• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Zombi Kilang Biskut kembali menghantui pawagam

Zombi Kilang Biskut kembali menghantui pawagam

13th March 2014 by akubiomed 37 Comments

Zombifikasi tercetus kembali dengan Zombi Kilang Biskut

Pada hari Selasa baru ini saya telah menonton tayangan perdana Zombi Kilang Biskut di TGV 1 Utama. Ia adalah kesinambungan filem ZOMBI Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon & Jin Pakai Toncit arahan sutradara Mamat Khalid.

Filem Zombi Kilang Biskut ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 20 Mac 2014 di 88 lokasi seluruh Malaysia dan Brunei.  Saya menanti suntikan elemen humor ternyata pada intro permulaan filem Zombi Kilang Biskut  sudah menghiburkan dengan ‘slo-mo’ beberapa babak dikejar Zombi antaranya di gerai cendul, restoran mamak, majlis perkahwinan India dan adegan ustaz dikejar budak mengaji bertukar menjadi zombi. Tidak boleh tahan menahan gelak adengan pelanggan direstoran berlari bersama pinggan melarikan dari serangan zombi secara tiba-tiba. Pengunaan telo Perak yang agak pekat membuat panggung menjadi riuh dengan helai gelak ketawa penonton.

Zombi Kilang Biskut adalah terbitan Enjit Semut Sdn Bhd dan edaran TGV Pictures ini dibarisi pelakon seperti Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Dalimawati, Dayana Roza, Eina Azman, Soffi Jikan, Wani NS, Ilya Buang, Adam AF, Zainuri Misfar dan ramai lagi.

Filem ini menjalani pengambaraan di sekitar Perak dengan kos pembikinan sebanyang RM1.7 juta. Zombi Kilang Biskut menceritakan mengenai Abang Din Mamu(Shuk SYJ) mengajak Usin(lakonan Awie) bekerja di kilang biskut. Usin bersetuju menjadi juruteknik bersama-sama Wahab B. Dari situ bermula kisah zombi setelah Usin bertemu dengan Dr. Sofi. Menemukan Sofea bekerja di jabatan Sumber Manusia kilang biskut merupakan bos kepada Abang Din Mamu. Telah berlaku kegemparan pekerja kilang pengsan. Usin ternampak kelibat zombi di kilang tersebut menimbulkan perasaa curiga.

Kemunculan Kamariah juga telah mencetuskan kegemparan penduduk kampung Pisang dengan mencari Usop untuk membalas dendam. Ramai lelaki yang terserempak dengan Kamariah telah menjadi korban.

Berjayakah Usin, Usop, Sofea, Wahab, Wahab B dan Pian mengalahkan zombi-zombi yang menganas dikilang biskut? Apakah motif Kamariah mencari Usop?

AkuBiomed: Terima kasih kepada Ruby memberi tiket menonton filem Zombi Kilang Biskut

Video klip Yale Yale

Trailer Zombi Kilang Biskut

Sila tekan butang kongsi:

  • Filem hantu Thailand paling seram
  • Saluran Astro Best menawarkan filem terbaik
  • Resepi biskut Cheese meleleh

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    3rd June 2014 at 5:45 pm

    anak2 asik ulang tonton filem ni

    Adam kembali menyanyi semula ke?

    Reply
  2. Annisa Biz says

    3rd June 2014 at 5:43 pm

    best filem ni lebih2 lagi loghat perak

    pengarah pun berlakon. siap nyanyi lagi yer

    Reply
  3. Bean Moreno says

    18th March 2014 at 1:49 pm

    aku memang minat cite mat kalid…serius abstrak

    Reply
  4. Arieon says

    17th March 2014 at 7:43 am

    sambungan cerita zombi kampung pisang rupanya. Yang pertama ja aku ada tengok. Tak tau best ke dak yang baru ni.

    Ikhlas,
    Arieon.my

    Reply
  5. profhariz says

    16th March 2014 at 4:14 am

    Amboi bro dah mula review movie ke?

    Reply
  6. ema says

    15th March 2014 at 6:39 pm

    moga ianya dapat sambutan lebih baik dari filem yang sebelumnya…bukan rendah kos nak bikin filem..sampai habis jutaan ringgit lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:28 am

      Seronok dan terhibur dengan lawak dari filem Zombi Kilang Biskut.

