Project di hari Valentine Day

Project di hari Valentine day ditunggu

14hb Febuari 2011 hari yang dikatakan  Hari Sambutan Kekasih memang sesuai untuk buat project di hari Valentine Day. Mengapa hari lain tidak boleh projek? dan bersebab aku memilih 14hb Feb yang jatuh pada hari Isnin dan hari berikutnya adalah sambutan Maulidur Rasul sempena hari keputeraan Nabi  Muhmmad SAW. Aku mengambil cuti pada 14hb Feb memang sesuai untuk membuat projek di hari Valentine. Projek ini sudah dirancang sejak tahun lepas tetapi tertangguh kerana kekangan masa dan baby Aslah pun masih kecil lagi. Sekarang ini baby Aslah sudah masuk 3 bulan adalah masa yang sesuai untuk aku buat projek. Orang tua pun menyokong projek yang  bakal aku hendak laksanakan.

Project di hari Valentine yang aku maksudkan adalah projek bertukang kayu untuk membuat rak kasut bagi menganti rak kasut yang sudah uzur. Bahan-bahan kayu terpakai aku ambil dirumah orang tuaku di Bangi. Aku memang suka kerja tukangan kayu jika mempunyai kelapangan pasti aku akan bertukang.

Ini adalah projek pertama tukangan kayu untuk tahun 2011 bagi menganti rak kasut yang usang. Dahulu aku beli rak kasut tapi papannya jenis serbuk kayu dan bila terkena air akan kembang dan meremput. Ada beberapa bahan dari rak kasut yang usang masih boleh digunakan seperti lubang angin untuk daun pintu masih didalam keadaan baik cuma perlu dibuat semula bingkai tersebut.

project valentine day dengan buat rak kasut

Proses kerja membuat rak kasut

  • Memotong kayu mengikut ukuran yang ditetapkan
  • Membuat rangka rak kasut
  • Memasang dinding rak
  • Membuat bingkai daun pintu
  • Memasang bingkai daun pintu
  • Memasang para

Related posts:

  1. Gula dari serbuk kayu alternatif kepada gula tebu
Comments
  • Ladfe Amir February 27, 2011 at 1:31 am

    bab2 tukang menukang ni memang aku fail. kadang2..keje2 pertukangan n repair2 ni ,wife aku yg sibuk2 buat bila aku tak berkesempatan utk buat.

    satu lg, aku kurang sabar bila part menukang ni.

  • ejoncb February 18, 2011 at 10:54 pm

    Amboih Bro…hehehe…best tu dapat bertukang sendiri…puas ati kan..hehe..jimat wang jugak!

    • akubiomed February 19, 2011 at 12:19 am

      Rak kasut lama pun dah uzur dan kayu terpakai pula mudah cari apa lagi buat rak kasut barulah :-)

  • Zezebel February 18, 2011 at 9:08 pm

    hehe..ok la tu, lebih puas hati dengan hasil tangan sendiri kan?

    • akubiomed February 19, 2011 at 12:02 am

      Walaupun penat sehari suntuk mengerjakan tapi puas hati dengan hasil tangan sendiri

  • madlut February 18, 2011 at 4:26 pm

    hahaha, keyword panas “projek di hari valentine” nie…

    • akubiomed February 19, 2011 at 12:02 am

      Jangan marah yer bro, harap enjoy baca entri di blog ini

  • hafizmd February 17, 2011 at 3:02 pm

    Cantiklah bro…menjimatkan dan lebih besar ruang yang baru…pasti lebih puas hati..

    Bab anak2 kacau tu..mmg biasa sangatlah…hiiii
    hafizmd recently posted..Pok De dan cicak tokek…My Profile

    • akubiomed February 18, 2011 at 12:04 am

      Memang puas hati dengan hasil tangan sendiri dan perancangan masa akan datang ingin perkemaskan hasil tukangan

  • Amirez February 16, 2011 at 11:36 pm

    seronok bila dapat buat sesuatu dengan usaha sendiri.
    kat rumah pun ada rak kasut lama…ingat nak repair jugalah.
    ambik semangat dari sini hehe
    Amirez recently posted..Review Hantu Kak Limah Balik RumahMy Profile

    • akubiomed February 19, 2011 at 12:01 am

      Barang kayu lama jangan dibuang kerana ia boleh dibaiki dan nampak antik

  • suri February 16, 2011 at 1:38 pm

    rak kasut suri d beli d kedai huu…

    rajin bertukang pasni blh bukak kedai tukang hee..

    jimat cam ni bro :)

    • akubiomed February 19, 2011 at 12:01 am

      Ikutkan isteri suruh beli tapi fikir-fikir balik apa salah bina sendiri rak kasut sendiri

  • samdaddycool February 16, 2011 at 9:29 am

    bagus tu bertukang. Aku memang dah berzaman tak bertukang.. asyik sibuk menda lain je. Mana tau, akubiomed jadi cam ikea plak nanti

    • akubiomed February 19, 2011 at 12:00 am

      Wow, kalau ada modal memang menjadi bro :-)

  • luthfi February 15, 2011 at 11:42 pm

    rajen ah. kalu tak baca sampai abes mesti pk benda lain dah hahaha

    • akubiomed February 18, 2011 at 11:59 pm

      Tuh lar pasal, terima kasih sudi membaca entri ini

  • cikgufaezah February 15, 2011 at 10:49 pm

    hehe. bagus nih..bagus..dah lama tak bertukang. last bila betulkan almari dulu.

