Paling menarik ialah taufufah dan tauhu..

    terima kasih bro berkongsi entri

    Reply
  7. hafiz says

    14th May 2013 at 10:57 am

    lepas ni dah boleh buka bisnes tahu ni bro..

    Reply
  8. evelyn ching says

    26th March 2013 at 11:25 am

    I would like to know more abt halal tau fu. may i known where to get
    Jakim halal tau fu?
    Thanks
    hp012 3131835 tel/fax 03 78049731

    Reply
    • akubiomed says

      26th March 2013 at 5:17 pm

      The best way contact Jakim to get them assist how to get Halal logo.

      Reply
  9. maszull says

    12th August 2012 at 6:53 pm

    assalamualaikum akubiomed….seronoknya dapat pengetahuan membuat tauhu senang bila dah tahu boleh buat sendiri atau boleh buat bisness…:)

    Reply
  10. Oh! budu says

    9th August 2012 at 6:35 pm

    untung join benda2 camtu.. dpt buat sendiri. lg syok

    Reply
    • akubiomed says

      9th August 2012 at 7:18 pm

      Bulan Ramadhan memanglah kerap buat air soya.

      Reply
  11. nurfauzi says

    11th June 2012 at 4:32 pm

    nak tanye,dr bulan JUN hgga DISEMBER 2012, ade tak lagi kursus yg dianjurkan oleh badan2 kerajaan dan persatuan ibu tunggal hubungi saya melalui email..

    Reply
  12. Hazmin Hamudin says

    30th April 2012 at 8:47 pm

    Dulu selalu orang tua saya buat soya sendiri dirumah. Taufu fa pun tak perlu beli di luar sebab boleh buat sendiri di rumah. Memang puas hati minum soya buatan sendiri.

    Reply
  13. Norasikin says

    30th April 2012 at 5:39 pm

    Kursus mcm ni banyak diadakan oleh pertubuhan dan badan kerajaan secara percuma tapi tak ramai yang tahu. Kena rajin2 pegi fama, mardi, jabatan pertanian dan lain-lain. Banyak persatuan juga beri kursus percuma mcm persatuan bekas askar, persatuan wanita, ibu tunggal. Kursus ini cuma disampai melalui mulut ke mulut sahaja. kalau diwar-warkan kursus percuma kat media, mesti tak cukup tangan

    Reply
    • hafizmd says

      14th May 2013 at 5:23 pm

      terima kasih kak nora.

      ambe pun tgh carik2 peluang utk hadir kursus camni..thanks kak nora

      Reply
  14. suri says

    30th April 2012 at 3:22 pm

    wah bangga bila dapat sijil tu..pas ini kurus apa pula bro? ada kursus bt kek ker?

    Reply
  15. suri says

    30th April 2012 at 3:05 pm

    hai bro dah cam duduk sendat je kat celah2 tuh heee

    Reply
  16. chii says

    30th April 2012 at 9:39 am

    satu pengalaman dan ilmu yg baik..
    hurm..agak2nya ada x kursus utk buat tauhu jepun ya…sebab kalau tgk di pasaran skrg ni…boleh dikatakan semua dari syt cina..at least kalau ada perusahaan melayu , rasa selamat dan terjamin la sikit

    Reply
  17. hafizmd says

    30th April 2012 at 7:04 am

    tauhu keras tu feveret wife…nampaknya, kena belajar buat lepas ni…hehe

    p.s.undian masih dibuka lg ke ni?

    Reply
  18. Nur says

    29th April 2012 at 6:59 pm

    Wah usaha yang baik.. Lepas ni boleh plan untuk buat perniagaan sendiri. Boleh tambah pendapatan keluarga.. Saya memang peminat air soya, lebih2 lagi yang homemade. 😀

    Reply
  19. putera malam says

    28th April 2012 at 10:54 pm

    boleh jadi usahawan muda lepas nie,,,

    Reply
    • suri says

      30th April 2012 at 3:06 pm

      cayalah bro nampaknya saya dah ada geng2 suka ikuti kursus vam ni heee

      Reply
  20. Ladfe Amir says

    28th April 2012 at 9:03 pm

    lepas ni bolehlah buat sendiri air soya dan taufu.
    bulan puasa boleh jadi pengedar kepada penjual

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      30th April 2012 at 8:48 pm

      Lepas ni kencang la pendapatan blogger sorang ni.

      Reply
  21. ohcikgu says

    28th April 2012 at 8:30 pm

    huh..macam sedap aje..

    Reply
    • suri says

      30th April 2012 at 3:08 pm

      sy suka goreng tauhu..klu bt sambal..atau masuk dlm mee sedap gak

      Reply
  22. Ammar says

    28th April 2012 at 3:27 pm

    Nak belajar jugak lah

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:17 pm

      Masa ketika muda dan bertenaga elok menimba ilmu sebanya mungkin.

