Berada di landasan yang betul

Mengharapkan permulaan berada di landasan yang betul

Berharap berada di landasan yang betul di awal tahun 2014. Sudah melebihi 24 jam tanpa entri terbaru diblog. Biasanya diawal tahun baru akan menentukan kelangsungan sesuatu blog berada kekal atau semakin tertinggal.

landasan yang betul

Biasanya awal tahun 2014 adalah paling sibuk dan ada kemungkinan blog aktif dengan entri terbaru atau sunyi tanpa cerita baru. Saya perlu memikirkan hala tuju blog AkuBiomed ini agak tidak tertinggal dan berada di landasan yang betul adalah kritikal.

“Kagum dengan kerajinan dan ketekunan bro Titan yang sentiasa mengemas kini blog dengan entri terbaru”

Saya masih boleh menarik nafas lega  dan tidak perlu tekan ‘panic button’ seperti yang pernah berlaku kepada blog AkuBiomed ini beberapa tahun lepas yang selalu ada masalah teknikal pada awal Januari.

“Mencari jalan untuk mengamalkan Teknik SEO Merah Jambu mampu memberikan blog berdaya saing”

Boleh dikatakan agak lewat membuat perubahan kosmetik yang minor dengan masih mengekalkan default theme WordPress mempunyai ciri-ciri minimalis. Nampaknya masalah-masalah semasa bersalin kulit berjalan dengan lancar dengan menitik beratkan blog yang ringan untuk diakses samada melalui desktop, laptop, tablet atau smartphone. Apa yang saya boleh sarankan untuk mendapat Theme yang Responsive untuk paparan dekstop  desktop, laptop, tablet dan smartphone semakin banyak yang mesra.

Tepu dengan teknik SEO

Terlalu memikirkan SEO menjadikan blog tidak enak dibaca dan semakin terasa terlalu teknikal kerana disempit dengan teknik SEO. Apabila difikirkan yang membaca itu manusia sudah tentu mahu dicuit perasaannya. Kalau boleh penulisan itu dapat memberikan gambaran cerita yang ingin disampaikan.

Analisa blog AkuBiomed yang positif

  • Kedudukan Alexa Rank masih boleh dikatakan baik walaupun turun naik macam yoyo.
  • Analisa Pingdom positif
  • Analisa keputusan GTmetrix juga positif 

keputusan GTmetrix

keputusan Pingdom

Keputusan Alexa Rank

Banyak yang berlaku dikeadaan sekeliling

Saya amati blogger semakin aktif mendapat peluang menyertai event dan begitu juga contest-contest yang dianjurkan dengan hadiah pertaruhkan sangat lumayan.  Bagi saya ia adalah sesuatu positif cuma blogger perlu bersikap matang dapat mengelakkan berlaku yang memberikan kesan ibarat ‘nila setitik rosak susu sebelanga’.

AkuBiomed: Entri pemanas badan dengan suasana dijangka sejuk menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi

36 thoughts on “Berada di landasan yang betul”

  1. hurm..chiii pun da lama x check rank..agaknya da jatuh merudum..almaklumlah..sblum ni lama sngt menyepikan diri :)

    nak kekalkan momentum yg ada mmg sukar..lebih2 lagi bil;a terlalu lama mendiamkn diri..mcm chii :p
    chii recently posted…Bidang yang di ceburiMy Profile

    [Reply]

  2. Insyaallah, bro berada di landasan yang betul. :-)

    Masih boleh kekalkan momentum berblog. Itu yang penting.

    [Reply]

    suri Reply:

    saya ada perasan blog paling lewat update dua hari jer. kalau lepas pandang tak tahu pula. semoga berjaya pada perkara yang di fokuskan

    [Reply]

  3. Theme default lebih cantik dan responsive daripada mobile theme jetpack..
    Mus recently posted…Promosi AirAsia – Tempat Duduk Percuma Sempena 3 Laluan Baru Mac 2014My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tak sangka pula Theme Twenty Fourteen ini ringan dan responsive.

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    boleh tahan ringan dan mmg cantik….nampaknya, saya juga sedang berkira2 utk cari themes yg lebih ringan macam ni…
    hafizmd recently posted…Wordless Wednesday #51 Kembang Seperiuk!My Profile

    [Reply]

    suri Reply:

    azam baru semua nak ringan bukan berat badan sahaja blog pun mahu juga

    [Reply]

  4. Mantap ranking blog bro..
    Mus recently posted…Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Khemah Sebelum BercutiMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ranking macam yoyo. Mengharap Google PR dapat ditingkatkan.

    [Reply]

    suri Reply:

    susah bila naik turun balik jadi sakit hati selau di abaikan kalau tak blog tak berusik uh.
    suri recently posted…Teknik Berjaya Mempelajari Grammar English Dalam Bahasa MalaysiaMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge