• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Yang umur 21 liat daftar mengundi

Yang umur 21 liat daftar mengundi

2nd February 2012 by akubiomed 83 Comments

Orang Melayu paling ramai tidak mendaftar mengundi.

Terkejut juga dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof bahawa orang Melayu paling ramai tidak daftar mengundi daripada 3.7juta layak mengundi. Jumlah sebenar orang Melayu gagal mendaftar mengundi tidak didedahkan. Bagi saya ia adalah situasi yang menbimbangkan.

SEREMBAN 1 Feb. – Di Negeri Sembilan setakat 31 Disember 2011 terdapat seramai lebih 140,000 orang yang berumur lebih 21 tahun yang layak mengundi tapi tidak mendaftar sebagai pengundi dan 90 peratus daripadanya ialah orang Melayu – sumber Utusan

Susah sangatkah hendak daftar mengundi? Pendaftaran mengundi hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup. Kepada yang berumur 21 layak daftar mengundi boleh buat pendaftaran dimana-mana pejabat Pos di seluruh Malaysia.

Jangan memberikan alasan yang tidak munasabah  seperti tiada masa, malas beratur panjang, masalah kesesakkan, tidak ambil kisah, biarlah orang lain mengudi. Ia sebenar bukan alasan yang kukuh untuk tidak daftar mengundi. Apa salahnya ketepikan semua alasan yang bakal diberi dengan mendaftar mengundi.

Syarat-syarat Layak Mendaftar Mengundi
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c)  bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

sumber: SPR

Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan untuk memilih kerajaan memerintah adalah dengan mengadakan Pilihanraya Umum supaya rakyat boleh menentukan parti yang layak memerintah kerajaan.

Saya mengambil kesempatan untuk memberi kesedaran yang rata-rata mengunjungi blog ini adalah majoriti pembaca terdiri orang Melayu.

Jangan jadi seperti negara jiran di selatan tanah air iaitu Singapura mengenakan tindakan undang-undang jika rakyat negara itu gagal membuang undi. Kalau semua perlu ditegakkan dengan undang-undang susahlah hendak membudayakan disiplin secara natural.

p/s: luangkan masa untuk menyahut tanggunjawab sebagai warganegara Malaysia.

Sila tekan butang kongsi:

  • Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan November
  • Apple iPhone 5 akan bakal masuk pasaran Malaysia
  • Sudah terlambat untuk mengundi PRU13

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Yoyo Suharyo says

    2nd May 2013 at 1:55 pm

    saya warga bukan warga negara malaysia 🙁

    Reply
  2. Riena Eriena says

    6th April 2012 at 11:17 am

    mcm mne nk daftar guna online???
    sy cari x jumpe2…help pls….

    Reply
  3. Ekspresi Ruang says

    10th February 2012 at 7:19 am

    dgn dunia politik skg yg agak mengelirukan, fakta2 yg tidak tahu kesahihannya, mungkin sbb tu ramai golongan muda xberminat nk berdaftar.

    Reply
  4. Mekar says

    8th February 2012 at 3:47 pm

    Pejabat tempat sya kerja dulu, sesiapa yang mahu kenaikkan pangkatnya di luluskan, maka salah satu syaratnya ialah kena daftar mengundi.

    Reply
  5. tips says

    6th February 2012 at 7:19 am

    me-layu…

    Reply
  6. ciksembang says

    5th February 2012 at 9:16 pm

    alamak seremban..ish malu

    Reply
  7. sabree hussin says

    5th February 2012 at 12:35 am

    nak kena tunggu di paksa

    Reply
  8. Simple Resume says

    4th February 2012 at 3:53 pm

    Tak prihatin betuldiorang ne,agaknya masih mude kot . Kurang pengetahuan

    Reply
  9. Izwan says

    4th February 2012 at 2:19 pm

    saya cukup 21 tahun masa akhir 1st year study.. pi pejabat pos uia isi borang.. yang duk cerita politik itu ini kalau tak daftar mengundi,tak yah cerita lebih2..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:29 pm

      Biasalah tuh bro. Orang yang tidak mengundi “lebih sudu daripada kuah”.

