Zulfahmi pelumba Moto 3 hampir menaiki podium.
Saya tidak senang duduk ketika menonton aksi Zulfahmi pelumba Moto 3 yang menunggang jentera KTM 250cc hampir mencipta sejarah pada pembukaan musim 2012 pelumbaan MotoGP yang berlangsung di Litar Losail Qatar.
Pelumba Moto 3 negara Zulfhami menunggang jentera KTM untuk pasukan AirAsia-SIC-AJO.
Zulfahmi Moto 3 mengunakan nombor 63 berada dikedudukan 4 yang yang mampu untuk bersaing tempat ke 3 tinggal berbaki beberapa lap. Beliau memberikan tentangan hebat dengan menunggang jentera 4 lejang yang baru pertama kali diperkenalkan untuk MotoGP musim 2012 bagi katergori Moto 3 mengantikan Kategori 125cc mengunakan enjin 2 lejang. Ketika menguji jentera beliau di beberapa litar di pra musim MotoGP sudah melaungkan amaran awal antara 10 pelumba terbaik kategori Moto 3.

Tanniah kepada Zulfahmi Moto 3 kerana berada kedudukkan 6 pada perlumbaan pembukaan MotoGP musim 2012 di Litar Losail Qatar. Beliau mampu membuat lebih baik untuk perlumbaan akan datang. Ada kemungkinan beliau akan menaiki podium seterusnya akan mengharumkan nama Malaysia.
p/s: Zulfahmi Khairuddin telah membuka Facebook Fan Page.
Kelas kau zulfahmi..
semoga beliau mendapat kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia..
Peluang beliau untuk naik podium makin cerah nampaknya
Tahniah
Beliau ada peluang untuk menaiki podium.
mana tahu dgn usaha yang gigih dan semangat rakyat Malaysia, beliau boleh berdiri sebaris dengan The Doctor- valentino Rossi
anak muda yang sangat berbakat! hehe.. diharapkan nanti namanya sebaris lorris cappirosi (ejaan just hentam huhu)
Loris Capirossi sudah dikira otai cuma beliau pernah menang juara dunia MotoGP.
Tahniah kepada Zulfahmi. Ini barulah betul merempit kena gayanya. Daripada berlumba atas jalan raya, baik tunjuk bakat atas litar. Baru orang nampak.
Ini barulah anak jantan berlumba diatas trek perlumbaan sebenar. 🙂
jangan ada dia sorng jer hrp pasni akan ada pelapis2 yg blh ikut jejak seperti dia
Malaysia mempunyai pelumba pelapis cuma kekurangan dana penaja mereka tidak dapat diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.
Tolong tweet jek , tk pandai komen bab ni , tau tengok moto cantik , n sapa duduk di no 1 saja .. heheheh
ha..terbaik tu saya suka dok belakang nak memboceng mmg sy tak tahu heeee
Bukan orang yang dok belakang tu dipanggil pembonceng ke? kih3.. Yang bawak pulak dipanggil penunggang. Jadilah penunggang dan pembonceng motosikal. Kalau salah harap betulkan ye.
Peluk cik abang dari belakang ketat-ketat. 🙂
Terima kasihlah kepada Puan Bee kerana sudi tweet untuk entri ini. 🙂
zulfahmi main2 je tu. kalau dia nak setiap kali lumba dapat nombor 1. hehe
Zulfahmi boleh pergi jauh kerana dia mengunakan motor serba baru buatan KTM.
Benjy suka pakar2 lumba motor ni buat aksi lap kat coner …. lutut cecah track tu yang respect tu … 😀
Bukan setakat cecah lutut tetapi ada yang hampir cecah siku dah. 🙂
harap beliau akan lebih berjaya dan meningkat..tapi tak sempat nak layan sebab ada usrah pulak kat tempat aku
Sama la… Tak sempat nak melayan aksi Zulfahmi ni. Next race wajib tengok ni.
Perlumbaan akan berlangsung di Sepanyol didalam masa 2 minggu.
tahniah buat zulfahmi..saya x senang duduk tgk zulfahmi menunggang..mantap….ada fight..ada harapan naik podium byk kali tahun ni..syabas n selamat maju jaya zulfahmi..kami menyokong anda.
Saingan sengit ketika tinggal beberapa lap sebelum perlumbaan berakhir.
takpe..dia boleh. dia saje aje tu..kang dapat nombor satu..terkejut beruk semua orang..
asal blh manusia terus jadi beruk haa… tak pcayalah
boleh pergi jauh lagi dia nih,kena more praktis baru boleh beat yg lain2.
