Maaf kalau blog theme akubiomed memeningkan

Maaf kalau blog theme akubiomed jadi pening.

blog theme

Korang tentu perasan themes blog aku bertukar-tukar didalam berapa hari ini dah macam sesumpah. Kejap-kejap tukar theme yang ini kejap tukar theme yang itu. Aku ingin mohon maaf kalau ketika korang berkujung gangguan teknikal macamana ini akan membantut korang untuk mengunjung blog AkuBiomed.

Belajar mengenal blog dengan menggunakan WordPress

Masa mula-mula aku membuat blog aku tidak mengambil pusing sangat pada pemilihan theme, blog loading dan sebagainya. Pasa masa itu aku masih dalam proses menyesuaikan diri dengan WordPress kerana aku akui lama juga tinggal selepas tidak aktif akaun sejak awal Januari tahun ini. Pada masa ada nama domain dan hosting sendiri memang aku jarang sekali mengemaskini blog tersebut. Tumpuan aku pada masa itu adalah pada blog spot.

Susah juga hendak mencari theme yang sesuai dengan citarasa, mudah digunakan orang seperti aku yang tidak mempunyai pengetahuan IT. Kali terakhir aku buat homepage menggunakan kod HTML dan pada masa itu aku membuat homepage one stop center untuk carian informasi mengenai kejuruteraan biomedikal tempatan dan luar negeri kerana pada ketika itu amat sedikit informasi yang diketahui tentang bidang kejuruteraan yang aku ceburi.

Aku tidak pernah hadir kelas formal untuk belajar kod HTML kerana aku belajar dengan merujuk buku-buku berkaitan HTML kod. Begitu juga dengan blog aku membeli eb0ok dari SmartZul dan aku sendiri tidak percaya yang aku akhirnya berjaya mengikut panduan yang diberikan.

Theme dari WoosThemes

WooThemes

Aku mengunakan theme dari WooThemes. Heran juga sebelum ini aku pernah ke WooThemes semua themenya berbayar. Mungkin aku tak perasan yang WooTheme ada juga menyediakan theme-theme secara percuma. Be honest aku tak berapa mahir nak godek kod theme tapi kali ini tema dari WooThemes semuanya menjadi memudahkan kerja aku dari logo banner, icon, ad dan banyak ciri-ciri lain telah sedia terbina tak perlu lagi nak godek coding ini sudah bagus. Ibarat mata mengantuk disorong bantal ;-)

Ini hasil ujian dari SEO Doc

Analisa dari SEO doc

Seo doc boleh di addon pada Firefox. Buat masa ini aku lulus dengan cemerlang untuk front page AkuBiomed.Com dengan kelajuan 5.7 saat untuk blog loading(bergantung pada kelajuan broadband). Banyak lagi hendak dipelajari terutama saiz imej perlu diambil perhatian dan cache.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Ali ridha December 13, 2010 at 9:50 pm

    janji load laju.
    itu yang semua orang mahukan.

    • akubiomed December 13, 2010 at 9:51 pm

      Blog load lambat menyebabkan mood hilang nak tinggalkan komen :-)

  • Ali ridha December 13, 2010 at 9:48 pm

    terpengsan aku tengok nye.

  • sangilapi November 5, 2010 at 3:19 am

    aku ngeri sikit nak tukar-tukar theme ni sebab buta IT :) ….bimbang timbul masalah lain pulak namun berhajat mencari theme yang lebih ringan.
    sangilapi recently posted..tragedi oktoberMy Profile

    • akubiomed November 5, 2010 at 3:03 pm

      Dah kena pada hari Isnin lepas tetiba semua posting tak boleh nak access rasa nak menangis pun ada. Nasib baik semua data tu tak hilang. Godek-godek akhirnya dapat masa tuh plugin back up pun tak berkesan tapi tidak serik sebab anggap sebagai cabaran ;-)

  • Ismail N November 4, 2010 at 11:39 pm

    Biasalah tu tukar-tukar themes dsb. Dapat tambah ilmu jugak tu. Btw, theme ni pun nampak menarik dan loadingnya cepat. Tahniah..
    Ismail N recently posted..TUTORIAL – Cara Memindahkan Blog WordPress Ke Web Hosting Lain Bhgn IIMy Profile

    • akubiomed November 4, 2010 at 11:42 pm

      Rasa terbayar penat lelah bila dapat komen positive.