      Reply
  10. b3njy says

    3rd February 2012 at 11:58 pm

    Alangkah bestnya jika boleh mengundi di alam maya je … klik FB like, G+, twiter dan Linklnd kan … betul tak 😀

    Reply
  11. Hairul Hissam says

    3rd February 2012 at 11:36 pm

    bahaya gak tu.. nanti pemerintahan negara kita boleh jatuh ke tangan bangsa lain…

    Reply
  12. lunaticg says

    3rd February 2012 at 9:06 pm

    Saya dah daftar mengundi sejak umur 21 tahun tapi tak pernah mengundi lagi.
    Bagi saya politik A dan B sama sahaja.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:10 pm

      Kalau saya pula macam subjek Digital 1 atau 0. 🙂

      Reply
    • latep says

      4th February 2012 at 9:08 am

      satu undi anda sangat bernilai…jangan ambil sikap tidak apa…masa depan negara adalah ditangan pengundi…

      Reply
  13. -gedek! says

    3rd February 2012 at 4:23 pm

    Orang yang rasa ‘selesa’ je yang malas mendaftar…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:12 pm

      Ada juga jenis manusia yang sudah berasa zon selesa tidak gusar apa yang bakal berlaku di sekelilingnya. Tidak macam ketika zaman penjajahan kita berjuang untuk mendapat kemerdekaan.

      Reply
  14. zulkbo says

    3rd February 2012 at 3:42 pm

    salam..
    sepatutkan di buat undang-undang macam
    negara Singapore..tak daftar kena penjara
    dah daftar tak mengundi pun kena penjara
    baru orang takut..memang bagus cara
    negara jiran kita nih..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:13 pm

      Masyarakat kita nampak gaya perlu di displin dengan undang-undang baru hendak daftar dan mengundi.

      Reply
  15. LadyBird says

    3rd February 2012 at 2:26 pm

    mungkin mereka mempunyai alasan sendiri untuk tidak mendaftar untuk mengundi.. ade pendapat mengatakan undi itu penting.. dan ada pendapat mengatakan tidak mengundi itupun ade sebab.. kerana terdapat golongan bijak pandai penggerak negara juga turut tidak mendaftar mengundi.. ataupun daftar tp tidak turun mengundi..

    Reply
    • CMRatu says

      3rd February 2012 at 4:44 pm

      ada juga ke fikir macam tu.. pelik la, mungkin dia rasa tak bermakna apa2 1 undi tu, tapi kalau semua fikir macam tu apa jadi pada negara?

      Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:15 pm

      Itu pun masalah sudah cerdik tidak mendaftar dan apabila mendaftar tidak membuang undi. Pengorbanan perlu ada.

      Reply
  16. CMRatu says

    3rd February 2012 at 11:28 am

    ini lah sikap yang cukup mengecewakan, tidak bertangungjawab, saya ingat lagi SMS dari ayah saya semsasa birthday saya ke 21 6thn lepas tepat jam 12 pagi,
    ‘Selamat hari jadi, jangan lupa daftar mengundi’, esok tu dia call lagi tanya dah daftar ke belum.. 🙂
    mungkin peranan ibu bapa pun penting juga..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:15 pm

      Bapa bro seorang yang prihatin pastikan anaknya mendaftar mengundi.

      Reply
  17. Wira Chomel says

    3rd February 2012 at 11:12 am

    alhamdulillah..saya dah daftar..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:16 pm

      Tunggu pula pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum nanti. 🙂

      Reply
  18. kakyong says

    3rd February 2012 at 11:10 am

    jadi abang2 kakak2 yg ada adik umur baya2 tu.. ajak2 & suruh2 lah depa mendaftar…
    ni peranan ahli keluarga kena jalan dulu.. ni kalo mak ayah abang kakak tak tolong ingatkan.. sapa nak ingatkan.. yer dak..??!!

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:19 pm

      Elok juga orang tua memperingatkan anak-anak mereka yang sudah berumur 21 tahun untuk daftar mengundi. Tak akan sudah tua-tua hendak piat telinga pergi pejabat Pos untuk mendaftar mengundi.

      Reply
  19. nurmisnan says

    3rd February 2012 at 10:19 am

    ekkkkk…. hik3…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:19 pm

      Ini mesti belum daftar patut piatnya telinga. 🙂

      Reply
  20. Norasikin says

    3rd February 2012 at 9:31 am

    ramai orang merantau ke negeri lain atau duduk jauh dari kampung. Bila daftar, kawasan undi ikut alamat pada ic. Pernah tanya dulu, mcm mana nak tukar kawasan. Diaorg suruh tukar alamat pada ic dulu..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:21 pm

      Prosedur yang meyusahkan sepatutnya dipermudahkan untuk yang merantau di mana mereka boleh membuang undi tempat bermaustatin.

      Reply
  21. puanbee says

    3rd February 2012 at 9:28 am

    daftar lah …

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:21 pm

      Oraits, thumbs up. 🙂

      Reply
  22. adamfaiz says

    3rd February 2012 at 8:44 am

    Kepada yang asyik komen pemimpin salah buat itu ini, inilah masanya utk pilih pemimpin ..jangan tahu buat bising je

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:22 pm

      Selalunya yang banyak mulut tidak menyumbang apa-apa.

