Azam baru yang menanti di tahun 2012.
Tirai 2011 semakin melabuhkan tirainya dan banyak perkara yang menanti di tahun 2012. Adakah kita sudah mula sematkan azam baru dan mula merangka strategi untuk mengapai impian kita. Kalau yang mempunyai anak-anak bakal sekolah tentu sibuk dengan persediaan pakaian dan kasut sekolah untuk anak-anak. Saya masih tidak lupa pengalaman pertama abang Long memasuki tahun 1 pada tahun 2010. Abang Koning pula menyusul untuk memasuki tahun 1 pada 2012 kalau sebelum ini abang Ngah tahun 1 pada tahun 2011.
Antara perkara menarik yang menanti di tahun 2012 nanti.
1. Bantuan kerajaan RM100 dan pemansuhan yuran sekolah pada persekolah 2012. Pemberian RM100 dan pemansuhan yuran persekolahan dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa.
2. Bermulanya pemantuhan tali pinggang keledar tengah mula berkuatkuasa pada 1 jan 2012. Fakta yang mengejutkan adalah :
“Ketika ini hanya 17 peratus daripada 225,930 buah kereta yang layak telah melakukan pemasangan tersebut” – Pengarah Urusan Proton Holding Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Ia menunjukkan tidak keprihatinan rakyat Malaysia mengenai keselamatan penumpang dan melakukan pemasangan tali pinggang pada saat-saat akhir.
3. Bermula pengunaan matawang baru daripada Bank Negara Malaysia yang telah diberi nafas baru dan ditambah ciri-ciri keselamatannya.
4. Pusat Darah Negara(PDN) merayu orang ramai menderma darah kerana PDN bakal mengalami kekurangan bekalan darah pada awal bulan Januari 2012. Bermula 8 Januari depan, PDN akan dibuka pada setiap Ahad dari jam 8 pagi hingga 4 petang bagi memudahkan orang ramai menderma darah. Insyallah saya akan turun ke PDN untuk menderma darah pada minggu pertama bulan Januari 2012 nanti. Kalau ada sahabat blogger yang sudi mungkin boleh merancang buat pertemuan di PDN nanti.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut tahun baru 2012 dan terima kasih ke atas sokongan sahabat-sahabat blogger untuk blog AkuBiomed ini. 🙂
Salam…nurlizz 2 slimming datang melawat 🙂
selamat tahun baru..
sal derma darah tu saya dah panjangkan pada laman facebook kelolaan saya di sini :
https://www.facebook.com/planetariumterengganu
Terima kasih kerana me-war-warkan supaya usaha murni dapat menyelamatkan nyawa yang memerlukan.
lambat menyinggah ke sini. Selamat Tahun Baru bro.
selamat tahun baru 2012, semoga tahun ini lebih ceria
selamat tahun baru 2012, semoga azam tahun baru bro tercapai. insyaAllah 🙂
Sama-samalah kita mencampai impian pada tahun 2012 ini. 🙂
Cayalah kat abang koning tu … semoga rajin-rajin belajar masuk tahun 1 nanti yer …
Benjy pun ada dengar berkenaan derma darah tu … kini jenis darah yang amat kurang dan diperlukan darah jeni ‘A’. Harap ada yang tampil membantu.
Penerima berdarah ‘A’ masih boleh menerima penderma darah ‘O’.
Yuran sekolah dimansuhkan..ttp ada pula perkakasan tambahan oleh pihak sekolah 🙂
Tidak nafikan keperluan sekolah masih perlu dikeluarkan belanjanya.
Memang cantik ringgit malaysia yang baru tu … siapalah yang lukis gambar tu semua yerr ? respect kat dia tu … mesti lukis guna kanta pembesar ni … seninya sungguh halus …
Mungkin ‘blueprint’nya besar tetapi dicetak untuk saiz kcil.
Jangan hairan broo memanglah selagi mereka tak kena saman selagi tu tak pasang tali pinggan keledar … lepas kena saman baru nak salahkan ini lah itu lah … biasakah peratus besar masyarakat Malaysia macam tu … nak buat macam mana kan 🙂
Kita sanggup bayar saman RM300 dan lebih menyedihkan lagi hilang nyawa kerana berdegil tidak mahu memakai tali pinggang kaledar.