      Reply
      • suri says

        30th April 2012 at 3:38 pm

        setuju masa mudah timba ilmu seberapa byk nnti dh bersara awall blh buka perniagaan heee

        Reply
  23. pipoq says

    28th April 2012 at 12:37 pm

    insyaAllah lepas ni boleh la menceburi IKS pulak..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:18 pm

      Insyallah. Banyak ilmu perlu ditimba terutama ilmu keusahawanan.

      Reply
      • suri says

        30th April 2012 at 3:09 pm

        dah boleh bukak langkah kecil2an bro.tahniah ya sb berjaya ke tahap ini siap dpt sijil lagi.

        Reply
  24. Obat Tradisional Penyakit Jantung says

    28th April 2012 at 8:55 am

    Air soya itu bagus mukin but pencernaan dan mengandung jat besi yang banyak sehingga badan kita tetap Fit dan semangat.ide bagus tuh gan makasih infonya

    Reply
  25. Amirez says

    28th April 2012 at 7:12 am

    tengok tauhi ni teringat cerita Initial-D the Movie. maybe bro boleh buat macam tu, siap drift lagi hehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:19 pm

      Alamak tidak menonton pula Initial D dan tidak tahu babak apa yang ada kaitan dengan tauhu. 🙂

      Reply
    • Ladfe Amir says

      28th April 2012 at 9:02 pm

      Initial-D ..dari rumah ke kedai di bawah bukit cuma kurang dari 4 minit.
      tip yg diberi..air dalam cawan di tempat bekas air jangan tumpah.

      Reply
    • Hazmin Hamudin says

      30th April 2012 at 8:49 pm

      Dah siap masuk Initial D lagi ni. Hehe.. Kalau bro dapat hantar tauhu macam Initial D, memang gempak la. Boleh masuk drift sekali lepas tu.

      Reply
  26. yas says

    28th April 2012 at 2:33 am

    Wahh…tauhu tu klau buat bakar pas tu makan ngan sotong liat tu…mak aihhh…peberet bro…:)

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:21 pm

      Hendak buah tauhu keras perlu dilakukan 3 peringkat. Pertama air soya, kemudian ditukar bentuk menjadi pepejal dan proses akhir memampat yang akan membentuk tauhu keras.

      Reply
  27. Norizwan says

    28th April 2012 at 12:39 am

    steady ler bro…lepas ni buka kedai ler…:) jual pasar malam pun laku tu…lumayan…:)

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:22 pm

      Rasanya saya lebih berminat jadi pembuat daripada membuat serta menjual sebab masa terhad.

      Reply
      • suri says

        30th April 2012 at 3:58 pm

        bli seketul dua dah berapa hinggit hee klu bt sndri ada lebih blh jual secara kecil-kecilan

        Reply
  28. Man says

    28th April 2012 at 12:36 am

    ni tauhu yang dekat kedai tu ke..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:22 pm

      Yer bro. 🙂

      Reply
  29. zulkbo says

    28th April 2012 at 12:27 am

    salam..
    produk soya ni memang saya suka
    tapi setakat nih..SUKA MAKAN je la
    he he..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:23 pm

      Saya belajar sebab ingin tahu kerana selama ini macam bro membeli dan makan. 🙂

      Reply
  30. tehr says

    27th April 2012 at 11:26 pm

    Mak aku pernah buat air soya ni untuk jualan
    Tapi tak pernah pulak aku belajar cara2 nak membuatnya
    Rugi betul la

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:24 pm

      Tidak susah buat air soya ini. Bahagian kritikal adalah peram biji kacang soya selama 4-6jam dan paras ais mesti sekali ganda paras kacang soya didalam bekas. Kalau air lebih pun tak apa.

      Reply
      • suri says

        30th April 2012 at 4:08 pm

        sy pernah tgok kak bt soya naik lenguh tangan mengacau huhu..skrg dh stop jual sb jaga anak shaja..

        Reply
  31. iza says

    27th April 2012 at 10:59 pm

    Assalam..
    Teringin juga nak ikuti kursus macam ni. Tapi susah pulak dengan anak kecil..
    Boleh niaga la ni, dah terror buat…

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:25 pm

      Hendak kata pakar belum lagi tetapi selalu buat untuk menjadi mahir dan cekap membuatnya.