      Reply
  23. Dulu Lain Sekarang Lain says

    3rd February 2012 at 8:01 am

    Biasanya time remaja dan muda2 lah yg bersemangat nak mengundi 😀 Bila dah buat skali dan rasa kureng semangat sikit. Maybe remaja skrg kurang terdedah dgn isu nasional dan semasa. Masa terbuang di FB, laman sosial dan PS2/XBox. Agak berbeza dgn zaman dulu bila kita cuma ada 3 stesen TV shj dan tiada laman sosial mahupun games. Once a while kita menonton juga berita bersama family dan lapuran isu semasa yg disediakan oleh stesen2 TV yg ada.

    Reply
    • adamfaiz says

      3rd February 2012 at 8:45 am

      ada betulnya juga… remaja sekarang terlebih bersosial

      Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:23 pm

      Apa yang kita kecepai menyebabkan ramai leka hingga melupakan tanggungjawab kepada negara.

      Reply
  24. Hadi Rofiee says

    3rd February 2012 at 7:09 am

    Satu kerugian yang amat merugikan. Juga satu situasi yang amat membimbangkan. Didoakan semoga Allah merahmati kita. Amin.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:24 pm

      Saya merayu golongan muda-mudi berdaftarlah.

      Reply
  25. Fakhruddin says

    3rd February 2012 at 3:15 am

    tunaikan kewajipan anda..hehe

    Reply
  26. Fahmi Raazali says

    3rd February 2012 at 12:32 am

    Saya dah lama mendaftar. Daftar semasa pesta konvokesyen unisza. Tak ingat bila mungkin 2 tahun yang lepas…

    Memang ramai lagi yang tak mendaftar sebagai pengundi. Antara alasan yang koman… sama sahaja umno ke pas ke pkr ke… (-_-‘)

    Mereka tak sedar nilai satu undi mereka. Semasa bertanding, walaupun kalah hanya satu undi, kalah tetap kalah. Nak tukar pemimpin selepas itu, tunggulah lagi 5 tahun…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:25 pm

      Bukan susah mana hendak mendaftar dan memangkah parti yang disokong adalah hak masing-masing.

      Reply
  27. b3njy says

    2nd February 2012 at 11:03 pm

    Aduhhh !!! … semacam Benjy termakan chili je lepas baca entry broo ni … isk..isk..isk.. malunya 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:26 pm

      Sempat lagi bro Benjy hendak pergi mendaftar. 🙂

      Reply
      • b3njy says

        3rd February 2012 at 11:56 pm

        Ok … nak daftar kawasan hulu langat ni …. dekat dengan rumah 😀

        Reply
  28. kulanz says

    2nd February 2012 at 10:31 pm

    Sekarang ni dah banyak kemudahan disediakan untuk orang ramai mendaftar sebagai pengundi.. hairan juga masih ramai yang liat nak naftar..

    Reply
  29. papa mifz says

    2nd February 2012 at 9:18 pm

    mengundi pun satu tanggungjawab kan…

    Reply
  30. tuan tanah says

    2nd February 2012 at 8:52 pm

    bagi aku mereka ini sebenarnya tdk yakin undi mengundi….atas pagar mcm tu laaa..:)

    Reply
  31. puteri says

    2nd February 2012 at 8:43 pm

    lorhhhh ade lagi yang tak mendaftar jadi pengundi..????

    puteri cukup umur terus mendaftar! kalau lagi awal boleh daftar, awal2 lagi dah mendaftar. nasiblah hanya boleh daftar lepas umur 21 tahun.

    hairan dengan yang tak ada kesedaran nak mendaftar.

    nota: puteri sekarang ni tak sabar nak memangkah!

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:27 pm

      Saya memang sudah tahu Puteri akan tidak sabar untuk memangkah. 🙂

      Reply
  32. tarmizishukri says

    2nd February 2012 at 6:24 pm

    masalahnya yg tak daftar tu sebab tak tau nak undi siapa..

    Reply
  33. Juan says

    2nd February 2012 at 3:21 pm

    kenapa la x mendaftar, ini kan negara kita, xkan kita nk lihat bangsa lain yg memerintah negara kita, betul x

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:31 pm

      Tidak guna menjadi kaum terbesar kalau kuasa mengundi kecil. Ini belum lagi sudah bermacam-macam parti baru ditubuh bak cendawan yang kononnya mewakili golongan Melayu lagi pecah kuasa undi menjadi . Tepuk dada tanya selera.

      Reply
  34. hatiputera says

    2nd February 2012 at 3:19 pm

    biasalah orang kita memang kurang kesedaran tentang daftar undi nie,,,,

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:32 pm

      Sikap sambil lewa dan tidak ambil kesah akan memakan diri.

