Zulfahmi Khairuddin menerima anugerah ‘Most improved rider for Moto3’ daripada MotoGP.
Pelumba Moto3 negara nombor ’63’ dari tim AirAsia-Sic-Ajo, Zulfahmi Khairuddin telah dinobatkan sebagai ‘Most improved rider for Moto3’ oleh MotoGP.
Pelumba Moto3 negara, yang sebelum ini telah mengharumkan nama negara dengan menaiki podium buat pertama kali dan bermula petak pertama ketika perlumbaan MotoGP berlangsung di litar SIC Sepang.
Anak muda 21 tahun yang berasal dari Banting, Selangor telah anugerah sebagai ‘Most improved rider for Moto3’ kerana kejayaan pelumba yang paling sentiasa membaiki kedudukan sepanjang penglibatan beliau sukan pemotoran.
Tahun lepas beliau menamatkan kedudukan ke 18 keseluruhan untuk kelas GP125cc sebelum ditukarkan kepada Moto3 dengan jentera KTM 4 lejang 250cc. Tahun 2012 menyaksikan beliau menamatkan tangga ke 8 keseluruhan untuk kelas Moto3 yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2012.
Zulfahmi Khairuddin telah dilamar Red Bull KTM Racing.
Zulfahmi Khairuddin telah dilamar Red Bull KTM Racing untuk musim MotoGP 2013. Hari ini adalah beliau akan berlumba di litar Valencia litar terakhir didalam jadual MotoGP musim 2012. Sama-samalah kita doakan beliau menaiki podium.
Berita Terkini!: Sebentar tadi Zulfahmi Khairuddin telah menaiki podium no.3 di Litar Valencia. Tanniah. : -)
sumber: MalaysiaGP.
Pautan Facebook Zulfahmi: Zulfahmi Official Fan Page.
AkuBiomed |
Perjanjian secara lisan mmg dah buat, sama2 kita tunggu dia sign contract baru utk musim depan. Moga dia ni terus sukses! Terbaiklah!
Memang hebat dia ni..
Beliau ikon sukan permotoran Asia Tenggara! 😀
Tak mustahil akan naik ke moto 2 dan ke moto gp utama…sama2 kita doakan..
seorang lagi ahli sukan yang membanggakan negara Malaysia. se,oga beliau terus berjaya di masa akan datang.
Macam ne lah dikatakan hero
hebat!! mmg seorg yg berbakat..
gua tak hairan. orang bantinglah katakan. semua kacak-kacak belaka..haha..
heheh..puji sakan..titan kan org banting…
hahaha…gua dah agak dah…org banting mmg bangga habis ngn dia ni…terbaik!
cayalah zulfahmi…. 😀
Dua kali podium finishes untuk 2012…tahniah Zulfahmi. Nampaknya tahun depan kena tempah tiket awal-awal untuk Malaysian GP.
Tahniah buat Zulfahmi Khairuddin
untung ko dik…
tahniah kepada beliau …moga terus cemerlang dlm sukan yg diceburi 🙂
bangga sebagai anak melayu pertama…
salute dia ni.. memang hebat dan hati kering..
next season pindah ke pasukan baru… Redbull kalau tak silap.. diharapkan bertambah hebat beliau nanti..
tahniah zulfahmi.. muka jambu selepas apex, skrg turn zulfahmi pula la prempuan angau.. 🙂
Tahniah untuk Zulfahmi..
dah la terer….comel lak tuh… ni yg alergik ni… hehehe
Tahniah.. Muka nampak budak sangat..
Tahniah kepada Zulfahmi. Memang mendebarkan juga apabila menyaksikan beliau berlumba di Velencia. Nasib baik dapat tempat ke tiga.
Aku doakan agar Zulfahmi akan menjadi JUARA tak lama lagi, amin. 😉
Memang hebat zulfahmi nie. kemenangan yang sudah tentu akan menyemarakkan sukan motogp negara.
Tahniah Zulfahmi. Satu lagi icon kebangaan negara. well done!
perlahan-lahan malaysia menakluk dunia dalam bidang sukan.
tahniah buat beliau, muka nmpk muda sangat ler
Beliau berumur 21 tahun.
mudah dan berani.. boleh di jadikan sebagai role model
tahniah kepada zulfahmi.. memang berani budak ni
betul-betul handal budak ni.. baru lah membanggakan mak ayah macam ni..
Tahniah dan syabas untuk zulfahmi.
Tahniah untuk Zulfahmi.. Amacam, dia nak pergi ke join team Red Bull KTM Racing tu?
Berharap beliau menyertai tim Red Bull KTM untuk musim MotoGP 2013. Mana tahu ada peluang untuk kerap naik podium.
waaaahhh… koleksi 63…
Tolong promosi produk 63. 🙂
tahniah kpd beliau
lepas ni mesti glamour mcm apek pemain bola tu 🙂
Nama pun hampir serupa. 🙂
bro bila nak merempit motor besar nih… leh naik podium skali…
bangga dengan zulfahmi..harap rempit-rempit kat luar sana cuba ikut jejak langkah beliau..tak perlu lagi jadi jaguh kampung
Kita mempunyai bakat ini sudah dibuktikan oleh anak tempatan cuma kekurangan sponsor mereka tidak dapat diketengahkan. Menyertai perlumbaan besar seperti MotoGP memerlukan kos yang tinggi.
bro hafiz… jom berentap di litar..!!! *tetiba* hehehe