      Reply
      • suri says

        28th May 2013 at 10:25 am

        agaknya skrg ini ada buka tawaran lagi tak? saya rasa macam nak joint heeee

        Reply
  32. titan says

    27th April 2012 at 10:41 pm

    dah leh jual air kacang soya la lepas ni. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:26 pm

      Insyallah. 🙂

      Reply
      • suri says

        28th May 2013 at 10:25 am

        bila kaedah dah tu, bahan2 rahsiah mesti jaid mudah nak mulakan perniagaan

        Reply
    • Hazmin Hamudin says

      30th April 2012 at 8:50 pm

      Sebelum jual tu apa kata bagi kwan-kawan blogger rasa dulu. Hehe..

      Reply
  33. Dulu Lain Sekarang Lain says

    27th April 2012 at 9:31 pm

    boleh jd taukey tauhu cam nie 😉

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:26 pm

      Belum buat keputusan untuk menjual produk apa lagi. 🙂

      Reply
      • suri says

        28th May 2013 at 10:22 am

        bila lagi masa inilah bro..ker mahu tgu pas pencen 🙂

        Reply
  34. maza says

    27th April 2012 at 9:18 pm

    elok benar belajar kemahiran seperti ini..

    sekurang2nya utk pengetahuan, selebihnya utk langkah kontingensy.. heheheh

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:27 pm

      Yuran pembelajaran pun rendah sekitar RM20 untuk 2 hari dan 6 produk.

      Reply
      • suri says

        30th April 2012 at 3:11 pm

        bagus murah dan kita tak rugi..asal kt ipoh tka bt lagu ni huhuhu..

        Reply
  35. Hairul says

    27th April 2012 at 9:06 pm

    tahniah bro dapat sijil.. lepast nie boleh jadi tauke hasilan soya… margin keuntungan air soya memang tinggi…. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:27 pm

      Memang sudah buat congakan kasar untung besar jual air soya ini.

      Reply
      • suri says

        28th May 2013 at 10:23 am

        pasti untung lebih ni belum cuba belum tahukan

        Reply
  36. benjy says

    27th April 2012 at 7:49 pm

    Wow ! lepas ni boleh jadi tauke ni Broo …. Emmm tiba-tiba Benjy pun nak gi kursus macam tu jugalah pula … 😀

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:29 pm

      Ambil peluang bro apa yang sudah terhidang didepan mata.

      Reply
  37. Ibu Mifzal Arsyad says

    27th April 2012 at 7:18 pm

    bestnya dapat peluang hadir kursus seperti ini..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:30 pm

      Saya pun ketahui kursus pendek ini pun agak lambat. Rupanya Kolej Komuniti telah menawar kursus-kursus pendek ini sejak tahun 2003 lagi.

      Reply
  38. azura says

    27th April 2012 at 7:12 pm

    wah begitu bijak memilih kursus….kalau bukak company saya nak jadi partner boleh…

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:31 pm

      Saya sebenarnya sudah pun menjadi usahawan. Sebelum ini saya pernah mengusahakan cendawan tiram dengan beberapa rakan kongsi.

      Reply
      • Hazmin Hamudin says

        30th April 2012 at 8:51 pm

        Wah… Dalam diam rupanya pernah bisnes cendawan tiram bro ni. Memang hebat la. Macam mana dengan bisnes cendawan tu?

        Reply
        • akubiomed says

          30th April 2012 at 9:03 pm

          Sempat ke musim ke 2 selepas itu tidak dapat diteruskan kerana kadar sewa premis naik dan tidak boleh tampung dengan keuntungan.

          Reply
  39. ProfHariz says

    27th April 2012 at 6:21 pm

    Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Bukak bisnes bro.

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:32 pm

      Insyallah saya ada perancangan ke arah itu.

      Reply
  40. anif says

    27th April 2012 at 5:30 pm

    Bagus aktiviti sebegini diadakan. Selain menambah ilmu dapat juga menambah kenalan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:32 pm

      Betul tuh. Sambil menimba ilmu dapat menambah rangkaian.

      Reply
  41. sw33tdarling says

    27th April 2012 at 5:24 pm

    wahhh dah boleh jadi pengusaha ni…

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:33 pm

      Hubby Amy lagi hebat sudah lama menjadi usahawan.

      Reply
  42. baguznet says

    27th April 2012 at 4:30 pm

    bestnya bro… cemana bro dpt join kursus mcm nie? teringin jugak nak belajar buat produk2 mcm tu, at least utk kegunaan sendiri

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:35 pm

      Bro boleh layar ke laman Kolej Komuniti yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Macam saya mengambil kursus jangka pendek daripada Kolej Komuniti berdekatan dengan tempat tinggal saya.

      Reply
  43. puanbee says

    27th April 2012 at 3:53 pm

    alahai best pulak tengok ni , area ampang ada tak program mcm ni ?

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:36 pm

      Puan Bee boleh layar laman Kolej Komuniti cuba cari kolej yang berdekatan dengan tempat tinggal Puan Bee.

