Ldnio travel charger sangat berbaloi.
Ldnio travel charger ada 4 port usb, membolehkan cas 4 gajet serentak. Biasanya kalau beli gajet samada smartphone atau tablet akan dibekalkan travel charger. Masalah apabila soket plug pula kadang-kadang penuh dan lebih malang pula power bank pun nyawa-nyawa ikan.
Ldnio travel charger universal cas untuk gajet.
Ldnio travel charger ini boleh dikatakan universal cas, boleh mengecas telefon bimbit, iPhone, iPod, iPad, Tablet, Bluetooth head set dan lain-lain gajet. Saya guna Ldnio untuk cas tablet dan smartphone. Sudah lama saya mencari cas yang universal kerana ada gajet yang memerlukan cas Ampere tinggi, 2A sehingga 2.4A. Ldnio charger ini mampu memberikan sehingga 4.2A maksimum.
Kadang-kadang kalau pergi outstation akan menginap di hotel. Ada kala soket dinding pula tak banyak atau banyak yang rosak pada sama duduk bilik twin sharing. Kawan juga nak cas dan kita juga nak cas. Kalau nak tunggu bergilir-gilir cas gajet masing-masing. Kalau guna usb port pada laptop lambat pula masa mengecas. Apa bila sudah Ldnio 4 port usb cas universal menjadi senang. Boleh cas lebih dari satu gajet pada satu adaper. Mudahkan.
Luaran yang kukuh dan tidak panas semasa mengecas.
Sepanjang penggunaan Ldnio travel charger tidak merasakan charger ini panas seperti original charger yang dibekalkan. Ia satu petanda baik. Semasa Ldnio ini digunakan terdapat lampu led putih sebagai indikator.
3 pin plug UK input voltan 90-240AC
4 usb port cas untuk iOS dan Android
Material ABS yang digunakan agak kukuh
Indikator led putih akan menyala apabila cas digunakan
Klik untuk dapatkan informasi ✑ Ldnio travel charger DL-AC62
Informasi Ldnio travel charger DL-AC62
- 4 usb port untuk iOS atau Android
- Output 4.2A max
- Fast charging
- Multiple protection
- Perlindungan fius terbina dalam
Selesai masalah saya kalau memerlukan pengecas yang pantas dan mampu mengecas lebih 1 gajet serentak dengan hanya mengunakan 1 adapter.
wah menarik btul tgk usb poutk travel..nmpk kukuh dan design pn agak cntk…
berapa harga ni, memang aku tengah cari nih.
kat kedai susah gila nak jumpa. online je ada.
semua negara ke boleh guna?
Boleh cuma kena beli universal soket sebab adapter ini guna 3 pin UK. Voltan masuk tidak menjadi masalah.
Saya teringat masa first time ke luar negara…peliknya plug dia haha…terus minta tolong org2 kat kaunter hotel tolong belikan hehe
Beli universal soket sahaja sebab input voltan tidak mendaji masalah 110AC atau 240Ac.
memang susah nak cari bilik hotel yang banyak soket.. pernah jumpa juga sebuah hotel.. ada banyak soket sampai tak tahu nak guna macam mana..
kalau jumpa bilik yang soket satu jer.. memang perlu lah gajet ni..
Nasib tidak baik hanya satu soket dinding boleh digunakan.
kot ada satu menarik ni tak payah nak cari banyak power point
Memang berguna apa bila nak cas gajet lebih dari satu.
Huhu..menarik sangat ni..canggih teknologi sekarang ni..
Serius barangan elektronik semakin kompak dan cepat evolusi.
berkenan la pulak, beli kat mana ni?
Boleh cari dekat sini http://goo.gl/9qyz22
oh kena beli juga macam ini, jimat socket outlet hahaha
Apabila soket dinding penuh memang 4 port usb adapter ini amat diperlukan. 🙂
berkenan la pulak
memang sesuai sangat bila berada ramai2 dalam satu bilik
Bestnya, sampai ada 4 port untuk gadget. Kaki gadget mesti suka nih 🙂
Wah bagusla boleh dapat usb port charger macam ni…
best betul gadjet ni, boleh masuk dalam bucketlist
Boleh disenaraikan pendek perlu ada. 🙂
terima kasih utk review.
mau cari satu ni.
Cuti sekolah sudah bermula sudah tentu berebut nak guna cas. 🙂
Kalau ada kapasitor yang mampu mengawal overheat itu adalah terbaik supaya tak rosak device kita apabila mengecas
Saya membeli sebab ada multiple protection circuit mampu menghalang gajet rosak akibat over charge.
Dapat review yang positif, jadi tak perlu ragu-ragu kalau perlukan charger seperti ini
Setakat guna sehingga hari ini, tidak mengecewakan.
menarik sungguh charger ni..jimat masa kalau nak caj 2 ke 3 fon serentak..xdelah berebut dengan suami sebab plug poin dalam bilik ada 1 je ^_^
Pengalaman yang sama apabila masing-masing baterinya dah nyawa-nyawa ikan. Berebut nak cas. 🙂
Kalau ke luar negara, ini mesti ada dalam checklist
Dalam beringat boleh lupa. Memang kes naya. 🙂
bagus nih … diantara gajet keperluan kalau ada kerja luar nih.. huhu
Senang bawa 1 adapter tidak kelam kabut masa packing nak keluar hotel. 🙂