    • akubiomed February 15, 2011 at 11:13 pm

      Baiki almari! apa yang rosak?

  • tehr February 15, 2011 at 10:42 pm

    aku pun dah lama tak bertukang ni
    last hari tu baiki paip kat sinki

    • akubiomed February 15, 2011 at 11:13 pm

      Sudah kira jimat dengan membaiki sendiri

  • Anip February 15, 2011 at 9:06 pm

    ingatkan buat projek ape la,, huhu. rak kasut upenyer…

    • akubiomed February 15, 2011 at 9:45 pm

      Ya lah bro dah lama rak kasut saya nak roboh tunggu masa

  • notdas@me February 15, 2011 at 6:40 pm

    tajuknye tah hape2 la kan…tp cool buat rack kasut ^v^

    • akubiomed February 15, 2011 at 9:45 pm

      Dari melayan isu sumbang mahram yang menyebabkan sakit hati lebih baik bertukang dapat menghasilkan sesuatu yang berguna

  • Bawang Goreng February 15, 2011 at 2:36 pm

    Ha ha… again, entry with catchy subject! Good one!

    Boleh buka kedai repair perabot nih, cari duit lebih bro!

    New entry : Tips menjadi ayah yang hebat

    • akubiomed February 15, 2011 at 9:43 pm

      Hmm..hobi bertukang kayu sekadar memenuhi masa lapang dan banyak lagi yang perlu di mahir terutama kekemasan

  • Mus February 15, 2011 at 1:09 pm

    projek yang cukup mendatangkan faedah..
    Mus recently posted..Mari Mencari Objek ‘Bertapuk’ Hadiahnya Percutian Ke Sabah 3 Hari 2 Malam!!My Profile

  • decrewz February 15, 2011 at 12:18 pm

    Yang ni beli p[asang ke beli kayu je..?

    • akubiomed February 15, 2011 at 12:40 pm

      Saya buat dari kayu terbuang kalau berli harga kayu memang mahal terutama jenis yang kualiti baik

  • MDHAFiZ.NET February 15, 2011 at 12:14 pm

    terjah selepas habis perarakan maulid nabi…
    letih bro.. tp best…
    :)

    • akubiomed February 15, 2011 at 12:38 pm

      Terima kasih, didalam kepenatan selepas berarak sempena Maulidur Rasul sudi kujung disini.

      Hadiri Maulidur Rasul diperingkat mana?

  • pipoq February 15, 2011 at 11:59 am

    boleh bukak kedai pertukangan ni..heheh..aku pun suka gak pertukangan ni..kalo bab nak repair merepair rumah memang cuba buat sendiri je..tu sebab wifey aku jatuh cinta ngan aku..memasak boleh, bertukang boleh, serba boleh la..hehehe..

    • akubiomed February 15, 2011 at 12:21 pm

      Menarik-menarik tidak boleh cari makan kalau macam ni :-)

  • megat February 15, 2011 at 10:28 am

    cubaan katakunci menarik! projek di hati valentine. haha.

    bagus! aku juga suka bertukang tapi dah lama tidak buat projek macam tu. yang terakhir, bikin tandas, ruang dapur dan tambah satu bilik tidur kat rumah mertua.

    • akubiomed February 15, 2011 at 12:20 pm

      Lagi hebat kemahiran bro. Saya ada cuba tapi tidak menjadi kerana senget jadinya kalau tentang plaster dinding asyik tak lekat sahaja :-)

  • Nadri February 15, 2011 at 9:19 am

    amalan ini patut jadi contoh pada yang lain..jgn terus buang…

  • ciksembang February 15, 2011 at 7:35 am

    bro ni spt suami sy..selagi benda boleh pakai mesti nak repair atau buat sendiri walaupun kdg2 tak ada masa. anak2 semua dah cop, bila benda rosak je, takpe2 papa boleh repair. Mmg bagus dan jimat. Ajak anak join sekali let them be part of the job.
    Tutorial membuat backup database wordpress

  • Zik February 15, 2011 at 7:22 am

    gunakan apa yang ada… jimat2…. selagi boleh..
    Zik recently posted..Teknik penyamaran ikan sebelah “the flounder fish”My Profile

  • adele February 15, 2011 at 7:18 am

    wah, buat rak sendiri je..bagus bro. gunakan bahan di sekeliling semaksima mungkin ;-)

    • akubiomed February 15, 2011 at 12:12 pm

      Kutip kayu binaan terbuang jadi saya jadikan rak kasut

  • Fitrihadi February 15, 2011 at 3:14 am

    woo pandai bro bertukang.. kalau aku memang fail sket hehe
    Fitrihadi recently posted..Video Mengamuk Sakan Pasal Anwar HadiMy Profile