      Reply
    • Hazmin Hamudin says

      30th April 2012 at 8:52 pm

      Wah… Akak pun nak jugak jual air soya dan tauhu ke?

      Reply
  44. Denaihati says

    27th April 2012 at 3:38 pm

    tahniah bro xramai orang yg minat sertai kursus mcm ni, sangat bagus sebenarnya, juga boleh buat bisnis. apasal xramai lelaki.

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:35 pm

      Biasanya wanita lebih berminat menghadiri kursus seperti ini berbanding lelaki agaknya.

      Reply
  45. Izzuddin Fauzi says

    27th April 2012 at 2:59 pm

    Hehehe… Bestnye… Dapat join aktiviti mcm nie seronok 😀

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:37 pm

      Golongan muda dan belia harus menimba ilmu keusahawanan diperingkat awal.

      Reply
  46. isza says

    27th April 2012 at 2:52 pm

    Bestnyerrr..
    Jeles tau..
    Seronok dapat belajar ilmu camni..
    Nanti buat entri khas cara2 hasilkan produk tuu..
    Boleh?

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:38 pm

      Insyallah akan dikongsi. 2 hari lepas saya baru buat Nugget ikan untuk makan sendiri dan ibu saya.

      Reply
  47. donnyien says

    27th April 2012 at 1:28 pm

    tu dia lelaki kacak terima sijil.. hehe.Don kalau cari minuman tin, selalunya beli soya bean je..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:38 pm

      Ha..haa..ada-ada sahaja bro Donny. 🙂

      Reply
  48. nuriz says

    27th April 2012 at 12:29 pm

    menarik sgt proses proses yang harus dibuat untuk dapat hasilnya

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:39 pm

      Saya suka sesi praktikalnya yang 90%.

      Reply
  49. Nurul says

    27th April 2012 at 12:21 pm

    Macam ni yer cara nak buat.. X pernah tgk pun..

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:40 pm

      Nurul pun boleh buat kerana tidak susah.

      Reply
  50. lunaticg says

    27th April 2012 at 10:26 am

    Semoga akan lebih ramai orang Islam membuat dan menjual tauhu kat pasar di masa hadapan. Ini kalau beli semua bukan Islam yang buat.

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      27th April 2012 at 5:51 pm

      yela..terjamin halalnya..lepas ni kalo nmpk bro biomed jual kompem beli berbanding yg bkn islam..

      Reply
      • Hazmin Hamudin says

        30th April 2012 at 8:53 pm

        Mesti la kena support rakanblogger berniaga. Kalau bro biomed jual, kena try beli.

        Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:40 pm

      Memang tidak ramai orang islam yang membuat tauhu.

      Reply
  51. akhiyy says

    27th April 2012 at 8:41 am

    bro memang minat masak ek?

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:41 pm

      Saya sebenar suka mencabar diri sendiri. 🙂

      Reply
  52. Kujie says

    27th April 2012 at 8:12 am

    Kakak ipar Kak Jie ada tuuuu….
    gambar no 4 dari atas, pakai apron kuning tu, tudung purple
    entah2 korang satu group

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:41 pm

      Memang satu kumpulan pun. 🙂

      Reply
  53. Mus says

    27th April 2012 at 7:54 am

    kalau air soya memang orang rumah saya suka buat sendiri..
    buat dalam kuantiti banyak.. boleh bagi jiran-jiran

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:42 pm

      Air kacang soya 1kg boleh jadi 10-15 liter itu pun sudah pekat.

      Reply
  54. Kamal Mustafa says

    27th April 2012 at 7:39 am

    wah dah dapat sijil nie, sok2 bolehlah bisnes,jual air soya bulan puasa

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2012 at 4:43 pm

      Ada peluang saya akan buat jual air soya kepada jiran tetangga.

      Reply
  55. azmanisma says

    27th April 2012 at 12:50 am

    Nak buat air soya nih semuanya kena bersih..kalau tak susah nak jadi…boleh berniaga bulan puasa nanti bro!

    Reply
    • akubiomed says

      27th April 2012 at 12:53 am

      Kebersihan perlu dititik berat didalam penyediaan makanan seperti bro komen.

      Reply
  56. kulanz says

    27th April 2012 at 12:29 am

    wah.. banyak juga yang sudah bro belajar ni..
    aku pun nak juga ikut program macam ni kalau ada dianjurkan dekat tempat aku nanti

    Reply
    • akubiomed says

      27th April 2012 at 12:55 am

      Saya belajar 6 produk yang menariknya 1 penyedian boleh menghasilkan 3 produk. Contoh kacang soya boleh menghasilkan air soya, taufufa dan tauhu keras.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in