      Reply
  7. AUC says

    15th March 2014 at 11:23 am

    entah lah memang dari dulu x berkenan dgn cerita sebegini
    kita masih lagi disogokan dgn cerita hantu x habis2…

    Reply
  8. Amirul says

    15th March 2014 at 3:51 am

    Unik je idea arahan Mamat Khalid ni…. lain dari yg lain…
    Cerita pun banyak pengajaran

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:29 am

      Ada diselit beberapa unsur nasihat didalam filem arahan Mamat Khalid.

      Reply
  9. Juan says

    15th March 2014 at 2:43 am

    laa x tau plak ada sambungan siries filem ni, yes akan tonton nanti

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:31 am

      Pasti tergelak terbahak-bahak mennton filem Zombi Kilang Biskut.

      Reply
  10. Mohd Rasul Abu Hanipah says

    15th March 2014 at 1:28 am

    wajib tonton nnti kat wayang…

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:38 am

      Boleh ditonton pada pelancaran rasmi pada 20hb Mac nanti.

      Reply
  11. munirardi says

    14th March 2014 at 9:12 pm

    aku sangkakan hanya di Indonesia Film horor ada di Bioskop ternyata di Pawagam MAlaysia ada pula film horor semacam ini

    Reply
  12. diana says

    14th March 2014 at 6:46 pm

    Filem2 Mamat Khalid ni yang best nya sebab ada telo perak tu la..lepas tu filem dia biasanya tak sama macam filem orang lain.budak2 pun boleh layan…Filem baru ni mesti lagi best..

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:39 am

      Pengunaan telo Perak diterapkan sepanjang filem ini satu tarikan.

      Reply
  13. Hairul Hissam says

    14th March 2014 at 5:47 pm

    tgk thrillernya mmg jauh lebih menarik compare dari yg sebelum nie.. nak kena gee panggung wayang nie…

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:44 am

      Tunggu hari tayangan dipawagam berhampiran pada 20hb Mac nanti.

      Reply
  14. suri says

    14th March 2014 at 4:40 pm

    wah ganas anaknya lagu tu

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:45 am

      Gaya rock sahaja tuh. 🙂

      Reply
  15. hafizmd says

    14th March 2014 at 3:36 pm

    macam nak kena gi tengok jer…awie plak tu….mesti klakor…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:46 am

      Memang sah kelakar untuk ditonton. 🙂

      Reply
  16. maza says

    14th March 2014 at 3:08 pm

    selain filem The Journey dan Sejoli, filem Zombi Kilang Biskut turut tersenarai dalam list maza ingin tonton.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:47 am

      Masuk jangan tak masuk. 🙂

      Reply
  17. Hafizul says

    14th March 2014 at 10:35 am

    Emm nak kena tengok ini cerita..macam sedap pulak dah..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:47 am

      Bantu sokong filem industri Malaysia yang agak tenat.

      Reply
  18. Abdur Rozak says

    14th March 2014 at 9:51 am

    Lakonan abang awi memang terbaik.

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:49 am

      Awie dan Usop Wilcha antara watak penting yang dikekalkan.

      Reply
  19. Akuro San says

    14th March 2014 at 5:31 am

    mcm best jer~ nak kena pergi tgk nih~

    Reply
    • suri says

      14th March 2014 at 4:43 pm

      cerita hantu lawak sedap layan bawa anak seronok juga

      Reply
  20. zie fauzi says

    14th March 2014 at 3:22 am

    kalau husband tau ni mesti nak gi tengok….

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:54 am

      Wah romantik menonton bersama suami.

      Reply
  21. Ezad Skytech says

    14th March 2014 at 2:58 am

    memang kena tengok ni nanti…filem arahan mamat khalid ni memang lain daripada yang lain selalunya…hee 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:55 am

      Selepas menonton boleh buat ulasan filem Zombi Kilang Biskut.

      Reply
  22. Bahrain says

    14th March 2014 at 12:58 am

    Ada lagi sambungan rupanya. kalau sebelumnya dah lawak, kali ni harap lagi lawak. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 12:55 am

      Tentu sudah ada follower filem arahan Mamat Khalid ini.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in