Betul tu broo bantuan RM 100 memang banyak membantu tu 🙂
pastinya kehadiran tahun baru membawa pelbagai cabaran baru hee
kereta aku memang dah ada tali pinggang di seat belakang, 😀
He..hee..tidak perlu bimbang cuma perlu pastikan tali pinggang kaledar di pakai.
selamat tahun baru 2012 bro 🙂 semoga blog ini terus sukses
Terima kasih, banyak perlu dilakukan untuk perbaiki perjalanan blog ini.
selamat tahun baru 2012 bro sekeluarga n semua
Terima kasih bro DenaiHati. 🙂
mula tengok gambar diatas tu…ingatkan azam baru nak tukar kereta baru…he he…salam 2012 semoga dunia lebih aman dan damai tanpa peperangan
Kalau ada rezeki MPV menjadi idaman. 🙂
Yep. Selamat Tahun Baru. Saya doakan semoga tahun ini menjadi tahun yang paling baik, paling menggembirakan dan paling menguntungkan saudara sekeluarga berbanding tahun-tahun sebelum ini
Sama-samalah kita mendoakan semuanya baik-baik sahaja untuk tahun 2012. 🙂
Jap, lupa nak ucap sesuatu..
SELAMAT TAHUN BARU 🙂
Terima kasih bro. 🙂
Salam.
Cerita yang menarik untuk tahun 2012 ni. NICE SHARE 🙂
Sekarang ni tak sabar nak pegang RM20 tu
Bagi yang duduk belakang silalah memakai seat belt ye.
Comel2 anak bro
Susah juga hendak pastikan anak-anak mengunakan tali pinggang kaledar. Setakat ini usaha berjaya dengan mengunakan kuasa ‘veto’. 🙂
tahun ini banyak pengalam yang baru2 dan bisa lebih baik lagi
Harapan semua mahu yang baik atau lebih baik. 🙂
Selamat tahun baru 2012 bro dari saya dan sekeluarga…..:)
Selamat tahun baru 2012 untuk bro dan keluarga.
Selamat Tahun Baru 2012.. semoga terus sukses..
Selamat tahun baru 2012 kepada bro dan sekeluarga.
Aku nak p tukar IC la he he
Elok juga di buat pertukaran MyKad awal sebelum dikuatkuasakan.
tali pinggang belakang tu rasanya lama dah duk kempen sejak tahun lepas lagi kan..tapi sikit je org patuh..kdg2 mcm terlupa je benda tu..
3 tahun tempoh pemasangan tali pinggang kaledar sudah mencukupi untuk dipatuhi. Lagi ia adalah percuma.
wahh, anak-anak semuanya laki-laki. 🙂
Yer bro, semuanya hero.
selamat tahun baru..
Selamat tahun baru kepada Sweet juga. 🙂
wah,,takut nak derma darah. huhu. selamat tahun baru.
Walaupun saya sudah banyak kali menderma darah sebelum ini masih lagi perasaan semacam setiap kali dicucuk jarum. 🙂
Selamat Tahun baru 2012 semoga blog akubiomed.com tambah berjaya dan semakin banyak penggemarnya
Terima kasih. Selamat tahun baru 2012.
semoga semua akan berjalan lancar.selamat tahu baru bt ab dan sekeluarga
wah byk menarik kita tgu sama2 wang baru masuk pasaran hee..
dah siap le brg2 anak2 yer.. bagus..harp kasut baru bkh bwk pi sekolah dgn penuh bergaya
Persiapan sekolah anak-anak semuanya sudah siap banyak juga dibelanjakan.
selamat tahun baru ..
nanti boleh kita buat programe beramai2 derma darah , best juga tu ..
Saya bercadang pergi ke PDN pada hari Sabtu ini. Kalau ada sahabat blogger yang ingin turut serta boleh berjumpa disana.