      Reply
  35. suri says

    2nd February 2012 at 3:17 pm

    ayoh jom daftar ramai2

    Reply
  36. chii says

    2nd February 2012 at 1:26 pm

    alhamdulillah..da pun mendaftar dan da pernah mengundi pun..

    yg xmo mendaftar tu..agaknya lebih suka bersikap x endah..tu yg xmo register tu

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:33 pm

      Pasti tak sabar mengundi nih.

      Reply
  37. Kamal Mustafa says

    2nd February 2012 at 12:43 pm

    Kurang kesedaran…itu puncanya. Undi menentukan masa depan negara. Walaupun 1 undi kurang diambil kira juga.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:35 pm

      Betul apa yang dikatakan oleh bro KM.

      Reply
  38. nuriz says

    2nd February 2012 at 12:42 pm

    diorang ni tak prihatin tak sayangkan negara tak tau hak sendiri..
    kena wajibkan baru nak buat kot

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2012 at 10:38 pm

      Kalau kita berada di luar negara akan timbul semangat patriotik yang tebal.

      Reply
  39. anif says

    2nd February 2012 at 12:35 pm

    Nampaknya golongan yang tidak mendaftar ini faham benar dengan ideologi demokrasi. Mereka memilih untuk tidak mendaftar menjadi pengundi!

    Reply
    • chii says

      2nd February 2012 at 1:28 pm

      agak2nya yg slalu join perhimpunan tu..da daftar ke belum ye :p

      Reply
  40. mancai says

    2nd February 2012 at 11:48 am

    adusss … satu kerugian

    Reply
    • suri says

      2nd February 2012 at 3:18 pm

      mengeleng kepala bila ada buat tak reti..

      Reply
  41. wandisini says

    2nd February 2012 at 11:23 am

    memang teruk dan tidak bertanggungjawab bagi mereka yang tak berdaftar dan keluar mengundi. terutamanya anak melayu.
    tak kisah lah apa fahaman politik yang kau amalkan, tapi tetap mengundi, itu baik.
    tapi yang sibuk melalak sana sini sokong mana-mana parti politik dan join macam-macam aktivitinya, tak mendaftar, ini tak baik, baik ko tak yah duduk dalam malaysia

    Reply
  42. shraqs says

    2nd February 2012 at 11:05 am

    Yang blum berdaftar, cepat2la pergi daftar. Jangan plak nyesal belakang hari,… satu undi bleh mngubah segala2nya.

    Reply
  43. nizam says

    2nd February 2012 at 10:53 am

    bagi sesetengah pihak perkara ni nampak remeh dan dipandang ringan..but pada mereka yang pikirkan masa depan bangsa dan negara sudah tentu tak ketinggalan.

    Reply
  44. titan says

    2nd February 2012 at 10:30 am

    haa, sape lom daftar tuu..

    Reply
  45. yas says

    2nd February 2012 at 8:13 am

    Bila dah dapat hak…tak nak guna pula…kalau x dapat, lagi la nak jerit sana jerit sini….x paham-tak paham….

    Reply
    • Norasikin says

      3rd February 2012 at 9:32 am

      Bila peminpin yang tak disukai terpilih, mula la nak merusuh

      Reply
  46. adele says

    2nd February 2012 at 7:31 am

    dah daftar 2 tahun yg lepas…tp bila boleh mgundi ni? x sabar rasanya 😀

    Reply
  47. Azman says

    2nd February 2012 at 2:23 am

    Mmmg rugilah kalau tak mengundi.Saya dah 3 kali mengundi.

    Reply
  48. tehr says

    2nd February 2012 at 1:15 am

    Ramai yg tak mahu melibatkan diri dalam proses pilihanraya
    Mungkinkah kerana protes?

    Reply
    • shraqs says

      2nd February 2012 at 11:02 am

      Protes yang merugikan tehr…

      Reply
      • suri says

        2nd February 2012 at 3:18 pm

        jangan bgtu yg peting kita harus buat geee klu tak sia2 jer jdi anak jari MALAYSIA.

        Reply
      • adele says

        3rd February 2012 at 9:11 am

        sangat rugi……padahal 1 vote boleh merubah segalanya…

        Reply
  49. faiz says

    2nd February 2012 at 12:39 am

    kalo dah umur 27 liat lagi camne…hehe…aku la tu

    Reply
  50. hafizmd says

    2nd February 2012 at 12:17 am

    Rasenya, mereka yg belum daftar ni biasanya guna alasan tak nak ambil kisah. Payah jugak bila nasib negara yg terletak dalam tangan sendiri tidak diambil berat…huhuhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in