Pengalaman akan mendewasakan Zulfahmi untuk juara didalam pembikinan.
mmg terbaik. tapi sayang, aku tak sempat layan race ni malam tadi…huhuhu
tahniah utk zul dan teamnye
saya tak sempat heee cuti sahaja melayan anak dan tetami dtg urmah
Bangga anak kelahiran Malaysia mampu menyinar di perlumbaan MotoGP.
sokongan yang baik dan berterusan mampu melahirkan seorang juara dari malaysia suatu hari nanti
Bro dah add Fan Page Zulfahmi?
bangga kan bilo ado anak Malaysia berjaya dalam sesuatu bidang tuh…tahniah utk beliau…
Memang bangga ni bro. Kalau sebelum ni tengok F1, baik tengok moto gp pulak sebab ada anak Malaysia yang beraksi.
Siapa tidak bangga kalau anak tempatan menempah nama di peringkat antarabangsa.
tahniah. harapnya nama Malaysia akan dikenali ramai dengan bakat2 yang ada
Tahniah kepada beliau. Semoga dia berjaya mengharumkan nama Malaysia tahun ini. Kira dia lebih baik dari shahrol yuzy ler ni….
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
kalau racing2 ni saya kurang sikit bro takut eksiden.. Tahniah diucapkan semoga dia terus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Bahaya tetap ada kerana ia motor pada kelajuan tinggi dengan keselamatan diutamakan. Berbanding berlumba dijalanan langsung tidak aspek keselamatan boleh mengakibatkan mati katak.
bagus..naikkan nama malaysia..
Nama Malaysia akan dikenali oleh peminat motor lumba.
tahniah utk beliau. itu yg diharapkan dan dapat menaikkan nama malaysia
Ada peluang naik podium untuk perlumbaan akan datang.
Benjy rasa bagi dia 5 tahun lagi lepas ni mesti case stoner pun dia potong juga 😀
Beliau perlu buktikan mampu berlumba di kelas MotoGP.
huh hebat dah setara ni
teruskan perjuangan 🙂
Beliau dapat motor baru sama seperti pelumba lain.
baca tentang kejayaan Zul ni,aku teringatkan akan Sharul Yuzi(kalaulah dia ni dibekalkan dengan jentera yang terbaik ketika itu! )
*kalaulah mendiang Veng Kit masih ada,tentu beliau tersenyum puas dengan perkembangan pelumba tempatan! *
Sebenarnya jentera yang dibekalkan pada Sharul yuzi ahmad zaini, yang berasal dari Teluk Intan, Perak. itu adalah yang terbaik dari yang terbaik (best of the Best) Kesilapannya pada diri dia sendiri, Beliau gagal untuk memecut ke tahap maksimum & tidak berani untuk mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. Saya tahu, sebab kami adalah sebaya, dan berasal dari Perak juga, sebelum dia menceburi bidang ni, kitaorang sama-sama dah berentap di jalan & highway, jadi tahu kelemahan & kekuatan masing-masing, sekarang ni ada sudah ada penggantinya hafiz syahrin yang menunggang jentera petronas untuk kategori Asia, kalau dia memang berbakat dan hebat walau baru berusia 18 tahun.
Ada yang cakap macam tuh kerana Shahrul tidak diberi jentera baru.
terbaik la…da x jauh lg utk naik ke podium
Hampir menaiki podium kalau tidak nama Malaysia akan menjadi harum.
best la mamat ni.. 🙂
laki aku minat la ni…
Boleh jadi gang. 🙂
semngat anak tempatan di arena antarabangsa.. 🙂
dia memang berbakat, tapi perlu banyak masa lagi untuk berada di hadapan, mungkin 1-2 tahun lagi baru dia naik podium, sebab ada 17 lagi pusingan, tapi aku tak heran dia boleh jadi juara, sebab dia pakai motor honda CBR 1000rr, layan korner kat sepang. Sememangnya dia dah biasa ” handle” jentera besar, jadi kalo dia bawa 250 tu memang, tak de masalah.
Masa menentukan untuk beliau layak menaiki podium atau tidak.
Tahniah.. Kalau podium tentu rakyat Malaysia lebih gembira!
Kalau dia menaiki podium saya akan bersorak didepan tv. 🙂
kesilapan pemilihan tayar mungkin menyebabkan fahmi agak perlahan di selekoh. aku sangat yakin tahun ni fahmi akan memijak podium. sama sama kita doakan
Sama-sama kita menanti lagu negaraku bakal diputarkan.
memang terbaik la zulfahmi.. thn lepas jauh di belakang.. dah ada byk peningkatan.. masa ujian masa jumaat dia dpt no2.. memang ada harapan naik podiom utk race akan datang..
Tak musim MotoGP baru sahaja bermula. Ada peluang untuk beliau menaiki podium.
oh tak ikuti race ni tapi pernahla dengar nama Zulfahmi
Lepas ini nama Zulfahmi akan kerap disebut oleh akhbar tempatan.
Yup…berdebar2 juga tadi sebab kelompok tu bersaing tuk no 3 ~ 9…risau takut2 dia tersilap teknik….nak 2 masa tgh layan lap…Tahniah Zulfahmie…Malaysia berbangga dgn kamu!!!
Saya tidak senang duduk dibuatnya untuk lap-lap yang terakhir.