• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Xiaomi Yi Action camera buat hatiku tertawan

Xiaomi Yi Action camera buat hatiku tertawan

19th December 2015 by akubiomed 28 Comments

xiaoyi yi action camera

Sudah lama idam Xioami Yi Action camera ini. Nak beli Action Camera GoPro memang jauh sekali dari harga dan luar kemampuan. Walaupun ada dipasaran Action Camera SJ4000 Wifi tetapi hati saya masih lagi terpaut dengan Xiaomi Yi Action Camera ini.

Xiaomi Yi Action Camera untuk rakam aktivi ekstrem.

Kadang-kadang nak bawa kamera DSLR untuk aktiviti lasak membuatkan fikir 2-3 kali kerana salah satu berat, besar, tidak kalis air. Sudah tentu kamera DSLR biasa tidak mampu dan boleh dikatakan sesuai untuk digunakan untuk merakam aktiviti. Sudah lebih sebulan mengunakan Yi Action Camera dan berpendapat ia memenuh citarasa saya. Walaupun ada kelemahan berbanding jenama lain Action Camera yang mempunyai display ia tidak menghalang untuk mengunakannya. Perlu tahu lensa Action Camera adalah jenis Wide Angle sudah pasti dapat merakam keseluruhan secara panorama.

Perbandingan diantara Xioami Yi vs GoPro Hero

XIAOMI YI GOPRO HERO
Video 1080p/60 fps 1080p/30 fps
Photo 16 megapixels Five megapixels
Time lapse (second intervals) 0.5, 1, 2, 5, 10, 30, 60 0.5
Burst 3/5/7 per second/7 in 2 seconds 10 photos in 2 seconds
WiFi Yes No
App Android / iOS (coming) N/A
Waterproof No (case required) 40 meters
Battery 1,010mAh replaceable 1,180mAh non-replaceable

 

Sumber: Engadget.

Pandangan Camera Xioami Xiaoyi Yi Action Camera secara dekat.

Xiaoyi Action Camera ada 2 warna iaitu Lime dan White. Saya lebih suka Lime agak menonjol berbanding model White.

Bahagian hadapan Yi Action Camera ini ada butang On/Off dan juga berfungsi untuk menukar mod kamera dan video. Manakala butang di bahagian atas adalah  untuk merakam video dan kamera.

Butang Wifi untuk sambungan kepada aplikasi Yi Action App yang boleh dimuat turun secara percuma untuk versi Android dan iOS. Lebih banyak yang boleh dilakukan selepas mengunakan aplikasi Yi Action App pada smartphones.

Xiaoyi Yi Action Camera ini boleh jadi kamera kalis air selepas mengunakan case kalis air seperti GoPro Action Camera. Saya mengunakan bekas kalis air jenama Kingma untuk Yi Action Camera ini.

Memasang protection case kepada Yi Action camera untuk lindung kesan calar ringan. Kalau nak lebih selamat guna case kalis air boleh lindung cara secara total.

Contoh gambar hasil rakaman mengunakan Yi Action Camera.

Santuari ikan sungai Chiling

Genting Skyway

Contoh video hasil rakaman mengunakan Yi Action Camera.

Secara ringkas bagi yang hendak memiliki Action Camera pada harga mampu milik, saya mengesyorkan Xiaoyi Yi Action Camera ini kerana kualiti gambar 16 Megapiksel dan mampu milik pada harga sederhana. Cuma tiada display(bukan halangan boleh mengunakan aplikasi Yi Action App untuk melihat ketika rakaman dan merakam) dan bateri 1,010mAh tidak bertahan lama(tidak bermaksud cepat benar bateri habis). Elok ada bateri kedua sebagai backup tetapi saya sendiri tidak memerlukan bateri kedua kerana bukan untuk rakam jangka masa lama.

Panduan beli Xioami Xiaoyi Yi Action Camera dengan aksesori lengkap.

Xiaoyi Action Camera ini hanya dijual unit asas bermaksud Yi Action Camera + Bateri sahaja. Nak tahu bagaimana saya dapat memiliki set aksesori lengkap seperti didalam gambar diatas pada harga berpatutan?

  1. Unit asas Yi Action Camera
  • Xiaoyi Action Camera x 1
  • Bateri x 1

2. Aksesori Yi Action Camera

  • Kingma case kalis air x 1
  • Protection case x 1
  • MaxGear selfie monopod x 1
  • Bobber x 1
  • Samsung Evo 16GB Class 10 x 1

Klik untuk dapatkan set lengkap >>Xiaomi Xiaoyi Yi Action Camera<<

  • Xiaomi Xiaoyi Ants Camera bajet untuk pemantuan keselamatan
  • Cara pairing Xiaomi Xiaoyi Ants Camera
  • Repeat main sandboarding di pantai Klebang

Filed Under: review Tagged With: action camera, yi action camera aksesori, yi action camera app, yi action camera reviu, yi action camera specs, yi action camera vs gopro, yi action camera waterproof

Reader Interactions

Comments

  1. Azlan says

    17th February 2016 at 11:09 pm

    Review terbaik..tq bro..kwn mmg cari review pasal YiCam ni..cuma sy nak kene belajar dapatkan angle gambar yg terbaik sbb takda display kan..hehe..Kualiti gambar mmg superb..