Selamat menyambut kedatangan 2012. Semoga segala yang diimpikan akan dipermudahkan. Amin
Mudahan-mudah segala urusan dipermudahkan.
menanti tahun 2012 dengan penuh debaran…slmt tahun baru buat AkuBioMed & keluarga…
p/s: apa azam tahun baru abg koning??
Mungkin abang Koning perlu mengurangkan berat badan yang naik mendadak selepas bersunat.
Salam tahun baru 2012
rasanya penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang tu benar benar akan berjaya tak ? Harapnya orang ramai akan lebih prihatin dengan keselamatan diri bukan sebab takut kena saman RM300
Mungkin disebabkan pemasangan tali pinggang kaledar percuma sebab itu ada yang ambil sikap sambil lewa. 🙁
Slmt thn baru bro…
Semoga 2012 lebih mberi makna yang lebih buat bro….
Selamat tahun baru kepada bro dan sekeluarga. 🙂
banyak isu tahun 2011. tahun 2012 ni..tak tahu la apa isunya..
Awal2 tahun lagi dah ada isu nih…he3x!!!
Pilihanraya sudah semakin hampir. 🙂
Terima kasih bro Tehr.
selamat tahun baru.. wah dah masuk alam persekolahan.. bekalan darah dah semakin kurang… duit baru nih cantik..
Insyallah minggu pertama bulan Januari 2012 saya akan turun untuk menderma darah. Kalau ada blogger yang merancang hendak buat pertemuan boleh jumpa di PDN nanti. 🙂
Selamat tahun baru juga… hari brganti bgitu cpat, semoga tahun ini adalah tahun yg pnuh rahmat..
hairan kenapa URLs
blog Bro bila di baca
http://akubiomed.com/#axzz1iAlh25RA
dan saya tak dapat updated
feednya..entri terakhir yang
terpapar di Blog List saya 5
hari lepas..berkenaan asessories
DSLR?
Sudah lama saya mengalami masalah ini tidak pasti apa puncanya tapi bro Zulkbo boleh buang kod dihadapan tersebut.
cuba tukar setting permalinks tak ?
salam..
selamat tahun baru Bro..
moga lebih berjaya tahun
ini dari tahun sebelumnya..
buku derma darah saya
warna merah..baru 34
kali je derma 🙂
Tak apa lah bro Zulkbo kerana kita menderma tidak mengejar rekod. Macam saya adalah jenis darah “O” jadi penderma yang permurah. 🙂
saya belum pernah derma darah 🙂 🙂
Semoga Di tahun 2012 nie memberikan seribu makna buat bro azrin sekeluarga dan diberkati Allah.
Terima kasih bro KM. Keberkatan yang dicari. 🙂
your kids boleh buat team takraw ni. hehe!
*kalau nak p PDN tu, roger ye. jom derma ramai-ramai. the more the merrier, kurang sikit ngilunya.. 🙂
Insyallah minggu pertama bulan Januari saya akan PDN kecuali kalau ada sahabat-sahabat blogger ada tarikh lain 7hb atau 8hb?
Moga di 2012 segala urusan kita dipermudahkan-NYA amin 😉
Insyallah asalkan untuk tujuan dan dijalan yang di redhai.
A good year is coming upon us, live happily and be positive 🙂
Semua orang diluar sana memberi harapan dengan melangkah tahun baru 2012 yang positif.
Selamat tahun baru..mmg perancangan rapi perlu utk mencapai matlamat..
Selamat tahun baru bro…anak saya pun sama gak masuk tahun 1 taun nih…ttg pemasangan talipinggang keledar belakang tu macam biasa…peel rakyat Malaysia…sok2 roadblock banyak,kene saman banyak baru la kelam kabut nk pasang…hehehe
Terkejut juga hanya 17% pemilik Proton yang baru memasang tali pinggang keledar belakang. 🙁
Nak sangat derma darah, tapi mesti tak lepas…rugi wo sepital…dah la darah O ne..huhuhu
Kenapa tidak lepas pula sebab berat tidak sampai 45kg?
selamat tahun baru untuk bro daan keluarga
moga2 terus dilimpahi rahmatNya