  • Syafrizal November 4, 2010 at 5:05 pm

    aku pun nak cuba guna Woo Themes..
    theme aku memang ada masalah
    Syafrizal recently posted..Program MIBF di HPA International CenterMy Profile

    • akubiomed November 4, 2010 at 5:15 pm

      Saya secara tak sengaja menjumpai WooThemes kerana sebelum ini ingatkan semua themenya berbayar

  • hafizmd November 4, 2010 at 2:25 pm

    cantik bro..takpe mcam sesumpah..biaselah tuh..kang bila dah addicted nk tukar themes..susah juga..hehe

    aku pun buat blog hasil dari buku bro smartzul tu…mmg hebat garapan die tuh..
    hafizmd recently posted..Ambil kesempatan atas 7 blogger ni…My Profile

    • akubiomed November 4, 2010 at 2:29 pm

      Buku pertama ebook saya dari SmartZul :-) Masa beli tawakal jer kalau terkena nasiblar tapi alhamdulillah tidak mengecewakan

  • dnoBiz November 4, 2010 at 1:25 pm

    pada aku dah ok dan tak memaningkan mata,dan yang paling best… blog kau memang pantas
    dnoBiz recently posted..PilihanRaya dun Galas dan Batu Sapi – Siapa Pilihan Rakyat My Profile

    • akubiomed November 4, 2010 at 1:55 pm

      Terima kasih, buat setakat ini dah memuaskan hati. Harap ad tak segan meniklan nanti

      • dnoBiz November 5, 2010 at 12:00 am

        sudah semestinya :D

  • fitri November 4, 2010 at 12:29 pm

    theme elok berwarna cerah..senang nak baca..aku pn rase nak ejas blk theme..sebab pembaca lg penting drpd diri sendiri..diorg yg bce apa kita tulis kan?
    fitri recently posted..Kereta- Manual Atau AutoMy Profile

  • Hadi Rofiee November 4, 2010 at 10:58 am

    Patutlah sebelum ni asyik bertukar2 wajah. Perasan juga. Hehe.

    p.s: saya pun sama, banyak lagi yg kena belajar. :-)

    • akubiomed November 4, 2010 at 11:16 am

      Susah nak cari theme yang sesuai letih otak letih jari asyik klik mouse. Nasib baik mouse tak lari

      • Hadi Rofiee November 4, 2010 at 1:37 pm

        Kena jaga ‘mouse’ tu baik2. Hehe. :-)

        Saya pun dalam proses nak cari tema yg sesuai. Huhu.

        • akubiomed November 4, 2010 at 1:54 pm

          Nasib mouse saya yang jenis berekor kalu yang guna bluetooth dah lama lari :-)

          • Hadi Rofiee November 4, 2010 at 2:52 pm

            Hehe. dah kena ikat. :D

          • akubiomed November 4, 2010 at 3:05 pm

            dah kena tambat

  • suffer8zine November 4, 2010 at 5:48 am

    wahhh nice bro!

    Terkini : Katak makan tikus
    suffer8zine recently posted..Mulut paling lebar diduniaMy Profile

  • zik November 4, 2010 at 5:26 am

    wah.. banyak tanda right tuh… nak beli..tapi tak mampu..pakai mana yang ada jela..huhu
    zik recently posted..Ikan keliMy Profile

    • akubiomed November 4, 2010 at 9:47 am

      Saya pakai WooThemes yang free edition, buat masa ini okay jer ;-)

  • Sufi Tshirt Printing November 4, 2010 at 1:39 am

    theme dah ok dah..sedap dan sejuk mata memandang..xde la semak sgt.. :)
    Sufi Tshirt Printing recently posted..T-shirt I Love Sg CongkakMy Profile

    • akubiomed November 4, 2010 at 9:48 am

      Thanks, memang saya nak theme yang clean dan ringkas

  • syahrilhafiz November 4, 2010 at 1:06 am

    la..
    patut la ubah lagi..hehe
    hari tu lain skank lain pulak..
    sebenarnya nak cari themes yang berkenan memang susah..
    kena slow2..
    woothemes ni pun dah kira mantap..nice

    • akubiomed November 4, 2010 at 9:49 am

      Memang susah nak cari theme yang sesuai kalau yang berbayar tentu berbaloi

  • Amirez November 4, 2010 at 12:13 am

    sekali install dah lulus semua SEO Doc, maknanya theme ni memang bagus. boleh try check kat woorank pula tengok apa yang perlu diubah
    Amirez recently posted..Pertama Kali Pakai CrocsMy Profile

    • akubiomed November 4, 2010 at 12:18 am

      Thanks bagi tip nanti saya cuba Woorank ;-)

  • Amirez November 3, 2010 at 10:35 pm

    smart theme ni. nampak kemas :)
    Amirez recently posted..Pertama Kali Pakai CrocsMy Profile

    • akubiomed November 3, 2010 at 10:58 pm

      Banyak lagi setting nak kena buat. Buat masa ini letak dulu theme perlahan buat setting satu persatu. Dah rasa letih, ambik break untuk recover kepenatan

  • Mohd Hafiz November 3, 2010 at 10:09 pm

    hmmm… kdg2 theme tu pun penting gak kn….
    Mohd Hafiz recently posted..Make Money Online – I Get Back My Glitterati Status From Nuffnang!My Profile

    • akubiomed November 3, 2010 at 10:59 pm

      Ramai lihat theme bukan setakat penambah perisa tapi lebih pada itu

Trackbacks