    Reply
    • akubiomed says

      17th February 2016 at 11:37 pm

      Ada external display yang dijual oleh 3rd party. Saya guna Yi Action App untuk lihat komposisi gambar sebelum disnap.

      Reply
  2. Noriza Rahman says

    6th January 2016 at 11:56 am

    Comel ja xiomi yi action camera ni, harga pun mampu milik

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2016 at 9:51 pm

      Senang nak bawa kemana-mana untuk kegunaan lasak.

      Reply
  3. cik tom says

    31st December 2015 at 5:08 pm

    nampak kualiti gmbr bagus..
    kamera pun comel je..

    Reply
    • akubiomed says

      31st December 2015 at 5:22 pm

      Sesuai untuk rakam aktiviti lasak dan robust.

      Reply
  4. Husna Rahman says

    24th December 2015 at 10:16 pm

    tengah survey2 terjumpa ni…masuk list terus…survey lagi dan lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      31st December 2015 at 5:20 pm

      Survey sampai jadi. 🙂

      Reply
  5. omydroid says

    22nd December 2015 at 10:28 am

    ni termasuk dlm wish list..nk sangat2..tapi x tahu ntah2 brubah fikiran..hehe 😀

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 9:18 pm

      Boleh masuk wish list dan bila beli belum tahu lagi. 🙂

      Reply
  6. ema says

    22nd December 2015 at 9:55 am

    ada aim juga nak miliki satu nanti..

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 9:15 pm

      Dapa t bonus boleh sambar satu. 🙂

      Reply
  7. Wan Zawawi says

    21st December 2015 at 5:22 pm

    Terbaik dari segi kualiti dan gambar serta video , bolehlah sambar satu nanti 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 9:14 pm

      Boleh sangat dimasukkan didalam senarai wish list nanti. 🙂

      Reply
  8. Raihanah Ahmad says

    21st December 2015 at 4:12 pm

    comel je kamera ni, oklah kan kalau bajet kecil

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 9:13 pm

      Action Camera ini kecil-kecil cili padi. 🙂

      Reply
  9. Inspirasi Huda says

    21st December 2015 at 10:13 am

    Xiaomi Action. Terbelit juga lidah menyebutnya. Mega Pixel tinggi antara kelebihan yang dimiliki kamera ini. Ia ringkas dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Bentuk dan warna Xiaomi ni macam barang permainan anak-anak. Kena simpan di tempat yang selamat.

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 9:12 pm

      Boleh nak bagi kanak-kanak main kalau berani dengan memasang case tahan lasak. Ada yang mengunakan Action Camera untuk aktiviti ektrems dan pasang pada haiwan pun ada.

      Reply
  10. mrhanafi says

    21st December 2015 at 6:11 am

    bagi blogger yang aktif diluar memang boleh dijadikan gajet keperluan juga nie…

    rupanya macam kamera mainan la pulak

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 9:08 pm

      Bukan untuk blogger sahaja memiliki Action Camera ini. Gajet kecil dan ringan hendak dibawa bersama dan digunakan bila-bila masa diperlukan.

      Reply
  11. titan says

    21st December 2015 at 3:16 am

    not bad.

    kualiti pun boleh tahan.

    boleh masuk dalam senarai survey dulu nih.

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 9:06 pm

      Boleh letak didalam senarai wish list nanti. 🙂

      Reply
  12. Junaidy Jaimi says

    20th December 2015 at 5:11 pm

    Kalau tengok dari segi kualiti gambar..xiomi nampak lebih gah berbanding GoPro..

    Reply
    • akubiomed says

      20th December 2015 at 9:31 pm

      GoPro satu nama besar tetapi tidak terkalah mengunakan Xiaoyi Yi Action camera.

      Reply
  13. Travelog Siti says

    19th December 2015 at 8:24 pm

    Okay jugak kualiti gambar dan video Xiaomi ni ya.

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2015 at 8:56 pm

      Kualiti memuaskan kena jumlah Megapiksel lebih daripada GoPro.

      Reply
  14. musadun says

    19th December 2015 at 7:58 pm

    terbaik ni..saya pun dah try usha2 camera ni..harga pun mampu milik, berbanding dengan go pro..nak berfikir 2,3 kali dulu..

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2015 at 8:55 pm

      Dari segi harga memang tidak boleh lawan GoPro. Siapa ada kemampuan boleh angkat GoPro.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in