• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Xiaomi Xiaoyi Ants Camera bajet untuk pemantuan keselamatan

Xiaomi Xiaoyi Ants Camera bajet untuk pemantuan keselamatan

1st November 2015 by akubiomed 27 Comments

Xiaomi Xiaoyi ants camera kecil dan harga mampu milik.

Xiaomi Xiaoyi Ants Camera 720p

Xiaomi Xiaoyi Ants Camera boleh dipasang untuk memantau keselamatan di rumah dan boleh akses aplikasi di gajet seperti smartphone, tablet dan iPad dimana-mana sahaja.

Kalau hendak memasang CCTV di rumah memerlukan kos yang besar tetapi dengan Xiaomi Xiaoyi Ants Camera yang dijual tidak sampai RM200 untuk Night Vision dan tanpa Night Vision lebih rendah harganya.

Xiaomi Xiaoyi Ants Camera adalah kamera pintar.

Kalau sebelum ini Xiaomi terlebih dahulu lebih dikenali dengan mengeluarkan Smartphones. Xiaomi telah mengeluarkan beberapa produk pintar seperti Xiaomi Mi Band, Mi Power bank dan banyak lagi. Xiaomi Xiaoyi Ants Camera salah satu produk pintar keluaran Xiaomi melalui Xiaoyi untuk produk pintar.

Ikut reviu saya setelah mengunakan Xiaomi Xiaoyi Ants Camera selama 2 minggu mengunakan kamera ini.

Xiaomi Xiaoyi Ants Camera  ini kecil dan saiz lebih kurang saiz kebanyakan web cam yang jual dipasaran. Unit utama merupakan kamera dan perumah.

Kamera Xiaoyi Ants camera ini mempunyai mikrofon dan pembesar suara terbina dalam. Ini bermakna selain dapat rakam visual, boleh dapat dengar bunyi. Pada masa boleh bercakap mengunakan aplikasi akan didengari.

Kamera Xiaoyi Ants camera ini mengunakan USB mikro 5V, 1000mA. Kebanyakkan pengecas adaptor mikro USB yang mempunyai spefikasi sama boleh digunakan. Adaptor untuk kamera ini dibekal bersama kabel USB sepanjang 2 meter adalah aksesori standard bersama kamera.

Sokongan kad mikro SD sehingga 32Gb untuk merekod video. Saya gunakan kad mikro SD bersaiz 16Gb Class 10 jenama Samsung yang dibeli berasingan.

Slot kad mikro SD

Sambungan Xiaomi Xiaoyi Ants Camera memerlukan Wifi dan aplikasi Xiaoyi Camera. Memandangkan aplikasi kamera Xiaoyi Smart Camera ini berbahasa cina menjadi agar sukar untuk fahami tetapi jangan bimbang ada aplikasi yang  aplikasi kamera Xiao Yi Smart Camera didalam bahasa Inggeris.

Mengunakan aplikasi Xiaoyi Smart camera, lagi banyak fungsi lain boleh digunakan. Boleh muat turun versi English disini >>aplikasi Xiaoyi Smart Camera<<

Kualiti rakaman video resolusi 720 HD (1280×720). Lihat sendiri gambar video yang dirakam.

Dibawah ada bas berwarna oren bermaksud rakaman pergerakan objek dan boleh diulang mainkan semula jika ada pergerakan objek. Rakaman akan disimpan didalam Smartphone. Data rakaman seperti masa dan tarikh akan direkodkan kerana ia data yang penting perlu ada.

Kualiti rakaman Night Vision.

Xiaoyi Smart Camera mengunakan Power bank MI.

Senarai rakaman rekod pergerakan objek yang berjaya dirakam. Dapat notifikasi di Smartphone. Kamera boleh ditambah lebih dari satu dan di label mengikut lokasi. Rakaman disusun mengikut masa dan tarikh. Sangat mudah untuk mencari rakaman terdahulu mengikut tarikh rakaman.

Spefikasi Xiaoyi Ants Camera.

  • Lens Material: All-glass lens
  • Viewing Angle: Horizontal viewing angle: 92.7°

  Vertical Viewing Angle: 48.7°

  Diagonal viewing angle: 111.2°

  • Body size: 54mm
  • Video frame rate: 20fps(1280 × 720)
  • Local storage: 8-32G Micro SD card
  • Stream: Adaptive stream support
  • Voice: Voice intercom support
  • Infrared light: 8 lamps / 940nm
  • Night vision range: 5 meters
  • Supported protocols: IPV4,UDP,TCP, HTTP,RTP,DHCP,P2P
  • Wireless standard: IEEE802.11b/g/n
  • Operations systems supported: Android 2.3 and above / iOS7 and above

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan Xiaomi Xiaoyi Ants Camera kerana dari segi harga mampu milik sekitar dibawah RM200, pengawasan mengunakan aplikasi di Smartphone. Mod Night vision tidak mengecewakan kerana imej yang dirakam jelas. Saya syorkan beli Xiaoyi Ants Camera yang ada mod Night Vision. Selama 2 minggu kamera digunakan dan berfungsi 24jam.

Klik pautan berikut untuk dapatkan >>Xiaoyi Smart Camera<<

Jika ada sebarang pertanyaan boleh ditulis ruang komen.