    • akubiomed February 15, 2011 at 12:11 pm

      Bolehlah sikit-sikit cuma belum kemas dengan Tun Mahathir bekas mantan Perdana Menteri mempunyai minat mengukir kayu

  • yoy February 15, 2011 at 2:57 am

    haha..ngat proyek ape le..bole tempah ni..
    yoy recently posted..Domain com-net-org Hanya RM2750-year!My Profile

    • akubiomed February 15, 2011 at 12:09 pm

      Haa…haa..terima kasih bro

  • Ezany-Kun February 15, 2011 at 1:54 am

    bro sama la macam ayah sy.. selagi boleh guna mmg takkan buang.. baiki jer.. dapat jugak berjimat..

    • akubiomed February 15, 2011 at 11:53 am

      Saya mungkin mewarisi minat sama dengan ayah saya memang suka bertukang :-)

  • aimannajmy February 15, 2011 at 1:47 am

    hoho tajuk entri sungguh double meaning…dah lama tak bertukang..last masa sekolah menengh kot huhu! time KHB

    • akubiomed February 15, 2011 at 11:48 am

      Beruntung bro ada Seni Perusahan ketika zaman sekolah menengah dahulu saya tidak berkesempatan kerana berpindah sekolah dan sekolah itu tidak ada subjek Seni Perusahan tetapi Sains Pertanian kalau tahu dahulu ambil Sains Rumah Tangga lagi baik silap haribulan boleh jadi Chef :-)

  • Fahmi Raazali February 15, 2011 at 1:46 am

    dah lama tak buat projek DIY nie… hehe… :-)

    • akubiomed February 15, 2011 at 11:34 am

      Bila hendak kembali buat projek DIY?

  • tengkorak emas February 15, 2011 at 1:26 am

    kalau disyelek semula lagi nampak bergaya bro :)

    • akubiomed February 15, 2011 at 10:24 am

      Memang perancangan sapu Syelek

  • maza February 15, 2011 at 12:57 am

    selamat bercuti dan selamat bertukang gitew…

    psst; kalau cun melecun hasilnya itu, volleh jual kat pasar tani.. ahaks… lantun jangan tak lantun… hahahha

    • akubiomed February 15, 2011 at 9:54 am

      Terima kasih, Maza. Nak jual dekat Pasar Tani tak laku kot :-)

  • Ieda Al-Habsyi February 15, 2011 at 12:02 am

    ingatkan projek ape tadi,hehehhehe! bagus2 buat sendirian berhad :)
    Ieda Al-Habsyi recently posted..GAMBAR PANAS ATAS MOTORMy Profile

    • akubiomed February 15, 2011 at 9:49 am

      Ini projek baik dari projek tut :-)

  • zool February 14, 2011 at 11:51 pm

    boleh buat meniaga ni

    • akubiomed February 14, 2011 at 11:53 pm

      Buat meniaga jauh sekali, sekadar projek suka-suka sahaja bagi mengisi masa lapang

  • suffer8zine February 14, 2011 at 11:42 pm

    wahhh aktiviti sihat ni :P

    Terkini : Utusan Rasmi Dari Devilzc0de

    • akubiomed February 14, 2011 at 11:54 pm

      Memang pun dapat keluar peluh dan dapat mengasah pemikiran kreatif

  • Sabahan Bloggers Club February 14, 2011 at 11:21 pm

    Hahahahahaha….
    Beli yang dah siap jer skrg semua. Tak habis dalam RM30 untuk rak kasut….. :D
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Facebook suicide MalaysiaMy Profile

    • akubiomed February 14, 2011 at 11:25 pm

      Memang betul murah tapi tidak bertutup dan dari jenis jenis kayu serbuk yang di compress. Rak kasut yang saya buat ini adalah customize mempunyai ruang kasut yang agak luas

  • anif February 14, 2011 at 11:04 pm

    Wahaha.. Projek DIY yang menarik! Terisi cuti tu dengan melakukan perkara yang bermakna :)
    anif recently posted..Menerima Ahli Keluarga Yang BaharuMy Profile

    • akubiomed February 14, 2011 at 11:26 pm

      Dapat keluar peluh dengan bertukang cuma agak terganggu anak-anak mengacau semasa kerja-kerja tukangan

  • saiful February 14, 2011 at 11:01 pm

    Rajin bro bertukang.Mmg bagus buat sendiri,bleh jimatkan duit dari beli yg baru.
    saiful recently posted..Mandi Manda Di Sungai Kg Pertak-Kuala Kubu BharuMy Profile

    • akubiomed February 14, 2011 at 11:27 pm

      Kayu pun pakai kayu terpakai dan paku adalah lebihan projek sebelum ini

      • PakarBuahPinggang February 19, 2011 at 4:21 pm

        Salam bro,

        Tak sangka pulak bro pandai bertukang ye.Cantik dan kemas juga rak kasut di atas.

Bloggers - Meet Millions of BloggersReal Time Web Analytics