  • Cara pairing Xiaomi Xiaoyi Ants Camera
  • Xiaomi Yi Action camera buat hatiku tertawan
  • Xiaomi Smart Home penggera pintar keselamatan bajet untuk rumah

Filed Under: review Tagged With: iaomi xiaoyi small ants, iaomi xiaoyi small ants 720p, xiaomi xiaoyi ants smart camera, xiaomi xiaoyi ip camera, xiaomi xiaoyi smart camera app, xiaomi xiaoyi smart camera review

Reader Interactions

Comments

  1. azimah mohd zainuddin says

    2nd December 2015 at 8:06 pm

    Bagus dipasang untuk mereka yang bekerja tetapi perlu meninggalkan anak di rumah bersama pengasuh atau bibik

    Reply
    • akubiomed says

      7th December 2015 at 1:23 pm

      Sekurang-kurang dapat memantau perkembangan anak melalui smartphone sahaja.

      Reply
  2. Raihanah Ahmad says

    2nd December 2015 at 5:19 am

    comel dan fungsi pun bagus

    Reply
  3. SuperNifz says

    5th November 2015 at 5:30 pm

    Hala-hala.. cinonet jerk.. comel gittew..

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2015 at 10:30 pm

      Comelkan? Yang penting fungsinya.

      Reply
  4. siti hazreen says

    4th November 2015 at 10:41 pm

    mak aiii, canggih bebenor alat-alat sekarang nih. Macam CCTV tapi lebih kompak, bagusnya!

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2015 at 10:31 pm

      Dulu nak pasang sistem CCTV kos tinggi sekarang ini ada alternatif pasang IP Cam pintar jenama Xiaomi nih.

      Reply
      • Sarah says

        6th February 2016 at 9:35 pm

        sy nak tanya, Kan bila kita connect phone to IP cam pakai wifi.. So bila kita Kt luar n nak view Kt phone kita, mcm mana nak set? Sbb bila outside and not on wifi da X Boleh view

        Reply
        • akubiomed says

          6th February 2016 at 9:50 pm

          Tidak ada masalah selagi Wifi dirumah mesti on dan boleh akses mana-mana Wifi diluar rumah untuk buka apps di Smartphone.

          Reply
          • Sarah says

            6th February 2016 at 10:34 pm

            Ooo mcm tu.. Kalau tgh Dlm kereta x boleh la nk view kan.. And kalau kita tekan record masa kat rumah, n lps tu kita keluar.. Nnti balik Nk view mcm mana ya, sy buat X jadi

            Reply
            • akubiomed says

              6th February 2016 at 10:41 pm

              Boleh nak view dalam kereta guna data plan tetapi awas kosnya dan saya prefer akses dengan Wifi. Pada apps boleh set di SETTINGS – ACITIVITY DETECTION RECORDING – ENABLE untuk merakam pergerakkan ke dalam memori kad micro SD.

              Reply
  5. suri says

    3rd November 2015 at 2:58 pm

    kini mom tak perlu risau kalau ada tinggaljan bby bawah jagaan orang gaji

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2015 at 10:31 pm

      Wajib pasang untuk ibubapa yang mempunyai amah.

      Reply
  6. suri says

    3rd November 2015 at 2:57 pm

    boleh jimat kos ya …

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2015 at 10:32 pm

      Kos pembelian rendah dan tidak perlu pemasangan wayar sebab sambungan tanpa wayar.

      Reply
  7. aimannajmy says

    2nd November 2015 at 10:43 pm

    lol tak baca entri sebelum ni. ingat kamera ni utk web cam ke apa ek.. rupanya boleh jadi mini cctv juga huhu.. perghh best2 mantap.. penggunaan bateri ok tak.. dari penerangan perlu cucuk ke ppowerbank.. so lagi besar capacity power bank lagi lama ek mampu tahan rakam??

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2015 at 11:19 pm

      Belum uji sepenuhnya mengunakan power bank untuk melihat ketahanan semasa mengunakan power bank.

      Reply
  8. cik tom says

    2nd November 2015 at 9:47 am

    wah comelnya..saudara cik tom memang tengah cari camera camni..boleh suggest utk dia..comel dan harga pun murah..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2015 at 11:20 pm

      Boleh sangat kerana harganya paling murah dipasaran sekarang ini.

      Reply
  9. Adib Site says

    2nd November 2015 at 1:41 am

    boleh tahan jugak kualiti gambar tu..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2015 at 11:20 pm

      Kualiti HD 720p sudah memadai selain boleh zoom in.

      Reply
  10. titan says

    1st November 2015 at 9:49 pm

    okeh.

    memang kiut gila ants nih.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2015 at 12:20 am

      Harganya pun yang mamp milik.

      Reply
  11. Fahmi says

    1st November 2015 at 3:49 pm

    Tidak perlu berbelanja besar sekarang ini untuk satu cctv

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2015 at 12:19 am

      Kamera boleh ditambah dari masa ke masa.

      Reply
  12. Mus says

    1st November 2015 at 1:43 pm

    Beli kat mana ni bro? Nampaknya kena beli 1 juga ni

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2015 at 2:17 pm

      Boleh dapatkan di Lazada.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in